Anda di halaman 1dari 23

Cerita benar yang lebih lengkap dan terperinci tentang perjuangan berdarah

orang2 melayu keturunan Banjar Sungai Manik menentang komunis..


Saya kongsikan untuk sama2 kita ambil manafaat.. terkadang ada bahasa2
banjar yang terselit di dalamnya..harap maklum

PERANG SUNGAI MANIK

Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bahasa Banjar bertajuk
Sungai Manik Bamandi Darah. yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Utuh
Lingkun didalam blog beliau dibawah tajuk Perang Sungai Manik.

Diterbitkan semula disini agar pembaca yang belum membacanya di Utuh


Lingkun boleh membacanya disini. Ia merupakan satu kisah benar yang perlu
diketahui oleh orang2 Melayu/Islam dan dapat dijadikan iktibar.

Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas
titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan kedua
belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang bungkol Utoh Putih. Air
jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka
tertawa besarlah sangkala mendapat habuan petang darah dalam jantung
adalah makanannya. Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti
kecundang. Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri menghembuskan nafas
terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa
peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi. Ramai
penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar.
Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis
yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah
Jang. Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti
ditangkap segera.

Utoh Putih, Banjar Alai jati beranak dua anak bungsunya seorang bayi
perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6,
Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah
gelaran Utuh Putih. Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib
yang sama hebat ilmu zahir dan batin. Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai
Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun
menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai
Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan
komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka
yang enggan akan menerima padah.

Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun
tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke
Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah
gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan mudah lupa diri
hingga hilang rasa kemanusiaan. Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan
orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang
Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang
menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar
pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan
harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai
perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli
PKM. Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang
terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta ke
Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.

Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati
terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat
menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal
titi

Dari mana gerangan ni Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye? entah dari
mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian
seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar
rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama
dipujuknya supaya menyertai PKM.

Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu Utoh Putih
menyahut penuh hormat.

Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar,
tak ke mana perginya rumah tu garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan
terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah tuan besar dan meletakkan guni ubi di
atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi
menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang
lagi kelihatan gelap.

Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya si Mail Rudo
menyambung bicara.

Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar? si Utoh Putih yang
menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.

Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini
aku masih menunggu kata putus rungut orang kuat PKM menempelak.
Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa,
sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak
tertanggung. Tidaktidak sekali-kali si Utoh Putih menjawab tegas.

Mak oi, keras benar hati kau ni Tohapa nak buatkalau itulah pendirian kau,
bersiap sedialah merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan
kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.

Jangan, senjata jangan dibuat main Mail aikita kan serumpun, tak kanlah kau
tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak
isteriku nantiampun tuan besar si Utoh Putih merayu minta simpati.

Dam bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh
Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri.
Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani
mendekati, masing-masing masuk ke rumah.

Damdammmm sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun
peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih.

Bangsat betul, kebal rupanya kau yetahani lagi nah tengking orang kuat
PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah
kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial

Labukkk ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap


dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta
merta.

Labukkk giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih
meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang
bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo
di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri
Mail Rudo bercerai dengan badan. Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke
bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang
kesakitan.

Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan


Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan
komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke
Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik. Ai yaakaki tangan semua kasi potong
habit kamanyak cilaka itu olang. bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat
Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang) di atas titi. Tak seorang pun
keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka
hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing. Hari semakin larut
petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri. Entah apa
yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang mengerti.
Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah
manggandah (mengetuk kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan
muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu. Seorang demi seorang di soal siasat
termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal
siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi
kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi
padang jarak padang tekukur. Mayat Mail Rudo ditayut (diikat) dengan tali dan
dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa maras (kesian)
pun ada melihat cara mayat diperlakukan tak ubah seperti mengandar hasil
buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau
dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut
sang kuradal (buaya) mendapat habuan petang. Warga Banjar sepakat meminta
Utoh Putih membawa isteri dan anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan
segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut tempayan) boleh dipisiti (ditutup
rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri! Cakada
(tidak) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga)
anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung
deritaaku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak
jadi, jadilah. jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap
dengan pendiriannya. Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih
yang baru dapat berita segera menonongmangunyur (menonong) meninggalkan
Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui
sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan sama juhara (jaguh).
Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya
Emoh tak akan membiarkan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan
dalam keadaan sedemikian.

Pariannya (andainya) aku madam (berhijrah) meninggalkan Bendang DO, mati


juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa boleh kawa (menghalang).
Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.

Ai, jangan begitu, apa pangrasa (resa) kau Toh? tanya Emoh yang mula rasa
tak sedap hati.

Tak lah, manalah tau, jawabnya ringkas.

Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan
sahabatnya yang semakinambak (pendiam) , lebih bersikap mengiakan dari
merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi
mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi belum tidur,
masih garunuman berbual.

Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke


Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku
dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada
terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah
disederhanakan manjuhara (menunjukkan kejaguhan). Berhati-hatilah memilih
kawan. Satu lagitapi jangan pula kau anggap aku menghalauesok sebelum
Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju,
aku tak batangatan (melarang). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa
kalau bersendirian! Marigap (rasa berderau darah) si Emoh mendengar kata-
kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Muntung bungkam (mulut
terkunci) tak sepatah kata pun yang terucap antara mereka kecuali
barubuian(deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa.
Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini, bisik hati kecil Emoh.

Mereka terus berbual sampai ke subuh.

Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tacugut (tercegat) di


tepi telaga mandi.

Ayuha, duduklah Toh..Bismillahirahmanirahim.. Emoh membaca ayat


mandi suci sambil manguboiakan (menyiram) air memandikan sahabatnya si
Utoh Putih hingga selesai.

Api di dapur barau (marak) dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan
pagi. Kesian si isteri kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada
pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua
orang pendekar tersebut.

Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih)
ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah. Salah
seorang terpaksa mamingkuti (memegang) janji.

Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di
hujung, jangan sekali-kali kau lupa. pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua
sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
(Barilaan) kita dunia akhirat. dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong
meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke
mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.

Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana
tak tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di
tepi lulungkang (jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa
dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia
pun turut terlena.

Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO
sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar
rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam
rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau
sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin
hampir.

Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap)


mamaraki (menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula, isteri
dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan
puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis
terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih
yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung) MK5
diacukan ke kepala dari luar jendela.

Dahuidahuidahui tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru).


Kerana sudah sampai waktunya sampai ajal kekebalan Utoh Putih berakhir.
Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung
keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak
diapa-apakan.Kuciak papar (menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut
(merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat


membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik meninggalkan
Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.

Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit


(hampir) terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak
kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat
manyungkupakan (menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak).
Parang bungkol yang bergelar si Buruk sedia tergenggam di tangan. Andai
ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi
Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih.
Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini bisik hati kecilnya. Belum pun jauh
kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas
berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih
yang sudah mula barumbung (ramai) orang.

Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak
siapa dapat menghalang bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih.
Barataan (semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian (sepakat) untuk
menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan
kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.

Betapa benarnya kata-kata kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali


(disumbat) dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga. Tentu ada
yang anju ataran (celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang
empunya angkara.

Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidak
bapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata
parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata Satu ketika
nanti akan ku mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah

Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini
berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih
curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam,
kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari
Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak siapa pun
yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.

Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah
komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala
yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata
dan telinga mereka.

Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa


gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya
tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO geram benar gamaknya.

Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen
merekadipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang
masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain
menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda
orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah) diinjak dilenyek.
Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah
barau (marak) api kemarahan warga Banjar.

Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan
amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang
halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum
perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah
lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah
caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!

Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga Banjar


Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini,
Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!

Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke
Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu
jodoh di sana.

Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang
anak Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil
dan dikurniakan tiga orang anak Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.

Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan
jubah peninggalan arwah bapanya

Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan)
tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya dunia dan akhirat. Setelah
mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau
berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak
mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik.
Lantaran itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)

Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau ujar Tuan
Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).

Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni, bebel Tuan
Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO
yang bersetuju untuk menentang komunis.

Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi


kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk.
Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) sex kepada
pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.

Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang


masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara Tuan Guru
manahapi (memberi kepastian).

Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar
papasingnya(masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang
beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk
membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang
Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid
siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak,
perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.

Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan)
jugaganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British kukuh
dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan
dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol
pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri
Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda.
Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan
memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulah taungkai(terkeluar)
nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.

Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang
ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama
cucu kesayangannya.Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya
dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji
Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah
kejaguhan si teruna ini.

Nah, buat genggaman mu, Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si
Mandam Layu kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar
haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah
keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh
Acil menerimanya.
Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah
telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru markas
warga Banjar di Parit 8.

Mudah-mudahan kita semua dilindungi AllahAllahuakbar ujar Tuan Guru Haji


Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri markas
PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.

Pagi Sanayan (Isnin), dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah
sudah saat dan ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat perhitungan
dengan gerombolan haram jadah - tentera PKM.

Sasain (semakin) cariningan (bercahaya) wajah 8 orang perempuan Banjar yang


sudahditatapi (disolek) dan dibingkingi (didandan). Fuh rasa tak dapat lagi
mamadahakan(menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh memilih tunggal
ikungan (satu persatu).

Wajah perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut ketakutan) mula


nampakhabang (merah), dan juga garang! Membara sungguh nampaknya
kerana baru saja diminumkan air garangsang (jampi) Tuan Guru. Mudahlah nanti
kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar) bila
berdepan musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak
(membuak-buak) di medan pertempuran.

Mak ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara nimilik siapalah
gerangan!

Emoh, Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar) jadi
bibinian(perempuan). Hebat juga hasil tatapan (solekan) warga perempuan
Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan mak nyah yang
terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak landau
(betis), nanti kelihatan pula bulu kaki hirang(hitam) lebatpecahlah tembelang.

Kira-kira jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun) perempuan Banjar tersebut


berjalan sebaris meghala ke markas PKM di muara Bendang DO, didahului oleh
Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka berdua ditangati
(dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang Banjar tak kan sanggup
meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Lading balati
(pisau belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masing-
masing. Cuma baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Gerombolan komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa, macam tak
sabar lagimahadangi (menanti) lebih-lebih lagi tiga orang kepala komunis
bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang Syok mau mali hooo.

Asa lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat tiga orang anak dara yang berjalan
paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung) dengan
tapih (kain). Umai(mak oi) panyupannya (pemalunya)malu apa gerangan kalau
tangan menggenggam erat hulu parang bungkol si Kandal Larap, si Mandam
Layu dan si Tungkih Kiwang. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan
memakai kain bairitan (meleret labuh) begitu. Kesiannya

Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi, tasbih di tangan
langsung tak dilepaskan, berwirid kada sing mandakan (tanpa henti) di dalam
surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.

Jam 10, deretan perempuan tiba di hadapan markas PKM di muara Bendang
DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka kepada ketua komunis.

Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan jatuh
kaasuhan (ke riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang
kononnya berani menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah
markas dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!

Hei tepilahlu sana salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking)


sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus
memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung) satu persatu.
Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun) tak ubah
seperti macan (harimau) yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (gian)
hingga tak terjaga lagi markas taktikal.

Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara Banjar) bungas (cantik) yang kelima,
si Ah Boon kepala komunis

Ai yaaa, manyak cantik lo ha jarigi (jari) mula hendak merayap kerana


kapingin(teringin) benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru) hendak
maragap (memeluk) untuk mencium

Bangsat, seteru babi haram jadahhhAllahuakbarrr!!! hingkau (tengking) si


Emoh sing hangkuian (dengan kuat).
Nah ambil habuan engkau sangkala.

Labukkk.si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya.


Mandabuk kepala si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan,
manggalaguak (membuak) darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik.
Acil menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam.

Labukkkmata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher si Ah


Jang terkena libasan parang bungkol si Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua
komunis gugur ke bumi.

Bukkktimpasan (tetakan) diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih


Kiwang tak pernah ingkar kepada tuannya putus dua badan si Ah Pau. Tungkih
Kiwang magun(masih) belum puas memenggal puluhan gulo (leher) musuh.
Pagat basadinan (putus serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala
komunis di halaman markas PKM Bintang Tiga.

Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam


basungkup(bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan busut,
manyasah (mengejar) anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan
(kebingungan).

Allahuakbarrr!!! babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri) musuh yang rahat


(sedang)bakatumbahan (lintang pukang), mereka terus melibaskan parang.
Belum sempat mengangkat senapang, tubuh mereka sudah dihinggapi parang
bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang.

34 orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar Bendang


DO. Darah merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan),
senjata musuhhumbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah) tak seorang
pun warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan seluar mereka
saja yang merah kacuratan (terkena percikan) darah musuh.

Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang ada cuma seguni beras dan perkakas
memasak. Tanpa banyak bicara, Acil memikul guni beras untuk dibawa balik.

Namun, tak sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur tauran (bertaburan)
diambil. Tak teringin langsung, tak berkenan atau tak tau menggunakan
makanya dibiarkan begitu saja.Mangararau (merah menyala) mandah (terbakar)
markas kecil PKM di muara Bendang DOdisalukut (dibakar). Dengan itu
berbalaslah sudah kematian arwah si Utoh Putih.
Berkubang sakan warga Banjar membersihkan awak (badan) dalam parit besar di
hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. Sudahlah hahalulung (terpekik terlolong)
pakcik Sukri yang tak turut serta dalam pertarungan memanggil mereka naik.

Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas meunaikan solat


dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan,
memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran.
Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan yang sarabanya (serba
serbinya) berjalan lancar.

Lihum bapair (meleret senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.

Markas besar PKM di Sungai Tungko gempar (gigir) seperti (ilah) anak ayam
kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga tiga orang pegawai mereka
terkorban bak tikaman duri berbisa dalam sejarah perjuangan PKM di Hilir
Perak. Sementara menanti (pahadangan)ketibaan pegawai lain, tak seorang pun
anggota komunis yang berani menunjukkan muka di Bendang DO.

Lain pula kisahnya dengan warga Banjar yang berhimpun di rumah Tuan Guru.
Lelaki dan perempuan sibuk (auran) menggunting kain bakal dibuat wafak
Selindang Merah.

Tuan Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat: pertumpahan darah di muara


Bendang DO tak kan berakhir (tuntung) begitu saja.

Warga Banjara seluruh Sungai Manik harus membuat persediaan awal untuk
menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin berpanjangan. Peperangan
seterusnya bukan saja tertumpu kepada penentangan terhadap PKM, tapi
melibatkan sengketa kaum dan agama. Kalau sudah begitu kehendaknya,
terpaksalah diteruskan juga. Alang-alang bermandi darah biarlah sampai
ketitisan terakhir.

Mentang-mentang (mantangan) sudah dapat (taulihi) ketua baru yang datang


dari pangkalan PKM di Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis di
Sungai Tungko makin mengganas (mambala-bala) membalas dendam gamaknya.
Setiap kampung berhampiran (bapaparakan) Sungai Tungko habis diganggu
(diudaki), harta benda di ambil, anak dara dan isteri orang sudah tak berkira lagi.
Siapa yang berani melawan alamat tersungkur (tajalungkup) jadi sasaran peluru
raifel MK5. Anak kecil yang masih dalam buaian (dipukongan) pun turut jadi
korban, tanpa rasa belas kasihan. Tak cukup dengan perlakuan begitu, surau pula
hangus dibakar.
Pejuang kemerdekaan tahi palat lah kalau begini!

Sampailah sudah saat dan ketikanya wahai wargaku semua, demi Allah dan
Rasulnya, aku isytiharkan FisabilullahAllahuakbar! suara Tuan Guru Haji Bakri
bertakbir dengan lantang.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!! warga Banjar menyahut seruan.

Setelah mendengar berita tentang tertewasnya gerombolan komunis di muara


Bendang DO, keluarga Melayu yang menghuni perkampungan di pinggir Sungai
Perak pula yang dijadikan mangsa PKM. Puluhan warga Melayu datang menemui
Tuan Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan. Walaupun hanya diberi minum air
jampi, itupun sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu yang berjanji untuk
sama-sama menyerang PKM di Sungai Tungko.

Sementara itu, warga Banjar pula sebulat suara melantik Acil, cucu Tuan Guru
sebagai Khalifah Fisabilullah walaupun masih muda tapi ilmu sudah penuh di
dada.

Dengar, dengar semuanya, esok selepas Subuh kita bergerak menyerang


markas si haram jadah di Sungai TungkoAllahuakbar!!! ujar si Acil memberi
taklimat.

Hari masih lagi (magunai) kelam (tatarauan), selepas solat Subuh dan
bersarapan (makanpupuluran) seadanya, warga Banjar yang bakal pergi
menyerang markas PKM masing-masing menyarung pakaian serba putih,
selindang merah melilit badan, tanjak (laung) di kepala juga berwarna merah,
parang bungkol bergemerlapan. Waduh, melihat pakain begitu pun sudah boleh
menimbulkan kegerunan, itu belum lagi berhadapan meremang (mamburinjing)
bulu roma. Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan Guru, mereka terus menuju
Sungai Tungko.

Tak siapa dapat menduga, rupanya gerombolan PKM sudah sedia menanti
ketibaan warga Banjar seperti sudah dijanjikan. Laras raifel MK5 sedia
tertatang, jari melekat di pemetik senapang, dan sebentar lagi bakal
berterbanganlah peluru.

Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri terus berzikir tanpa henti. Hanya Pakcik
Sukri yang ulang alik ke rumah mengawasi anak isteri warga Banjar yang
ditinggalkan demi Fisabilullah.
FisabilullahLailahaillallahAllahuakbar!!! jerit si Acil sebagai Khalifah perang
memberi isyarat bermulanya peperangan.

Lailahaillallah bergema suara warga Banjar berkalimah tanpa henti.

Selepas itu, kalingungan (bunyi peluru berterbangan), macam air hujan


rancaknya peluru meninggalkan muncung (palumpong) senapang. Gerombolan
PKM tercengang kahairanan kerana tak seorang pun warga Banjar yang
dihinggapi peluru. Tanpa disedari, pejuang Banjar hanya sedepa (sajangkauan) di
depan mata. Galabukan (ekspresi bunyi) mata parang bungkol menetak
(manimpas) pantas (ancap), menghayun sekehendak hati. Senjata api yang
dimegahkan (diungahakan) oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya
dibuat penangkis tetakan pejuang Banjar.

Si Kandal Larap dan adik beradik parang bungkol lainnya ketawa riang
bermandikan darah. Cair (lanah) markas besar PKM Sungai Tungko dihancurkan
(diaburakan) warga Banjar Bendang DO. Baju dan seluar masing-masing basah
kuyup, hinggakan boleh diperah kerana dibasahi darah pengganas komunis.

Allahuakbarrrr takbir si Acil khalifah parang bungkol meminta warga Banjar


berhenti (bamandak). Bergelimpangan mayat, merah bumi Sungai Tungko
dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM terlepas lari (talapas bukahan)
meninggalkan medan peperanagan.

Lari (bukah) bukan sebarang lari. PKM yang pendendam dan kental (kandal)
dalam perjuangan tak akan membiarkan begitu saja.

Belum sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko, berduyun-


duyun (barara)ahli PKM datang dari setiap penjuru (pinjung) pos PKM di daerah
Hilir Perak menghala ke Sungai Manik.

Pertemuan kali kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5 saja yang
mereka gunakan, bertimbun (batuyuk) Bren Gun dan berpeti-peti banyaknya
bom tangan yang seperti buah jambu batu (karatukul). Namun, tak sedikit pun
dapat melunturkan (manuhurakan)semangat juang warga Banjar Sungai Manik.
Selain parang bungkol, kalimah LailahaillallahAllahuakbar itulah yang
dipegang (dipingkuti) sebagai senjata utama warga kita.

Peperangan seterusnya tak dapat ditamatkan (dituntungakan) dalam sehari


seperti sebelumnya. Sudah jadi syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau musuh
sedang mengamuk sekalipun, bila sampai masanya untuk berhenti, maka
terpaksalah dihentikansiapa yang berani melanggar syarat akan menerima
padah.

Acil, khalifah parang bungkol Sungai Manik baru saja melaungkan kalimah
Allahuakbar sebagai isyarat menghentikan peperangan untuk hari itu. Seperti
biasa, para pejuang Sabilullah berkumpul untuk mengira dan mengenal-pasti
setiap orang, manalah tahu kalau-kalau ada yang gugur, atau ada lagi yang
masih meneruskan pertempuran.

Pernah terjadi seorang warga Banjar tak ada dalam perhimpunan. Melihat
ketiadaan adiknya, si abang melanggar pantang larang dengan berpatah balik
mengejar musuh dengan geram. Akhirnya abang dan adik hilang dan tak muncul
lagi.

Sudah genap sebulan perang Sabil di Sungai Manik, tapi masih belum
menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun, bergelimpangan mayat komunis
namun mereka masih belum serik, malah semakin cekal. Kekuatan mereka
bertambah saban hari, entah dari mana datangnya tak pula diketahui.

Dalam pada itu, gerombolan komunis di Seberang Sungai Perak makin


mengganas, menyiksa dan membunuh orang Banjar dan Melayu di Kampung
Gajah dan Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan malah dijaga dengan
baik. Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan semangat pejuang
Sabilullah di Sungai Manik.

Sepanjang senja, di tepi rumah Tuan Guru Haji Bakri, riuh rendah murai (tinjau)
berkicau tanpa henti.

Kalau berita baik, bawalah kemari, kalau buruk jauhkanlah begitulah selalunya
kata-kata orang tua Banjar bila mendengar kicau murai diwaktu senja. Betapa
ada kebenarannya. Selepas solat Isyak malam itu

Assalamualaikum!!! kedengaran suara memberi salam di depan surau.


Serentak jemaah menyambut salam. Setelah diamati (dijanaki)bergegas
(badadas) Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil menepuk belakang
oramg yang memberi salam.

Selamat datang adikku kata-kata aluan Tuan Guru membuat warga Banjar
lainnya terpinga-pinga (tarangakan) kerana tak seorang pun yang kenal
(pinandu).
Masmuda, adik (ading) Tuan Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu Pahat. Si Acil
terus menerkam datuk saudara (paninian mamarina) yang tidak kurang
hebatnya. Ialah, kalau sudah sedarah sedaging, ke mana lagi tumpahnya ilmu.

Perang Sungai Manik sedang rancak, keadaan di Balun Bidai dan Kampung Gajah
semakin genting. Saban hari gerombolan komunis mencari pasal.

Tak boleh dibiarkan, semakin menjadi-jadi benar keganasan mereka rungut


Tuan Guru Hj Bakri bercampur marah.

Para pejuang Sabilullah sepakat melantik Masmuda sebagai Khalifah perang


mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj Bakri dan Acil pula akan turun ke
Balun Bidai secepat mungkin.

Wafak Selindang Merah dibuat khusus untuk warga di seberang Sungai Perak.
Salah seorang tukang tulis kalimah Allahuakbar Selindang Merah bernama
Asmuni.

Hj Asmuni, tukang tulis kalimah Allahuakbar di Selendang Merah sedang


memegang tongkat peninggalan arwah Tuan Guru Haji Bakri

Pertama kali Masmuda memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik, ketara


benar kehebatannya. Musuh melepaskan tembakan ke atas, peluru berterbangan
seperti air hujan menerjah angin kosong (puang). Pada pandangan mereka, para
pejuang Sabilullah semuanya tinggi, setinggi pohon getah maka itulah mereka
asyik menghalakan tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang Sabilullah
menyerbu, menebas, menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih
(lingai) medan pertempuran.

Namun, antara musuh yang gugur di hujung parang bungkol pejuang Banjar,
terdapat ramai yang menyebut kalimah Allah. Setelah diamati ternyata mereka
adalah orang Melayu dan Banjar yang sudah terpedaya menyertai perjuangan
komunis. Dalam pertempuran sukar untuk mengasingkan antara Banjar, Melayu
dan Cina kerana mereka semuanya menyarung pakaian seragam Bintang Tiga.

Para pejuang PKM masih lagi berdegil, tak mengerti makna putus asa. Sambil
menanti bantuan dari Sungai Karang seberang Teluk Anson, mereka meneruskan
(manyalajurakan)perjuangan.
Mujurlah (madakannya) Allah tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat membawa
gerombolan PKM karam di tengah Sungai Perak, tak jauh dari Pulau Galagak
dekat pelabuhan Teluk Anson.

Melambak gerombolan Cina komunis yang tak pandai berenang (bakunyung)


tenggelam batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis bangsa Melayu
dan Banjar yang rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat berenang
ke Pulau Galagak. Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur di Sungai
Manik. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui.

Berita yang melemahkan perjuangan PKM ranapnya pejuang mereka di Sungai


Manik di tangan warga Banjar di bawah pimpinan Masmuda, panglima Selendang
Merah Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu, ramai orang Melayu dan Banjar di Balun Bidai, Kampung Gajah
dan kampung-kampung berhampiran memilih untuk lari ke dalam hutan
meninggalkan rumah masing-masing kerana komunis semakin mengganas,
menembak rumah membabi buta. Mengamuk kononya. Untuk apa melepaskan
geram terhadap mereka yang tak tahu menahu!

Lain pula ceritanya dengan kaum Cina yang menghuni kawasan sekitar. Hampir
semuanya menyokong perjuangan PKM, dan kerana itulah mereka tidak di
ganggu.

Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh selamat menyeberang Sungai Kinta dan
sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun Bidai. Sungguh tak disangka
rupanya warga Banjar di situ tak juga kurang keberanian mereka.

Acil pula dilantik sebagai Khalifah surau Changkat Bayas, markas pejuang
Sabilullah di Balun Bidai. Selendang dan tanjak merah yang dibawa dari Sungai
Manik diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu, sekiranya ada yang memiliki
wafak sendiri, mereka dibenarkan memakainya. Begitulah cara orang Banjar
walau setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang lain tetap dihormati.
Mencerca (mawada) menghina (mahapak) kebolehan orang lain bukan Banjar
namanya.

Siang malam kedengaran bunyi tembakan di pinggir Balun Bidai, entah apa yang
mereka tembak tidak pula diketahui. Membunuh dan menyiksa orang, itu sajalah
kerja mereka. Setengahnya bertujuan menakutkan konon komunis masih lagi
kuat walaupun sudah tewas di Sungai Manik. Hii, geram betul.
Pada mulanya hampir tujuh puluh orang warga Banjar yang sanggup turut serta
sebagai pejuang Sabilullah. Yang penakut (pamburisit) dibenarkan tinggal
mengawasi anak isteri mereka yang bakal pergi menyerang markas PKM di
tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji Bakri tetap seperti biasa bersendirian
berzikir dan membaca ayat-ayat di surau. Sampai saat dan ketikanya, pergilah
para pejuang menuju sarang komunis di tebing Balun Bidai.

LailahaillallahAllahuakbar!!! maka bermulalah perang sabil di daerah


Kampung Gajah, Perak.

Khalifah Acil yang masih muda sudah berbulan menentang musuh di Sungai
Manik. Boleh dikatakan setiap kali pergi berjuang, darah musuh sampai kering di
badan. Medan pertempuran dibuatnya seperti padang permainan. Degil, menari
(baigal) menahan tembakan komunis membuat musuh semakin geram.
Ditembak tak langsung memberi bekas.

Musuh semakin menghampiri para pejuang Sabilullah.

Timpasss!!! (tetak) ujar si Acil berteriak. Apa lagi, parang bungkol terus mandi
darah.

Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi,
pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh,
dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti
menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena
terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban
parang bungkol si Kajang Rungkup.

Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran Acil Wani (Acil
Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.

Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga Cina
yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula mencebik
(kulibian) bila bertemu orang Melayu.

Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang
banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan
bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah
(purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak
(dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang
ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah
terakhir!begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di
Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini
dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa
dan agama mereka.

Orang Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM
memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan
melagakan (menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak
pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.

Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan parang


besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk
berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau
besar bakal habislah mereka kerjakan.

Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan
pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya
dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh (katuran) tangan warga Banjar
kerana terlalu pantas (ancap)mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan seluar
basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana sini,
namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai
(manjarau).

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!! jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat


supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi
lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk
(mauyati) zikir Lailahailallah.

LailahailalitMalayu kasi habit!!! mereka merasakan sudah beroleh


kemenangan.

Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta
dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak
kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung
hayang (tajumpipir) Mawi lalu rebah.

Habislah Mawi!!! semua warga Banjar yang melihat terasa sedih.

Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di


atas tanah bingkas bangun.
Mati aku, mati aku, mati aku! ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak)
balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah
leper yang melekat (marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka
sudah mati rupanya masih (magunai) hidup.

Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil aihampir (manggisit) terbakar


(mandah) aku abang (kakak) Emoh ai! ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa
terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.

Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang
kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah orang
Banjar.

Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia
bakipuh begini.

Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang Inggeris
Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh Bintang Tiga ketika sedang
menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan orang
Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan
lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut
(jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang
mewarisi ilmu si bapa!

Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan


medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba.
Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas
hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit seluruh
badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.

Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang


menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh
orang yang sempat (sawat)memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki
yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang (banyu
garangsang) dan diberi amanat kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat
komunis di Kampung Gajah.

Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok
sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di Kampung Gajah.
Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang
Banjar angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.

Ali Amin..kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu
dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana
malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.

Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok pagi bakal
bermula perjuangan baru menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai Galah.
Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang terakhir.
Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih belum
sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.

Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni? ujarnya dengan nada marah.

Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang


Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba
salah (saraba ngalih), kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur)
mengikuti dari belakang (manunti) seorang diri. Selepas dibenarkan
(diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).

Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti


begitu ramai.

Fisabilullah Allahuakbar!!! laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan


menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun
apa kurangnya bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam
perjuangan penentuan antara hidup dan mati.

Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba


kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak
bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk
mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka
membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.

Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba


parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas),
melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir
(baah)Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas
komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di
hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan
iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-
sungguh (bahimat) menetak(manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan
kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.

Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata


tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai
ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas
komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk
mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.

Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas
komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.

Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26


September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Maala, Mekah.

Wallahua'lam
*Respect

Che'gu Rosman of RPAD

Anda mungkin juga menyukai