Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Ceramah Nuzul Al-quran bersempena Program

Ihya Ramadhan peringkat IPGKTAR 2016




.
.
Assalamualaikum...WBT

Yang berbahagia

Yang dimuliakan penceramah jemputan kita, Ustaz Mohammad Zubair Bin Mustafa
Yang di hormati..
Barisan Pensyarah IPGKTAR seterusnya
Para guru pelatih yang di rahmati sekalian

Selamat datang ke majlis Ceramah Nuzul Al-quran bersempena Program Ihya


Ramadhan peringkat IPGKTAR 2016.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menjemput penceramah jemputan kita menyampaikan


ceramah beliau, moleklah sekiranya saya membaca sedikit latar belakang
ringkas penceramah kita pada hari ini. Nama diberi Mohammad Zubair Bin
Mustafa. Beliau berusia 24 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau telah
mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah di Universiti Islam Madinah.

Jadi, tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput penceramah


jemputan kita, Al-Fadhil Ustaz Mohammad Zubair Bin Mustafa untuk
menyampaikan ceramah beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohammad Zubair Bin Mustafa
atas penyampaian ceramah beliau sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan
tadi sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada diri kita sendiri dan dapat
untuk kita kongsikan bersama orang lain.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah


jemputan kita. Dengan itu, majlis menjemput .. diiringi
untuk menyampaikan cenderahati kepada
penceramah jemputan kita, Ustaz Mohammad Zubair Bin Mustafa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini. Segala kesulitan sepanjang majlis ini berlangsung harap
dapat dimaafkan.

Siding hadirin dipersilakan untuk bersurai dan meninggalkan majlis. Terima kasih.
Teks pengacara majlis Khatam Quran




.
Assalamualaikum...WBT

Yang berbahagia

Yang di hormati..
Barisan Pensyarah IPGKTAR seterusnya
Para guru pelatih yang di rahmati sekalian.

Untuk pengetahuan Hadirin,Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini


merupakan langsungan daripada program tadarus Al-Quran yang
melibatkan semua guru pelatih IPGKTAR. Semoga majlis seperti ini dapat
menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan
seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan
dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di
dunia dan akhirat.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan bacaan khatam


Al-Quran yang akan diketuai oleh Saudara Nasrin Azri bin Ismam. Majlis
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan khatam al-quran


sebentar tadi. Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan ucapan yang
berbahagia Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


kepada imam dan bilal terawih sepanjang bulan Ramadhan. Dengan itu,
majlis menjemput .. diiringi . Untuk
menyampaikan cenderahati tersebut. Dijemput .
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pada hari ini. Segala kesulitan sepanjang majlis ini berlangsung harap
dapat dimaafkan.

Siding hadirin dipersilakan untuk bersurai dan meninggalkan majlis. Terima kasih.