Anda di halaman 1dari 9

Keterangan Surah al Insyirah

Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteran jiwanya, kerana telah
memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah kepadanya. Sebetulnya nama
nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap
azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi
Muhammad.

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia
teringat akan firman Allah ini, iaitu, "Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping
kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda.
Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia
mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika
tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana
ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang
tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa
sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak
beriman kepada Allah.

Dan kepada Allah, berharaplah!


Kelebihan Surah Al Insyirah

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia


mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu,


nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan
rezekinya.

3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta
dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan
jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah
akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu,
nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa
banyak.

6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya
dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.

7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang,
nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.

8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas
sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya
kekayaan.

Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:


Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di
bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:

1. Sembahyang sunat dua rakaat.

2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)

3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan
Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.

4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah
s.w.t.
a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika
matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara
yang ajaib.

b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau
1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang
di hajati.

c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air
mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Ini dia Rahsia Dari Do'a Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri -
Assalamualaikum. Doa nabi yusuf banyak memiliki keistimewaan termasuk dalam hal
mencerahkan wajah. Doa Nabi yusuf juga banyak digunakan dalam hal lain, seperti mencari
jodoh. Doa Nabi yusuf juga banyak disalahgunakan oleh orang-orang untuk memikat wanita atau
pemanis.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca
surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Doa Nabi Yusuf Untuk Pencerah Wajah


Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya
Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk
memberi hormat kepadaku

Doa Penyeri, Pemanis dan Pengasih Surah Nabi Yusuf

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

Doa Nabi Yusuf Untuk Pencerah Wajah

Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang
terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan :

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai,
kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan
disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik
terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

RESEPI AIS KRIM NEAPOLITAN

Bahan-bahan
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak (sukat pakai tin susu)
1 sb ovalet
1 penutup esen vanilla
2 sb tepung jagung
2 sudu besar serbuk koko
pewarna merah jambu
sedikit perisa strawberry

Cara- caranya

2 sb tepung jagung, 1 sb ovalete, 1 tin susu pekat manis, air


masak 880g/
sukat air 2 tin susu
1. Masukkan susu pekat manis dan air masak kedalam periuk
Masukkan tepung jagung, kacau rata (tepung jagung ditambah supaya ais krim tak cepat cair
apabila dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga agak-agak tepung tadi masak (kacau sekejap je, tapi saya kacau hingga
mendidih sikit)

Campuran air, susu pekat manis & tepung jagung

2. Biarkan sejuk,(saya masukkan dalam peti sejuk smpai adunan tu SEJUK, bukan BEKU ye.)
setelah sejuk, Angkat adunan tadi dan masukkan kedalam mangkuk besar dan tambahkan ovalet
esen vanila. kalau tuang dalam mangkuk mixer, pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan
bertambah/ naik selepas dipukul.
Sebelum pukul, masukkan esen vanila dan ovalete

3. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi (high speed). Pukul hingga gebu dan
ringan,
Mula-mula adunan tu sikit je, lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang
adunan kek , sedikit likat.

Adunan mula mengembang semasa dipukul

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian (ikut suka nak buh warna apa)
Saya bahagi kepada 3 adunan
- 1 adunan asal - vanila
- 1 adunan bubuh perisa strawberry dan pink colour - 1 penutup perisa strawberry & 1 penutup
warna pink
- 1 lagi bubuh serbuk koko / perisa coklat - 1 penutup perisa coklat & 1 penutup pewarna coklat

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian

Saya letak Perisa strawberry & Coklat

5. Lepas tu boleh la dicorakkan macam aiskrim marble tu, tuang secara berselang seli sehingga
habis.
Tutup bekas dan masukkan dalam peti ais. simpan seelok-eloknya semalaman. (saya tak tuang
secara berselang-seli, saya tuang satu persatu warna vanila, coklat dan strawberry.)
Bila dah beku/keras, boleh la dinikmati
1

Macam ni la rupanya bila dah siap diisi cawan-cawan ni