Anda di halaman 1dari 5

Assallamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Pertama sekali saya melahirkan perasaan bersyukur ke


hadrat Allah s.w.t kerana kita semua dikurniakan kelapangan dan
kesihatan yang baik untuk sama-sama menghadiri Mesyuarat
Agung PIBG SERENTAK DUN Rantau 2017. Saya amat mengalu-
alukan kehadiran YAB Menteri Besar Negeri Sembilan kerana
dapat bersama-sama kita pada hari ini. Selain itu, kehadiran ibu
bapa pada hari ini juga membanggakan saya kerana ini
menunjukkan keprihatinan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-
anak mereka. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang hadir pada hari ini dan saya berdoa agar usaha kita
semua diberkati Allah s.w.t

Hadirin yang dihormati semua,

Saya sebagai wakil PIBG DUN Rantau,saya yakin dengan


kehadiran YAB Menteri Besar dan Pengarah Pendidikan Negeri
Sembilan, akan dapat menyemarakkan lagi semangat ibu bapa
dan masyarakat DUN Rantau untuk melibatkan diri secara aktif
dalam program pendidikan . Kita sedar bahawa dunia pendidikan
mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa . Peluang
pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai
ilmu,kemahiran, dan membina personaliti yang cemerlang .
Pendidikan ialah bidang dinamik serta penuh cabaran di mana
bidang ini menuntut perancangan strategik yang teliti dan
pragmatik, kos yang besar,serta jentera pelaksana yang cekap .
Pendidikan juga terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan
perubahan selaras perkembangan global.

Tahniah saya ucapkan kepada para pelajar dan waris


pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan UPKK, UPSR, dan PT3. Semoga kejayaan demi
kejayaan yang dicapai pada masa sekarang akan menjadi
pendorong dan pencetus budaya cemerlang demi mencapai
kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Saya berasa
amat yakin kita semua akan dapat meningkatkan prestasi sekolah
kerana hubungan yang erat antara ibu bapa dan guru-guru.
Justeru,saya mengharapkan agar kerjasama antara guru dan ibu
bapa akan berterusan bagi memacu kejayaan cemerlang anak-
anak kita. Saya sebagai wakil PIBG DUN Rantau amat berharap
agar sumbangan PIBG ini kepada pelajar-pelajar cemerlang
diteruskan lagi ke tahun-tahun ayang akan datang. Begitu juga
dengan anugerah pencapaian cemerlang pelajar dalam bidang
kokurikulum hendaklah juga diteruskan supaya dapat menjadi
pemangkin kepada pelajar-pelajar kita untuk terus memburu
kejayaan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB
Menteri Besar kita kerana beliau begitu mengambil berat tentang
pendidikan anak-anak kita dan beliau amat peka dengan
masalah-masalah yang dihadapi oleh murid, ibu bapa, dan para
guru.

Hadirin yang dihormati,

Untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kita


semua ,memerlukan sokongan dua hala iaitu ibu bapa dan guru-
guru. Di sekolah,guru-guru bertanggungjawab memastikan anak
kita belajar dengan bersungguh-sungguh . Guru-guru merangka
pelbagai program untuk memotivasikan anak-anak kita di
samping menyuntik semangat mereka untuk terus maju ke
depan. Maka,sebagai ibu bapa wajarlah kita menyambung tugas
guru ini dengan menyediakan ruang yang selesa untuk mereka
belajar atau mengulang kaji pelajaran. Kita juga mesti sentiasa
memantau penggunaan internet mereka di rumah bagi
memastikan agar mereka tidak melayari laman-laman web yang
tidak sepatutnya ditonton oleh mereka.

Hadirin yang dikasihi,


Sebagai ibu bapa juga kita tidak boleh memberikan
kepercayaan seratus peratus kepada anak-anak kita. Mesti kita
selitkan juga sedikit rasa curiga supaya kita terus berwaspada
kepada setiap perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
anak-anak. Janganlah bila nasi sudah menjadu bubur ,baru kita
nak menyesal dan menuding jari kepada orang lain. Selain
itu,sekiranya kita tahu anak kita bermasaalah ,lebih baik kita
berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendapatkan penjelasan
yang sebenarnya . Kita tidak bolehlah menerima bulat-bulat cerita
yang disampaikan oleh anak-anak kita. Perbincangan dan
rundingan merupakan penyelesaian yang paling baik. Walau
bagaimanapun setakat ini masalah disiplin murid-murid di
sekolah-sekolah DUN Rantau ini masih lagi terkawal. Saya amat-
amat berterima kasih kepada kepimpinan pengetua dan
penolong-penolong kanannya kerana dapat mengawal disiplin
semua murid di sekolah ini.

Saya amat yakin dan percaya hubungan yang erat antara


ibu bapa dan guru-guru di sekolah boleh meningkatkan prestasi
sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Sebagai ibu bapa kita mesti memastikan kehadiran anak-anak
kita ke sekolah. Sekiranya anak kita tidak hadir ke sekolah tanpa
ada sebab-sebab yang munasabah, kita mestilah mengambil
tindakan yang segera. Amat malang sekali saya rasakan apabila
ada segelintir ibu bapa yang tahu anak-anak mereka ponteng
sekolah tetapi membiarkan sahaja perbuatan tersebut. Budaya
ponteng sekolah ini merupakan budaya tidak sihat. Syarat utama
untuk anak kita lulus peperiksaan dengan cemerlang ialah jangan
ponteng kelas dan jangan ponteng sekolah. Sekiranya kita dapat
atasi masalah ponteng sekolah ini,sudah pasti prestasi sekolah-
sekolah DUN Rantau dalam bidang akademik akan meningkat.
Ibu bapa semua mestilah memainkan peranan utama dalam
memastikan tidak ada anak-anak yang ponteng sekolah.

Hadirin semua
Saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga
PIBG DUN Rantau. Hal ini adalah kerana sekolah-sekolah DUN
Rantau telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
akademik, sahsiah, dan juga kokurikulum di bawah pimpinan
Pengetua yang cemerlang dan proaktif. Dalam bidang akademik
kita dapat lihat keputusan PT3 bagi tahu 2016 sangat
memberangsangkan di bandingkan dengan tahun 2016. Kesemua
sekolah di DUN Rantau telah menu njukkan peningkatan dalam
gred mata pelajaran.. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua
guru DUN Rantau. Dalam bidang kokurikulum pula atlet kita sudah
berjaya ke peringkat kebangsaan. Harapan saya semoga semua
pelajar di sekolah-sekolah DUN Rantau akan terus melakar
kecemerlangan.

Hadirin yang dihormati,

Saya rasa cukup sampai di sini dulu ucapan saya. Akhir


kata saya ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Pengarah Pendikan Negeri,
Pegawai pendidikan daerah , Pengetua-Pengetua, Ahli
jawatankuasa PIBG,guru-guru,ibu bapa, dan hadirin yang dikasihi
semua. Terima kasih atas kerjasama yang padu yang telah tuan-
tuan dan puan-puan berikan kepada PIBG Sekolah Menengah dan
juga sekolah rendah selama ini. Saya menyusun sepuluh jari
memohon maaf sekiranya ada ucapan ataupun kata-kata saya
yang telah menyinggung perasaan hadirin semua.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai