Anda di halaman 1dari 9

Definisi doa menurut al-Quran dan Sunnah

( )

Kamu telah memohon dari Allah dengan menyebut namaNya yang agung Jika (Allah) diminta
dengannya, Allah akan memberi dan jika (Allah) didoa dengannya, Allah akan
memperkenankannya. Hadith riwayat Abu Daud.


*
[41 40: ]

Katakanlah (wahai Muhammad): Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah
atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk
menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?

Bahkan Dialah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan
kepadaNya jika Dia kehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah
dalam masa kamu ditimpa bahaya itu). Al-Anam ayat 40-41.

Menurut ahli-ahli tafsir perkataan beribadat dalam maksud ayat di atas ialah terjemahan dari
perkataan yaduu(berdoa). Definisi ini dikuatkan lagi dengan sabda Nabi s.a.w yang diriwayat
oleh al-Numan bin Basyir r.a: Doa itu adalah ibadat Hadith riwayat Tirmizi.
Maksud berkehendak kepada Allah swt juga meliputi seruan serta pujian-pujian untuk Allah swt,
seperti yang dinyatakan oleh Allah swt di dalam surah al-Israa ayat 110:


[110 :].
Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana
sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai
banyak nama-nama yang baik serta mulia
Imam Bukhari ada meriwayat sepotong hadith yang menunjukkan cara Nabi berdoa kepada Allah
dengan menggunakan kalimat agung memuji Allah swt, sebagaimana sabda baginda s.a.w dalam
keadaan berdoa:

Ya Allah, engkau adalah Tuhanku, tiada tuhan selainMu, Engkau yang telah menciptaku dan
aku adalah hambaMu, aku berada di atas perjanjianMu selagimana aku mampu, aku memohon
perlindungan dariMu dari keburukan yang telah aku lakukan, aku mengiktiraf nikmat yang
engkau limpahkan kepadaku, dan aku mengakui dosa-dosaku terhadapMu, maka ampunilah aku
sesungguhya tiada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.
Potongan hadith Nabi s.a.w di atas merupakan hakikat doa sepertimana yang dijelaskan oleh al-
Khattabi di atas iaitu mengagungkan sebagai tuhan serta merendahkan diri sebagai seorang
hamba.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan sabda baginda s.a.w:

"Apabila diantara kamu berdoa, mulakan dengan memuji Allah, kemudian berselawat keatas Nabi , kemudian
mintalah apa yang dia mahukan". Hadith Riwayat Tirmizi.

Kesimpulan

Berlandaskan definisi doa di atas yang berhujahkan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w, secara jelas ungkapan kata-
kata di dalam dialog sebelum ini tidak tepat untuk diketogarikan ia sebagai doa. Malah ia tersasar jauh dari
pengertian dan definisi tersebut.Doa mempunyai pengertian tersendiri dan konsep yang menjadikan ia cukup
berlainan dan berbeza dengan kata-kata biasa. Ini kerana doa merupakan ibadat kerohanian yang cukup tinggi
nilainya, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran
dan keagungan Allah swt, setelah usaha dan ikhtiar dilakukan kemudian dituruti dengan permohonan dengan penuh
khusyu dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dan mengharapkan sesuatu dari Allah azza wa jalla.

Doa bukan hanya luahan kata geram, marah, kesal dan sebagainya, begitu juga doa bukan hanya ekspresi yang
melepaskan kemuncak kegembiraan dari dalam hati. Jika kesemua ini dinamakan doa, maka ia satu penilaian yang
tidak adil kepada fitrah manusia dan hak doa itu sendiri yang berhak memiliki perbezaan dengan kata-kata yang lain.
Moralnya jangan pukul rata, jangan samakan semua kata dengan doa.
PERBANYAKKAN DOA, SEMOGA KITA DIBERKATI DAN DIREDHAI ALLAH
Doa ialah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan daripada Allah s.w.t
dengan memohon secara langsung kepada-Nya. Setiap individu ada mempunyai keperluan dan
keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa
menghadapi pelbagai ragam hidup, yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain. Justeru
mereka berdoa kepada Allah s.w.t memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat
mereka terkabul.

Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta
kepada bukan Islam sekalipun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t. Allah
s.w.t menyuruh setiap muslim berdoa dan memohon restu daripada-Nya. Allah s.w.t berjanji
memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka.

Imam Ahmad meriwayatkan, daripada al-Nu'man ibn Basyir, bahawa Rasulullah s.a.w.
telah bersabda: ''Sesungguhnya doa itu adalah ibadat.'' Manakala at-Tirmizi pula meriwayatkan,
daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ''Qada' Allah
tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak bertambah
melainkan dengan melakukan kebaikan.''

Begitu juga al-Bazzar, at-Tabrani dan al-Hakim ada meriwayatkan, daripada Aisyah
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, ''Persediaan dan berhati-hati tidak mampu
untuk mengatasi takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan
apa yang akan dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa
dengan doa yang telah diminta, lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari Kiamat.''

Daripada hadis-hadis di atas, jelas menerangkan peranan doa dalam Islam. Ia disyariatkan
supaya orang Islam melakukannya dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan di dunia ini
penuh dengan pertarungan dan pertentangan di antara kebaikan dan keburukan.

SYARAT-SYARAT AGAR DOA DIMAKBULKAN 1. Berdoa dengan ikhlas. Kita


hendaklah sentiasa berdoa memohon dan beramal semata-mata kerana Allah sahaja seperti
firmanNya dalam surah Al-Bayyinah : ayat - 5 ; Pada hal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh
di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang
demikian itulah agama yang benar. 2. Bertaqwa kepada Allah SWT. Untuk
memastikan doa di terima Allah seseorang itu mestilah bertaqwa kepadaNya. Maksud taqwa itu
ialah sentiasa taat terhadap perintah-perintahNya dan sentiasa menjauhi segala laranganNya.
Firman Allah dalam surah Muhammad : ayat - 33 : Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah
kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal
kamu! Amalan seseorang seperti berdoa dan sebagainya akan menjadi rosak atau batal
iaitu tidak di terima Allah jika ia melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
Allah juga berfirman dalam surah Al-Maidah : ayat - 27 ; Dan bacakanlah (Wahai
Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang
berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan
korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di
antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):"
Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima
(korban) dari orang-orang yang bertaqwa. Daripada firman-firman Allah di atas jelas
menunjukkan kepada kita bahawa taqwa iaitu melaksanakan suruhanNya dan menjauhi
laranganNya adalah antara syarat sesuatu amal itu seperti berdoa dan lain-lain akan diterima oleh
Allah. 3. Khusyuk, tawadhuk serta bersungguh-sungguh. Ketika berdoa kita
dikehendaki melakukannya dengan penuh khusyuk serta merendah diri dan merendahkan suara
kepada Allah. Kita mestilah merasakan kebesaran , kehebatan dan keagungan Allah. Kita juga
dengan sedar menginsafi kelemahan dan kehinaan diri. Hanya Allah sahajalah yang mampu
memenuhi segala hajat dan permohonan kita. Maka tidak hairanlah Allah berfirman dalam surah
Al-Araf : ayat - 55 ; Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara)
perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
Firman Allah juga dalam surah Al-Anbiya : ayat 90; Maka Kami perkenankan
doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan
isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan
kepada Rasul-Rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam
mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun
takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada kami. Pendoa juga dituntut
agar benar-benar menyakini tiada siapa yang boleh membantu kecuali Allah sahaja. Biarlah
ketika bermohon itu dengan jiwa raga dan emosi yang bersungguh-sungguh dan penuh terdesak
seolah-olah kita berada keseorangan di tengah-tengah lautan yang tidak bertepi serta sedang di
lambung ombak badai. Tiada siapa yang dapat membantu kecuali Allah. Inilah gambaran yang
diberi oleh Allah dalam firmanNya pada surah Al-Ankabut : ayat 65; Dalam pada itu, apabila
mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan
kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan
mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya. 4. Yakin doa dimakbulkan. Pendoa
dikehendaki berdoa dengan penuh perasaan dan rendah diri serta yakin bahawa Allah akan
memakbulkan doanya. Seperti firmanNya dalam beberapa ayat yang telah disebutkan sebelum
ini iaitu seperti firmanNya dalam surah Ghafir ayat 60. Baginda (saw) juga bersabda tentang hal
ini : ""
Maksudnya : Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin bahawa
Tuhan akan memperkenankan doa kamu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah (swt) tidak akan
memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah. - (Riwayat At-Tarmizi) 5.
Memahami apa yang dipinta. Sebaik-baiknya pendoa mestilah mengetahui apa yang
dipinta dan dihajatkan kepada Allah. Sebenarnya bila pendoa memahami erti dan maksud yang
dipinta tentulah ia akan berdoa dengan lebih yakin dan khusyuk. Firman Allah dalam surah Hud :
ayat - 46; Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari
keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);
sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon
kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku
melarangmu dari menjadi orang yang jahil". Sebaik-baiknya berdoalah dengan doa
yang singkat dan penuh maka seperti doa yang telah diajar oleh Nabi , seperti contoh-contoh
berikut : " Wahai Tuhan kami , anugerahkanlah
kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat , dan lindungilah kami daripada api neraka. -
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) " " Ya Allah , sesungguhnya aku
memohon keampunan dan keselamatan (dari berbagai musibah) kepadaMu. - (Riwayat
Ahmad , Abu Daud , An-NasaI , Ibnu Majah , Ibnu Hibban dan Al-Hakim) "
" Ya Allah , sesungguhnya aku memohon petunjuk , ketaqwaan , kehormatan
dan kecukupan kepadaMu. - (Riwayat Muslim , Ahmad Dan At-Tarmizi) ""
Ya Allah , tunjukilah aku dan kurniakanlah aku kebenaran dalam ucapan dan perbuatan. -
(Riwayat Muslim , Ahmad dan Abu Daud) " " Ya Allah , berilah
aku kecekapan dalam bertindak dan lindungilah aku dari keburukan jiwaku. - (Riwayat At-
Tarmizi) " " Ya Allah , Yang Memutarbalikkan Hati , teguhkanlah
hatiku di atas agamaMu. - (Riwayat Ahmad , At-Tarmizi , Ibnu Majah dan Al-Hakim)

" Ya Allah , Yang Memalingkan Hati , palingkanlah hatiku
kepada ketaatan kepadaMu. - (Riwayat Muslim dan Ahmad) 6. Tidak meminta perkara-
perkara yang berdosa. Amat penting hal ini diberi perhatian oleh para pendoa yang
berhajat doa dan kehendaknya di terima Allah. Sabda Baginda (saw); "
." Yang bermaksud :
Tidak ada orang Islam di muka bumi ini yang berdoa kepada Allah SWT dengan suatu
doa melainkan Allah SWT kabulkan permintaannya itu atau Allah SWT jauhi kejahatan
daripadanya selama dia tidak mendoakan dengan doa yang membawa kepada dosa atau
memutuskan silaturrahim. - (Riwayat At-Tarmizi) 7. Berusaha selari dengan doa yang dipinta.
Ia bermaksud seseorang pendoa perlulah berusaha setelah ia berdoa. Ia jangan sekali
memohon sesuatu yang mustahil tetapi malas berusaha seperti mahukan kejayaan dalam
perjuangan tetapi tidak bersungguh-sungguh atau malas melaksanakan tuntutan perjuangan
tersebut. Mahu jadi pandai tetapi malas belajar. Syarat ini juga bermaksud bahawa
penyebab kepada keberhasilan doa itu juga perlu diusahakan. Seperti firmanNya dalam surah Al-
Imran : ayat - 142; Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum
lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan
bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar
(tabah dan cekal hati dalam perjuangan). 8. Tidak berlebihan dalam berdoa. Para
ulama mengatakan berlebihan dalam berdoa atau memohon sesuatu yang mustahil terjadi adalah
menyalahi syariat. Umpamanya pendoa berdoa memohon kepada Allah agar ia menjadi Nabi
atau misalnya berdoa agar iman lebih hebat daripada iman Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
Diceritakan bahawa Abdullah bin Mughaffal seorang pejuang besar lagi sangat berani
mendengar anaknya berdoa : Ya Allah sesungguhnya aku memohon istana yang putih pada
sudut kanan syurgaMu lalu Abdullah pun berkata pada anaknya : Wahai anakku,
sesungguhnya aku mendengar Rasulullah (saw) bersabda : "
" Yang bermaksud : Sesungguhnya akan ada beberapa golongan dari
umatku yang sangat berlebihan dalam bersuci dan berdoa. - (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu
Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sebagaimana kita insafi bahawa tiada amalan doa daripada seorang hamba Allah yang
hatinya tidak mengandungi rasa pengharapan , pasrah dan pengabdian kepada Allah. Seseorang
yang berdoa disamping memohon hajat , sekaligus bertaqarrub , berinteraksi , mengingati dan
mengkagumi kebesaran dan keagungan Allah. Kedudukan mereka dekat dengan Allah seperti
firmanNya dalam surah Al-Baqarah : ayat - 186 ; Dan apabila hamba-hambaKu bertanya
kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa
hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan
hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Jika
sebaliknya seseorang itu tidak atau kurang berdoa , maka ia berada jauh daripada Allah. Lalu
orang-orang yang jauh daripada Allah itu akan mendapati diri mereka juga jauh dari
kesejahteraan, kedamaian, ketenangan dan kejayaan dalam hidupnya di dunia dan akhirat.
Alangkah malangnya kehidupan manusia seperti ini. Lalu elok kita mengingati kata-kata hebat ,
Amirul Mukminin Ali Bin Abi Talib (ra) iaitu : Kamu memang unik sekali, kamu
mempunyai ubat dan kamu juga mempunyai penyakit, penyakit adalah dosa dan ubat adalah doa
dan istighfar, maka perbanyakkanlah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Sesungguhnya berdoa yang merupakan ibadat akan dapat menambahkan iman seseorang
terhadap Allah serta dapat memperbaiki akhlaknya dari masa ke masa, selagi ia bertekun dan
bersungguh-sungguh dengan ibadat tersebut. Tambahan pula ia akan dijaga oleh Allah daripada
godaan syaitan laknatullah yang sentiasa mengambil peluang menggoda manusia yang lupakan
Allah.

Firman Allah (swt) lagi dalam surah Ghafir : ayat - 60 ; Dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya
orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka
jahannam dalam keadaan hina Dengan berdoa juga akan membawa seseorang itu
mengingati Allah. Sesungguhnya Allah suka hamba-hambaNya sentiasa mengingatiNya. Lalu
diberikan ketenangan dan kebahagiaan di hati mereka seperti firmanNya dalam surah Ar-Radu :
ayat - 28 ; "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Lantas
manusia yang mendapat keadaan hati yang tenang ini amat suka menghadapkan wajah hatinya
kepada Rabbul Alamin dengan melakukan amal ibadat. Mudah-mudahan dengan itu akan
hilanglah rasa sombong, takbur dan ria di hati mereka. Lalu hina diri, malu , takut, redha dan
pasrahlah yang akan menguasai jati dirinya menyebabkan Allah menyayanginya.

Banyak ayat-ayat Allah memaparkan doa para Nabi ini seperti doa Nabi Nuh (as) d alam surah
Nuh : ayat - 28 ; "Wahai Tuhanku! ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi
sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau
tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!" Nabi Ibrahim (as) juga
berdoa seperti firman Allah dalam surah Ibrahim : ayat - 40 ; "Wahai Tuhanku! Jadikanlah
daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai
Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Nabi kita Muhammad (saw) sendiri
mengajar pelbagai doa kepada umatnya untuk dipersembahkan kepada Allah seperti sabdanya : "
: " Maksudnya :
Janganlah kamu meninggalkan dalam setiap kali selesai sembahyang untuk berdoa ,
Ya Allah , bantulah aku dalam mengingatiMu , bersyukur pada Mu , dan beribadah yang baik
kepada Mu. (Riwayat Ahmad , Abu Daud dan An-Nasaie)

Betapa Allah Al-Mujib iaitu Allah Yang Maha Memperkenankan menjawab permohonan
hamba-hambaNya dengan mengkabulkan permintaan mereka. FirmanNya lagi dalam surah
Hud : ayat - 61; Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Nabi Soleh. Ia
berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadanya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian
kembalilah kepadanya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi
sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".

Keadaan ini adalah cukup jelas kerana tiada amalan doa sebenar daripada seorang hamba Allah
yang hatinya kosong dan alpa terhadapNya. Tidak tercetus doa sebenar daripada hamba Allah
yang tiada rasa rendah diri, dhaif, khusyuk dan tawadhuk. Seseorang yang berdoa di samping ia
memohon hajat, sebenarnya ia sedang mengingati Allah (zikrullah) dan serentak mengkagumi
kehebatan serta pasrah kepadaNya. Situasi ini mewujudkan perhubungan yang berterusan antara
hamba dengan Penciptanya.

o Meminta sesuatu yang tidak boleh diminta oleh seorang manusia.


Misalnya, meminta kedudukan sebagai nabi, meminta kemudahan
melakukan pekerjaan yang haram, meminta dikekalkan sampai hari kiamat,
meminta agar keluar dari sifat asalnya sebagai manusia, atau meminta
dijadikan sebagai orang yang maksum.
Semua doa yang bertentangan dengan hikmah Allah, atau berisi hal-hal yang
menyelisihi perintah dan larangan-Nya, termasuk itida`.
1. Mengeraskan suara dan menangis secara berlebihan ketika berdoa.[10]
2. Berdoa kepada sesuatu selain Allah subhanahu wa taala .
Inilah itida` yang paling buruk dan dosa yang tidak akan diampuni oleh
Allah subhanahu wa taala .
3. Berdoa tanpa sikap merendahkan diri dan tunduk, ogah-ogahan; atau
mendikte Allah, seolah-olah dia sudah berbuat sesuatu untuk
kepentingan Allah sehingga Allah wajib mengabulkan permintaannya.
4. Beribadah kepada Allah dengan mengamalkan sesuatu yang tidak
disyariatkan oleh Allah subhanahu wa taala , seperti menari-nari, dan
sebagainya.
5. Berdoa dalam keadaan tidak merasa butuh terhadap sesuatu yang ada di
sisi Allah subhanahu wa taala .
6. Berdoa meminta disegerakannya azab.

A. KESIMPULAN

Sejarah doa dikenal sejak Nabi Adam A.S. Doa adalah mengangkat dari hati dan jiwa ke
Mahatinggi. Salah satu tujuan berdoa adalah mengungkapkan rasa syukur kepada Allah dengan
manfaatnya bisa mengurangi stres dan lain lain. Tahap tahap terapi doa antara lain tahap
kesadaran sebgai hamba, tahap penyadaran akan kekuasaan Allah serta tahap komunikasi yang
dilakukan melalui berbagai macam instruksi maupun telah dibuktikan dengan penelitian tentang
terapi doa tersebut. Menurut pandangan Islam sendiri bahwa terapi berdoa itudiperbolehkan
selama tidak merusak diri sendiri dan orang lain serta tidak membawa kepada perbuatan syirik.

DAFTAR PUSTAKA

Snyder PhD, RN, Mariah dkk. 2006. Complementary & Alternative Therapies in Nursing. New
York: SPRINGER PUBLISHING COMPANY.

http://kotamedan.wordpress.com/category/terapi-doa/
http://binmuhsinhabbatussauda.blogspot.com/2009/11/pengobatan-menurut-pandangan-
islam.html

http://organisasi.org/definisi_doa_doa_berdoa_arti_pengertian_taca_cara_dan_waktu_mustajab_
agama_islam

0 comments :