Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara
didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan
ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara
yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta
Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di
bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.
Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut
yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.
JENIS DUTI

1. Duti Ad Valorem

Duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai
pasaran yang berkaitan. Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:

surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk


sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam
yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain
dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan
nama baik;

surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan


dan pajakan berkanun;

surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat
cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk
pembayaran; dan

surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.

2. Duti Tetap

Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan
dalam surat cara. Duti tetap boleh dikenakan ke atas;

surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal


contohnya Surat Kuasa Wakil, Perkara-perkara Persatuan bagi Syarikat, Nota
Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan

surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat
ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah
disetemkan dengan sempurna

SURAT CARA YANG DIKENAKAN DUTI DAN KADAR

Surat cara yang dikenakan duti disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Setem
1949 beserta kadar duti yang berkenaan.
PENGECUALIAN DAN RELIF

1. Pengecualian
Pengecualian Am dan Khusus

o Surat cara yang layak diberikan pengecualian di bawah Seksyen


35 Akta Setem 1949, disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta yang
sama di bawah tajuk Pengecualian Am.

o Pengecualian khusus pula diberikan kepada surat cara yang tersenarai


di bawah tajuk Pengecualian di bawah butiran 2, 4, 23, 24, 32, 49
dan 58 Jadual Pertama Akta Setem 1949.

Lain-lain Pengecualian

Lain-lain pengecualian adalah di bawah seksyen 80 Akta Setem 1949 yang diberikan
oleh Menteri Kewangan. Pembayar duti perlu menyatakan rujukan warta atau
mengemukakan/melampirkan surat pengecualian/peremitan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan semasa membuat permohonan penyeteman atau adjudikasi.

Peremitan

Peremitan merupakan sebahagian daripada pengecualian di mana amaun duti


sebenar dikurangkan kepada suatu kadar yang diluluskan oleh Menteri Kewangan di
bawah seksyen 80, Akta Setem 1949.
2. Relif

Relif daripada dikenakan duti diberikan di bawah seksyen 15 dan 15A, Akta Setem
1949.

Seksyen 15 - Relif daripada duti setem bagi surat cara berkaitan penyusunan
semula atau penyatuan syarikat.

Seksyen 15A - Relif daripada duti setem bagi surat cara berkaitan
pemindahan harta di antara syarikat bersekutu.

Permohonan untuk relif ini hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Negeri
dan boleh dibuat melalui sistem STAMPS.
ADJUDIKASI SURAT CARA

1. Tujuan Adjudikasi

Tujuan adjudikasi adalah untuk memastikan sesuatu surat cara telah disetemkan
dengan duti yang secukupnya. Surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna
tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.
2. Permohonan Adjudikasi

Permohonan adjudikasi untuk menentukan amaun duti yang kena dibayar ke


atas surat cara yang disempurnakan boleh dibuat kepada Pemungut Duti
Setem. Bagi tujuan ini, pemohon hendaklah mengemukakan surat cara yang
hendak disetemkan bersama-sama dokumen sokongan lain yang berkaitan
atau lain-lain bukti. Permohonan boleh ditolak oleh pemungut sehingga
semua dokumen yang diperlukan dikemukakan.
Permohonan adjudikasi boleh dibuat di kaunter-kaunter Pejabat Setem
Cawangan yang bertempat di semua cawangan LHDNM, Pusat Khidmat Hasil
dan Pejabat Setem Daerah atau secara dalam talian melalui sistem Sistem
Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) yang boleh dilayari melalui
laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my.

KAEDAH PENYETEMAN

1. Sijil Setem. Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat
melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai
bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada
mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap
telah disetemkan dengan sewajarnya.

2. Setem Tertera. Kaedah ini adalah bagi penyeteman duti setem yang dibuat
di Pejabat Setem Cawangan, yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil
(PKH) melalui Sistem Frangki Digital.

3. Setem Hasil. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh
Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu;

RM1.00;

RM5.00;

RM10.00;

RM50.00;

RM100.00; dan

RM250.00.

Pembatalan Setem Hasil ke atas surat cara-surat cara boleh dilakukan di


Pejabat Setem Cawangan, Pusat Khidmat Hasil dan Pejabat Setem
Daerah. Selain itu, Jadual 2, Akta Setem 1949 juga memberi kuasa kepada
mana-mana orang tertentu untuk membatalkan Setem Hasil ini.
Setem Hasil hanya boleh digunakan bagi surat cara yang dikenakan duti tidak
melebihi RM500.00 sahaja. Sekiranya duti yang dikenakan adalah melebihi
RM500.00, pemohon hendaklah menggunakan kaedah penyeteman sijil
STAMPS atau setem tertera yang dinyatakan di atas. Kedua-dua kaedah ini
hanya boleh dibuat di Pejabat Setem Cawangan dan Pusat Khidmat Hasil.

4. Duti Kompaun. Kaedah ini dikhaskan kepada bayaran duti secara


kompaun ke atas cek, polisi insurans, nota kontrak, Memorandum of
Association & Article of Association, Borang Bekalan Tenaga Elektrik TNB
(Electric Supply Form), oleh pihak yang di peruntukkan di dalam Seksyen 9
Akta Setem 1949.

5. Resit Rasmi. Penyeteman dibuat melalui pengeluaran Resit Kewangan 38


atau Resit rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setem. Resit rasmi perlu
dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkenaan
bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sewajarnya.

TANGGUNGJAWAB MEMBAYAR DUTI

1. Jadual Ketiga Akta Setem 1949 menetapkan pihak yang kena bayar duti bagi
sesuatu surat cara.

2. Kuasa tanggungan bayaran duti diperuntukkan di bawah Seksyen 33, Akta


Setem 1949.

CARA PEMBAYARAN

1. Pembayaran duti setem boleh dibuat di mana-mana Pejabat Setem Cawangan


LHDNM dan Pusat Khidmat Hasil dengan cara berikut :

wang tunai;

Setem Hasil (jika duti atas sesuatu dokumen tidak melebihi


RM500); atau

Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank
di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan
bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada
pejabat setem secara serahan tangan.

o Pembayaran juga boleh dibuat di Pejabat Setem Daerah menggunakan


setem hasil sahaja bagi duti yang dikenakan tidak melebihi RM500.00.

o Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat oleh pengguna STAMPS


menerusi kaedah FPX (bagi pemilik akaun CIMB Berhad, Bank Islam
Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB Berhad) atau
kaedah pembayaran bil (Bill Payment) melalui CIMB BizChannel.

PENALTI

1. Surat cara hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya
disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima
dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

2. Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang


dikenakan berdasarkan tempoh kelewatan seperti berikut;

RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi,
sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk
penyeteman;
RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi,
sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat
daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman; atau

RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi,
sekiranya ia disetemkan selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.

Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2003


TANGGUNGJAWAB PELANGGAN UTAMA - PEGUAM / SETIAUSAHA SYARIKAT /
PENDAFTAR / INSTITUSI PERBANKAN DAN KEWANGAN

1. Sub seksyen 52(1), Akta Setem 1949 melarang pendaftaran, penerimaan atau
pengiktirafan mana-mana surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna.
Sekiranya tugas anda termasuk mendaftar, menerima atau mengiktiraf mana-mana
surat cara, sila pastikan surat cara tersebut disetem dengan sewajarnya.

Kegagalan untuk mematuhi seksyen tersebut boleh dikenakan hukuman bawah sub
seksyen 69(2), Akta Setem 1949 dengan denda yang tidak melebihi RM1,500.00.

2 . Mematuhi prosidur-prosidur yang ditetapkan oleh Pusat Setem Cawangan dan


Pusat Khidmat Hasil. Sila pastikan prosidur bayaran di Pejabat Setem Cawangan /
Pusat Khidmat Hasil dipatuhi.

3 . Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap perkara teknikal atau prosedur-


kerja, sila hubungi Timbalan Pemungut Duti Setem atau emel
kepada mejabantuandutisetem@hasil.gov.myuntuk mendapatkan penjelasan.

4 . Peguam atau pegawai yang bertauliah boleh mewakili syarikat dalam isu teknikal
dan prosedur kerja mengenai pengenaan duti setem.
STAMPS

Apa itu STAMPS ?

STAMPS ialah Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem secara elektronik melalui
internet secara dalam talian. Kaedah ini merupakan kaedah utama penyeteman di
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia selain Setem Tertera dan Setem Hasil.
Resit/Sijil Setem dijana dari STAMPS menggantikan setem tertera dan Setem Hasil.
Siapa yang boleh menggunakan STAMPS ?

Firma Guaman

Bank

Syarikat Insurans

Syarikat / Lain-lain ejen berdaftar

Pendaftaran ID Pengguna Baru Setem

1. Permohonan melalui STAMPS dibenarkan kepada pengguna yang berdaftar sahaja.


Pengguna STAMPS terdiri daripada beberapa kategori iaitu Firma Guaman, Bank,
Syarikat Insurans dan Ejen.
2. Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ID baru adalah seperti berikut :

Kategori Dokumen Yang Perlu Dilampirkan


Pengguna

Firma
Guaman Salinan kad pengenalan pemohon

Surat pemakluman penubuhan Firma


Guaman dari Majlis Peguam
(Semenanjung) atau surat pemakluman
daripada Timbalan Pendaftar
Mahkamah / Borang 1/Sijil Pendaftaran
Nama-nama Perniagaan bagi Negeri
Sabah/Sarawak

Bank
Salinan kad pengenalan pemohon

Salinan surat kelulusan operasi cawangan bank dari


BNM

Surat kuasa melantik pegawai mewakili pihak bank

Syarikat
Insurans Salinan kad pengenalan pemohon

Salinan sijil pendaftaran syarikat


daripada ROB atau ROC

Surat kuasa melantik pegawai mewakili


syarikat insurans

Ejen/Lain- 1. Salinan kad pengenalan pemohon


lain(Jika 2. Salinan sijil pendaftaran syarikat daripada ROB atau ROC
ada) 3. Surat kuasa melantik pegawai mewakili syarikat

3. Permohonan ID Pengguna dibuat oleh seorang wakil syarikat sahaja yang akan
bertindak sebagai pengguna dan pentadbir bagi syarikat yang diwakili. Pentadbir ini
boleh tambah pengguna baru pada ruangan profil bagi pegawai-pegawai lain yang
dilantik oleh majikan. Sekiranya pihak syarikat/majikan ingin menukar pentadbir asal
kepada pegawai lain, sila emel kepada stamps@hasil.gov.my dengan memberikan ID
pengguna, nombor kad pengenalan dan surat kuasa wakil bagi pentadbir baru.
Kaedah bayaran menggunakan STAMPS

1. Secara Manual
Di kaunter Pejabat Setem atau Pusat Khidmat Hasil secara tunai, setem hasil (tidak
melebihi nilai RM500.00) kiriman wang, wang pos, cek anak guam atau bank draf.
2. Secara Dalam Talian (FPX dan Internet Bangking)

Pembayaran Duti Setem dalam talian bagi FPX dan Internet Banking dibuka kepada
pengguna STAMPS mulai 15/12/2012.

Syarat permohonan adalah seperti berikut :

a) Berdaftar sebagai pengguna STAMPS.


b) Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar
cukai.
c) Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank
yang menyertai FPX.
Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang
terlibat: http://www.myclear.org.my/fpx/banks-tpa.html
d) Bagi pembayaran melalui Internet Banking, pengguna perlu mempunyai akaun
BizChannel@CIMB.
e) Pengguna STAMPS perlu membuat permohonan cetakan sijil di bahagian profil
pengguna melalui tab Kebenaran Cetakan Sijil. Sila ikuti maklumat yang diberikan
melalui emel setelah permohonan kebenaran cetakan sijil diluluskan.
Sistem Pendaftaran Penghantar Dokumen Setem (SPEDOS)

1. Pengguna STAMPS juga perlu membuat pendaftaran Penghantar Dokumen Setem.


Bagi tujuan merekod data penghantar dokumen dan menyimpan jejak dokumen
yang dihantar oleh syarikat/ejen melalui penghantar dokumen yang telah disahkan.
2. Pengguna STAMPS perlu log masuk ke dalam STAMPS dan klik pada profil bagi
tujuan pendaftaran Penghantar Dokumen. Dokumen yang perlu dilampirkan untuk
pendaftaran penghantar dokumen adalah seperti berikut :

Gambar berukuran pasport *

Salinan Kad Pengenalan **

Surat kuasa wakil dari majikan **

Dokumen tambahan (Jika ada) **

* Fail dalam format imej (PNG, JPEG/JPG, GIF, TIFF) sahaja diterima.
** Fail dalam format PDF dan imej (PNG, JPEG/JPG, GIF, TIFF) sahaja diterima.
3. Semakan permohonan boleh dibuat oleh pengguna STAMPS untuk mengetahui
status pendaftaran yang telah dihantar. Pengguna boleh melihat senarai penghantar
dokumen melalui tab Senarai Penghantar Dokumen mengikut status berikut:-

Aktif/ Permohonan Diluluskan

Tidak aktif

Permohonan Baru

Permohonan Ditolak
Di senarai Hitam

4. Semua penghantar dokumen perlu mengemukakan Kad Pengenalan setiap kali


berurusan dengan kaunter Pejabat Setem.
Kenapa guna STAMPS ?

Mudah dicapai di mana sahaja dan pada setiap masa

Menjimatkan masa memproses surat cara/dokumen

Proses penyeteman dan penyimpanan data lebih sistematik

Data selamat dan terjamin

Mengurangkan kos pergerakkan dokumen

Semakan status pada bila-bila masa

Pelbagai cara bayaran

Khidmat Bantuan STAMPS


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan STAMPS, sila hubungi Timbalan
Pemungut Duti Setem atau emel kepada stamps@hasil.gov.my untuk mendapatkan
penjelasan.

PERINTAH DUTI SETEM

Tahun 2002 Perintah Duti Setem (Peremitan)


P.U.(A) 434 Suratcara yang disempunakan berkaitan pindah milik harta tak alih yang
merupakan pelupusan suka rela antara ibubapa dan anak

Tahun 2003 Perintah Duti Setem (Pengecualian)

P.U.(A) 58 Suratcara yang disempunakan berkaitan pembelian suatu rumah kos


rendah

Tahun 2007 Perintah Duti Setem (Pengecualian)

P.U.(A) 420 Suratcara yang disempunakan berkaitan pindah milik harta tak alih yang
merupakan pelupusan suka rela antara suami dan isteri

Tahun 2008 Perintah Duti Setem (Peremitan)

P.U.(A) 211 Mana-mana surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh pembeli
yang dinamakan dalam perjanjian jual beli bagi pembelian satu unit sahaja
harta kediaman berharga tidak lebih RM250,000 seunit

P.U.(A) 311 Mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan oleh pembeli yang
dinamakan dalam perjanjian jual beli, untuk membiayai pembelian satu
unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM250,000 seunit

Tahun 2009 Perintah Duti Setem (Peremitan)

P.U.(A) 409 Peremitan dua puluh peratus duti setem yang kena dibayar ke atas surat
cara pembiayaan prinsipal atau utama yang dibuat mengikut prinsip
Syariah

Tahun 2010 Perintah Duti Setem (Peremitan)

P.U.(A) 376 Surat cara yang disempurnakan berkaitan penukaran skim


pembiayaan/pinjaman sedia ada daripada konvensional kepada syariah
diremitkan setakat duti yang kena dibayar atas baki amaun prinsipal
pinjaman sedia ada

P.U.(A) 423 Mana-mana perjanjian pinjaman yang disempurnakan oleh pembeli yang
dinamakan dalam perjanjian jual beli, untuk membiayai pembelian satu
unit sahaja harta kediaman berharga tidak lebih RM350,000 seunit

P.U.(A) 475 Mana-mana surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh pembeli
yang dinamakan dalam perjanjian jual beli bagi pembelian satu unit sahaja
harta kediaman berharga tidak lebih RM350,000 seunit

P.U.(A) 476 Peremitan berkaitan surat cara Perjanjian Perkhidmatan yang boleh
dikenakan duti di bawah sub sub butiran 22(1)(b), Jadual 1, Akta Setem
1949

Tahun 2010 Perintah Duti Setem (Pengecualian)

P.U.(A)120 Surat cara yang dinyatakan dalam Jadual bagi pembelian rumah pangsa di
bawah PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam DBKL
yang disempurnakan di antara 1.1.2010 hingga 31.12.2011

Tahun 2011 Perintah Duti Setem (Peremitan)

P.U.(A) 81 Peremitan berkaitan penjadualan semula atau penyusunan semula


kemudahan pembiayaan Islam sedia ada setakat duti yang kena dibayar
atas baki amaun prinsipal bagi kemudahan pembiayaan Islam sedia ada

Tahun 2011 Perintah Duti Setem (Pengecualian)

P.U.(A) 80 Pengecualian berkaitan pembaharuan mana-mana kemudahan


pembiayaan pusingan secara Islam jika surat cara bagi pembiayaan
pusingan secara islam yang sedia ada telah disetem dengan sewajarnya

P.U.(A) 441 Perjanjian pinjaman berhubung pembelian harta kediaman daripada


Perbadanan PR1MA Malaysia

P.U.(A) 446 Pengecualian bagi Skim Pembiayaan Mikro


Senarai institusi kewangan dan produk berkaitan Skim Pembiayaan Mikro

Tahun 2012 Perintah Duti Setem (Peremitan)


P.U.(A) 8 Peremitan duti yang melebihi RM50.00 bagi surat cara ikatan penyerahan
hak menurut Dasar Pengagihan Kerja dari kontraktor kepada kontraktor
Bumiputera Kelas E dan F

P.U.(A) 258 Peremitan atas duti yang boleh dikenakan di bawah subsub butiran 22(1)
(b) bagi surat cara pinjaman tanpa cagaran bagi apa-apa jumlah atau
sejumlah wang yang kena dibayar apabila dituntut atau bayaran balik
secara sekaligus

P.U.(A) 416 Mana-mana perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang
berharga tidak melebihi RM400,000 oleh seseorang individu warganegara
Malaysia

P.U.(A) 417 Mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian rumah kediaman yang
berharga tidak melebihi RM400,000 oleh seseorang individu warganegara
Malaysia

Tahun 2012 Perintah Duti Setem (Pengecualian)

P.U.(A) 108 Insentif Polisi Laluan Hijau

Tahun 2014 Perintah Duti Setem (Peremitan)

P.U.(A) 360 Mana-mana perjanjian pinjaman untuk membiayai pembelian satu unit
harta kediaman sahaja bernilai tidak melebihi RM500,000 yang
disempurnakan oleh seorang individu warganegara Malaysia yang
dinamakan dalam perjanjian jual beli

P.U.(A) 361 Mana-mana surat cara pindah milik bagi pembelian satu unit harta
kediaman sahaja bernilai tidak melebihi RM500,000 yang disempurnakan
oleh seorang individu warganegara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai