Anda di halaman 1dari 5

Transkrip Temubual

Guru yang menemubual : Saudari Khoo Yee Ping


Saudara Thiam Zhe Feng
Guru yang ditemubual : En. Mohd. Khairul Adi bin Ahmad Shamsuri, Cik Lim Suan
Ting dan Cik Tan Hiao Min
Tempat : Kelas SMART
Tarikh : 17/7/2013
Masa : 10.00am-10.15am (15 Minit )

Cikgu Khoo dan Cikgu Thiam telah menjemput tiga orang guru SJK(C) Pei Chun 2 iaitu
Cikgu Adi, Cikgu Lim dan Cikgu Tan untuk menjalani sesi temubual mengenai tekanan
emosi dalam kalangan guru.

Cikgu Thiam : Selamat pagi Cikgu Adi, Cikgu Lim dan Cikgu Tan. Kami berasa amat
bangga kerana cikgu-cikgu sudi menerima temubual pada hari ini.
Temubual pada hari ini adalah sebagai sumber maklumat utama bagi
kajian kami mengenai tekanan emosi dalam kalangan guru. Dunia
pendidikan pada hari ini memegang tanggungjawab yang sangat besar
bagi mencapai aspirasi negara. Namun para guru sentiasa bersedia
dalam menangani cabaran seperti tekanan emosi dalam kalangan
guru. Bolehkan cikgu-cikgu menyatakan faktor-faktor utama yang
menjadikan guru terdedah dengan stres?

Cikgu Adi : Terima kasih Cikgu Thiam. Erm Pada pendapat saya, antara faktor
utama yang menyebabkan guru menjadi stres ialah bebanan kerja
seseorang guru yang semakin bertambah dari segi kerja pekeranian
dan aktiviti kokurikulum. Selain itu, sikap pelajar yang bermasalah di
sekolah juga menyebabkan guru rasa tertekan. Faktor seterusnya
adalah pelajar kurang bekerjasama semasa guru mengajar di kelas.
Cikgu Khoo: Terima kasih atas pendapat Cikgu Adi. Apakah pandangan Cikgu Lim
terhadap tekanan emosi yang dihadapi oleh guru?

Cikgu Lim : Pada pendapat saya, selain pendapat yang diberi oleh Cikgu Adi,
saya rasa mungkin masalah keluarga seseorang guru juga
menyebabkan tekanannya wujud semasa pengajaran guru di sekolah.
ErrKemungkinan besarnya masalah dihadapi tidak dapat
diselesaikan, sampai guru tidak dapat mengawal emosi diri. Apabila
guru datang ke sekolah dan berhadapan dengan murid, dia tidak boleh
melepaskan tekanannya yang dihadapi di rumah dan dia akan
menghadapi tekanan emosi semasa mengajar di sekolah. Inilah
pandangan daripada saya.

Cikgu Khoo : Saya amat bersetuju dengan pandangan Cikgu Lim bahawa masalah
keluarga adalah punca utama yang menjadi guru terdedah dengan
stres.Err Bolehkan Cikgu Tan berkongsi pendapat tentang punca-
punca yang lain tentang tekanan emosi yang wujud dalam kalangan
guru?

Cikgu Tan: Boleh. Pada pendapat saya, saya rasa subjek yang diajar oleh
seseorang guru adalah punca utama yang menjadikan guru terdedah
dengan stres. Contohnya, saya baru ajar di sini selama 6 bulan, saya
telah diagihkan untuk mengajar pendidikan muzik, tapi saya sendiri
tidak mahir dalam muzik. Saya berasa sangat tertekan sebab saya tak
tahu kemahiran dan perkembangan murid dalam kelas muzik. Selain
itu, sikap ibu bapa juga merupakan satu stres kepada cikgu. Saya
seorang guru pendidikan khas. Saya mendapati ibu bapa amat
mementingkan pencapaian pelajaran murid kerana mereka sentiasa
datang ke sekolah dan bertanya tentang perkembangan murid
seminggu sampai 4 kali. Saya rasa amat tertekan kerana murid
pendidikan khas perlu menguasai sesuatu kemahiran dengan masa
yang agak panjang.
Cikgu Thiam : Terima kasih atas perkongsian pandangan Cikgu Tan. Seterusnya bolehkah
cikgu Adi menyatakan sejauh manakah tahap keseriusan tekanan
emosi yang dialami?

Cikgu Adi : Pada pendapat saya, Err tahap tekanan emosi bagi saya dan guru-
guru dalam sekolah ini adalah tidak begitu serius. Saya masih dapat
mengawal emosi saya dan tidak melepaskan tekanan kepada murid-
murid semasa saya mengajar di dalam kelas. Tapi, kadang-kadang
saya masih risau dan takut tentang keberkesanan sesuatu pengajaran
dalam kelas. Contohnya, segelintir murid yang berbuat bising di dalam
kelas akan mempengaruhi murid yang lain juga berbuat bising dalam
kelas. Oleh itu, tidak setiap murid dapat mendengar apa yang saya
ajar semasa pengajaran dan mereka tidak dapat menjawab soalan
yang dikemukakan dalam kelas dengan betul. Akibatnya pencapaian
akademik murid akan semakin menurun.

Cikgu Khoo : Terima kasih atas perkongsian pendapat Cikgu Adi. Apakah pandangan
Cikgu Lim tentang tahap keseriusan tekanan emosi yang dialami
sekarang?

Cikgu Lim : EmmSaya rasa saya masih berada dalam tahap tekanan emosi yang
rendah. Sekiranya murid melakukan kesalahan dalam kelas, saya
akan cuba tenangkan fikiran dan seterusnya bertanya sebab murid
yang melakukan kesalahan sebelum menghukumnya. Sekiranya saya
mendapati murid tersebut masih tidak mengubahkan sikapnya, saya
akan membawa murid tersebut berjumpa dengan guru besar ataupun
berjumpa dengan guru kaunseling dan bukan menghukum dia untuk
melepaskan tekanan kepada murid tersebut.

Cikgu Khoo :Terima kasih dengan perkongsian Cikgu Lim. Seterusnya dipersilakan
Cikgu Tan menyatakan tahap keseriusan tekanan emosi yang dialami?

Cikgu Tan :MmSampai sekarang saya rasa emosi saya masih dapat dikawal
dengan baik. Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya amat
memahami bahawa anak murid pendidikan khas tidak boleh kawal
sendiri dengan baik seperti murid yang biasa, iaitu mereka akan
sentiasa lari sini lari sana. Walaubagaimanapun, saya akan cepat
berasa marah dan menegur mereka suapaya mereka dapat
berkelakuan yang baik dalam kelas.

Cikgu Thiam : Terima kasih atas pendapat Cikgu Tan. Soalan yang terakhir ialah apakah
langkah-langkah yang guru boleh gunakan dalam menangani masalah
tekanan emosi dalam kalangan guru?

Cikgu Adi: Pada pendapat saya, langkah yang sesuai digunakan adalah guru
perlu menenangkan fikiran terlebih dahulu sebelum mengambil
tindakan sekiranya guru berada dalam keadaan yang tertekan. Apabila
saya stres sangat, saya akan cuba diam sahaja, dan tarik nafas.
Selepas saya dapat tenangkan fikiran saya, barulah saya akan
membuat keputusan atau mengambil tindakan yang seterusnya. Inilah
pendapat saya.

Cikgu Khoo : (Menggangguk) Bagusnya pandangan Cikgu Adi. Saya amat bersetuju
dengan Cikgu Adi bahawa tenangkan fikiran sebelum membuat
keputusan yang seterusnya. Bolehkan Cikgu Lim berkongsi pendapat
yang lain tentang langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani
tekanan emosi yang dihadapi?

Cikgu Lim : Pada pendapat saya, sekiranya saya amat tertekan dengan tingkah laku
murid-murid, saya akan keluar dari bilik darjah supaya meninggalkan
situasi yang tertekan. Biasanya, saya akan menenangkan diri dan
minum air sebelum berhadapan dengan pelajar. Cara yang saya
gunakan juga bertujuan menunjukkan kepada murid bahawa saya
sudah marah. Selepas fikiran dan emosi saya berada dalam keadaan
yang tenang, saya akan balik ke kelas dan sambung mengajar dalam
kelas supaya emosi saya tidak akan mempengaruhi pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
Cikgu Khoo: Terima kasih Cikgu Lim. Perbuatan Cikgu Lim lebih kurang sama dengan
langkah yang diambil oleh Cikgu Adi kerana kedua-dua cara
mengutamakan fikiran ditenangkan terlebih dahulu sebelum tindakan
yang seterusnya diambil. Seterusnya diminta Cikgu Tan bolehkah
menyatakan langkah yang diambil untuk mengatasi tekanan emosi yang
dihadapi?

Cikgu Tan: Saya rasa setiap orang mempunyai langkah yang tersendiri untuk
mengatasi tekanan emosi yang dihadapi. Cara yang saya biasa gunakan
ialah saya akan terus tidur selepas waktu sekolah sekiranya berasa
amat tertekan di sekolah. Saya juga akan makan seberapa yang boleh
untuk mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi.
Walaubagaimanapun, cara yang paling berkesan bagi saya untuk
menangani tekan emosi yang dihadapi bersukan dan jogging untuk
melepaskan tekanan emosi yang dialami.

Cikgu Khoo: Terima kasih atas perkongsian pendapat Cikgu Tan. MmSecara
keseluruhannya saya bersetuju dengan langkah-langkah yang
digunakan oleh guru-guru untuk mengatasi emosi yang dihadapi.
Secara keseluruhannya, tekanan emosi ketiga-tiga guru masih berada
dalam tahap keseriusan yang tidak serius. Diharapkan tekanan emosi
yang dihadapi oleh guru-guru masih boleh dikurangkan sehingga
prestasi di sekolah tidak akan dipengaruhi dan tekanan emosi guru-
guru juga tidak akan mempengaruhi pencapaian murid-murid di
sekolah. Sekian sahaja temubual pada hari ini. Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana sudi
berkongsi pendapat tentang tekanan emosi di kalangan guru. Sekian
terima kasih.

Cikgu Adi, Cikgu Lim & Cikgu Tan :Ya, Sama-sama.