Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU KE-10

KESESUAIAN AKTIVITI DENGAN TAHAP KEMAMPUAN MURID


MASALAH
Pada minggu ini, masalah yang dihadapi adalah kesesuaian aktiviti dengan
tahap kemampuan murid-murid. Semasa menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran,
semua murid-murid berjaya melibatkan diri tetapi terlalu banyak aktiviti yang diadakan
bagi sesuatu pengajaran menyebabkan murid berasa tertekan dan juga kefahaman
yang rendah terhadap arahan aktiviti menyebabkan mereka mudah bosan dan tidak
berminat untuk melibatkan diri mereka. Aktiviti yang terlalu mudah pula akan
menyebabkan masa akan menjadi lebih banyak terluang dan murid cenderung untuk
bersembang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti yang guru pilih adalah tidak
sesuai dengan tahap murid.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah yang dihadapi pada minggu ini.
Aktiviti yang dijalankan mungkin tidak bersesuaian dengan tahap kognitif murid.
Terdapat sebahagian aktiviti terlalu sukar dan ada antaranya terlalu senang sehingga
mereka bosan. Jika hal ini berterusan, murid akan kurang minat untuk mengikuti kelas
Bahasa Melayu ataupun aktiviti Pendidikan Jasmani. Oleh itu saya perlu menggunakan
aktiviti yang berlainan untuk murid-murid kelas yang saya ajar mengikut kesesuaian.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Guru haruslah bersikap kreativiti dalam merancang aktiviti supaya dapat menarik
perhatian murid untuk melakukan aktiviti tersebut.
b) Guru haruslah menggalakkan murid-murid mencabar diri supaya cuba untuk
melakukan aktiviti yang susah supaya dapat meningkatkan kemahiran diri.
c) Guru haruslah merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid-murid.
Contohnya, tahun 4 dan tahun 5 adalah berbeza dari segi tahap kemampuan
dan tahap fizikalnya. Jadi, aktiviti yang dirancang pun berbeza dari segi
kesukarannya.
d) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat mengawal kelas
peperiksaan dengan baik untuk mengelakkan murid-murid meniru dan bertanya
jawapan dengan rakan-rakan lain.
TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah pada masa akan datang. Adalah
sangat berharap cadangan penambahbaikan yang dirancang oleh guru dapat
menyelesaikan masalah ini. Dengan begitu, murid-murid diharap dapat mengubah
perangai malas dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam tempoh
masa yang tertentu.

PENILAIAN KEJAYAAN

Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya


tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Apabila masalah di atas difikirkan dan
diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk
membantu murid-murid ini. Guru haruslah bertanya dan banyakkan pengalaman supaya
dapat merancang banyak aktiviti yang kreaktif, mencabar minda dan jiwa murid. Guru
juga haruslah yakin dengan diri semasa pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh
kepercayaan yang tinggi terhadap guru. Murid juga perlu mengekalkan hubungan yang
sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam kalangan rakan sebaya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :