Sorotan Literatur

Anda mungkin juga menyukai

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Sorotan Literatur

Penggunaan gambar-gambar dan ilustrasi dalam pembelajaran bukanlah sesuatu yang


baru. Di dalam buku First Contact: Learning in Introductory Sociology karya Nancy A.
Greenwood dan Jay R. Howrd ada menceritakan perihal penggunaan gambar-ganbar yang
bersesuaian untuk memperkuatkan sesi pembelajaran dan memudahkan mengingat sesuat
fakta. Penggunaan dalam subjek subjek sejarah atau georafi amat berkesan kepada murid
untuk mengingat fakta atau peristiwa yang telah berlaku.

Guru-guru boleh memasukkan gambar-gambar yang releven dengan mudah iaitu dengan
hanya mencari gambar tersebut di google dan menggunakan arahan copy dan paste untuk
meletakkan gambar tersebut pada topik yang diajar Menurut Nancy A. Greenwood dan Jay R.
Howrd (2011) juga, terdapat kecenderungan bahawa penggunaan gambar gambar ini dapat
membantu pembelajaran pelajar.Penggunaan gambar yang mempunyai makna serta visual
yang menarik adalah lebih baik berbanding penggunaan overhead projector dan papan hitam.

Madison (2004) turut bersetuju bahawa penggunaan gambar sebagai alat illustrasi
mampu mempertingkatkan pembelajaran. .Professor Madison telah menggunakan gambar-
gambar (terdapat gambar yang ditangkapnya sendiri) untuk menarik perhatian pelajarnya,
memudahkan perbincangan, dan membantu pelajarnya untuk memerhatikan gambar tersebut
berbanding daripada hanya melihatnya.

Menurut Rose Sivia (2006) di dalam bukunya How Can You Help Your Children to Learn,
penggunaan gambar dapat merangsang ingatan, membentuk gambaran mental, dan dapat
mengingat gambar yang telah dipelajari dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai