Anda di halaman 1dari 2

Ada beberapa teknik menjawab soalan SPM bagi mencapai markah tertinggi;

A) FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN SPM EKONOMI ASAS (3757)


KERTAS 1 40 SOALAN (MASA: 1 JAM 15 MINIT)
KERTAS 2 BAHAGIAN A : ESEI (5 SOALAN PILIH 3)
BAHAGIAN B : KAJIAN KES (1 SOALAN WAJIB JAWAB)
MASA 2 JAM

B) KERTAS 1 Setiap soalan diberikan 4 pilihan; jawapan hampir sama dan mengelirukan.
Jawab soalan yang anda tahu dahulu
Baca keempat-empat pilihan jawapan dengan teliti kemudian pilih yang paling tepat.
Tinggalkan mana-mana soalan yang tidak dapat dijawab, kemudian baru kembali semula.
Jangan terlalu tertumpu banyak masa kepada satu-satu soalan.
Satu soalan hanya perlu 53 saat sahaja.
Tumpukan perhatian atau gariskan perkataan seperti tidak benar, kecuali dan bukan.
Habiskan 40 soalan dalam masa 1 jam 15 minit!
Untuk soalan yang susah, gunakan teknik meneka dan pastikan tekaan BIJAK!

C) PANDUAN UNTUK MENDAPATKAN MARKAH YANG TINGGI UNTUK KERTAS 2


(BAHAGIAN A)
Penyampaian isi/fakta hendaklah teratur
Jelas serta memahami konsep soalan yang ditulis
Huraian fakta mesti sesuai dengan peruntukan markah
Jangan mengulang isi/fakta yang telah ditulis
Jawapan hendaklah tepat mengiku kehendak soalan
Graf/keluk dilukis dengan menggunakan pensel 2B
Jangan menggunakan tulisan yang ringkas
Tulisan hendaklah kemas dan mudah dibaca.

D) CADANGAN LANGKAH MENJAWAB


Pemilihan soalan 2 minit
Rangka jawapan 5 minit
Menjawab 1 soalan 20 minit
Membuat semakan 3 minit

* Setiap soalan hendaklah dijawab dalam masa 30 minit sahaja


* Sekiranya masa 30 minit berlalu maka BERHENTI menulis dan jawab soalan yang
berikutnya.

E) JENIS-JENIS KATA TUGAS


1- TERANGKAN
2- KENALPASTI
3- JELASKAN/TAKSIRKAN/BAGAIMAN/BINCANGKAN
4- HURAIKAN
5- BERAPAKAH/HITUNGKAN/TUNJUKKAN/KIRAKAN
6- PERBEZAAN
7- LUKISKAN

1- KATA TUGAS TERANGKAN


Setiap fakta hendaklah diikuti dengan huraian bagi setiap satunya. Tanpa pendahuluan dan
penutup
Seboleh-bolehnya cuba adakan contoh untuk menguatkan huraian kepada setiap fakta.
Jawapan terus, ringkas dan padat.
Banyaknya fakta bergantung kepad markah yang diperuntukan. BIASANYA MARKAH
GENAP.

2- KATA TUGAS KENALPASTI


Pelajar hanya mengenalpasti
Tidak perlu menghuraikan
Berpasangan

3- KATA TUGAS
JELASKAN/TAKSIRKAN/NYATAKAN/BAGAIMANA/MENGAPAKAH
Tidak perlu fakta
Hanya perlu huraian sahaja
Penandaan lebih kepada FREE MARKING

4- KATA TUGAS HURAIKAN


Perlu ada fakta
Huraian lebih daripada 2
Markah huraian akan diambil jumlah maksimum

5- KATA TUGAS PENGIRAAN/TUNJUKKAN/HITUNGKAN/KIRAKAN


Tulis formula samada dalam bentuk ayat atau rumus jika tidak diberi
Boleh dibuat secara jadual menegak atau mendatar.
Langkah demi langkah perlu dilakukan supaya pembahagian boleh dilakukan oleh
pemeriksa dengan sistematik.
Tulis unit atau nilai pengiraan RM/juta/bilion

6- KATA TUGAS PERBEZAAN


Perlu menunjukkan perbezaan/perbandingan yang sejajar.
Ayat tidak boleh tergantung
Jangan tidak menulis ya/tidak atau ada/tidak ada berulang-ulang
Setiap ciri-ciri perbezaan perlu berpasangan

7- KATA TUGAS LUKISKAN KELUK/GRAF


Perlu ada origin, label dan skala tepat
Skala ikut arahan soalan/bersesuain dengan saiz kertas graf
Huraian mestilah menerangkan keluk/jadual yang dilukis.

F) BAHAGIAN B KAJIAN KES


Berbentuk kes
Bilangan patah perkataan 100 150
Konstruk ( Aplikasi/analisis perkaitan/membuat keputusan dan membanding beza)
Konteks merentasi sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5
Setiap perenggan terbina satu item.

Anda mungkin juga menyukai