Anda di halaman 1dari 18

KERTAS CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMIK

BULAN SAINS DAN MATEMATIK


SMK DATO UNDANG MUSA AL-HAJ
TAHUN 2017

TEMA : STEM KERJAYA MASA HADAPAN

1. PENDAHULUAN

Minggu Sains dan Matematik merupakan satu Program Pembangunan


Akademik yang wajib dilaksanakan di bawah setiap Bidang, di peringkat sekolah.
Program ini dirancang berketepatan dengan Aspirasi Murid yang hendak dicapai di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025, berkaitan konsep kualiti yang
perlu ada pada murid abad ke-21 disamping mempersiapkan diri murid dengan
bidang kerjaya yang melibatkan STEM. (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan Malaysia


meletakkan sasaran 60 peratus daripada kanak-kanak dan orang muda memilih
pengajian dan kerjaya dalam bidang STEM dalam kerangka menjadikan negara
lebih cemerlang.
STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi,
Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar
pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam
bidang pembangunan teknologi.

Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang
melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh,
di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM.
Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu
menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.

Atas kesedaran itu, guru-guru di bawah Bidang Sai ns dan Matematik berusaha
merancang program-program yang terdiri daripada pelbagai disiplin berasaskan amali,
eksperimen dan demonstrasi. Pendekatan pembelajaran aktif program ini akan
menerapkan kemahiran abad ke-21, untuk meningkatkan kesedaran pelajar
terhadap kerjaya dalam STEM.
2. MATLAMAT

2.1 Dapat merealisasikan 6 Aspirasi Murid yang disasarkan dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025, agar setiap murid berupaya
bersaing di peringkat global.
2.2 Dapat menghasilkan pelajar yang mampu mengisi keperluan dan hasrat
negara untuk menjadi sebuah negara berteraskan sains dan teknologi.
2.3 Dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, nisbah 60:40 pelajar aliran sains berbanding pelajar aliran
kemanusiaan dan social.

3. OBJEKTIF

3.1 Mencetus dan menimbulkan minat pelajar generasi baru untuk mempelajari
STEM melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran
berasaskan projek, aktiviti yang multi-disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri.
3.2 Menyediakan suasana pembelajaran sains yang menyeronokkan lalu
mengurangkan anxitey terhadap STEM dan seterusnya menyahkan
perasaan takut terhadap STEM.
3.3 Meningkatkan kemahiran proses sains, kemahiran abad ke-21, kemahiran
saintifik, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran penyelidikan
dalam kalangan murid.
3.4 Menyahkan salah konsep tentang konsep pengajaran dan pembelajaran sains
yang difikir mesti dilakukan di dalam bilik darjah atau makmal sains.
3.5 Meluaskan pandangan murid tentang aplikasi sains dalam kehidupan dan
kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.
3.6 Meningkatkan keterlibatan (engagement) ibubapa pelajar sekolah melalui
beberapa aktiviti bagi tujuan meningkatkan peranan ibubapa dalam
pembudayaan STEM ini.

4. TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 03 April hingga 14 April 2017

5. KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SMK Dato Undang Musa Al- Haj


6. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : . Tn Norazman Bin Mohd Amin


( Pengetua SMKDUMA)
Naib Pengerusi : Pn Hjh Noorlailawati Binti Noordin
( Guru Penolong Kanan SMKDUMA)
Penyelaras : Pn Norhaida Binti Shahadan
( GKMP Sains dan Matematik)
Setiausaha : Pn Ismaliazwani Bt Isa
Bendahari : Cik Hanida Binti Hassan
Naib Bendahari : Cik Rozaimah Binti Abu Samah

Ahli Jawatankuasa

Senarai Jawatankuasa
Bidang Tugas
Majlis Perasmian Penutupan - Merancang aturcara Majlis Perasmian
Penutupan. Sila pastikan agar acara
- Pn Nur Imani (K) dimulai dengan bacaan Al-Quran.
- Pn Tengku Maniza - Berbincang dengan Penyelaras Program
untuk merangka Story Board serta
Persembahan Multimedia kandungan persembahan multimedia
- Pn Suhira Binti Izan bersesuaian dengan TEMA.
- Pn Halimahtun Saadiah - Menyediakan persembahan multimedia
- Kumpulan New Edition Cyberkids yang menarik bersama kumpulan pelajar
Cyberkids

Juruacara - Menyediakan teks pengacara untuk


- Pn Nor Baizura Binti Ahmad Majlis Pelancaran dan Penutupan
dengan merujuk kepada JK Majlis
Pelancaran dan Penutupan.
- Melantik dan melatih pelajar sebagai
pangacara majlis.
- Menghantar salinan teks pengacara
dalam bentuk soft copy kepada JK
Dokumentasi
Buku Program - Menyediakan Buku Program yang
- En Abdul Aziz Bin Jafar menarik bersesuaian dengan TEMA.
- 11 cetakan berwarna.
- 50 cetakan biasa.
- Menyerahkan 1 salinan Buku Program
kepada JK Dokumentasi.
Jawatankuasa Aktiviti dan Pertandingan : - Menyediakan rangka pelaksanaan
pertandingan.
Pameran Kerjaya En Azam (K) - Menentukan kumpulan sasaran pelajar.
STEM Pn Nor Baizura - Menghantar senarai keperluan,
Pn Fara Ilina anggaran kos dan hadiah yang
Pn Tengku Maniza diperlukan kepada penyelaras sebelum
En Hairol Nizam 10/3/2017 (Jumaat).
Cik Rozaimah - Menghantar laporan (skpm) beserta
Pn Zaisurahidiah rakaman bergambar dalam bentuk soft
En Aliashak copy kedalam telegram Bidang pada
En Abdul Aziz 21/4/2017
Pn Suhira
Pertandingan Pn Nur Imani
Inovasi Pn Halimahton
Little Scientist Pn Eani
Solar Car Pn Anis
Solar Boat Pn Wahida
Roket En Mohd Faizal
Pertandingan EEC Pn Ismaliazwani
Lawatan ke kilang En Abdul Aziz
proton

Siaraya dan LCD - Memastikan sistem siaraya dan LCD


- En Azam Bin Abdul Aziz disediakan dan dapat berfungsi dengan
- En Hairol Nizam Bin Abd Latif baik sewaktu majlis pelancaran dan
aktiviti-aktiviti yang memerlukan alatan
siaraya.

Hadiah dan Cenderamata - Mendapatkan senarai kategori


- Pn Fara Ilina Bt Ramli pemenang dari penyelaras.
- Pn Anis Bt Mokhtar - Menyediakan satu senarai pemenang
- Pn Wahida Bt Baharudin dan bilangan yang diperlukan bagi setiap
aktiviti dan pertandingan.
- Memaklumkan senarai pemenang
kepada Pn Nor Baizura.
- Mencetak sijil pemenang.
- Menguruskan Aturcara penyampaian
hadiah dan sijil pada majlis perasmian
dan penutupan.
- Menghantar senarai dan anggaran kos
yang diperlukan kepada penyelaras.

Rakaman - Mengambil rakaman bergambar sewaktu


- Semua J/K Aktiviti dan Pertandingan Majlis Pelancaran dan Penutupan
- Muat naik gambar aktiviti dan
pertandingan ke dalam telegram bidang
untuk tindakan Pn Suhira
7. JADUAL AKTIVITI PROGRAM MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

TARIKH AKTIVITI MASA


Isnin - Bacaan Al-Quran
(03/04/2017) - Promosi Minggu Sains dan Matematik dalam
perhimpunan pagi.
Rabu - Pertandingan EEC 3.00 5.00 petang
(05/04/2017)

Rabu - Pertandingan Solar Car 3.00 5.00 petang


(05/04/2017)

Khamis - Pertandingan Solar Boat 3.00 5.00 petang


(06/04/2017)

Khamis - Little Scientist 3.00 5.00 petang


(06/04/2017)

Rabu - Pertandingan Roket 3.00 5.00 petang


(12/04/2017)

Khamis - Pameran Kerjaya STEM 9.00 4.00 petang


(13/04/2017) - Pertandingan Inovasi (Project Based Learning)

Isnin - Bacaan Al-Quran 7.30 8.20 pagi


(17/04/2017) - Majlis Perasmian Penutup Minggu Sains &
Matematik
o Bacaan Doa
o Persembahan Multimedia
o Ucapan Perasmian Penutupan oleh Tn
Pengetua
o Penyampaian hadiah dan sijil
o Bersurai
8. KEWANGAN

8.1 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Aktiviti Bilangan Amaun (RM)

2. Little Scientist 6 x RM 20 RM 120.00

1 x RM 300
3. Pertandingan RM 750.00
1 x RM 250
Inovasi
1 x RM 200
6.. Pertandingan Solar Car 6 x RM 10 RM 120.00

7. Pertandingan Solar Boat 6 x RM 10 RM 120.00

8. Pertandingan Roket 6 x RM 10 RM 120.00

9. Pertandingan EEC 12 x RM 20 RM 240.00

10
Plastik Laminate 1 x RM 45 RM 45.00
.

Soft board 10 x RM 10 RM 100.00

10
Pembelian alat tulis dan sijil RM 100.00
.

RM 1715.00
JUMLAH

8.2 Sumber Pendapatan

PCG Sains RM 500.00


PCG Matematik RM 400.00
PCG ICT RM 600.00
PCG Fizik RM 150.00
JUMLAH RM 1650.00
9. PENUTUP

Semoga usaha guru-guru di bawah Bidang Sains dan Matematik ini dapat
memberi impak berguna kepada seluruh pelajar SMK Dato Undang Musa Al-Haj
bagi memastikan faktor kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan
sebagaimana yang disarankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 2025,
seterusnya dapat meningkatkan penglibatan murid di dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM). agar dapat bersaing dalam ekonomi abad ke-
21. Program ini adalah antara disiplin dan pelbagai disiplin berasaskan amali,
eksperimen dan demonstrasi. Pendekatan pembelajaran aktif program ini
mempunyai unsur penerapan kemahiran abad ke-21 untuk meningkatkan kesedaran
pelajar terhadap kerjaya dalam STEM.

Disediakan oleh,

__________________________

(NORHAIDA BINTI SHAHADAN)


Ketua Bidang Sains dan Matematik
SMK Dato Undang Musa Al-Haj

Disahkan oleh,

__________________________

(NORAZMAN BIN MOHD AMIN)


Pengetua
SMK Dato Undang Musa Al-Haj
8. KEWANGAN

8.3 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Aktiviti Bilangan Amaun (RM)

2. Little Scientist 6 x RM 20 RM 120.00

1 x RM 300
3. Pertandingan RM 750.00
1 x RM 250
Inovasi
1 x RM 200
6.. Pertandingan Solar Car 6 x RM 10 RM 120.00

7. Pertandingan Solar Boat 6 x RM 10 RM 120.00

8. Pertandingan Roket 6 x RM 10 RM 120.00

9. Pertandingan EEC 12 x RM 20 RM 240.00

10
Plastik Laminate 1 x RM 45 RM 45.00
.

Soft board 10 x RM 10 RM 100.00

10
Pembelian alat tulis dan sijil RM 100.00
.

RM 1715.00
JUMLAH

8.4 Sumber Pendapatan

PIBG RM 1715.00
JUMLAH RM 1715.00

8. KEWANGAN
8.5 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Aktiviti Bilangan Amaun (RM)

1. Sains & Al-Quran 6 RM 60.00

2. Little Scientist 6 RM 120.00

3. Bengkel dan Pertandingan Multi RM 150.00


(15 kumpulan x 2 org)
Media

Pertandingan Site Frog VLE


4. 3
- Kategori Guru RM 90 .00
6
- Kategori Pelajar RM 120.00

5. Bengkel Trigger Matematik (RM 150 x 3 hari) RM 450.00

6.. Pertandingan Solar Car 6 RM 20.00

7. Pertandingan Solar Boat 6 RM 120.00

8. Pertandingan Roket 6 RM 120.00

9. Pertandingan EEC (3kumpulan x 4 org) RM 240.00

10
Pembelian alat tulis dan sijil RM 60.00
.

RM 1650.00
JUMLAH

8.6 Sumber Pendapatan

PCG Sains RM 500.00


PCG Matematik RM 400.00
PCG ICT RM 600.00
PCG Fizik RM 150.00
JUMLAH RM 1650.00
EW YORK 23 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menggariskan Malaysia meletakkan sasaran 60 peratus daripada kanak-
kanak dan orang muda memilih pengajian dan kerjaya dalam bidang
STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dalam kerangka
menjadikan negara lebih cemerlang.
Sambil menyifatkan matlamat tersebut sebagai pelaburan bermakna
kepada masa depan Malaysia, beliau mahukan usaha memupuk minat
generasi baharu ke arah tersebut perlu dilakukan kerana ia suatu
keperluan dalam menzahirkan sebuah negara maju.
Oleh itu, kerajaan berharap nisbah 60:40 untuk kanak-kanak yang
berminat dalam STEM berbanding bidang dan kerjaya bukan STEM dapat
dicapai, katanya sambil memberitahu kini nisbah itu adalah 42:58,
berbanding 25:75 pada tahun 2000.
"Ia suatu peningkatan ekoran komitmen kerajaan menyokong pendidikan
STEM. Adalah menjadi keperluan bagi kita untuk memastikan generasi
baharu kanak-kanak dan orang muda meminati pendidikan STEM supaya
mereka akhirnya memilih STEM sebagai kerjaya," katanya ketika berucap
pada majlis pelancaran Perikatan STEM Global di Ibu Pejabat Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini.
Perikatan STEM Global merupakan inisiatif Akademi Sains New York dalam
perkongsian dengan lebih 70 kerajaan, syarikat, sekolah, universiti, badan
bukan kerajaan di seluruh dunia dalam usaha memberi peluang terbaik
kepada generasi muda menerokai STEM.
Najib menjelaskan, sebagai komitmen ke arah usaha tersebut, kerajaan
memperkenalkan beberapa inisiatif seperti program Sains Untuk Tindakan
(S2A), program bermulanya kerjaya dalam memacu minat kepada STEM
dan mencerna minda ke arah kemunculan Ahli Nobel.
Bagi program S2A, katanya, ia memberi tumpuan bagi meningkatkan
pembinaan sains dan teknologi melalui pendidikan dengan pengetahuan
teknologi, keupayaan kejuruteraan, kuasa dan pengetahuan perindustrian
dijana dan dikembangkan secara pesat.
"Kerajaan mahu Malaysia berusaha untuk menjadi pemenang Anugerah
Nobel kerana ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada orang awam untuk
menjadikan STEM sebagai kerjaya utama.
"Malah, sekiranya Malaysia tidak menghasilkan pemenang Anugerah
Nobel pun, keseluruhan proses yang terlibat dalam mencapai matlamat
itu akan membawa kepada kemunculan minat yang lebih ketara dalam
STEM sebagai kerjaya," kata Najib yang tetap berharap Malaysia suatu
masa kelak berkemampuan melahirkan pemenang Anugerah Nobel.
Sambil mengiktiraf idea mewujudkan program untuk kanak-kanak pintar
dan berbakat iaitu Permata Pintar oleh isterinya, Najib berkata, program
itu adalah dalam kerangka ke arah memupuk minat dalam pendidikan
STEM melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik.
Fokus Malaysia terhadap STEM itu turut mendapat perhatian Ketua
Pengarah UNESCO, Irina Bokova apabila beliau memuji usaha Malaysia itu
dalam menggalakkan keupayaan sains dan teknologi dalam kalangan
rakyat khususnya generasi muda.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menekankan tiada
diskriminasi berkaitan jantina malah usaha dibuat untuk memperkasakan
wanita di Malaysia.
Wanita mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti malah
terdapat penetapan dasar tertentu seperti meletakkan sasaran nisbah 30
peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam sektor awam dan
swasta, tambahnya. - UTUSAN
Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140924/dn_01/Generasi-baharu-


STEM#ixzz4VwHagX00
Utusan Melayu (M) Bhd

PROGRAM BITARA STEM UKM


(Science, Technology, Engineering and Mathematics)
PENGENALAN
Program ini adalah satu usaha kerjasama antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), New
York Akademy of Sciences (NYAS) dan New York University-Polytechnic (NYU-
Poly) bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar berumur 13-14 tahun di dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar dapat bersaing dalam ekonomi abad
ke-21. Program ini adalah antara disiplin dan pelbagai disiplin berasaskan amali, eksperimen
dan demonstrasi. Pendekatan pembelajaran aktif program ini mempunyai unsur penerapan
kemahiran abad ke-21 untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kerjaya dalam STEM.
Melalui program pendidikan STEM ini, UKM mampu untuk berkongsi penyelidikan canggih
dengan masyarakat.
LATAR BELAKANG
Program Bitara STEM UKM merupakan inisiatif di bawah Global Science and Innovation
Advisory Council (GSIAC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri.
Program ini merupakan salah satu Program Berimpak Tinggi GSIAC iaitu Human Capacity
Building dan Cradle to Career (C2C). Bagi merealisasikan agenda C2C ini, pada bulan
September 2013, satu MoA telah ditandatangani di antara UKM dengan NYAS dan NYU-Poly
bagi melaksanakan program Bitara STEM iaitu Science of Smart Cities.

Konsep Program Bitara STEM ini adalah adaptasi daripada konsep pendidikan STEM oleh
National Science Foundation (NSF) dengan kerjasama American Association for the
Advancement of Science (AAAS) dalam usaha untuk membangunkan STEM di Amerika
Syarikat. Konsep seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 menunjukkan perhubungan Antara tiga
entiti utama dan faedahnya: 1) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2) Felo siswazah (Pelajar ijazah);
3) Guru, pelajar dan ibu bapa.
RASIONAL bagi program ini adalah untuk mencapaihasrat negara bagi menjadi negara
berteraskan sains dan teknologi, usaha dan peluang bagi menyediakan tenaga kerja yang
berasaskan sains dan teknologi perlu dilakukan. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menetapkan sasaran nisbah 60:40 pengambilan pelajar aliran sains berbanding
pelajar aliran kemanusiaan dan sosial untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam sains dan
teknologi. Pengambilan mengikut nisbah ini tidak terhad di peringkat persekolahan sahaja tetapi
di peringkat universiti.
Objektif bagi Program Bitara STEM ini adalah:
1. Menjadikan sumber manusia sebagai pemandu teknokrat dan sesuai dengan inisiatif
Negara.
2. Mencetus dan menimbulkan minat pelajar generasi baru untuk mempelajari STEM
melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti
yang multi-disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri.
3. Menyediakan suasana pembelajaran sains yang menyeronokkan lalu mengurangkan
anxitey terhadap STEM dan seterusnya menyahkan perasaan takut terhadap STEM.
4. Meningkatkan kemahiran proses sains, kemahiran abad ke-21, kemahiran saintifik,
kemahiran berfikir aras tinggi (KEBAT) dan kemahiran penyelidikan pelajar-pelajar.
5. Menyahkan salah konsep tentang konsep pengajaran dan pembelajaran sains yang
difikir mesti dilakukan di dalam bilik darjah atau makmal sains.
6. Meluaskan pandangan pelajar tentang aplikasi sains dalam kehidupan dan kerjaya dalam
bidang sains dan teknologi.
7. Meningkatkan keterlibatan (engagement) ibubapa pelajar sekolah melalui beberapa
aktiviti bagi tujuan meningkatkan peranan ibubapa dalam pembudayaan STEM ini.
8. Mencungkl bakat generasi baru yang tependam dalam pelajar.