Anda di halaman 1dari 8

Assalamualakum hamizah

Waalaikumussalam
Pertama sekali terima kasih kerana sudi hadir pada sesi kita pd kali
ini. Pertama skali pernahkah mizah menghadiri sesi?
Tidak pernah.
(Peranan kaunselor klien.) Adakah mizah faham setakat ni?
Ya, saya faham
Ya baiklah. Adakah mizah selesa dengan keadaan sebgini?
Ya selesa
Aircond okay?
Ya
Ok baiklah. Kita akan teruskan dengan sesi kita. Boleh saya tahu
apa tujuan mizah datang ke sesi kita pada hari ini?
Pertama sekali terima kasih kerana sudi terima kehadiran saya pada
hari ini. Tujuan saya datang sini adalah kerana saya mempunyai
masalah sedikit dengan partner sejawatan saya. Dia ni jenis kena
suruh baru buat kerja, kalau tak suruh dia takkan buat. Maknanya
kita yang kena mulakan kerja baru dia sedangkan dia lebih senior
dari saya.
Boleh saya tahu jawatan apa ya? Saya macam kurang faham sikit.
Jawatan dalam persatuan.
Ohh.. haaa.. baiklah teruskan.
Dia ni jenis kalau saya tak mulakan memang dia takkan buat
ataupun dengan ahli jawatan yang lain memang dia ni jenis yang
perlu diarah. Rasa geram akan timbul bila orang atas tanya kita
macam mana pergerakan kerja. Kita harapkan dia yang buat kerja
tu tapi dia yang harapkan kita. Macam sama-sama berharap. Lepas
pada tu timbul rasa geram dalam diri. Macam mana la aku nak buat
kerja selama 1 sidang dengan dia ni?
Jadi maknanya mizah sakit hati dengan partner mizah tu kerana bila
nak buat kerja kena suruh sedangkan dia lagi senior dari mizah.
Ya.
Haaa.. okay boleh mizah teruskan?
Tapi sebaliknya jika kita yang arahkan, boleh pulak dia buat kerja. Tu
maknanya dia nak kita mulakan dulu. Kalau nak harap dia yang
mulakan memang jauh memang lambat. Kita kena tekan dia suruh-
suruh baru dia buat.
Selalunya bila mizah suruh tu, apa reaksi yang dia berikan?
Kalau reaksi yang dia bagi tu okay. Dia kata dia akan buat tapi saya
tak pasti dia buat atau tak.
Haaa.. maknanya mizah tak yakin la dia buat kerja tu atau tidak.
Sedangkan mizah dah bagi kerja tu.
Haah
Okay, seterusnya apa tindakan mizah?
Tindakannya mizah akan mulakan kerja, mizah akan abaikan yang
dia tu senior dan mulakan ambil alih kerja dan suruhkan dia. Jadi
sekarang sekiranya orang atasan bagi kerja kepada kami, mizah
akan bagitau dia, tekan dia suruh buat.
Adakah mizah selesa dengan keadaan begini?
Sebenarnya.. agak kurang selesa sebab takkanlah nak tunggu mizah
arahkan baru nak buat kerja.

Ada sebab-sebab lain? Maksudkan kan tadi mizah kata mizah tak
selesa bila mizah kena ketuai semuanya. Pernah tak mizah pergi
berjumpa dia dan tanya?
Tanya tu tak ada tapi kawan-kawan yang rapat dengan dia ada
bagitahu yang diani memang jenis yang kena arahkan kalau tak
memang dia tak akan buat.
Haa okay.. setakat harini ada tak perbuatan dia tu mengganggu
mizah?
Setakat ni memang takda sebab sepanjang menganjurkan program
sebelum-sebelum ni mizah arahkan dia untuk pergi ambik barang,
dia pergi tapi selepas masa akan datang ni mizah taktau la.
Okay sebenarnya kan kita tak boleh nak ubah orang tapi kita boleh
try dengan diri kita. Mizah rasa apa yang patut mizah buat sebab
kita tak boleh ubah dia kecuali dia sendiri yang nak berubah. Sebab
semuanya atas dasar diri kita kan? So mizah rasa apa yang mizah
patut buat sebenarnya?
Mizah rasa mizah perlu bersabar, perlu lebih memberi arahan
kepada dia supaya dia sedar akan tanggung jawab dia.
Boleh saya tahu tadi mizah ada kata yang dia perlu disuruh untuk
buat kerja, adakah dia melanggar tanggungjawab dia?
Nak kata melanggar tanggung jawab tu tak ada la sebab ketika buat
program memang tanggungjawab kami untuk pergi ambik barang
kat tempat simpanan barang tapi
Tapi apa ya? Boleh mizah teruskan?
Tapi kalau dia.. kami sama-sama ada kerja masing-masing tapi bila
saya free boleh la saya ambik tapi saya ada banyak kerja lain dan
dia free. Walaupun macam tu dia masih perlu disuruh untuk dia
ambik barang tu padahal dia dah tahu.
Adakah tugasan dalam persatuan mengganggu tugasan yang lain
seperti subjek ke atau lain-lain?
Ia tidaklah mengganggu matapelajaran saya cuma ada time-time tu
bila ada program kami kena sama-sama jadi wakil batch masing-
masing dan kutip duit untuk program tu yang paling banyak
masalah.
Masalah? Boleh mizah terangkan dengan lebih lanjut? Masalah
macam mana ya?
Masalah dimana kawan-kawan batch saya ni susah nak membuat
pembayaran. Perlu minta berkali-kali, perlu diingatkan berhari-hari
sehinggakan ke hari terakhir tarikh pembayaran dan masih ada
yang tak bayar dan ada yang tak bayar sampai sekarang. Itu semua
saya yang kena tanggung, saya yang kena jawab dengan orang
atasan. Jadi apa yang patut saya buat?
Okay. Sebenarnya kita disini kita akan sama-sama cari jalan
penyelesaian. Apa yang mizah rasa mizah patut dan tak patut buat
hanya diri mizah sahaja yang tau. Jadi berkenaan soalan mizah tadi,
saya sebenarny tidak dapat memberi idea kepada mizah kerana
semasa perbincangan kita hari ini saya berharap mizah mampu
mendapatkan jawapan bagi persoalan mizah sendiri.
Haa..
Okay, tadi mula-mula mizah ada kata yang kawan sejawatan mizah
tu kurang bertanggung jawab disebabkan mizah kena ketuk baru dia
nak buat kerja dan dia menganggap mizah sebagai ketua
sedangkan dia mempunyai jawatan yang sama.
Ya
Dan seterusnya mizah dah masuk kepada masalah yang mizah
hadapi sebagai wakil batch dimana setiap program kawan-kawan
perlu bayar duit dan mizah akan kutip duit dan rakan-rakan mizah
ada yang tak bayar sehingga ke hari ini sedangkan program dah
lama tamat. Benar?
Ya
Adakah mizah rasa bertanggung jawab terhadap perkara ini atau
pun mizah anggap perkara ni tak ada apa?
Ianya adalah satu tanggungjawab yang diberi kepada saya, saya
amanah yang saya perlu pegang jadi nak ke taknak saya perlu
bertanggung jawab
Okay untuk jalankan tanggung jawab mizah tu, apa yang mizah rasa
mizah patut buat sebab tadi mizah ada kata kalau kawan-kawan
yang tak habis bayar tu mizah kena jawab dengan orang atasan.
Mizah rasa apa yang mizah patut buat?
Saya ada mesej personal untuk minta mereka bayar tetapi mesej
saya itu tidak dilayan dan.
Okay takpa, mizah boleh teruskan
.. setelah saya mesej berulang kali dan tidak dilayan, akhirnya
saya ambil keputusan menyuruh mereka berhubung terus dengan
pihak atasan.
Okay, kembali semula kepada masalah mizah yang pertama tadi
iaitu mengenai teman sejawatan mizah. Adakah dia mengalami
masalah yang sama dengan mizah atau mizah seorang sahaja?
Saya rasa ada juga yang sama sebab biasanya bahagian minta duit
ni memang payah orang nak bayar.
Okay tapi dia tadi mizah kata kalau tak kena ketuk dia takkan buat
kerja. So macam mana dia jalankan tugasan minta duit ni? Mizah
pernah terfikir tak macam mana dia buat sedangkan dia perlukan
dorongan dari orang lain untuk dia buat kerja. Macam mana dia
selesaikan isu tu? Pernah tak mizah pergi tanya dia ke, bincang
sama-sama sebab mungkin pada masa yang sama mizah boleh
kenal hati budi dia, boleh tau cara dia bekerja sebenarnya.
Tak pernah la pulak sebab kami sama-sama sibuk. Sedangkan yang
1 kelas pun jarang jumpa sebab berbeza group, inikan pulak nak
jumpa dengan batch lain lagilah susah.
Setakat perbincangan sesi kita ni, mizah rasa dekat mana
sebenarnya mizah nak capai penyelesaian? Setakat ini apa yang
mizah dah dapat?
Saya rasa untuk kedua dua masalah tu saya perlu lebih tegas.
Boleh saya tahu tegas macam mana ya?
Macam kalau yang pasal mintak duit tu biasanya saya akan beri
tempoh yang sepatutnya. Tapi..
Tapi apa ya? Boleh mizah teruskan?
Sekiranya sehingga hari terakhir masih tak bayar. Jadi untuk
program akan datang saya takkan buat macam tu lagi dan saya
akan tetapkan satu tarikh untuk semua bayar terus. Kalau tidak,
saya yang kena jawab dengan orang atasan.
Mizah rasa tu perkara betul yang mizah patut buat?
Saya rasa ya.
Okay.
Dan saya akan cuba untuk buat.
Okay. Mizah secara perlahan-lahan mizah dah dapat satu cara untuk
mengatasi masalah mizah. Mungkin mizah boleh cuba dulu dan
sekiranya tidak menjadi, kita akan sama-sama berbincang untuk
memperoleh cara yang baru. Seperti yang saya cakap tadi, sesi kita
ini adalah rahsia. Hanya kita berdua sahaja yang tau apa yang kita
bincangkan pada hari ini. Sebelum saya tangguhkan sesi, ada apa-
apa yang ingin mizah beritahu kepada saya?
Rasanya takda setakat ni.
Okay kalau mizah tiada apa-apa lagi, saya akan menangguhkan sesi
kita pada harini ini dan semoga kita bertemu pada sesi yang akan
datang. Terima kasih kerana sudi hadir
Terima kasih juga.

1. PRA SESI Kondusif / Teraputik


2. MEMBINA HUBUNGAN*
3. PENSTRUKTURAN
4. DORONGAN MINIMA*
5. KEMAHIRAN MENDENGAR*
6. REFLEKSI*
7. PARAFRASA*
8. KEMAHIRAN MENYOAL*
9. KONFRANTASI*
10. MERUMUS*
11 MEMILIH ALTERNATIF
12. MENGAMBIL TINDAKAN
13. KHIDMAT SUSULAN
14. PENAMATAN SESI
15. MENAMATKAN HUBUNGAN
KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN (Rappo)


- Suasana teraputik - tanpa gangguan
- Jarak terlalu jauh / dekat
- Penampilan diri kaunselor - ganggu klien
- Ekspresi muka (wajah)- peka klien / kaunselor
- Pandangan / kontak mata- memberi perhatian / minat /
hormat / galakan / jujur / selesa /
kesungguhan
- Kedudukan / pergerakan tubuh- memberi nada/makna dalam
hubungan kaunseling
- Tergaru-garu ragu / tak pasti / cemas / risau
- Mengigit jari - tertekan / ragu / cemas / risau
- Senyuman persahabatan / penerimaan / ingin bekerjasama /
mengejek / takut

TINGKAH LAKU ( Tanpa Lisan )


Menutup mulut dengan tangan
Saya perlu berhati-hati dengan kata-kata
Menarik nafas panjang
kesakitan
Melihat ke arah lain dan bermain dengan sesuatu
Rasa malu
Meletak jari di pipi
Berfikir dengan serius
Senyum, tidak ada yang menggelikan hati
Tidak memahami soalan
Melemparkan pandangan jauh apabila disoal
Mencari jawapan yang baik / alasan
Menggosok mata
Sedih
Menggerakan badan kehadapan
Berminat

DORONGAN MINIMA
Tujuan memberangsangkan klien / kaunselor mendengar /
faham / sedang mengikuti ceritanya
Contoh:
Kln: Saya nak bincang tentang pelajaran saya
Ksr: Ya!pelajaran awak ( sambil mengangguk)
Kln : Sejak akhir-akhir ni pencapaiannya
merosot
Ksr : Hmm! Hmm!
REFLEKSI - KEMAHIRAN MENDENGAR
Mendengar berkaitan dgn refleksi
Isi/perasaan/pengalaman.

Refleksi IsiKln : Buat masa ini kalau saya menentang, mungkin


saya akan dianiaya lebih teruk lagi. Jadi,
mencari srategi yang baik untuk saya.
Ksr : Jadi sekarang ni anda sedang memikirkan strategi paling baik

- Pergerakan tangan/kaki - berpeluk tubuh (tak


selamat/tertutup/tak
sedia/negatif/defensif)
- Tangan dalam poket- menyembunyikan sesuatu
- Genggam jari - marah
- Kedua-dua tangan pegang kuat pada kerusi- rasa takut/risau

Refleksi - perasaanKln : Kadang-kadang saya sendiri tak faham,


apa yang saya buat,semua tak kena ; yang dicari hanyalah salah
sahaja. Apakah saya tak pernah betul?
Ksr : Anda rasa marah dengan keadaan yang sedang anda alami
ini?

Refleksi-Pengalaman
Cth :
Kln: Saya sebenarnya sangat sayang kepada anak isteri saya. Inilah
yang saya tak faham, mengapa mereka sanggup meninggalkan saya
? (sambil tunduk dan keliatan murung)
Ksr: Anda terlalu sedih sekali kerana ditinggalkan oleh keluarga
yang anda sayangi

PARAFRASA
Pemahaman kaunselor yang dinyatakan dalam ayat yang agak
pendek. Klien mendengar kembali apa yang dirasa dan
dikatakannya.
Contoh :
Kln: Cikgu, sejak akhir-akhir ini saya tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran saya. Macam mana saya nak belajar
kalau ibu bapa saya asyik bertekak saja.
Ksr: Ali berasa bosan kerana ibu bapa anda sering bertengkar
sehingga Ali tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

KEMAHIRANMENYOAL
Soalan Tertutup :
Cth: Anda telah berkahwin?
Anda rindu keluarga anda?
Siapa Teman sebilik anda?

Soalan Terbuka :Cth : Apa perasaan anda?


Bagaimana anda boleh menjadi begitu hebat ?
Cuba ceritakan pengalaman kerjaya anda?

PERBANDINGAN ANTARA SOALAN TERTUTUP


DENGAN SOALAN TERBUKASOALAN TERTUTUP (X)
SOALAN TEBUKA (/)
x -Mendapatkan jawapan khusus
/ -Membolehkan jawapan yang berbagai
x- Boleh dijawab dengan satu atau dua perkataan
/- Memerlukan jawapan yang panjang
x- Mendapatkan data
/ -Mendapatkan pandangan, sebab penerangan dan lain-lain
x- Menyekat respon klien
/- Membolehkan klien memberi jawapan yang tidak dijangka oleh
kaunselor

KONFRANTASI Menggambarkan keadaan klien tidak kongruen


antara yang dicerita dengan apa yang diharapkan tentang dirinya /
apa yang dilihat oleh kaunselor
Cth:
REBT (9 pemikiran tidak rasional)
Anda kata semua lelaki jahat tapi bagaimana dengan bapa anda
yang anda katakan tadi sebagai idola anda?
Anda kata anda menyesali perbuatan anda tapi saya lihat anda
masih boleh
tersenyum ?

MERUMUS
Kaunselor perlu membuat rumusan setelah sesi kaunseling
berjalan agak lama bagi
membolehkan klien memahami diri & masalah yang dihadapi.
Kaunselor juga perlu merumuskan isi
penting perbualan sebelum menamatkan sesi.

Contoh
Maknanya.
Pendek kata.
Ringkasnya.
Oh.jadi.