Anda di halaman 1dari 12

HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE3103
KEGIATAN PROFESSIONAL (PERMAINAN)

SEMESTER MEI 2016

1. Anda dikehendaki membuat pemerhatian ke atas seorang pemain bola baling novis (tiada
kemahiran) semasa melaksanakan satu kemahiran bola baling yang dipilih. Dengan merujuk
kepada senarai semak pelaksanaan kemahiran yang diperolehi dari sumber yang sah, anda
dikehendaki membuat satu laporan yang lengkap pelaksanaan kemahiran tersebut daripada
fasa persediaan hingga ke fasa ikut lajak.
2. Sediakan satu analisis yang kritikal untuk pelaksanaan kemahiran pemain novis tersebut
dengan menjelaskan kesalahan atau kelemahan yang anda kenal pasti dari dari fasa persediaan
hingga ke fasa ikut lajak. Anda juga perlu mencadangkan latihan yang boleh memperbaiki
kelemahan beliau.

(40 markah)

Name : Noor Rulhuda Binti Mohd Samjis


Matric number : 840726135564001
NRIC : 840726-13-5564
Telephone number : 013-3992617
E-mail address : huda_idz@yahoo.com

Nama Tutor: En. Azhar bin Ariffin


Learning Centre: OUM Mentakab

September 2013 Semester

1
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN TEKNIK KEMAHIRAN BOLA


BALING 4

3.0 MELENGKAPKAN SENARAI SEMAK PELAKSANAAN


KEMAHIRAN 7

4.0 ANALISIS DAN CADANGAN 9

5.0 KESIMPULAN 12

6.0 RUJUKAN 12

1.0 PENGENALAN

Permainan bola baling (Hand Ball) adalah merupakan permainan yang


berpasukan dan terdiri daripada 14 orang pasukan di mana satu pasukan mempunyai 7
2
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

orang. Permainan ini juga mempunyai pemain simpanan yang terdiri daripada 5 orang
pemain dan satu pasukan mempunyai 12 orang pemain termasuk simpanan dan
penjaga gol. Justeru, permainan ini boleh dimainkan oleh kedua-dua jantina samada
lelaki atau pun perempuan.
Jenis bola baling terdapat banyak jenis dan mengikut saiz lelaki dan
perempuan. Ia tidak terlalu keras, berwarna cerah dan berbentuk bulat. Kebiasaannya,
pemain lelaki lebih berat saiz bola mereka berbanding pemain perempuan contoh bagi
golongan remaja yang mempunyai nisbah 3:2. Bagi penjaga gol pula, ia dibenarkan
menjaga gol dengan menggunakan bahagian bawah lutut dan kaki malah ia boleh
bergerak ke mana-mana sahaja tanpa mengira had dalam kawasan gol tersebut tetapi
tidak boleh melambatkan balingan gol dengan sengaja.
Seterusnya, gelanggang permainan bola baling adalah berukuran 20 meter kali
4 meter. Ketinggian gelanggang ialah 2 meter panjang dan 3 meter lebar. Sebagai
contoh gambarajah gelanggang adalah seeprti di bawah:-

Gambarajah 1 : Ukuran Gelanggang Bola Baling

Terdapat pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling ini seperti

Hantaran bola
Melompat

3
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

Berlari
Menyambut bola
Mengadang
Menggelecek bola dengan tangan
Menjaring
Menjaga gol

Kemahiran hantaran bola terbahagi kepada 5 jenis iaitu hantaran sisi, hantaran
aras dada, hantaran lantun, hantaran lompat dan hantaran bahu. Untuk itu, bagi
memahirkan seseorang pemain menjadi lebih handal adalah dengan membuat pelbagai
aktiviti dan latihan kepada mereka mengikut fasa-fasa yang sedia ada.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN TEKNIK KEMAHIRAN BOLA BALING

Guru telah melaksanakan satu pemerhatian ke atas seorang pemain bola baling
novis iaitu yang tiada kemahiran (Mohd Rafique bin Sulaiman Tahun 4). Dia
mrupakan seorang pemain yang tidak tahu langsung mengenai bola baling dan guru
terpaksa menunjukkan seberapa banyak strategi dan teknik untuk bermain bola baling
dengan mudah dan jelas. Satu kemahiran telah dipilih terhadap pemain tersebut iaitu
kemahiran menggelecek. Pemain novis ini akan melakukan beberapa teknik kemahiran
yang bersesuaian dan juga aktiviti permainan kecil bagi membolehkan dirinya menjadi
seorang pemain bola baling yang terkemuka. Kemahiran ini juga sangat berkesan
dalam tiga situasi iaitu bergerak pantas apabila mempunyai peluang bergerak
berseorangan, satu lawan satu dan pemain tidak dapat membuat hantaran selepas
menerima bola.
Laporan aktiviti pelaksanaan kemahiran tersebut dilakukan seperti dalam
jadual berikut berserta fasa-fasa yang dijalankan dibawah. Aktiviti dan permainan
kecil yang dilaksanakan kepada pemain novis tersebut adalah untuk melatih dirinya
menjadi aktif dalam bersukan dan hebat dalam permainan bola baling suatu hari nanti.
Berikut adalah laporan aktiviti-aktiviti pelaksanaan kemahiran menggelecek
mengikut fasa persediaan hingga fasa ikut lajak yang dilakukan seperti:-

FASA LAPORAN AKTIVITI GAMBARAJAH


Persediaan Memanaskan badan
a) Murid diminta berbaris dalam satu
lorong dengan lurus.

4
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

b) Murid berlari anak mengikut kawasan


yang bertanda dengan skital merah (4 M
bucu).
c) Murid melakukan pergerakan berlari
kuda (gallops) mengikut skital hijau
sambil melantunkan bola. G
d) Murid berpusing kembali dengan
melakukan pergerakan melompat ke
dalam dan keluar gelung rotan.
e) Regangan (asas kepala dan tangan,
M
pinggang dan kaki).
G
Perkembangan Aktiviti 1
a) Murid memegang sebiji bola.
b) Guru menyuruh murid menggelecek
secara lurus.
Aktiviti 2
a) Murid menggunakan sebiji bola
b) Murid dminta menggelecek secara zig
zag.

Aktiviti 2
a) Sebiji bola diperlukan.
b) Pemain novis akan bergerak mengikut G
anak panah.
c) bola akan bertukar tangan apabila
sampai kepada rakan yang menunggu.

Pertandingan/ Permainan Kecil (Musical Hoop)


kemuncak a) Pemain novis bersama 9 orang
rakannya diperlukan permainan ini.

5
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

b) Setiap pemain perlu bergerak dengan


sebiji bola yang diiringi muzik. Apabila
muzik diberhentikan, murid perlu
membawa bola ke dalam gelung yang
telah disediakan. Pastikn jumlah pemain
mesti lebih daripada jumlah gelung rotan.
c) Pemain yang tidak dapat masuk ke
dalam gelung dikira kalah. Pemain novis
gagal bermain permainan ini kerana kalah
awal.
d) Gelung rotan akan dikeluarkan satu
persatu sehingga pemenang dijumpai. G

Ikut Lajak Bola Baling Mini


a) Permainan ini memerlukan 10 atau
lebiih pemain.
b) Murid akan bermain seperti biasa di
zon A.
c) Pemain akan cuba masuk ke zon pihak
lawan (zon B & c).
d) Apabila pemain sudah melepasi
halangan pihak lawan, pemain akan
menggelecek dan akan mendapat mata
bagi pasukannya. Kecuali pemain novis
berasa takut ketika badannya menghadap
pihak lawan.
Penutup Menyejukkan badan
a) Regangan bermula dari kaki,
M
pinggang dan kepala.
b) menarik dan menghembus nafas 3 kali. G

Jadual 1: Teknik Pelaksanaan kemahiran Bola Baling

6
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

3.0 MELENGKAPKAN SENARAI SEMAK PELAKSANAAN KEMAHIRAN


MENGGELECEK

Kemahiran menggelecek ini adalah hasil petikan dari laman web Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) di mana akan di uji ke atas pemain novis bermula dari fasa
persediaan, fasa perkembangan, fasa kemuncak/pertandingan, fasa ikut lajak dan fasa
penutup. Berikut adalah butiran senarai semak pelaksanaan kemahiran yang
diperolehi:-

TIDAK
YA
BI AKTIVITI CATATAN
L
1 Murid bersedia membengkokkan lutut lebih - Sebayak 3 kali percubaan
kurang 120 dengan imbangan badan yang i
terkawal.
2 Murid tahu menyentuh tangan pada bahagian - Sebanyak 5 kali percubaan
atas bola manakala jari sentiasa terbuka.
/
3 Murid mengetahui teknik melakukan lantunan - Sebanyak 8 kali percubaan
dengan jari tetapi bukan dengan tapak tangan.
/
4 Murid dapat menolak bola ke tanah dengan - Sebanyak 2 kali percubaan
pergerakan pada pergelangan tangan. /
5 Membengkokkan badan sedikit ke hadapan. - Sekali percubaan
/
6 Murid dapat memberi tumpuan penglihatan - Pemain akan menjalankan
pada hantaran yang akan dibuat dan bukan pada
/ sesi latihan kecil
bola.
7 Murid dapat membuat lantunan pada paras - Sebanyak 10 kali
sederhana iaitu antara pinggang ke lutut.
/ percubaan
8 Badan murid hendaklah sentiasa berdepan - pemain akan didedahkan
dengan pihak lawan untuk membuat hadangan.
/ dengan pelbagai teknik
permainan kecil untuk
membiasakan diri.
Jadual 2: Borang Senarai Semak Pelaksanaan

Semua aktiviti yang dilaksanakan dari nombor satu hingga lapan dapat dikuasai oleh pemain
novis tersebut kecuali pada bahagian tumpuan penglihatan hantaran yang akan dibuat dan

7
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

bukan pada bola. Berdasarkan dari segi latihan yang dilakukan, pemain novis tersebut tidak
dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap penglihatan yang dibuat malah dia memandang
ke arah bola tersebut terlebih dahulu. Begitu juga dengan badannya yang sukar sentiasa
berdepan dengna pihak lawan untuk membuat hadangan. Ini kerana, dia pernah mengalami
sejarah silam sewaktu bermain bola baling bersama kawan-kawan lalu terbaling ke arah
mukanya. Perkara ini akan di lihat semula dan diasah bakatnya untuk tampil berani semasa
sesi latihan dan permainan kecil bagi meningkatkan daya otot dan stamina badannya.
Bagi aktiviti yang pertama, pemain memerlukan sebanyak tiga kali percubaan dalam
sesi latihan. Ini kerana pemain novis tersebut belum mahir atau kurang dalam mengimbangi
diri sendiri untuk membengkokkan lutut. Ini mungkin kerana tiada stamina badan yang tinggi
dan menyebabkan ia sukar melakukan dengan sekali percubaan. Begitu juga dengan item
yang kedua iaitu menyentuh tangan dengan bahagian atas bola dan jari sentiasa dibuka di
mana memerlukan sebanyak lima kali percubaan. Ini kerana pemain novis tersebut belum
mahir lagi untuk menangkap bola dengan percubaan sekali. Tetapi setelah di asah bakatnya
dengan pelbagai aktiviti dan permainan kecil, akhirnya dia dapat membuat dengan baik.
Justeru, bagi item ketiga di mana pemain melakukan teknik lantunan dengan jari dan
bukan tapak tangan. Pada mulanya, pemain tersebut melakukannya dengan tapak tangan
beberapa kali. Tetapi setelah dtegur dan di ajar dengan baik maka dia dapat mengikuti dengan
baik dengan sebanyak lapan kali percubaan. Manakala item yang keempat pula, aktiviti
tersebut adalah menolak bola ke tanah dengan pergerakan pada pergelangan tangan. Situasi
ini sangat mudah dilakukan oleh pemain novis dan hanya memerlukan sebanayak dua kali
percubaan sahaja. Seterusnya, item yang kelima ialah membengkokkan badan sedikit ke
hadapan di mana pemain novis ini berjaya melakukannya dengan hanya sekali percubaan
sahaja. Bagi item yang terakhir pula ialah membuat lantunan pada paras sederhana iaitu antara
pinggang ke lutut di mana pemain novis ini memerlukan sebanyak sepuluh kali percubaan. Ini
kerana pemain novis tersebut belum mahir dalam melakukan lantunan bola antara paras
pinggang ke lutut. Dengan cekap. Tetapi setelah guru mendedahkan beberapa teknik lantunan
kepada pemain tersebut, dia akhirnya dapat melakukan lantunan yan baik dan cekap dari paras
pinggang ke lutut. Malah dia menjadi contoh kepada aktiviti-aktiviti pendidikan jasmani
terhadap kelas lain.
Oleh itu, pemain novis ini pada asalnya tidak tahu langsung cara bagaimana bermain
bola baling akhirnya dengan pendedahan teknik-teknik dan latihan kecil daripada guru
akhirnya dia dapat mengecapi imiannya sendiri untuk menjadi pemain yang hebat dalam
permainan bola balng ini.

8
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

4.0 ANALISIS DAN CADANGAN

Setelah mentadbir memerhatikan kemahiran asas permainan bola baling ke atas


seorang pemain novis ini, guru mendapati banyak kekurangan atau kelemahan yang
perlu ditingkatkan lagi untuk menjadikn anak didik atau pemain novis seorang yang
berkeyakinan dan seorang pemain yang handal. Guru juga adalah merupakan bukan
seorang jurulatih yang utama dalam permainan bola baling ini tetapi guru telah
bertindak untuk memanggil jurulatih yang berkaliber dalam melatih pelajar. Selain itu,
masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti mempunyai padang yang tidak sesuai
untuk permainan bola baling. Cadangan bagi langkah untuk mengatasinya ialah
memilih padang alternatif luar untuk membawa pelajar tersebut berlatih dengan
sempurna dan kondusif.
Masalah sampingan lain adalah di mana pemain novis yang dilatih tidak
mempunyai disiplin diri yang ketat. Ini adalah kerana pemain novis tersebut membuat
sambil lewa ketika sesi latihan dijalankan. Untuk mengelak masalah ini, cadangan
yang dikemukakan adalah guru perlu mengetatkan peraturan dan undang-undang
semasa sesi latihan sebagai contoh memberi kad kuning sebagai amaran bagi setiap
kesalahan ringan yang dilakukan manakala memberi kad merah di mana pelajar harus
dibuang padang bagi setiap kesalahan berat yang dilakukan oleh pelajar. begitu juga
guru perlu memberi motivasi yang tinggi kepada pelajar agar mereka dapat menjaga
disiplin diri dengan baik semasa sesi latihan.
Seterusnya, pemain novis ini masih lemah di dalam sesi latihan yang mana
terpaksa mengikuti sesi latihan dan aktiviti beulangkali lagi selepas ini. Ini kerana
pemain novis tersebut kurang stamina badan. Cadangan bagi menyelesaikan masalah
ini adalah seperti berlatih mengikut jadual secara konsisten. Selain daripada itu,
pemain novis disyorkan untuk melaksanakan latihan mini bola baling di atas acapkali
serta melakukan latihan teknikal dan taktikal. Dengan ini, pemain novis tersebut boleh
mendapat pelbagai tektik dan cara bermain untuk meneruskan sesi permainan bola
baling di masa akan datang.
Justeru, pemain novis dapat memberi tumpuan penglihatan pada hantaran yang
akan dibuat dan bukan pada bola. Ini di mana keadaan pemain novis belum menguasai
lagi mengenai aktiviti menghadang pihak lawan. Bagi menyelesaikan masalah pemain

9
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

novis ini ialah sentiasa melakukan serangan yang ganas dan kuat agar memiliki jiwa
dan hati yang kental utuk memperjuangkan kemenangan mereka sehingga meraih
kejayaan yang tinggi pada arena sukan.
Masalah yang terakhir ialah di mana pelajar tidak mempuyai kecukupan masa
di dalam sepanjang sesi aktiviti pemerhatian yang dijalankan. Cadangan yang bagus
untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan mengadakan sesi ujian kemahiran
asas pada hari minggu.
Setelah menceritakan kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang
dilakukan oleh pemain novis tersebut, kini mari lah kita bersama-sama dalam memberi
bantuan ke atas semua pemain-pemain novis. Dengan melaksanakan cadangan aktiviti
atau latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan diri mereka untuk masa
hadapan negara. Antara cadangan-cadangan yang boleh dikongsikan bersama adalah
seperti mengadakan latihan permainan Polis Sentry di waktu Pendidikan Jasmani
atau pun di rumah masing-masing. Permainan ini mempunyai kelebihannya kepada
pemain novis iaitu dapat menguji ketangkasan diri apabila bermain dengan pihak
lawan dengan hanya menggunakan kemahiran asas yang telah dipelajari semua.
Cadangan yang kedua ialah, jaringan lompat di mana pemain perlu berlari dan
melonjak sebelah kaki. Ia juga boleh menggunakan cara seperti berlari, melonjak dan
mengangkat sebelah tangan ke atas. Ia adalah untuk membantu pemain novis handal
dan hebat dalam membuat jaringan dalam permainan bola baling ini.
Cadangan dan aktiviti yang ketiga ialah aktiviti Bola Beracun bersama kawan-
kawan. Di sini pemain dapat membuat hantaran aras bahu sekurang-kurangnya lima
kali percubaan dalam permainan bola baling dengan menggunakan teknik dan gaya
yang betul. Selain itu, pemain juga dapat menyatakan secara lisan fasa lakuan bagi
melakukan hantaran aras bahu di dalam permainan bola baling ini dengan betul.
Secara tidak langsung juga, pemain dapat menunjukkan sifat nilai-nilai murni sesama
rakan iaitu berkerjasama dalam permainan kecil yang dilakukan.
Seterusnya, cadangan dan aktiviti yang keempat ialah latihan permainan kecil
tuju tin bersama sepuluh atau lebih rakan pemain. Latihan ini memerlukan pemain
masuk di pelanggang pihak lawan untuk mendapatkan peluang menjatuhkan kon pada
hujung gelanggang. Situasi di sini, pihak lawan pula, akan cuba bertahan dan
menghadang agar kon yang dituju tersebut tidak akan jatuh untuk medapatkan
kemenagan di pihak sendiri. Waktu ini juga, guru boleh menyelitkan sedikit peraturan

10
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

asas bola baling dan pemain perlu patuhinya. Setiap kon yang dijatuhkan itu akan
dikira gol bagi pihak yang melakukannya.
Cadangan dan aktviti yang kelima ialah permainan kecil jala-jala ikan.
Permainan ini akan melatih pemain berani untuk melepasi halangan dari pihak lawan
dalam situasi bulatan luar. Pihak yang di dalam perlu cuba dan usaha melepaskan diri
dari genggaman bulatan pihak lawan. Dengan aktiviti dan latihan ini, pemain dapat
meningkatkan koordinasi mata dan tangan serta kekuatan bahagian tubuh mereka dan
secara tidak langsung, tahap penguasaan kemahiran asas menghadang dan menangkap
bola semakin meningkat. Tambahan lagi, pemain novis tersebut akan mencapai
kejayaan sehingga ke satu tahap kemenangan yang diraih itu adalah sesuatu yang
diluar jangkaannya.
Oleh yang demikian, segala aktiviti atau latihan permainan kecil yang
dilakukan oleh guru ini adalah untuk menjadikan pemain novis dalam keadaan
bersedia di dalam permainan bola baling. Aktiviti yang cukup dan latihan yang
konsisten akan menguatkan otot pemain dan menjadi badan yang memiliki stamina
yang kuat. Secara tidak langsung ia dapat mengekalkan tahap kecergasan dan
kesihatan pemain novis pada tahap yang optima.

5.0 KESIMPULAN

Oleh yang demikian, secara keseluruhannya permainan Bola Baling ini sangat
bagus untuk pelajar mempelajarinya. Ini kerana ia dapat mengisi masa lapang pelejar
itu sendiri daripada membazir masa serta menghabiskan perkara yang tidak baik diluar
rumah. Segala teknik dan kemahiran asas yang mereka miliki ini dapat diterapkan
kepada kawan-kawan dan keluarga di rumah untuk sama-sama bermain permainan
bola baling ini dengan menggunakan kemahiran yang mereka ada. Bukan sekadar
hanya mengisi masa lapang pemain novis sahaja, malah segala teknik dan kemahiran
ini juga adalah untuk meningkatkan kecergasan otot murid dan mencapai tahap
kesihatan yang optima. Kecergasan badan yang baik dapat menjadikan seseorang
murid berjaya dalam menyertai pelbagai acara sukan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah. secara tidak langsung juga, murid tersebut kemungkinan besar dapat
dicalonkan sehingga ke peringkat antarabangsa yang mana akan mengharumkan nama
negara Malaysia yang tercinta ini.

11
HBPE3103 NOOR RULHUDA BINTI MOHD SAMJIS

(2560 patah perkataan)

6.0 BAHAN RUJUKAN

Rujukan buku
Dr Norhkalid Salimin. Etc., (2012). HBPE3103 Kegiatan Professional (Perminan). Open
Universiti Malaysia. Edisi Kedua. Selangor Darul Ehsan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2011). Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani


Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rujukan Internet

http://cikgutunazhar.blogspot.my/2011/07/nota-bola-baling-hbpe-3103.html
http://documents.tips/download/link/senarai-semak-pemerhatian-tentang-kemahiran-
menangkap-dan-menerima-bola

http://documents.tips/download/link/teknik-asas-permainan-bola-baling

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1314146295.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai

  • Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Dokumen17 halaman
    Assigemnt Kumpulan en Jamalulai Terkini K.huda
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT2203
    HBMT2203
    Dokumen14 halaman
    HBMT2203
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a2 Hbef2803
    T2a2 Hbef2803
    Dokumen6 halaman
    T2a2 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PK PENJAGAAN KESIHATAN
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Dokumen8 halaman
    PK PENJAGAAN KESIHATAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT3103
    HBMT3103
    Dokumen16 halaman
    HBMT3103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbpe2203 PJ
    Hbpe2203 PJ
    Dokumen17 halaman
    Hbpe2203 PJ
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a1 Hbef2803
    T2a1 Hbef2803
    Dokumen7 halaman
    T2a1 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a4 Hbef2803
    T2a4 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a4 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T2a3 Hbef2803
    T2a3 Hbef2803
    Dokumen5 halaman
    T2a3 Hbef2803
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • HBMT 2103 BM Modul
    HBMT 2103 BM Modul
    Dokumen106 halaman
    HBMT 2103 BM Modul
    Asrina Pannyau
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Jurnal Reflektif
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Dokumen1 halaman
    Penulisan Jurnal Reflektif
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • 26360
    26360
    Dokumen5 halaman
    26360
    ELYAHWEH kongsi Kebenaran
    Belum ada peringkat
  • Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Dokumen8 halaman
    Tugasan Pedagogi Pendidikan Kesihatan Sem Sep 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Penilaian & Pengukuran
    Penilaian & Pengukuran
    Dokumen25 halaman
    Penilaian & Pengukuran
    manroy
    100% (35)
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Book 1
    Book 1
    Dokumen2 halaman
    Book 1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Hbef2303 TMDP
    Hbef2303 TMDP
    Dokumen13 halaman
    Hbef2303 TMDP
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • PENGHARGAAN
    PENGHARGAAN
    Dokumen1 halaman
    PENGHARGAAN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • MT Y4 P2 Mid Term
    MT Y4 P2 Mid Term
    Dokumen7 halaman
    MT Y4 P2 Mid Term
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Asgmnt Psy PDDKN
    Asgmnt Psy PDDKN
    Dokumen14 halaman
    Asgmnt Psy PDDKN
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Dokumen14 halaman
    Tugasansosiologi Masyarakat Dan Ketamadunan 2014
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Assignment OUMH1103
    Assignment OUMH1103
    Dokumen11 halaman
    Assignment OUMH1103
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A3
    T1A3
    Dokumen7 halaman
    T1A3
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • T1A1
    T1A1
    Dokumen11 halaman
    T1A1
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat
  • Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Dokumen6 halaman
    Prinsip Teknologi Pengajaran Hbef3103
    Jamil Ang
    Belum ada peringkat
  • Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Dokumen5 halaman
    Kertas Kerja Keceriaan 2013
    Noor Rulhuda Mohd Samjis
    Belum ada peringkat