Anda di halaman 1dari 8

Chatuchak Weekend Market

Chatuchak Market ni merupakan salah satu market terbesar di dunia di keluasan tapak
sebesar 27 ekar! Ada 8,000 kedai dibahagikan dalam 27 kategori masing-masing dan
menjual bermacam- macam jenis barang seperti antique wood carving, clay handicrafts, local
souvenirs dari seluruh Thailand, Buddhist amulets, wooden funitures, hand made decorated
flowers, plant, ceramic wares, dools, Thai Bejarong, Chinese wares, graden decorated plants,
stones, trendy fashions, silk, hill-tribe outfits dan macam-macam lagi.

Untuk ke sini, boleh naik BTS atau MRT dan turun di Mo Chit BTS Station Atau Stesen MRT
Chatuchak Park dan kira-kira 5 minit berjalan kaki utk ke Chatuchak Market.
Dekat sini ada satu kedai yang jual makanan Halal, tak silap dekat dengan Clock Tower @
atau boleh Tanya orang dekat sana.
Dekat sini kalau nak beli barang boleh tawar-menawar utk dapatkan harga murah. Kalau nak
murah kena beli lebih dari 3 baru boleh dapat harga borong.
Terminal 21

Terminal 21 adalah sebuah pusat membeli-belah yang terkenal di Bangkok. Ia berbeza


daripada pusat membeli-belah yang lain kerana setiap tingkat pusat membeli-belah telah
bertemakan sebuah kota antarabangsa yang berbeza. Anda akan merasakan seperti anda
berada di Paris, Tokyo; di tingkat lain pula terdapat pondok telefon merah seperti di
London.Terdapat juga tema Caribbean, San Francisco dan Istanbul.

Untuk ke sini, boleh naik MRT dan turun di Sukhumvit Station, Terminal 21 tu tak jauh dari station
tadi.

Platinum Fashion Mall


Chao Praya River Cruise, Layan Sunset

Untuk ke sini, kena naik BTS dan turun di Saphan Thaksin Station, dan terus menuju ke
jeti Chao Praya Tourist Boat yang terletak betul-betul bawah landasan BTS tu dan dia
punya signboard merata, tak mungkin akan sesat.
Kat Jetty Chao Praya Tourist Boat tu, beli terus tiket dengan harga 150
Baht/orang untuk unlimited service per day. So maknanya boleh naik mana-mana bot saja
mengelilingi Sungai Chao Praya tu dalam masa satu hari.
pengalaman naik river cruise ni best , sebab boleh tengok keadaan di sepanjang Sungai
Chao Praya. Dan kita boleh jugak berhenti dan turun di mana-mana point antaranya Grand
Palace, Wat Arun dan Wat Pho. Boleh layan cruise dari hujung ke hujung lepas tu patah
balik semula ke Saphan Taksin Station.

Grand Palace
Jika anda bercadang melawat satu sahaja tempat bersejarah di Bangkok, Grand Palace wajib
menjadi pilihan anda. Istana diraja dengan struktur yang menakjubkan yang juga rumah Wat
Phra Kaeo, yang menempatkan Jade Buddha.

Waktu Melawat: 8:30pagi-03:30petang setiap hari


Tiket: 500 baht.
Boleh naik Taksi untuk ke sini.
Asiatique The Riverfront

Asiatique The Riverfront adalah pusat membeli-belah terbuka yang besar di Bangkok,
Thailand. Ia terletak di bekas dok Timur Asiatic Syarikat, dan menghadapi Chao Phraya dan
Charoen Krung Road
Boleh naik bot dari Saphan Thaksin Station dan turun di jeti Wat Rajsingkorn
Dekat sini juga ada Ferris wheel dan juga Night Market start jam 4ptg hga 12mlm.
Maeklong Railway Market

Maeklong Railway Market ni terletak di daerah Samut Songkhram, iaitu lebih kurang 70km
dari kota Bangkok. Market ni dikenali sebagai salah satu market yang paling berbahaya di
dunia, sebab apa? Sebabnya aktiviti jualan di pasar ni dijalankan di sepanjang landasan
keretapi yang masih berfungsi yang berdekatan dengan stesen Maeklong
Macam mana nak ke Maeklong Railway Market? Senang je. Kalau dari Bangkok,
korang naik BTS Skytrain Sukhumvit line dan turun di stesen Victory Monument.
Keluar guna Exit No. 4, then korang akan nampak bangunan dealer Suzuki. Jalan
depan sikit then korang akan nampak stesen minivan di sebelah kiri.
Kat stesen minivan ni ada beberapa kaunter
tiket, macam aku hari tu beli tiket kat kaunter
no. 1 yang ada tulis
Maeklong/Amphawa/Damnoen. Harga tiket
sehala ke Maeklong ialah 80baht (~RM10).
Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit
untuk sampai.
Kalau nak tengok train lalu kena datang awal
sebab dia akan lalu pagi jam 9.45pagi dan
petang jam 1.45ptg.
Amphawa Floating Market

Sekiranya korang melawat Maeklong Railway Market pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad,
aku cadangkan selepas selesai tour di Maeklong Railway Market, korang terus sambung ke
Amphawa Floating Market, sebab lokasi kedua-duanya berdekatan.
Macam mana nak ke Amphawa Floating Market dari Maeklong Railway Market?

Ok, kat Maeklong Railway Market tu korang akan nampak ada satu kedai Seven Eleven.
Korang gi je kat 7e tu dan korang akan nampak ada kenderaan-kenderaan warna biru (local
peoples call it songthaew) bersusun kat situ. Korang tanya je orang-orang kat situ yang
korang nak gi Amphawa, nanti diaorang akan tunjuk nak naik songthaew yang mana.
Tambangnye murah jer, cuma 8baht (~80sen) dan perjalanan ke Amphawa memakan masa
lebih kurang 20 minit. Kalau korang tak sure mana nak turun, suruh je orang-orang local yang
naik sekali tu tekan butang bila dah sampai ke Amphawa. Jangan risau, orang-orang local kat
kawasan ni sangat peramah dan membantu even tak boleh cakap omputeh...hihi

Dah habis round-round kat Amphawa Floating Market ni, macam mana pulak nak balik ke
Bangkok semula? Jangan risau, senang je. Kat tepi main road (berdekatan dengan jambatan)
kat Amphawa tu ada perhentian minivan, jadi korang beli tiket minivan balik ke Bangkok kat
situ. Harga sehala ialah 80baht (~RM10). Minivan yang paling last ke Bangkok pukul 8.00
malam.

Anda mungkin juga menyukai