Anda di halaman 1dari 4

Dasar dan program bagi memperkembangkan matematik untuk kanak-kanak.

Pelbagai dasar dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam
memperkembangkan matematik untuk kanak-kanak. Antara dasar dan program yang
diperkenalkan adalah seperti Projek Imbuhan (Compensatory Project), Projek
InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instruction for Rural Environment)
serta Projek Sekolah Bestari. Kehadiran dasar dan program seperti ini banyak
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Selain itu, dasar
dan program ini turut membantu para guru matematik untuk meningkatkan tahap
profesionalisme mereka sewaktu di sekolah.

Dasar pendidikan matematik kanak-kanak yang digubal perlu menjamin


mereka menjadi warga dunia masa depan yang berjaya. Oleh itu, keperluan
kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjah hari ini bagi memastikan
kelangsungan kehidupan. Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan
kreatif selain daripada berpengetahuan. Dunia masa depan juga memerlukan idea-
idea baru yang menggalakkan pengurusan yang baik terhadap persekitarannya.
Disebabkan hal ini, amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya
berfikir secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, sebarang program pendidikan
matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman. Jadi,
program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskan
otak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah.

Projek Imbuhan merupakan sebuah projek yang dilaksanakan selepas Perang


Dunia yang kedua untuk menangani keadaan ketidakserataan dan ketidakadilan
peluang pendidikan di antara golongan kaya dan miskin. Akibat taraf sosio ekonomi
yang berbeza wujudlah jurang yang ketara ini. Golongan kaya mendapat pendidikan
yang sempurna manakala golongan miskin terus dipinggirkan untuk belajar.
Berikutan itu, Projek Imbuhan dijalankan untuk membela nasib kanak- kanak dari
keluarga yang berpendapatan rendah. Projek ini telah dilancarkan dan dilaksanakan
dari tahun 1975 sehingga tahun 1980. Melalui projek ini, peruntukan peruntukan
khas dalam bentuk bantuan telah dihulurkan kepada semua ibubapa dan pelajar
sekolah rendah dan pra- sekolah yang kurang berkemampuan. Ini termasuklah
pemberian subsidi makanan, bantuan kewangan dan kemudahan- kemudahan lain.
Bagi mempastikan kejayaan dan keberkesanan, projek ini telah disokong oleh
sumber- sumber seperti bahan pembelajaran khas dan guru- guru yang dilatih
khusus menjalankan projek ini. Skema pembelajaran juga direkabentuk mengikut
perkembangan kognitif murid-murid. Projek ini menitikberatkan bidang pedagogi
(pendidikan pemulihan) dan elemen- elemen sosio-ekonomi dan politik.

Pada masa ini, para pelajar miskin yang sedar akan faedah daripada projek ini
perlu mengambil peluang keemasan ini untuk memperdalamkan lagi ilmu mereka,
lebih-lebih lagi di dalam bidang Matematik. Melalui projek ini, tiada lagi pelajar miskin
yang terpinggir. Disebabkan hal ini, para guru waktu ini perlu mengambil inisiatif
untuk mengajak lebih ramai pelajar dan membuka mata mereka dengan
mendedahkan mengenai keseronokan belajar Matematik. Setelah mengkaji
mengenai Projek Imbuhan ini, saya berpendapat bahawa bakal-bakal guru
hendaklah menambah ilmu di dada dan mencipta kaedah-kaedah baru dalam
menjadikan Matematik sebuah subjek yang lebih seronok pada masa hadapan dan
bukan lagi subjek yang digeruni ramai. Projek Imbuhan ini hanya memberi peluang
kepada para pelajar tetapi bukan menarik pelajar untuk belajar.

Seterusnya ialah, projek InsPIRE (Integrated System of Programmed


Instruction for Rural Environment). Idea untuk menubuhkan Projek InSPIRE bermula
dalam tahun 1977. Langkah ini diterajui oleh Universiti Sains Malaysia sebagai satu
projek pendidikan. Objektif utama projek ini ialah untuk mencari kaedah yang
berkesan bagi menjalankan program pemulihan dan pengayaan matematik di
sekolah- sekolah rendah di luar bandar. Pelbagai set bahan- bahan untuk aktiviti
pemulihan dan pengayaan matematik telah dibina dan dihantar ke sekolah- sekolah
untuk diuji. Di samping itu, objektif kedua projek ini ialah membantu Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program
pemulihan dan pengayaan dalam KBSR. Projek InSPIRE ini telah dilancarkan secara
rasmi pada tahun 1983.

Setelah membaca dan mengkaji sedikit sebanyak mengenai projek InsPIRE


ini, saya sedar mengenai kepentingan program pemulihan dan pengayaan
Matematik di sekolah-sekolah rendah di luar bandar. Hal ini demikian kerana, masih
ramai murid-murid luar bandar yang tidak celik nombor. Dalam mengatasi hal ini,
para guru dan bakal guru seperti saya perlu bersikap rajin dan ikhlas dalam memberi
ilmu. Bagi saya, seorang guru perlu berkorban demi anak didik mereka. Tidak kira
dari segi masa, wang ataupun tenaga. Di sebelah pihak pelajar pula, mereka
perlulah menghargai usaha dan titik peluh guru-guru mereka dengan menumpukan
sepenuh perhatian dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Wujudkan interaksi dua hala kerana melalui cara ini para pelajar tidak akan berasa
bosan berada di dalam kelas. Murid-murid sekolah rendah alaf baru kini sudah maju
mindanya tidak kira yang berada di bandar mahupun di luar bandar. Oleh itu, para
guru perlu lebih cerdas dan cergas dalam informasi-informasi semasa, begitu juga
dengan penggunaan teknologi dan IT. Tugas guru adalah untuk mendidik dan
mengajar murid-muridnya supaya dapat membezakan yang mana baik dan yang
mana salah. Begitu juga di dalam matematik.

Akhir sekali ialah projek Sekolah Bestari di Malaysia. Penubuhan Sekolah


Bestari di Malaysia merupakan salah satu daripada tujuh flagship dalam Projek
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor). Pada bulan Julai 1997, Tun Dr
Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah melancarkan dokumen
flagship Sekolah Bestari di Malaysia disamping dokumen berkaitan flagship-
flagship lain. Syarikat Swasta dari dalam atau luar negara dijemput untuk
mengemukakan kertas cadangan bagi menjayakan flagship- flagship ini.

Sekolah Bestari Malaysia merupakan satu institusi pendidikan yang telah


direkabentuk semula secara menyeluruh dari segi pengajaran pembelajaran dan
pengurusan sekolah dengan matlamat membantu pelajar menghadapi cabaran
Zaman Maklumat. Tumpuan utama dalam projek Sekolah Bestari ini ialah
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya. Ini ada kaitannya dengan
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan juga bahan-bahan P&P. Kesemua elemen ini
dititikberatkan supaya pelajar dapat belajar dengan lebih berkesan dan cekap.
Kaedah pembelajaran Sekolah Bestari menggalakkan pelajar mengamalkan
pembelajaran akses kendiri , terarah kendiri dan mengikut kadar pembelajaran
sendiri. Selain itu, Sekolah Bestari juga memberi tumpuan kepada aplikasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

Pakej courseware yang lengkap mengikut sukatan matematik bagi Sekolah


Bestari di peringkat rendah dan menengah telah disiapkan dan sedia digunakan.
Projek rintis Sekolah Bestari di Malaysia bermula dalam tahun 1998. Dua buah
sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah telah dipilih dalam projek ini
manakala pelaksanaannya hanya bagi empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Projek rintis ini berakhir pada bulan
Disember 2002. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
dipertanggungjawabkan untuk memantau penggunaan courseware ini di semua
Sekolah Bestari.