Anda di halaman 1dari 26

TITAH

DULI YANG MAHA MULIA


PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN
SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
IBNI ALMARHUM
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH

KONVENSYEN NASIONAL PENYATUAN BANGSA 2016


ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

TARIKH: 8 SAFAR 1438/8 NOVEMBER 2016 (SELASA)


MASA: 10.15 PAGI
TEMPAT: DEWAN AGUNG TUANKU CANSELOR (DATC)
UiTM, SHAH ALAM

MENYINGKAP PERJUANGAN BANGSA: UiTM, ANTARA


HARAPAN DAN PENCAPAIAN

1
Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa, dianjurkan sempena
sambutan enam puluh tahun penubuhan UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA (UiTM). UiTM, ialah sebuah institusi pendidikan negara yang
ditubuhkan khusus, untuk membangunkan modal insan Melayu dan
bumiputera di negara ini.

2. UiTM telah melalui pelbagai tahap pembangunan bermula


dengan pembentangan Paper No.10/1951, oleh Dato Onn bin
Jaafar (Allahyarham) di dalam Federal Legislative Council untuk
menubuhkan RURAL AND INDUSTRIAL DEVELOPMENT
AUTHORITY, lebih dikenali dengan ringkasan nama RIDA. RIDA
ditubuhkan pada bulan Ogos 1951, dengan tujuan, antara lainnya,
untuk mempertingkat status sosioekonomi dan kesejahteraan
umum orang Melayu. Seksyen 5 kertas yang dibentangkan secara
jelas menetapkan objektif penubuhan RIDA:

In order to be able to utilize the resources of government and


to stimulate the interest and obtain the support of the people
in the kampongs, it is essential that every effort be made to
bring the people closer to the government, and train them to
bring their needs before the government through a systematic
channel, initiating from the kampongs and moving
progressively to RIDA as the appropriate instrument set up for
the purpose.

2
3. Orang kampung yang dimaksudkan, merujuk kepada
masyarakat desa yang terdiri daripada orang Melayu. Semasa
Tanah Melayu berada di bawah naungan pemerintahan Inggeris,
orang Melayu, telah dinafikan banyak perkara di tanah airnya
sendiri, terutama, di bidang-bidang perniagaan, perdagangan,
usahawan, pekerjaan dan pelajaran. Ungkapan-ungkapan dagang
lalu ditanakkan, kera di hutan disusukan, anak di riba mati tak
makan, ayam di kepuk kelaparan itik di air kehausan, sepuluh
jong masuk anjing tetap bercawat ekor, memberikan gambaran,
rintihan pedih, penderitaan yang dialami oleh majoriti anak bangsa
ketika itu, menghadapi nasib disisihkan daripada arus
pembangunan. Bangsa melihat kemakmuran buminya diteroka,
hasil mahsul buminya dikaut, melimpahkan rahmat kepada orang
lain, sementara peribumi merintih sendiri.

4. Menyediakan peluang latihan dalam bidang-bidang


profesional, adalah salah satu kaedah yang dikenal pasti, dapat
membantu meningkat tahap kemajuan orang Melayu. Dewan
Latihan RIDA ditubuhkan pada November 1956, dan dirasmikan
pada 14 Februari 1957, oleh Menteri Perdagangan dan Industri, Tun
Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman (Allahyarham). Dua puluh lima
(25) pelajar pengambilan pertama telah mengikuti kursus
persediaan London Chamber of Commerce, stenography,
secretaryship dan accountancy. Kursus-kursus untuk peniaga-

3
peniaga kecil, turut dianjurkan. Konvokesyen pertama pada tahun
1962, menyaksikan lima puluh graduan menerima sijil daripada
Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak Dato Hussein
(Allahyarham).1

5. Dua peristiwa pada tahun 1965, telah mempengaruhi arah


haluan program pendidikan dan latihan di negara ini, terutama
agenda pendidikan bumiputera. Peristiwa pertama ialah Kaji
Selidik Tenaga Manusia yang dilakukan antara Februari hingga Mei
1965. Kaji Selidik yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan
dilaksanakan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, bertujuan menaksir keperluan tenaga manusia, ketika
negara sedang menggubal Pelan Rancangan Malaysia Pertama
(1966-1970). Kaji selidik tersebut menunjukkan negara,
menghadapi kekurangan ketara tenaga profesional, yang
memerlukan negara menambahbaik dan menyusun semula
program pendidikan.

6. Peristiwa kedua, ialah Kongres Ekonomi Bumiputra Pertama


yang berlangsung pada 5 hingga 7 Jun 1965. Antara perkara yang
mendapat perhatian utama Kongres ialah pembangunan yang tidak
seimbang antara bandar dan desa serta kedudukan sosial dan

11
Universiti Teknologi Mara, Majlis Pengkisahan Sejarah Universiti Teknologi Mara, (Shah Alam: Universiti Teknologi Mara,
17.7.2001), 9.

4
ekonomi bumiputera. Kongres Ekonomi Bumiputera telah
menghasilkan 68 resolusi. Dua puluh dua daripada resolusi yang
dihasilkan, menyentuh RIDA, mengusulkan supaya dilakukan
penilaian semula peranan dan objektif penubuhan RIDA. Susulan
daripada Kongres tersebut, Majlis Amanah Rakyat, atau MARA
telah ditubuhkan. Dewan Latihan RIDA bukan sahaja ditukar
namanya kepada Maktab MARA, tetapi turut melibatkan rombakan
serta tambahbaikkan kursus-kursus dan kurikulum yang
ditawarkan. Pada 14 Oktober 1967, ketika upacara peletakan batu
asas di kampus Shah Alam, Tun Abdul Razak Dato Hussein
(Allahyarham), mengumumkan, Maktab MARA ditingkatkan ke taraf
institut, dikenali dengan nama Institut Teknologi MARA (ITM).

7. Bermulalah kisah kejayaan sebuah institusi pendidikan


negara. Seawal tahun 1973, ITM mula menunjukkan kejayaan
menyerlah. Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Majlis
Amanah Rakyat (Pindaan) pada 18 Julai 1973, ahli Parlimen Batu,
Yang Berhormat Dr. Tan Chee Khoon, seorang ahli Parlimen bukan
keturunan Melayu, dan bukan wakil daripada parti pemerintah, telah
memberikan pengiktirafan terbuka terhadap pencapaian ITM
dengan kata-kata berikut:

Mr. Speaker Sir, MARA should concentrate on training and in


this connection, I wish to congratulate the M.I.T., or the Mara

5
Institute of Technology, on the excellent work it is doing. In
the words of the Deputy Prime Minister, MARA has a sacred
mission to carry out and it is undertaking this task with great
success.

The M.I.T. or I.T.M., shows what a dedicated Malay can do for


the Bumiputras and this afternoon, I wish to congratulate Dr.
Arshad bin Ayub on the excellent work he is doing for M.I.T.
His sterling work for the M.I.T. and the nation has been
recognised by the Ohio University which has recently
conferred on him the Honorary LL.D. Malaysia can be
justifiably proud of Dr. Arshad bin Ayub, but literally he is a
prophet without honour in his own country. 2

Tan Sri Dr. Arshad bin Ayub, kini hampir mencecah usia lapan puluh
lapan tahun. Beliau ada bersama kita di Dewan ini. Yang
Berbahagia Tan Sri Arshad, rakan-rakan seangkatan, juga rakan-
rakan sebelum dan selepas beliau, berjasa besar kepada bangsa
dan negara, dan akan terpahat di dalam sejarah. Semoga ALLAH
Subhanahu Wataala melimpahkan setiap mereka sebaik-baik
ganjaran baik di dunia begitu juga di akhirat.

2
Penyata Rasmi Dewan Rakyat, Jilid III, Bil. 22, 19 Julaim1973, 2562-2563.

6
8. Semasa berlangsungnya, acara pengisytiharan kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957, Syeikh Ahmad bin Muhammad Said Al-Linggi,
telah dipilih memimpin bacaan doa; doa yang dirujuk sebagai Doa
Hari Kemerdekaan. Syeikh Ahmad, telah memohon enam perkara
daripada ALLAH Subhanahu Wataala. Tiga daripada enam
perkara tersebut, khusus menyentuh orang Melayu dan hak
keistimewaan umat:

Pertama:

YA ALLAH! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian


pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta
pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak
agama, memelihara hak keistimewaan umatnya,
menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang
kepada keindahan Islam.

Kedua:

YA ALLAH! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan


orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan ke
hadapan sehingga tercapai cita-cita yang di idam-idamkan.

7
Ketiga:

YA ALLAH! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta


jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan
kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan
sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga
orang yang sesat.

9. Tiga permintaan yang diangkat supaya dimakbulkan oleh


ALLAH Subhanahu Wataala itu, adalah seiring dengan salah satu
daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menegaskan:

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada


Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN
ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH
KAUM-KAUM LAIN.

10. Tiga konstituen utama, terlibat dalam merangka


Perlembagaan Negara: Raja-Raja, Kerajaan Inggeris dan Parti
Perikatan; menangani subjek-subjek sensitif, rumit lagi pelbagai,
antaranya isu-isu agama, kaum, bahasa dan negeri; di samping
merangka institusi-institusi utama negara, perundangan, kehakiman
dan eksekutif, yang perlu mengambil tanggung jawab melayarkan

8
sebuah bahtera merdeka. Mengolah formula penyatuan dalam
kepelbagaian, memerlukan kefahaman tentang fakta dan salasilah
sejarah, memerlukan kesediaan berundur sebelum mara,
memerlukan keberanian menerima realiti, memerlukan ketegasan
mempertahankan prinsip.

11. Oleh itu amatlah bertepatan untuk diimbau kembali peristiwa


bersejarah, bertarikh 10 Julai 1957, ketika Yang Teramat Mulia
Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum), atas nama Ketua Menteri,
membentangkan usul, penggubalan Perlembagaan, di Majlis
Perundangan Persekutuan. Beta memilih memetik bahagian
tertentu daripada ucapan tersebut, dalam bahasa yang diucapkan,
agar semangat dan intonasinya dapat diberikan apresiasi
sewajarnya:

At varying periods of our countrys history, the Sultans of the


Malay States entered into treaties with Great Britain. The
Treaties provided, on the one hand, certain rights and
concessions for Great Britain in return for protection to be
accorded to Their Highnesses and protection for the interests
and rights of the Malays. This protection was entered in the
various State Constitutions and Enactments and in the
Federation of Malaya Agreement of 1948. The position which
the Malays enjoyed under this Treaty has never been

9
contested by any person or class of persons or communities
for it has not interfered or obstructed other communities in the
enjoyment of their possessions or the right to live their lives.
The affluence of others has not helped the Malays but on the
other hand it has caused them so much economic setback that
they were driven out of the main towns and villages of this
country. The sum total of the Malay plight was that they have
suffered in the field of economy as well as education....

12. Yang Teramat Mulia Tunku, memperingatkan fakta sejarah


dengan menyatakan:

Everybody seems to have forgotten that there is a clause in


the Federation of Malaya Agreement which gives to the High
Commissioner the special responsibility of safeguarding the
special position of the Malays and the legitimate interests of
other communities; corresponding power is given to the
Sultans of old Unfederated Malay States.

The facts are that unless the Malays are protected there will
be no place for them in Malaya. This is proved to be so in
Singapore and Penang. Again to those who are nervous
about their future, I would say study closely Article 153 of
the Federal Constitution. They will find that the Yang di-

10
Pertuan Agong is also required to safeguard their legitimate
interests.

13. Tan Siew Sin semasa perbahasan telah menyuarakan


pendirian berikut:

The Constitution has accepted the principle of equality of


opportunity for all who regard this country as their real home
and the object of their undivided loyalty. It has however also
continued to provide for what has been called the special
position of the Malays. Some Chinese quarters regard this as
a contradiction of the main principle and hence unjust. I beg
to differ from them. In the first place, the principle of the
special position of the Malays has already been embodied in
the Federation of Malaya Agreement. The Malays therefore
cannot be expected to give up what they already have in the
same way that they do not expect the other communities to
give up their existing rights. Far more important, however, is
the indisputable fact that as a race the Malays are
economically backward and well behind the other races ...

The main object of this provision is to ensure that the Malays


do not lose the little they already have, and if possible be given

11
a reasonable handicap to enable them to catch up with the
other races.

An economically depressed Malay community in a prosperous


Malaya will not mean a peaceful Malaya. An economically
depressed Malay community will never be able to achieve the
desired degree of cooperation with the substantially more
prosperous non Malay communities.

It has also been asked why it has not been explicitly stated
that this provision is only temporary. I would remind our critics
that the Malays are a proud and sensitive race. They are also
an intelligent race, and I know that they appreciate the
significance and implications of this provision far better than
most people realise.

14. V.T. Sambanthan antara lain telah memperingatkan:

We hear it spoken Sir, of first-class citizen one who is badly


provided with roads, has a leaky roof over his head, cannot
even get a doctor on a rainy day even if his child is badly ill?
Is that person, be he in the kampung or estate or new village,
the first-class citizen or is it he who has a bungalow in the
Federal Capital, one, possibly in the Cameron Highlands and

12
a couple more at a seaside resort who is a first-class citizen, I
ask.

The basic issue is that we are trying to correct differences in


the community. An imbalance exists, and it exists for various
reasons ...

.. The special position of the Malays will only touch the fringe
of the Malays, These basic improvements not only of the
Malays but of the Chinese, Indians, will come from the
economic programmes of the new Government ...

We have got to be careful; we have got to remember that a


cry, if it is wrongly made, will be followed by a counter-cry, that
suspicion begets suspicion, and trust begets trust. This is a
country of various communities brought together by political,
social and economic reasons.

Let us live as brothers. The traditions of Malaya are the


highest traditions ... the traditions of brotherhood, of happy
and peaceful living amongst each other.

15. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, memberikan


tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara

13
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak, dan kepentingan sah kaum-kaum lain; antara
tanggungjawab tersebut untuk menentukan perizaban bagi orang
Melayu dan bumiputera satu kadar yang difikirkan patut oleh Yang
di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam,
mengenai biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan
pelajaran atau latihan, atau kemudahan khas yang diberi atau
diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan satu kadar yang difikirkan
patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi
menjalankan apa-apa tred atau perniagaan. 3

16. Penubuhan UiTM, adalah satu tanggungjawab, yang telah


dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, dalam semangat
menjunjung salah satu daripada tujuh titah wasiat Raja-Raja
Melayu. Langkah demi langkah dirintis untuk menubuhkan UiTM,
tapak demi tapak UiTM mendaki tangga kejayaan. Setiap
pencapaian, membuktikan, ALLAH Subhanahu Wataala telah
memakbulkan Doa Merdeka, doa yang dipimpin bacaannya oleh
Syeikh Ahmad bin Muhammad Said Al-Linggi, serta diaminkan oleh
para jemaah, pada pagi 31 Ogos 1957.

3
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153 (2)

14
17. Rang Undang-Undang Institut Teknologi MARA (ITM),
dibentangkan di Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri,
merangkap Menteri Pelajaran, Dr. Mahathir bin Mohammad, pada
13 April 1976. Sepuluh ahli Parlimen mengambil bahagian dalam
perbahasan, lapan dari Semenanjung dan dua dari Sarawak. Lima
daripada ahli-ahli Parlimen tersebut, meminta ITM menubuhkan
cawangan di negeri-negeri. Tiga daripada pembahas usul, ahli
Parlimen Kepong, Yang Berhormat Dr. Tan Chee Khoon, ahli
Parlimen Kota Melaka, Yang Berhormat Lim Kit Siang, dan ahli
Parlimen Padang Serai, Yang Berhormat Lim Kiam Hoon, dengan
hujah, mahu memupuk perpaduan kaum, mencadangkan supaya
pintu ITM turut dibuka kepada semua warganegara. Cadangan
tersebut dibidas oleh ahli Parlimen Balik Pulau, Yang Berhormat
Shamsuri Md. Salleh dengan hujah:

Tuan Yang di Pertua, peruntukan yang diberi kepada Institut


Teknologi MARA oleh Kerajaan itu kalau dinilai dengan emas,
maka emas itu hanya sesaga, kalau dinilai dengan tanah,
maka tanah itu tidak lebih hanya sebesar kelangkang kera.
Emas sesaga, tanah yang sebesar kelangkang kera itulah
yang diungkit-ungkit, disebut-sebut, ditagih oleh pihak
Pembangkang untuk dikongsi dengan orang-orang bukan
bumiputera, atas alasan hendak mewujudkan perpaduan

15
negara, hendak membasmi kemiskinan, dengan tidak kira
kaum.4

18. Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir bin Mohammad, semasa


menggulung perbahasan telah menolak cadangan untuk membuka
pintu ITM kepada semua warganegara, dengan hujah bahawa
perpaduan tidak wajar hanya di desak untuk dilaksanakan di ITM,
sedangkan ahli-ahli Yang Berhormat dari Kepong dan Kota Melaka,
seringkali menuntut diperbanyakkan lagi penubuhan sekolah-
sekolah aliran Mandarin dan Tamil. Dr. Mahathir menyeru agar
mereka yang bersungguh mahu merealisasikan agenda perpaduan
nasional untuk membuktikannya dengan menghantar anak-anak ke
Sekolah Kebangsaan. Sebagai seorang yang berlatar belakang
doktor perubatan, beliau turut mengukuhkan hujah, tidak akan
membuka pintu ITM kepada bukan bumiputera, dengan mengambil
contoh perbandingan kes perubatan arterio-venous shunt, satu
analogi, hubungan saluran di antara arteri dengan vena.5 Dua puluh
tiga tahun selepas itu, ketika berjawatan Perdana Menteri, Dr.
Mahathir bin Mohammad mengisytiharkan ITM bertaraf universiti,
pada 26 Ogos 1999.

4
Penyata Rasmi Parlimen, Jilid II, Bil 12, 15 April 1976, 1335-1336.
5
Ibid, 1338-1339.

16
19. UiTM telah berjaya memenuhi visi dan misi untuk
membangunkan sumber manusia Melayu. Kejayaan yang dicapai,
telah menjadi sumber inspirasi untuk mencipta kejayaan lebih
gemilang. Setelah enam puluh tahun penubuhannya, UiTM kini
memiliki enrolmen 165 ribu pelajar, disokong dengan kekuatan lima
ratus program pengajian akademik yang dikendalikan oleh 24 fakulti
serta 4 pusat pengajian. Di samping kampus induk di Shah Alam,
tersebar di serata negara 12 kampus cawangan dan 21 kampus
satelit yang tanggungjawabnya didukung oleh 18,188 staf
akademik, staf pengurusan dan staf sokongan. Sehingga
November 2016, UiTM telah mencatat rekod menghasilkan 687,176
graduan.

20. UiTM berjaya melatih tenaga mahir tenaga profesional


bumiputera, sekali gus turut memenuhi strategi serampang dua
mata Dasar Ekonomi Baru; pertama: untuk membasmi kemiskinan,
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum; dan
kedua: mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat
Malaysia, untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi,
supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum, mengikut fungsi ekonomi. Puluhan ribu graduan
yang dihasilkan oleh UiTM telah dapat mengeluarkan keluarga
mereka daripada kepompong kemiskinan, dan puluhan ribu yang

17
berada dalam kategori menengah Melayu hari ini, terdiri daripada
graduan UiTM. Peningkatan angka golongan menengah Melayu,
setidak-tidaknya membantu, menyediakan orang Melayu dengan
satu angkatan baru yang memiliki modal insan dan modal budaya
yang lebih tinggi, serta secara tidak langsung dapat mengurangkan
kegelisahan bangsa seperti yang diperingatkan oleh Tan Siew Sin
dalam ucapannya, an economically depressed Malay community in
a prosperous Malaya will not mean a peaceful Malaya.

21. Mempertahankan kejayaan dan meneruskan rekod


kecemerlangan menghadapi dugaan dan cabaran lebih besar
daripada usaha merintih kejayaan dan mencipta kecemerlangan.
Manusia lazimnya mudah alpa ketika dilambung ombak kejayaan.
Ibni Khaldun merumuskan kitaran naik turun tamadun bangsa,
melalui lima fasa. Fasa pertama, generasi yang berjuang untuk
membebaskan penindasan tanah air. Fasa kedua, generasi yang
membina dan membangunkan tanah air yang merdeka. Fasa
ketiga, generasi yang menikmati hasil pembangunan. Fasa
keempat, generasi yang tidak lagi menghargai pahit jerih
perjuangan lalu bersengketa dan teralpa menjaga keutuhan. Fasa
kelima, generasi yang perlu membayar harga tinggi setelah bangsa
menjadi lemah, diikuti dengan berlakunya keruntuhan tamadun.

18
22. Pada fasa manakah bangsa berada ketika ini. UiTM sebagai
gedung yang sarat ilmu dan terhimpunnya para sarjana dan
ilmuwan yang arif lagi bijaksana, hendaklah bijak membaca situasi,
dan menyatakan hakikat dan realiti, secara jujur secara ikhlas,
secara tepat secara faktual, agar kalau sudah tersesat di hujung
jalan, dapat kembali ke pangkal jalan. Selamilah kembali harapan
dan impian yang disuarakan oleh para pejuang bangsa, dalam fasa
pertama dan fasa kedua, generasi yang berjuang untuk mencapai
kemerdekaan dan generasi yang berusaha untuk memberi makna
kepada kemerdekaan; mereka yang telah mengabadikan jiwa raga,
tenaga dan usaha, berkorban masa dan harta benda, semata-mata
untuk negara dan bangsa. Dalam ucapannya, ketika meletakkan
batu asas kampus ITM, pada 14 Oktober 1967, Tun Abdul Razak
(Allahyarham) antara lain menyatakan:

Tiap-tiap penuntut MARA yang berdiri di hadapan khalayak


ramai petang ini, mestilah menyifatkan istiadat meletak batu
asas Institut Teknologi MARA sebagai satu ketika, riwayat
hidup mereka itu, bagi meletakkan batu asas pendirian
mereka itu sendiri, yang teguh lagi bermakna, bersendikan
semangat yang cergas lagi dinamis, menyambut dan
menjunjung hasrat, amanah rakyat bumiputera pada mereka,
supaya mencari ilmu pelajaran, latihan dan kemahiran yang
betul-betul akan menukarkan cara dan corak mereka itu

19
berfikir, dan hidup dengan lebih mewah, mulia, kaya dan
segar yang benar-benar akan memberi makna pada bangsa
dan nusa mereka kelak.

Bangunan batu, kutub khanah berhawa dingin, bilik makmal


dan tapak yang lebih lebar ini tidak akan menjadi Maktab atau
ITM yang berguna jikalau pandangan penuntut tidak saujana,
dan fikiran, kemahuan dan semangat mereka tidak dinamis.6

23. Tun Abdul Razak menyuarakan ingatan agar setiap penuntut


MARA bersemangat cergas lagi dinamis. Setiap penuntut
diingatkan untuk menjunjung amanah rakyat. Sesungguhnya,
mencari ilmu dan mendapatkan kemahiran itu adalah sebahagian
daripada amanah bangsa kerana gedung ilmu ini, dibiayai oleh
sumber kewangan negara. Sumber kewangan negara, adalah milik
rakyat jelata, diamanahkan untuk ditadbir urus oleh kerajaan yang
diberikan mandat kepercayaan oleh rakyat. Derhakalah pemimpin
kepada rakyat dan derhakalah rakyat kepada bangsanya, jika
pemimpin dan rakyat melakukan perbuatan pecah amanah. Akan
terungkailah simpul kesetiaan, akan retaklah semangat penyatuan,
akan luntur segala penghormatan.

6
Ahmad Radzuan bin Wan Chik, Achieving a Dream A Story of Courage, (Universiti Teknologi MARA, 2006), 31.

20
24. Para penuntut yang telah diperkayakan dengan ilmu para
penuntut yang dilengkapkan dengan kemahiran, diharapkan untuk
menukar cara dan corak berfikir, memperlihatkan watak insan
berilmu. Pendidikan itu bertujuan untuk menggantikan minda
perhambaan yang kosong dengan minda merdeka yang terbuka.
Ahli falsafah keturunan Greek, Epictetus, yang dilahirkan seorang
abdi di Hierapolis, menyifatkan hanya orang berilmu, memilik
kebebasan minda. Kebebasan minda boleh diberikan ilustrasi yang
baik dengan memetik kisah seorang Mullah. Diceritakan Mullah
Nasaruddin mempunyai jiran, yang berperangai suka meminjam,
tetapi tidak memulangkan barang pinjaman. Pada satu hari,
jirannya berhajat meminjam keldai. Mullah Nasaruddin lalu
menyorok keldainya di dalam bangsal, mengatakan kepada
jirannya, keldai tersebut sudah tidak ada lagi, kerana telah diambil
oleh adiknya. Ketika jiran tersebut melangkah pulang, beliau
terdengar ringkikan suara keldai, lalu berpatah balik dan
bertanyakan Mullah, betulkah keldai yang dimaksudkan sudah tidak
ada. Mullah itu dengan yakin menjawab, adakah jirannya lebih
mempercayai ringkikan suara seekor keldai atau lidah seorang
Mullah. Kerana taasub menghormati status seorang Mullah, jiran
tersebut menelan jawapan Mullah Nasaruddin. Moral daripada
cerita ini, merumuskan, minda itu dianggap lebih terbuka dan
merdeka, apabila ada kalanya, minda berupaya membezakan
antara kebenaran dan penipuan, tanpa mengira daripada suara

21
siapa, samada seorang Mullah ataupun seekor keldai. Ada kalanya,
keldai yang dianggap dungu, lebih jujur, ikhlas dan telus daripada
seorang Mullah yang berstatus tinggi.

25. Tun Abdul Razak juga mahu melihat penuntut keluaran MARA
dapat hidup lebih mewah, lebih mulia, lebih kaya dan lebih segar
tetapi hendaklah memberi makna kepada bangsa dan nusa, dan
tidak semata-mata untuk memenuhi nafsu haloba tanpa batasan,
hingga matlamat menghalalkan cara. Hasrat untuk dapat hidup
lebih mewah dan lebih kaya hendaklah dirangkaikan dengan nilai
dan imej lebih mulia. Kemewahan dan kekayaan yang diperoleh
melalui kaedah yang hina, secara menipu, secara merompak,
secara tidak jujur dan secara rasuah, tidak memberikan imej mulia;
malah kekayaan sedemikian bukan sahaja meletakkan seseorang
berada dalam lembah kehinaan, hilang penghormatan di dunia,
malah jika kemungkaran telah dilakukan, pendustaan dan
kepalsuan, tidak akan terlindung ketika berhadapan dengan ALLAH
Subhanahu Wataala, di Mahkamah Rabbuljalil, pada hari
kebangkitan di Padang Mahsyar nanti. Junjungan Besar kita, Nabi
Muhammad Sallallahu Alai Wassalam telah mengingatkan yang
bermaksud:

Demi ALLAH! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa


kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila

22
dibentangkan dunia, sebagaimana yang telah dibentangkan
kepada umat sebelum kamu, lalu mereka merebut
kemewahan dunia itu, maka kamu juga akan berebut,
sebagaimana mereka, maka kamu akan dibinasakan
sebagaimana binasanya umat sebelum kamu.

26. Sasaran kuantitatif telah dicapai. Pencapaian cemerlang


tersebut wajib dilengkapkan dengan kualiti. UiTM bukan sebarang
universiti. UiTM ialah sebuah universiti yang dibangunkan
berlatarbelakang agenda Melayu mempunyai visi dan misi khusus
untuk Melayu. Perlembagaannya menetapkan Canselor UiTM ialah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Universiti ini wajib
mencanai dan menggarap permata bangsa dengan sifat-sifat mulia
insan Melayu berpaksikan Islam. Graduan UiTM dan seluruh
bangsa Melayu wajib merenung secara mendalam, kata-kata yang
terkandung dalam ucapan Tan Siew Sin, ketika membahaskan usul
penggubalan Perlembagaan, di Majlis Perundangan Persekutuan
pada 10 Julai 1957:

... that the Malays are a proud and sensitive race. They are
also an intelligent race,

27. Orang Melayu telah membuktikan kita bangsa yang sensitif.


Tetapi orang Melayu lebih wajib membuktikan bahawa kita adalah

23
bangsa yang bangga, bangsa yang memiliki maruah memiliki
harga diri; bila berjanji, janji ditepati; bila berhutang, hutang dibayar;
bila bertutur, tidak berdusta. Jadikanlah kita bangsa yang bangga,
bangsa yang memiliki maruah memiliki harga diri dengan berazam
untuk lebih bersedia memberi dan kurang meminta. Bantulah
bangsa kita, untuk dapat berbangga, bantulah bangsa kita agar
memiliki maruah memiliki harga diri, dengan menyerahkan
amanah dan tanggungjawab kepada Melayu yang benar-benar
kompeten, berwibawa, bertenaga, berkemahiran, berpengalaman,
berpengetahuan dan berintegriti, daripada menyerahkan kepada
orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh
kasap, untung tiada, modal pun lesap. Muliakan bangsa Melayu,
dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya,
hemah dan budinya. Melayu itu hendaklah berimej orang yang
dihormati, bukan orang yang ditakuti. Buktikan bangsa Melayu
bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah
cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga, atau
berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan -
setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya
ditanggung oleh seluruh bangsa.

28. Graduan UiTM hendaklah memiliki identiti insan amanah -


insan jujur, insan bertakwa, insan tawaduk dan insan berintegriti;
insan yang insaf bahawa setiap perbuatan dan perilaku, niat dan

24
kata, diawasi oleh dua Malaikat, Kiraman dan Katibin, yang berada
di bahu kanan dan bahu kiri. Graduan UiTM, hendaklah disemaikan
dengan pegangan bahawa setiap tugas adalah amal, dilaksanakan
atas nama ILAHI, tidak ada kesetiaan yang boleh mengatasi
ketaatan terhadap ALLAH Subhanahu Wataala, selaras dengan
ayat 162 dan 163, Surah Al-Anaam yang bermaksud:

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan


matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan yang mentadbir
sekalian alam. Tiadalah sekutu bagi Nya, dan dengan yang
demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang
Islam yang awal pertama berserah diri kepada ALLAH. 7

29. Dato Onn Jaafar dan Tun Abdul Razak, gandingan dua
tenaga yang telah mengasaskan idea di sebalik penubuhan UiTM
telah lama meninggalkan kita. Impian Dato Onn telah dijadikan
realiti. Harapan Tun Abdul Razak berjaya direalisasikan. Akan
sejahteralah roh kedua-dua Allahyarham itu melihat rekod kejayaan
yang dicapai oleh UiTM pada hari ini, mengisi kelangsungan satu
perjuangan bangsa. Roh-roh mereka akan lebih sejahtera berehat
di alam barzakh, jika seluruh warga UiTM dapat menghayati dan
selanjutnya mengamalkan semangat pengorbanan tinggi yang telah

7
Al-Quran, Al-Anaam (6:162 dan 163)

25
dipamerkan oleh mereka berdua, terutama dari sudut integriti,
menjunjung amanah, berbakti dan berkorban, demi kepentingan
agama, bangsa dan tanah air. Sempena acara sambutan enam
puluh tahun usia UiTM, sama-samalah kita menghargai jasa dan
khidmat bakti barisan pemimpin yang mempunyai wawasan dan
bertanggungjawab di sebalik kejayaan UiTM, serta setiap seorang
yang telah mencurahkan jasa bakti membangunkan UiTM. Semoga
ALLAH Subhanahu Wataala melimpahkan ganjaran rahmat kepada
mereka semua, dan kepada mereka yang telah kembali ke
Rahmatullah, kita pohonkan ihsan ILAHI untuk menempatkan roh
mereka di kalangan roh para SOLIHIN. Al-Fatihah.

Dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, Beta merasmikan


Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa 2016.

26