Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN

2.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN

STANDARD MORAL

3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

4.0

1
1.0 PENGENALAN

Definisi bagi undang-undang ialah satu set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk
mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut (Ho Jo Ann, 2013). Manakala Kamus Dewan
Edisi Keempat pula menakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Di dalam Modul OUM
menyatakan undang-undang juga sebagai satu set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan
dengan meluas, diterima secara umum dan kebiasaannya dikuatkuasakan. Di dalam undang-
undang terdapat elemen yang mendesak contohnya pemandu kereta berhenti apabila lampu
isyarat menunjukkan warna merah.

Undang-undang mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Lima ciri-ciri tersebut ialah konsisten,
universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasa. Apa yang dimaksudkan dengan konsisten ?
Konsisten berdasarkan keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak yang tiada percanggahan.
Misalnya ada dua keperluan yang bercanggah, maka kedua-dua kumpulan tersebut tidak boleh
ditakrifkan sebagai undang-undang kerana mustahil seseorang boleh mematuhinya.

Universal membawa maksud boleh digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama
serta menghadapi set keadaan yang sama. Contohnya undang-undang mempunyai lesen
kenderaan jika mahu memandu kereta. Keperluan untuk bertindak dan tidak bertindak iaitu
undang-undang yang perlu diterbitkan dan dicetak. Ini supaya semua pihak boleh mengakses dan
merujuk undang-undang apabila mahu mengambil sesuatu tindakan. Walaupun tidak semua
pihak membaca dan memahami semua undang-undang tersebut tetapi pihak tersebut boleh
meminta bantuan ahli professional seperti peguam untuk menerangkan mengenai undang-undang
yang berkaitan.

Undang-undang yang diterbitkan ini perlu dipatuhi dan diterima oleh masyarakat kerana ia
merupakan kehendak majoriti. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mahu mengikuti
undang-undang secara sukarela, individu tersebut akan dipaksa untuk menerimanya. Jika
individu tersebut melanggar undang-undang , mereka akan kehilangan kemudahan, masa,
kewangan, nyawa atau kebebasan apabila ditahan oleh penguatkuasa dan dibuktikan bersalah di
mahkamah. Terdapat elemen yang telah ditetapkan jika undang-undang tidak dipatuhi.

2
Penguatkuasa undang-undang seperti pihak polis, peguam, kastam, imegresen dan hakim akan
menjalankan peranan beliau dalam menguatkuasa undang-undang.

Bagi sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia, undang-undang amat diperlukan untuk
membuat keputusan apabila berhadapan dengan konflik dalam organisasi. Konflik terjadi apabila
terdapat perbezaan pendapat, norma dan nilai terutama apabila perlu memilih antara prestasi
ekonomi dan prestasi sosial. Undang-undang merupakan asas rujukan untuk membuat keputusan
kerana ia mewakili keputusan kolektif seluruh masyarakat.

2.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN STANDARD MORAL

Undang-undang dapat mengatur perjalanan hidup manusia mengikut norma masyarakat. Ini
dibuktikan apabila undang-undang mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan
kerajaan dalam sesebuah negara. Undang-undang mampu mengawal masyarakat daripada
membuat pilihan, aktiviti atau tindakan yang boleh memudaratkan masyarakat. Contohnya
seseorang individu tidak boleh memukul seseorang dengan sewenang-wenangnya. Pelaku yang
bersalah akan dihukum sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Maka undang-
undang dapat menentukan hak kebebasan individu terpelihara supaya kehidupan politik,
ekonomi, dan sosial sesebuah negara menjadi stabil dan makmur.

Selain itu, undang-undang juga berperanan sebagai panduan untuk pilihan moral kepada anggota
masyarakat yang menghadapi dilema dalam membuat keputusan. Seseorang individu perlu
merujuk kepada undang-undang supaya keputusan yang diambil itu tepat, sesuai dengan
kehendak masyarakat dan memenuhi moral individu tersebut. Contohnya Encik Zul, seorang
guru siswazah, Gred DG41, yang memegang jawatan guru penolong telah menyertai sebuah parti
politik . Beliau menjadi ahli parti tersebut dan pulang ke kampong sekali sebulan untuk
melaksanakan tugas-tugas politiknya. Beliau telah dicalonkan oleh bahagiannya untuk satu
kerusi dalam Majlis Tertinggi Parti yang akan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli-ahli
majlis.

Terdapat calon lawan yang membuat pengaduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti kerana
selaku guru penolong Gred DG41 beliau tidak layak masuk bertanding. Setelah jawatankuasa
melakukan penyiasatan, laporan dibuat kepada Pengarah Pendidikan yang mengemukakan hasil

3
siasatan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kementerian. Urusetia tatatertib telah
mengemukakan laporan dan mendapati Encik Zul telah melanggar tatatertib dalam tugas. Ini
kerana dari segi status jawatan dalam perkhidmatan pendidikan ataupun dalam perkhidmatan
awam, guru siswazah adalah Pegawai Kumpulan A.

Sebagai Pegawai Kumpulan A, beliau adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti
politik seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan dalam subperaturan (3) seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian yang aktif
dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti.

Ini kerana dalam peraturan tersebut, beliau tidak boleh :

a. Membuat apa-apa penyataan awam, samada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu
pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik.

b. menerbit atau mengelilingi buku, makalah, atau risalah yang mengemukakan pandangannya
yang berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-
mana parti politik.

c. Terlibat dengan merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya
umum, pilihanraya kecil ataupun apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-
mana parti politik.

d. Bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat
untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan rakyat atau
bagi mana-mana Dewan undangan Negeri,

e. Masuk bertanding untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti atau

4
f. memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

Di sini dapat dilihat bahawa undang-undang mempunyai hubungan dalam menentukan


piawaian moral seseorang individu. Jika kita ingin melakukan sesuatu mengikut
kehendak kita, kita boleh berbuat demikian tetapi ini bermaksud kita telah mengikuti
piawaian moral kita sendiri yang tidak selaras dengan kehendak majority masyarakat.

Jika kita tidak bersetuju dengan sesuatu yang telah ditetapkan, kita perlu mendapat
pengundi majoriti untuk bersetuju meluluskan sesuatu undang-undang . Sementara itu
kita perlu akur dengan kehendak majority masyarakat. Terdapat juga pertindihan antara
undang-undang dengan piawaian moral dalam masyarakat. Contohnya undang-undang
mengenai hak penjagaan kanak-kanak yang lebih mengutamakan ibu berkaitan dengan
moral dan peranan seorang ibu yang menjaga dan mendidik kanak-kanak. Undang-
undang juga mencerminkan nilai-nilai asas warga sesebuah negara. Negara yang aman
dan makmur mempunyai warga negara yang baik dan patuh kepada undang-undang tetapi
bagi negara yang berada dalam konflik terdapat warga negara yang tidak mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan.

Terdapat juga undang-undang yang tiada kaitan dengan piawaian moral masyarakat
seperti undang-undang memandu kereta di sebelah kiri jalan yang tiada kaitan dengan
piawaian moral. Namun perkara ini diterima umum atas faktor keselamatan pemandu.
Terdapat juga keperluan undang-undang yang ketinggalan berbanding piawaian moral
masyarakat. Contohnya pencemaran alam sekitar dan masalah rasuah adalah masalah
moral yang boleh diatasi oleh undang-undang. Terdapatnya hubungan antara undang-

5
undang dan piawaian moral dalam menentukan kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah
masyarakat.

3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Proses pembentukan undang-undang melalui beberapa proses iaitu bermula dengan


proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

3.1 Proses Individu

Proses pembentukan undang-undang mengambil masa yang panjang dan kompleks. Ia


berkaitan dengan konteks budaya atau sejarah sesuatu bangsa. Individu yang perlu
mengikut konteks budaya sesuatu bangsa seterusnya mengaplikasi dalam keluarga,
kumpulan rakan sebaya dan organisasi formal. Perubahan-perubahan berlaku dalam
undang-undang kerana seiring dengan peredaran masa . Terdapatnya kelengahan masa
antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang. Contohnya 30 tahun
dulu masyarakat boleh membuka tanah pertanian dengan mudah tetapi sekarang perlu
mendapat kebenaran Pejabat Tanah dan ia dianggap menyalahi undang-undang.

Apabila berlakunya perubahan norma, kepercayaan dan nilai dalam masyarakat maka
akan berlakunya perubahan undang-undang. Jika terdapat majority kumpulan kecil yang
bersetuju dengan nilai yang sama , ia akan berkembang kepada organisasi formal yang
mempunyai norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Di sini akan berlaku proses politik
untuk menyelesaikan konflik norma, kepercayaan dan nilai yang berbeza. Maka system
perundangan digubal untuk mengatasi konflik tersebut supaya norma, kepercayaan dan
nilai yang baru dapat diterima oleh semua pihak.

6
Konteks undang-undang sosial akan terbina apabila setiap individu mempunyai set
norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama dan membentuk piawaian moral
mereka. Norma merujuk kepada kriteria kelakuan iaitu jangkaan apabila semua orang
akan bertindak dengan cara yang sama apabila menghadapi sesuatu situasi. Kepercayaa
pula merujuk kepada pemikiran di mana pemikiran yang abstrak biasanya menyokong
norma seseoranng dan tidak melibatkan perlakuan. Pemikiran merupakan cara individu
berfikir tentang konsep-konsep yang tertentu. Nilai pula adalah suatu pemeringkatan atau
keutamaan yang diberikan individu terhadap norma dan kepercayaan. Norma dan
kepercayaan yang penting merupakan nilai-nilai atau sanjungan tinggi yang diletakkan
oleh seseorang pada sesuatu perkara.

3.2 Proses Kumpulan

Proses ini membawa kepada maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling
sesuatu keadaan. Proses kumpulan turut berperanan dalam norma, kepercayaan dan nilai
seseorang individu. Ini kerana setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan
nilainya sendiri melalui konteks seperti budaya, agama, sosial, politik, ekonomi dan
teknologi. Bagi masyarakat pula terdapat enam faktor yang saling berhubungkait iaitu
faktor agama, tradisi budaya, keadaan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi
sosial dan proses-proses politik. Semua faktor ini saling berinteraksi dan memberi
pengaruh dalam pembentukan undang-undang.

Contohnya faktor perubahan teknologi memberi kesan kepadaperubahan ekonomi,


seterusnya berlaku perubahan politik dan perubahan budaya. Ini dapat dilihat pada
perubahan kaum wanita yang terjadi akibat perubahan ekonomi. Wanita turut memberi

7
sumbangan yang besar dalam ekonomi sesebuah keluarga dan masyarakat. Terdapat juga
sudah ramai wanita yang terlibat dengan politik. Ini kerana peralihan aktiviti ekonomi
daripada perlombongan dan pertanian kepada perindustrian yang berasaskan pengetahuan
dan perkhidmatan. Terdapat juga teknologi yang dapat mengawal kelahiran secara lebih
baik dan perlembagaan sosial yang memberi peluang-peluang pendidikan kepada wanita.

3.3 Proses Sosial

Proses sosial berlaku dalam masyarakat yang mempunyai individu yang terdedah kepada
faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama secara tidak sama.
Perbezaan ini terjadi kerana kedudukan individu, unit keluarga, kumpulan rakan sebaya, a
dan organisasi-organisasi formal yang terlibat. Proses sosial boleh melibatkan
perhimpunan kuasa melalui persetujuan individu dan kumpulan kecil terhadap norma,
kepercayaan dan nilai yang sama. Ini kerana lazimnya seseorang individu yang
berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk bersetuju
dan bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan kecil ini biasanya
bergabung di dalam organisasi yang lebih besar seperti penjawat awam, firma perniagaan,
kesatuan sekerja, parti politik, badan amal, institusi agama dan persatuan veteran.

Impak terhadap perubahan norma, kepercayaan dan nilai individu yang berubah-ubah
terhasil daripada proses sosial dan proses politik.Sesuai dengan peredaran masa,
organisasi-organisasi yang besar ini akan mencapai kompromi dalam norma, kepercayaan
dan nilai yang sama. Terdapat pelbagai teori alternatif tenteng cara kompromi ini terhasil
seperti keputusan autokratik, penyesuaian, birokratik, dan perubahan kesatuan campuran
atau pilihan kolektif.

8
3.4 Proses Politik

Ini merupakan proses utama dalam pembentukan undang-undang. Proses ini merujuk
kepada norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh individu, kumpulan dan
organisasi diwartakan menjadi undang-undang sebagai salah satu cara untuk mengatasi
konflik. Perbezaan pandangan antara individu, kumpulan dan organisasi perlu
diselaraskan supaya menjadi peraturan yang konsisten dan universal kepada semua pihak.

Terdapat pelbagai teori yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap
perbezaan iaitu kepimpinan ketua kerajaan, kompromi institusi, rundingan badan
perundangan dan desakan para pengundi.

Isu-isu yang timbul mungkin berbeza mengikut negara, segmen penduduk, dan sector
ekonomi. Wakil-wakil rakyat yang dipilih bertanggungjawab secara formal untuk
menggubal undang-undang dalam sesuatu sitem perwakilan. Gabungan antara wakil-
wakil rakyat diperlukan untuk meluluskan kebanyakan undang-undang. Namun begitu,
orang awam juga terlibat secara langsung dengan menyatakan pendapat dalam undang-
undang yang dicadangkan dengan mengundi wakil rakyat, pegawai pentadbir dan
kesemua ahli penggubal undang-undang dalam pilihanraya. Pendapat orang awam juga
boleh disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, surat dan media.

Parlimen juga berkuasa dalam menggubal undang-undang. Hal ini dinyatakan dalam
Perkara 66 yang menjelaskan tentang kuasa parlimen. Rang undang-undang ini perlu
diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Rang undang-undang itu dikemukakan di
mana-mana Dewan Rakyat dan di bawa ke Dewan Negara. Terdapat juga rang undang-
undang yang terus bermula di Dewan Negara setelah melalui peringkat bacaan ketiga.
Rang undang-undang perlu melalui tahap-tahap berikut sebelum diluluskan.

9
i. Bacaan Pertama

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan.

ii. Bacaan Kedua

Ia dilakukan setelah rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan.
Rang undang-undang ini akan dibincangkan secara terperinci , teliti dan dibahaskan oleh
ahli dewan. Ahli Dewan boleh menyokong dan membangkang rang undang-unadng
berkenaan melalui pengiraan undi.

iii. Peringkat Jawatankuasa

Setelah rang undang-undang ini dibahaskan , ia dirujuk kepada sebuah jawatankuasa.


Rang undang-undang ini akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci . Jawatankuasa
berkenaan dibenarkan mengubahsuai dan meminda rang undang-unadng jika perlu.

iv. Bacaan Ketiga

Bacaan ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa isi kandungannya sahaja,
kemudian diluluskan dan di bawa ke Dewan Negara.

Setelah rang undang-undang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, rang undang-
undang tersebut akan diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk diperkenankan.
Dalam tempoh 30 hari dan setelah diperkenankan rang undang-undang berkenaan akan

10
menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini akan
diterima dan diwartakan serta dikuatkuasa oleh pegawai berwajib.

Seperti penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Akta 611 yang dsedang dalam
pindaan. Akta Kanak-kanak 2001 merupakan suatu akta yang menyatukan dan meminda
undang-unadng yang berhubung dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan
kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan
bersampingan dengannya. Akta ini mengiktiraf negara maju ialah merupakan suatu
negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, rohani dan etika sama penting
dengan kemajuan ekonomi agar dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu,
progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan.

Pengiktirafan diberikan kepada kanak-kanak yang merupakan bahagian penting dalam


masyarakat kerana mereka merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran
masyarakat. Akta ini menyatakan kanak-kanak tidak matang dari segi fizikal, mental dan
emosi. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas
selepas kelahiran, membolehkan kanak-kanak ini turut serta dan menyumbang secara
positif ke arah membentuk masyarakat yang madani. Akta ini juga mengiktiraf setiap
kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan
tanpa mengira apa-apa perbezaan ras, warna kulit, jantina, Bahasa, agama, asal usul,
kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status sekalipun.

Peruntukan akta ini juga menyatakan bahawa keluarga adalah asas dalam masyarakat
yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan, dan kebajikan
semua anggota keluarga terutama kanak-kanak. Undang-undang ini diadakan supaya
kanak-kanak dapat membesar dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan
persefahaman agar memperoleh keyakinan, maruah, dan nilai diri seseorang. Akta ini

11
diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 15 Februari 2001 dan diwartakan pada
1 Mac 2001 untuk dikuatkuasakan. Akta ini banyak membantu kanak-kanak dan
melindungi hak kanak-kanak supaya mereka dapat menjalani hidup yang sewajarnya.

4.0 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Proses pembentukan undang-undang melibatkan semua pihak iaitu individu, kumpulan


dan organisasi. Undang-undang diperlukan untuk melindungi semua pihak dalam
masyarakat termasuk kanak-kanak. Undang-undang ini merupakan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pihak kerana ia diterima secara kolektif oleh masyarakat. Undang-
undang ini diperlukan untuk menyelesaikan konflik dan memastikan masyarakat dapat
hidup dalam suasana aman dan sejahtera mengikut piawaian norma dalam masyarakat.

Terdapat empat proses dalam pembentukan undang-undang yang bermula daripada


individu kepada kumpulan yang membentuk organisasi dan yang terakhir proses politik.
Walaupun setelah undang-undang diwartakan masih terdapat pihak yang tidak
mengetahui tentang undang-undang tersebut.

Tinjauan yang telah dilakukan oleh Astro Awani mendapati ramai yang tidak mengetahui
mengenai Akta 611 , Akta Kanak-kanak 2001. Ramai ibu bapa yang tanpa sengaja
melanggar undang-undang kerana tidak mengetahui mengenai akta ini. Pihak berkuasa
dan pihak kerajaan ada mewar-warkan undang-undang ini setelah dikuatkuasa tetapi
masih ada pihak yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak. Contohnya kes yang
berlaku di Temerloh di mana seorang bapa kandung didakwa melakukan pencabulan
kepada anak kandungnya yang berusia empat tahun tujuh bulan. Tertuduh di dakwa

12
melakukan pencabulan tersebut semasa memandikan mangsa dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ibu kandung mangsa telah membuat aduan dan keterangan kanak-kanak yang masih
mentah itu telah diambil dan diterima oleh mahkamah. Hukuman yang telah dijatuhkan
ialah lima tahun penjara dan denda sebanyak RM10 000 dianggap sebagai hukuman yang
wajar dan mampu memberi pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Ini kerana
pelaku merupakan bapa kandung mangsa yang sepatutnya melindungi keselamatan dan
memberi kasih saying terhadap mangsa. Namun begitu, ada pihak yang berpendapat
hukuman dijatuhkan kepada pelaku yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak
perlu dipinda kerana meningkatnya kes jenayah melibatkan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan kerajaan sedang


merangka akta baru yang memberi penekanan kepada hukuman yang lebih berat bagi ibu
bapa yang mengabaikan kanak-kanak. Hukuman itu diharap dapat memberi pengajaran
kepada ibu bapa sebelum mengambil tindakan melakukan sesuatu yang boleh
memudaratkan kanak-kanak. Namun terdapat pihak tertentu yang tidak bersetuju
sebaliknya kempen kesedaran supaya tidak melanggar undang-undang perlu dipergiatkan.
Gerakan komuniti, persatuan agama, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
diminta memainkan peranan dalam mencetus kesedaran di kalangan masyarakat.

5.0 RUMUSAN

Undang-undang amat penting dalam kehidupan agar semua pihak berada dalam suasana
yang diinginkan oleh masyarakat. Dalam pembentukan undang-undang semua pihak
individu, kumpulan dan organisasi terlibat dalam menggubal undang-unadng mengikut

13
proses-proses tertentu. Undang-undang dapat membantu individu yang menghadapi
dilema membuat keputusan yang tepat dan organisasi yang berhadapan dengan konflik
membuat keputusan berlandaskan undang-undang. Undang-undang boleh berubah sesuai
dengan peredaran masa mengikut kesesuaian norma, kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat. Penguatkuasa selain menjalankan tanggungjawab menguatkuasa undang-
undang perlu juga memainkan peranan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang
kepentingan mematuhi undang-undang.

2 871 patah perkataan

6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

Linawati Adnan. (2015). Adakah ibu bapa di Malaysia tahu tentang Akta Kanak-kanak 2001?.
Atro Awani

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adakah-ibubapa-di-malaysia-tahu-tentang-akta-
kanak-kanak-2001-52706 di akses pada 17 Mac 2016

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/290-pembentukan-rang-
undang.html

diakses pada 17 Mac 2016.

14
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-teksi-dipenjara-dua-tahun-dua-sebatan-cabul-
eksekutif-bank-1.66244 diakses pada 17 Mac 2016

Undang-undang Malaysia. (2006). Akta 611 (Cetakan Semula) Akta Kanak-kanak 2001.
Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia.

15
h. Hasil siasatan Ketua Jabatan yang mengesahkan perbuatan dan status jawatan
Encik Zul itu dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tataertib Kementerian
Pendidikan.
i. Urusetia Lembaga Tatatertib menyediakan kertas untuk ditimbangkan oleh
pengerusi.
j. Pengerusi memutuskan telah wujud kes prima-facie dan boleh dikenakan
tindakan tatatertib ke atas Encik Zul.
k. Persoalannya ialah apakah pertuduhan berkenaan dan bagaimana tercapainya
keputusan Pengerusi tersebut.

2.3.3 Keputusan kepada kes berkenaan


Dari segi status jawatan dalam perkhidmatan pendidikan ataupun dalam perkhidmatan
awam sekali pun, guru siswazah adalah Pegawai Kumpulan A, seperti Encik Zul. Sebagai
Pegawai Kumpulan A, beliau adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik
seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab D Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan ;-
(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3) Seseorang pegawai
dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah
dilarang mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti, khususnya dan beliau tidak boleh :-

16
a.

17

Anda mungkin juga menyukai