PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20
parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.
Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik
dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).
Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan
selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis
Diraja Malaysia (PDRM).
"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu
pejabatnya di sini, Isnin.
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang
tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah
pertubuhan parti.
Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan
yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.
"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-
betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.
20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-
Sarawak).
Source: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/9/2/mstar_berita/20130902174950&sec=mstar_berita