Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Definisi Konsep

Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep


berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita
memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian
terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

1.1 Konsep Moral

Menurut Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), perkataan moral berasal
daripada perkataan Bahasa Latin moralis yang bermaksud perlakuan serta tingkah
laku yang tidak bercanggah dengan amalan masyarakat setempat. Justeru, moral
meliputi nilai-nilai yang terpuji seperti rendah diri, amanah, belas kasihan, hemah
tinggi, hormat-menghormati, keadilan, kebebasan, keberanian dan lain-lain lagi.
Moral merupakan penentangan terhadap sesuatu perbuatan dan keinginan yang
salah atau penahanan suatu tingkah laku yang dianggap melanggar peraturan
masyarakat.Selain itu, moral juga merujuk kepada tingkah laku dan amalan yang
berdasarkan peraturan-peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara umum
dan secara rasional.

Di samping itu, ia juga merujuk kepada tingkah laku yang berdasarkan suatu
keputusan moral yang melibatkan pentafsiran tentang apa yang dikatakan tindakan
yang betul. Pentafsiran moral bermakna keupayaan untuk membuat keputusan
tentang sesuatu tindakan yang baik atau tidak. Ia juga melibatkan kebolehan untuk
mengkritik diri sendiri secara rasional dan objektif dan bukan emosional.
Sehubungan itu, ia merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berdasarkan
standard-standard yang dihayati dan diterima oleh masyarakat.

Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral


secara terminologi.

Menurut Dagobert D. Runes (1948) , moral adalah hal yang mendorong


manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik sebagai kewajiban atau
norma. Menurut Helden (1977) dan Richards (1971), moral adalah suatu kepekaan
dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain
yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.

2
Atkinson (1969) pula, berpendapat bahawa moral merupakan pandangan tentang
baik dan buruk, benar dan salah, apa yang dapat dan tidak dapat dilakukan.

Contohnya, Kamil menjumpai sebuah dompet yang mengandungi wang tunai


yang banyak. Pada masa itu, Kamil mengalami kesusuhan kewangan kerana dia
baru sahaja dipecat. Kamil amat memerlukan wang tunai tetapi sebagai seorang
yang bermoral, Kamil telah membawa dompet tersebut ke balai polis untuk diambil
tingakan yang selanjutnya.

Rumusannya, moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi


mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling.
Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah
positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi
mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan
moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan
moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi
ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

1.2 Konsep Etika

Perkataan etika berasal daripada perkataan Bahasan Greek ethos yang


bermaksud cara hidup atau adat. Etika juga bermaksud satu set peraturan tingkah
laku atau undang-undang seperti kod etika perguruan, guaman, perubatan dan
sebagainya. Etika ialah satu kajian dan falsafah tentang kelakuan manusia yang
memberi penekanan atas penentuan mengenal betul dan salah. Ia bermakna
prinsip-prinsip kelakuan yang betul mengenai sesuatu proses yang tertentu. Ia boleh
dikatakan sebagai tingkah laku yang menunjukkan moralnya. Mengikut Aya Rand,
etika ialah suatu sains untuk mencari cara-cara yang sesuai untuk kehidupan
seseorang individu. Ia adalah suatu kajian tentang nilai. Etika boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu Etika normatif dan Metaetika.

Etika normatif merupakan satu pembelajaran yang menitikberatkan sifat


perlakuan yang ideal atau nilai-nilai unggul iaitu sifat perlakuan yang sepatutnya
ditunjukkan oleh manusia. Nilai-nilai etika normatif adalah nilai-nilai yang boleh dan
sepatutnya diterima oleh semua orang. Normatf adalah perkara yang berhubung
atau menetapkan norma, berdasarkan standard atau nilaitara.

3
Pada masa yang sama, metaetika lebih menekankan ke arah mengkaji
tentang mesalah-masalah utama dalam etika. Masalah-masalah ini lebih
menekankan kepada perkara-perkara seperti berikut:

1) Perlakuan manusia yang paling baik atau tujuan akhir yang menjadi dasar
bagi darjah penghabisan bagi perlakuan yang baik.
2) Asal maklumat tentang perlakuan yang paling baik dari betul dan salah.
3) Dasar perlakuan moral
4) Motif-motif yang melahirkan perlakuan yang betul atau baik.

Dua perkara asas yang menjadi tumpuan dalam etika ialah akhlak individu
seperti takrifan individu yang baik dan peraturan-peraturan sosial seperti peraturan
mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan tingkah laku individu
(Mohamad Mohsin & Hamdzun 2002). Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula,
etika menyelidik, memikirkan dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang
buruk.

Pendek kata, fungsi etika menggariskan beberapa prinsip atau ukuran asas
untuk menentukan apakah tingkah laku yang betul, apakah yang salah, apakah
tingkah laku yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak.

1.3 Konsep Akhlak

Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi,
adab, sifat semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.
Akhlak berasal dari bahasa Arab iaitu Khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai,
tingkah laku atau tabiat. Definisi ilmu akhlak menurut Prof. Omar Al Toumy Al
Syaibani pula, ialah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat
kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan
tanggungjawab akhlak, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak.

Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian
akhlak sebagai :

Suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan

4
tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan
jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat.

Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin akhlak ialah:

Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk
mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan
menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana
dengan sempurna.

Secara keseluruhannya, akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan


dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan.
Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak
sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan
kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai
sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu
perlakuan tersebut.

2.0 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
patut. Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.

Anda patut berkelakuan baik.

Anda patut makan makanan berkhasiat.

Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.

Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar
dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan atau tindakan
bertentangan konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli
falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang
berbeza.

5
2.1 Konsep Baik

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2008) definisi perkataan baik diberi
seperti di bawah ini:

1. (yang) memberi faedah apabila menggunakan, melihat, membacanya dan


sebagainya, elok lawan buruk.
2. (yang) memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan, dan lain-lain).
3. Tidak jhat (kelakuan dan lain-lain).
4. Pulih, sembuh.
5. Sangat sesuai dan rapat.
6. Yang menyatakan persetujuan.
7. Biar, walau.
8. Baik hati, suka menolong, mudah simpati dan pengasih.

Baik selalu didefinisikan sebagai kelulusan atau sikap psikologi yang


serupanya. Baik boleh dianggap sebagai diingini oleh saya dan diterima oleh
majoriti orang.

Perkataan baik dapat digunakan dalam beberapa konteks seperti berikut.

2.1.1 Baik dalam konteks nasihat

Ini adalah baik menunjukkan sikap menyokong kepada pengucap. Dalam


konteks memberi nasihat pengucap tidak membuat keputusan untuk pendengar
tetapi menolong pendegar itu untuk membuat keputusan sendiri. Mengatakan
sesuatu yang terbaik bermakna pengucap menasihatkan pendengar tetapi bukan
tanpa tanggungjawab. Pengucap meahami mengapa nasihat diberi olehnya.

2.1.2 Baik sebab memuji dan bersetuju

Apabila seseorang dipuji ia telah mencapai satu tahap kebaikan yang tinggi.
Sebab inilah yang baik tidak menerangkan mengapa saya memuji-muji sesuatu
yang mempunyai sifat-sifat yang tertentu yang dapat dipuji. Dia dipuji kerana dia
adalah baik.

2.1.3 Baik kerana menghargai

6
Ini merupakan suatu langkah atau tindakan di mana sesuatu yang baik dapat
dihargai.

2.1.4 Baik dalam hukuman dan nilaian atau taksiran

Bahasa moral digunakan bukan untuk memilih atau menasihati tetapi juga
untuk membuat sesuatu hukuman dan nilaian. Apabila kita menghukum atau menilai
sesuatu dengan penghargaan yang tinggi, kita membuat demikian kerana sesuatu
itu mempunyai kebaikan yang tinggi.

2.1.5 Baik disifatkan kerana kecekapan

Sesuatu yang baik menunjukkan benda atau orang itu boleh membuat
tugasnya dengan cekap. Katakanlah pisau itu baik bermakna bahawa pisau itu
tajam, boleh digunakan dengan senang dan tahan lama. Perhubungan di antara
sifar-sifat pisau bahawa ia cekap dan kecekapannya adalah dilihat dari segi
empirikal. Kita tahu kalau pisau itu tidak mempunyai sifat-sifat yang dikatakan itu ia
tidak boleh memotong. Ia tidak cekap. Seorang yang baik boleh disifatkan sebagai
seorang yang cekap juga.

2.1.6 Pendapat ahli-ahli psikologi tentang baik

1. Aristotle : Baik disifatkan sebagai kebahagian.


2. Moore : Baik bukan semula jadi, sukar disifatkan tetapi dapat difahami
melalui intuisi.
3. Hobbes : Baik adalah sebarang objek-objek yang diingini oleh seseorang
itu manakala sebarang objek yang dibenci adalah buruk.
4. Emil Burnner : Baik merupakan satu tindakan yang sejajar denga kehendak

Tuhan.

5. C.I. Lewis : Baik merupakan pengalaman seseorang individu secara


intrinsik atau dari dalam.

6. Confucious : Baik adalah membuat tanggungjawab atau kewajipan


seseorang individu degan penuh dedikasi. Baik dapat
ditunjukkan melalui teladan sendiri.

7
2.2 Konsep Benar

Benar atau right dalam Bahasa Inggeris mempunyai ciri-ciri seperti berikt:

1. Perkataan bahawa deskriptif nilai seperti perkataan-perkataan baik dan patut


yang menunjukkan konsep moral.
2. Konformati dengan fakta, sebab dan standard atau prinsip yang dapat
diterima oleh majoriti orang.
3. Betul dan tepat atau tidak salah.
4. Betul dalam jawapan yang benar.
5. Betul dalam hukuman, pandangan, pendapat dan kehakiman.
6. Sihat atau normal dalam otak atau mental.
7. Baik dalam kesihatan atau semangat seperti manusia yang sihat dan bersih.
8. Sesuatu yang dalam keadaan yang memuaskan hati atau peraturan yang
teratur.
9. Mempunyai sifat-sifat yang baik dalam seseorang individu atau benda.
10. Mempunyai nilai atau kebaikan seperti kegembiraan, kesukaan dan
keseronokan.

2.2.1 Benar wujud secara objektif dalam hukuman saintifik

Benar boleh dilihat sebagai pembayangan tepat benda objektif serta


hukuman-hukuman di dalam kesedaran atau otak kita. Dengan lain perkataan,
pengetahuan kita yang secocok dengan benda objektif serta hukuman-hukumannya
ialah benar.

Satu tambah satu jadi dua; ikan perlu hidup dalam air; semua orang pasti mati
dan sebagainya memang merupakan benar dan dapat diterima oleh orang ramai.
Sekiranya ada orang mengatakan satu tambah satu jadi empat, ikan sanggup hidup
di atas darat dan manusia tidak akan mati dan sebagainya, maka orang itu tentu
dianggap tidak benar atau salah kerana apa yang dikatakannya itu jelas sekali
mengingkari hakikat yang sebenarnya.

Benar atau tidak benar tidak bergantung kepada kesedaran atau otak kita,
kerana ia bukan rekaan atau ciptaan otak kita tetapi merupakan pembayangan tepat
benda objektif serta hukumannya. Dengan ringkasannya benar itu wujud secara
objektif dalam hukuman saintifik (kebenaran objektif).

2.2.2 Benar wujud secara relatif

8
Terdapat setengah situasi di mana benar wujud secara relatif dan bukan
mutlak. Contohnya, sesuatu bidang falsafah adalah benar sekarang tetapi mungkin
salah pada masa yang akan datang. Sebab itu kita mempunyai banyak teori atau
hipotesis yang menjadi asas pemikiran, tindakan dan kajian manusia. Ada juga
perkara yang benar hari ini dan salah pada hari esok. Benar berlaku secara relatif
kerana kebenaran atau pengetahuan kita sekarang ialah hasil praktis serta
pengetahuan nenek moyang kita turun-temurun. Pada masa ini, sungguhpun boleh
dikatakan pngetahuan kita agak kaya dan maju namun jika dibandingkan dengan
benda dalam universe yang tidak terbatas, ia bagaimanapun masih terhad.

2.2.3 Pandangan ahli falsafah tentang konsep Benar

1. Moore : sesuatu tingkah laku benar atau salah bergantung kepada


darjah keseronokan yang dihasilkan. Hanya keseronokan mempunyai
kebaikan intrinsik.
2. John Dewey : Benar adalah satu nama abstrak bagi permintaan-
permintaan orang lain kepada kita.
3. Confucious : Benar wujud dalam hati manusia.

2.3 Konsep Patut

Moore (1903) mengatakan Apa yang baik? menyebabkan soalan Apa


yang patut dibuat?. Moore berpendapat bahawa patut dapat didefinisikan dalam
erti baik. Saya patut membuat X adalah sama dalam erti Membuat X akan
membawa lebih banyak kebaikan intrinsik.

Terdapat tiga hukuman tentang kenyataan Saya patut membuat X seperti


yang tersebut di bawah ini:

1. X dikehendaki supaya ia mematuhi standard yang manusia dapat menerima


secara amnya. Ini merupakan kenyataan fakta sosiologikal.
2. Saya merasa saya patut membuat X. Ini merupakan kenyataan fakta
psikologikal.
3. Saya patut membuat X. Ini merupakan hukuman nilai (Value judgement).

9
Sebagai satu perkataan nilai, Patut mempunyai ciri-ciri seperti yang tersebut di
bawah ini:

1. Patut biasanya digunakan untuk memberi nasihat, arahan atau


mencadangkan pilihan-pilihan secara amnya.
2. Patut digunakan untiuk menghuraikan tentang sesuatu.
3. Patut membawa erti menghukum, mengarah dan memerintah seseorang
lain untuk membuat sesuatu.
4. Apabila kita berpendapat bahawa suatu tindakan yang berlawan dengan
prinsip yang kita mahu mematuhi kita mengatakan Patutnya say tidak
membuat X.
5. Memberi pengajaran kepada orang lain.
6. Prinsip Patut secara amnya berlaku dalam aktiviti-aktiviti seperti memandu
kereta, memilih warna, bertingkah laku moral, dan sebagainya. Pertama
aktiviti-aktiviti ini memaksa atau memerlukan kita menjawab soalan seperti
Apa yang patut saya buat?, dalam situasi tertentu. Kedua, prinsip-prinsip
dengan yang lain untuk menjawab soalan-soalan seperti Saya patut
membuat X kerana inilah yang sebaiknya.
7. Patut mengongsikan sifat-sifat yang terdapat dalam Baik berkenaan
dengan hubungan di antara kuasa deskriptif dan menilai atau menghuraikan.

Patut memberi dorongon apa yang harus dibuat dari segi moral dan etika seperti
yang dihuraikan di bawah ini:

a) Tindakan itu patut diambil bermakna tindakan itulah harus diambil setelah
menimbangkan semua atau lain-lain alternatif dan pilihan. Sesuatu tindakan
harus diterangkan secara lebih lengkap dan tepat. Ini kerana dalam
kehidupan seharian selalu terdapat berbagai-bagai alternatif dan tindakan-
tindakan lain yang mungkin mempunyai faedah atau akibat yang lebih baik.
Perlakuan atau tindakan seperti Saya patut menolong dianggap tidak
lengkap kerana mungkin terdapat kerja lain yang lebih mendesak. Adalah
lebih baik kalau Patut digunakan untuk menerangkan kewajipan moral
seperti Kita patut sentiasa menepati janji kita, termasuk membayar balik
hutang, Kita patut menghargai persahabatan daripada wang. , dan
sebagainya. Dengan ringkasnya, sesuatu tindakan yang patut dilakukan
sentiasa ada alternatif-alternatif lainnya.

10
b) Jangan buat A tetapi patut... membawa maksud apa yang dilakukan oleh
kita adalah salah. Jika A merupakan satu tindakan yang salah dan tidak baik
ini bermaksud apa yang dilakukan oleh kita ialah Kita patut membuat
sesuatu yang salah dan tidak baik. Apa yang patut dilakukan dalam situasi
seperti ini ialah patut jangan buat.
c) Kita patut lakukan sesuatu kerana kegemaran atau ia menyeronokkan
kita, walaupun ini mungkin bukan tindakan yang terbaik. Dalam kehidupan
seharian kita sentiasa melakukan apa yang patut seperti pergi menonton
wayang, menonton televisyen dan mengunjungi tempat lain.
d) Kita patut lakukan sesuatu kerana tanggungjawab dan kewajipan kita.
Tanggungjawab dan kewajipan kita termasuk menghormati orang lain, taat
setia kepada negara dan raja, menyokong dan menjaga ibu bapa bila mereka
sudah tua dan sebagainya.

3.0 Perbezaan peraturan moral, adat, agama dan undang-undang

Terdapat perbezaan antara peraturan yang didapati dalam konteks moral,


adat, agama dan undang-undang. Peraturan yang berbeza ini disebabkan oleh
pelbagai unsur. Oleh itu, peraturan-peraturan tersebut mempunyai ciri-ciri yang
berbeza.

3.1 Peraturan moral

Peraturan moeal adalah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku
manusia. Ia menyediakan undang-undang yang sistematik tentang tanggapan-
tanggapan atau maklumat-maklumat yang unggul. Peraturan moeal bersifat rasionl
dan autonomus kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri,
berfikir dan bersoaljawab tentang tingkah laku, membandingkan tingkah laku
manusia dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendir.

11
Peraturan moral boleh diubah-ubah dan tiada pengasasnya. Pada hakikatnya,
peraturan moral dicipta oleh manusia demi mencapai keharmonian dan kesejahteran
hiup. Contohnya, seseorang yang bermoral harus menghormati orang lain.

Terdapat tiga jenis prinsip dalam peraturan moral iaitu prinsip autonomi,
prinsip keadilan dan prinsip altruisme. Prinsip autonomi meliputi pertimbangan
bebas. Selain itu, pertimbangan dan tingkah laku akibat paksaan luar tidak
dikategorikan sebagai moral.

Seterusnya, prinsip keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan


saksama. Prinsip keadilan tidak membenarkan individu menyalahgunakan
kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri.
Pada masa yang sama, prinsip Altruisme mementingkan belas kesihan, simpati,
menghargai serta mengambil berat kebajikan orang lain. Tambahan pula, prinsip
Altruisme juga menjauhkan individu daripada kejahatan mementingkan diri sendiri.

3.2 Peraturan adat

Adat bererti kebiasaan dalam mengharungi kehidupan manusia. Menurut


takrifan Dr. Van Dijk, adat ialah semua kesusilaan dan kebiasaan dalam semua
lapangan hidup serta semua peraturan tingkah laku. Syed Alwi pula menakrifkan
adat sebagai peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita
dan yang diperturunkan daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada
yang muda dengan kaedah ditunjuk, diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan
cara yang bertulis.

Peraturan adat mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

1. Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni
serta baik.
2. Dicipta oleh manusia
3. Disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan
4. Diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain
5. Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi.

12
3.3 Peraturan agama

Menurut Alan Haris, agama mempunyai peraturan-peraturan tertentu.


Peraturan-peraturan ini berlainan mengikut ajaran agama masing-masing. Peraturan
agama merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Biasanya, peraturan ini
termaktub dalam kitab agama. Peraturan agam menetapkan panduan tingkah laku
dan menyatakan balasan jika peraturan itu dilanggar. Justeru, peraturan boleh
mendorong penganutnya mematuhi tuntutan agama.

Peraturan agama secara umumnya tidak boleh diubah-ubah. Lebih-lebih lagi,


peraturan ini bukan cipataan manusia. Setiap penganut bagi agama yang berlainan
mestilah mematuhi peraturan agama masing-masing. Padahal, kepatuhan kepada
peraturan agama merupakan cara hubungan antara manusia dengan tuhan.
Peraturan agama juga merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia
yang lain.

3.4 Perturan undang-undang

Weber menyatakan bahawa norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat


yang boleh membentuk tingkah laku dengan watak seseorang itu lahir daripada
kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah. Autoriti di sini bermaksud peraturan
undang-undang yang memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan
sejagat. Menurut Austrinm, seorang ahli fikir Inggeris menyifatkan peraturan undang-
undang sebagai satu perintah yang diberikna oleh pihak pemerintah kepada rakyat
dan sekiranya perintah itu tidak ditaati, pihak pemerintah akan menggunakan
kekerasan supaya undang-undang dipatuhi.

4.0 Cara memupuk etika dan moral dalam masyarakat majmuk Malaysia

Etika dan moral harus dipupuk dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari
pelbagai kaum dan pegangan agama. Dengan adanya etika dan moral yang
dijadikan teladan dalam kehidupan harian setiap rakyat, Malaysia akan senantiasa

13
dalam keadaan harmoni dan aman sejahtera. Justeru, cara untuk memupuk etika
dan moral harus dihayati bagi mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

4.1 Keluarga

Keluarga memainkan peranan dalam membentuk akhlak mulia anak-anak


sejak zaman dahulu lagi. Namun, dalam masyarakat moden, peranan masyarakat
untuk membentuk moral semakin merosot. Tugas memberi pendidikan moral dan
menyemai nilai-nilai murni seolah-olah diserahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah.
Ibu bapa juga senantiasa sibuk dengan kerja dan menyebabkan pergaulan anak
dengan ibu bapa tidak begitu rapat. Hal ini juga mengakibatkan pendidikan moral
susah disampaikan melalui institusi keluarga secara tidak formal.

Pada hakikatnua, ibu bapa harus menemani anak dalam setiap peringkat
perkembangan moral supaya dapat memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Ibu bapa
juga harus menonjolkan satu teladan yang mulia dengan mengamalkan nilai-nilai
mulia seperti belas kasihan, menghormati orang tua, merendah diri dan sebagainya.
Jika ibu bapa hanya memberi teguran sedangkan mereka sendiri tidak
mengamalkannya, usaha untuk memupuk moral dan etika menjadi sia-sia sahaja
kerana perbuatan demikian diibaratkan ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Selain ibu bapa, adik-beradik juga berperanan dalam memupuk moral dan
etika. Abang dan kakak yang lebih matang dari segi pemikiran dapat membimbing
adik yang lebih muda supaya mengamalkan nilai yang positif dan menjauhi nilai
yang negatif. Adik-beradik juga seharusnya hormat-menghormati bagi menjaga
kesejahteraan dalam keluarga di samping memupuk moral dan etika.

4.2 Sekolah

Sekolah diibaratkan sebagai keluarga kedua bagi seorang kanak-kanak. Hal


ini kerana seorang kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa di sekolah dan
pengaruh sekolah dalam kehidupan kanak-kanak memang tidak dapat diabaikan.

14
Guru-guru di sekolah umpama ibu bapa dan rakan-rakan pula seperti adik-
beradik. Guru memainkan peranan sebagai pendidik bangsa untuk memupuk moral
dan etika dalam kalangan murid. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,
guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral harus
menunjukkan teladan yang mulia melalui diri sendiri supaya menjadi ikutan murid-
murid. Guru tersebut harus menerangkan kebaikannya mengamalkan nilai-nilai yang
mulia dan seterusnya memupuk murid-murid untuk menjadi insan yang bermoral dan
berakhlak mulia.

Bagi guru yang tidak terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral pula, teladan yang murni tidak harus diabaikan kerana murid-murid
mencontohi setiap tingkah laku yang ditonjolkan oleh seorang pendidik. Oleh itu,
guru harus sentiasa mengawasi tingkah laku sendiri selain memberi ajaran secara
lisan kepada murid-murid.

4.3 Media massa

Pada masa ini, media massa lebih mementingkan untuk memenuhi keperluan
penonton yang gemar akan unsur keganasan, hedonisme dan budaya kuning. Untuk
memastikan publisiti mereka kekal baik, pihak yang bertanggungjawab sanggup
memberi informasi yang tercemar dengan unsur negatif dan menegakkan imej yang
salah tentang konsep moral dan konsep etika.

Sebagai contohnya, media massa telah membentuk salah faham yang teruk
tentang definisi gagah berani. Saluran rancangan televisyen sering menunjukkan
pemuda-pemudi yang merokok dan bergaduh dengan orang lain dan menandakan
gagah berani kepada imej tersebut. Remaja yang masih mentah dari segi
pemikiran pun terikut-ikut amalan negatif tersebut dan menganggpap amalan
tersebut adalah gagah berani.

Pada hakikatnya, saluran televisyen, majalah, surat akhbar dan lain-lain lagi
berperanan untuk menyaji informasi yang positif kepada para pembaca dan
penonton. Topik nilai murni yang dapat memupuk moral dan etika harus
dititikberatkan dalam setiap rancangan televisyen ataupun penulisan artikel. Hal ini

15
dapat memastikan remaja dan pemuda-pemudi tidak menyerap informasi yang salah
dan terlencong dari jalan yang betul.

16

Anda mungkin juga menyukai