Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PELAKSANAAN INOVASI JABATAN KAJIAN SOSIAL 2016

Pada 15 Mac 2016, pasukan kami telah melakukan perbincangan bersama-sama


dengan Pensyarah Pembimbing kami iaitu Tuan Haji Rosly Mohd Sani, Encik Meor Aris
Meor Hamzah dan Dr. Pushpavalli a/p A. Rengasamey dengan dibantu oleh siswa-siswi
pendidik Elektif Sejarah ambilan Jun 2015.

Dalam perbincangan kami, kami telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan
satu inovasi bertemakan Pendidikan Sejarah. Aktiviti inovasi yang telah dirancang diberi
nama Terowong Masa . Dalam permainan ini, kumpulan kami telah melakukan sedikit
pengubahsuaian dan penambahbaikan agar permainan ini akan dapat digunakan dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran kelas Sejarah. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar
akan dapat menumpukan perhatian yang lebih, seterusnya akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif. Hal ini sedikit sebanyak akan menjadikan
matapelajaran Sejarah sebagai satu subjek yang diminati oleh murid-murid pada masa ini.

Bagi mencapai visi kudsi dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kumpulan kami
akan melaksanakan inovasi yang kreatif dan sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran
kelas abad ke-21.

Anda mungkin juga menyukai