Anda di halaman 1dari 21

SIFU FB ADS2014

Makluman

Terima kasih kerana anda telah mendownload ebook bertajuk Manual Setting Page Post Ads ini dari
sifufbads.com. Ebook ini percuma, tapi sifufbads tidak menjanjikan apa-apa jaminan hasil selepas anda
gunakan panduan ini. Pihak sifufbads juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa yang terjadi selepas
anda gunakan manual ini. UPDATE ini bertarikh 19 Mac 2014!

Ini cuma perkongsian ikhlas dari sifufbads..Yang mungkin sedikit sebanyak mampu membantu anda
memahami dan mempraktikkan fb ads untuk tujuan bisnes anda.

Pihak sifufbads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook sentiasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda
supaya sentiasa alertdengan perubahan-perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan
keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu-ilmu terkini dari sifufbads samada dari
seminar, di fanpage mahupun blog sifufbads.

Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Marketing, sifufbads sarankan anda
mendaftar untuk:

1) Like fanpage kami di https://www.facebook.com/sifufesbukads

2) Ikuti tips-tips di blog www.sifufbads.com dan juga melalui newsletter melalui emel.

Sekian.

JaMaL

Sifufbads Sdn Bhd

www.sifufbads.com

FB: Sifu FB Ads

2
SIFU FB ADS2014

Siapa Sifufbads

Nama penuhnya, Jamaluddin Bin Bahari.Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni
ditulis), berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan diri dalam perniagaan
internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi sejak 2008 lagi.

Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan di mana beliau membahagikan
masa sebagai seorang jurutera awam di siang hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat
waktu perkhidmatan sektor awam.

Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan lebih
serius.Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapati pendapatan sambilan yang diperolehi adalah
konsisten dan jauh lebih tinggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya setiap bulan.

JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital, usahawan
produk fizikal, pemasar affiliate, dan juga blogger.Beliau dikenali oleh penggiat industri perniagaan
Internet di Malaysia sebagai pengajar sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga sering menghasilkan
panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan usahawan-
usahawan lain.

JaMaL @ sifufbads mula fokus pada


pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads
Marketing secara khusus bermula pada tahun 2011
lagi.Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi tujuan
tersebut.Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads
Marketing bermula 2011 sehingga lah sekarang.Lebih 50
ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Marketing dari
beliau dari blog, fanpage, dari emel.

Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk


ebook, video yang mengajar ilmu FB Ads Marketing.Selain
itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program
Training FB Ads Marketing yang telah dianjurkan di bawah
syarikat beliau, Sifufbads Sdn Bhd.

3
SIFU FB ADS2014

Sebelum anda bermula, apakata anda fahami dulu apa itu Page Post Ads atau Page Post
Engagement Ads.

Apa itu Page Post ?Page Post adalah post yang telah anda bina di fanpage anda. Terdapat
beberapa jenis Page Postyang utama.

a) Page Post Image Ini biasa digunakan! Post mengandungi gambar dan juga text.
Paling efektif untuk fb ads!

b) Page Post Text Text saja digunakan! Tak sesuai dijadikan iklan page post ads.

c) Page Post Video- Video dan text digunakan bersama. (dinasihatkan video perlu
dimuatnaik ke page, bukannya share link dari youtube)

d) Page Post Link (share link) Link website dimasukkan beserta gambar. Apabila post
pagedi klik, satu tab baru ke websiteakan dibuka. Antara penyumbang conversion rate
yang tinggi (jika ayat jualan di web power)

Saya takkan bercerita panjang tentang jenis-jenis post ini! Ini boleh dibincangkan lebih
mendalam di lain masa:-) Jenis post yang biasa digunakan, yang paling berkesan adalah Page
Post Image..

Post yang anda telah bina di page anda, anda boleh jadikannya iklan, iaitu Page Post
Engagement Ads..

Jom pelajari bagaimana bina iklan page post ads dari page anda! Ikuti manual yang
disediakan..

4
SIFU FB ADS2014

Log in facebook profile anda seperti biasa, terdapat 3cara


Langkah 1:Log cara untuk ke ruangan
advertising iaitu:

CARA PERTAMA

Klik pada button paling atas di sebelah


sebe kanan (lihat gambar rajah).Klik
Klik pada Create Ads

CARA KEDUA :

Scroll down Facebook Profile anda dan lihat pada bahagian paling bawah sekali. Ada
perkataan Create Ad.Klik pada pautan Create
Ad itu.

CARA KETIGA :

Layari terus link berikut https://www.facebook.com/ads/create

5
SIFU FB ADS2014

Paparan berikut akan muncul seperti di bawah


Langkah 2:Paparan bawah (lebih kurang). Klik butang Create
an Ad untuk mulakan ads anda.

Langkah 3:Paparan berikut


ut akan muncul seperti di bawah. Paparan Facebook untuk bahagian
ini mungkin akan berubah pada masa akan datang,
dat tetapi fungsinya masih tetap sama.

Anda boleh pilih jenis iklan apa yang anda ingin buat berdasarkan apa matlamat yang anda
inginkan.

6
SIFU FB ADS2014

Namun dalam manual ini tidak akan terangkan kesemua jenis iklan. Dalam manual ini akan
menerangkan lebih terperinci bagaimanana nak buat iklan untuk Page Post Engagement.

Teruskan membaca.

Langkah 4:Klik pada Page


Page Post Engagement

Langkah 5:Pilih Fanpage mana yang anda ingin iklankan. Atau anda boleh letakkan page
url
yang anda ingin iklankan. Dalam manual ini saya akan pilih mana-mana
mana Fan Page yang sedia
ada untuk iklankan post yang terdapat di dalamnya.
dalamnya

7
SIFU FB ADS2014

Langkah 6:Paparan seperti ini akan keluar. Pada ruangan bawah Fan Pageyang kita pilih,
akan keluar satu ruangan post-post yang telah kita buat di Fan Page.Klik pada ruangan itu
kemudian pilih post yang ingin kita iklankan.Selepas pilih iklan mana yang ingin diiklankan, klik
butang Continue.

Langkah 7: Selepas pilih Page Post yang nak diklankan, paparan seperti ini akan keluar. Pilih
paparan (placement ) iklan anda samada mobile newsfeed, desktop newsfeed ataupun right
column.

8
SIFU FB ADS2014

Pemilihan placement yang berbeza, akan memberikan paparan yang berbeza pada audiens.
Anda boleh lihat di bawah:

a) Paparan bagi placement di desktop News Feed (paparan di newsfeed desktop)

b) Paparan bagi placement di Mobile News Feed (paparan di smartphone)

9
SIFU FB ADS2014

c) Paparan bagi placement di Right Column (paparan di tepi, kanan audiens)

Untuk memilih paparan placement yang dimahukan, pastikan ianya ditandakan pada
placement yang diinginkan.Untuk membuang placement yang tak diinginkan, anda boleh klik
remove di bahagian kanan pilihan placement tersebut.

Tips Pemilihan Placement:

1. Sebaiknya, asingkan pemilihan placement bagi satu-satu iklan page post.


post Jangan
campurkan placement dalam satu iklan! Pilih satu placement sahaja!

2. Pemilihan placement right column


column, (juga dikenali sidebar placement
placement), DILARANG
SAMA SEKALI menggunakan jenis bid CPM. Placement ini juga tidak berapa disyorkan
untuk iklan yang guna jenis bid OCPM. (anda akan ketahui tentang bid CPM dan OCPM
dalam muka surat yang seterusnya nanti)

3. Dengan pemilihan placementmobile


placement News Feed, anda jugaa perlu berhati-hati!
berhati Ini kerana
iklan yang menyasarkan placement mobile newsfeed ini berjalan sangat laju (jumlah
paparan dan jumlah klik) pada waktu malam. Dari pengalaman, didapati kuasa membeli
pada waktu malam adalah lebih rendah berbanding di waktu siang.

4. Penggunaan page post video bagi paparan mobile news feed,, anda juga perlu berhati-
berhati
hati! Ini kerana % pengguna FB yang tonton video sehingga habis adalah RENDAH!
Takut data internet habis
habishehehe

10
SIFU FB ADS2014

5. Jika anda menggunakan website untuk terima tempahan (order form pastikan ianya
order form),
mesra mobile,, dan mampu loading dengan cepat! Dan lagi, landing tab,
tab tidak sesuai
digunakan bagi paparan mobile.

Langkah 8: Masukkan maklumat bagi Choose Your Audience- info audien sasaran anda.

Dinasihatkan anda memasukk


memasukkan an maklumat audiens yang palingrelevan, paling berkaitan
dengan produk/iklan yang dibuat. Anda boleh gunakan medium-medium
medium medium di bawah untuk
mengkaji siapakah audiens anda;

a) Google Trends (maklumat carian keyword, trends semasa)

b) Fanpage Insight (maklumat demo


demografi
grafi fans page anda, dan juga mereka yang
responsive di page anda (people
( engaged) )

c) FB Full Report (laporan iklan anda yang terdahulu, jika pernah bina iklan FB Ads)

d) Facebook Graph Search(maklumat


Search(maklumat interest audiens sasaran anda)

e) Maklumat pelanggan sediada (maklumat pelanggan anda sebelum ini, jika ada)

11
SIFU FB ADS2014

Langkah 9: Pilih connections audiens anda.

All Sesiapa saja berpotensi melihat iklan anda

Only People Connected .. Mereka yang telah jadi fans saja yang akan melihat iklan
anda

Only People Not Connected Mereka yang bukan fans page anda

Advanced Connection Targetting pemilihan connection yang lebih spesifik (melibatkan


page-page lain yang dimiliki oleh anda). Lihat di bawah;

Tips Pemilihan Connection:

1. Jika anda memiliki fans yang ramai (lebih 10k), anda boleh sasarkan iklan anda kepada
fans sahaja. Ianya membantu untuk dapatkan conversion (jualan) yang lebih tinggi.
(bergantung juga kepada bagaimana cara anda mendapatkan fans tersebut, dan juga
bagaimana anda membina engagement dengan mereka)

2. Pemilihan connections people whose friends are connected (fren of fans)perlu ditapis (di
filter) dengan teliti iaitu dengan pemilihan maklumat demografi, interest, geografi yang

12
SIFU FB ADS2014

berkaitan dengan produk anda.

3. Jika seorang yang advanced internet marketer,


marketer fungsi ini boleh diselaraskan bersama
dengan penggunaan custom audience (email database, no hp database) dan juga web
custom audience). Ianya akan berikan hasil yang lebih mengkagumkan!

Langkah 8: Klik change campaign untuk namakan kempen anda.

Nota:

1. Campaign - Campaign boleh diibaratkan sebagai folder utama bagi iklan-iklan yang
dibuat. Campaign berasingan dibuat bagi objektif iklan yang berbeza (contohnya kalau
objektif iklan untuk dapatkan like, kita buat campaign hanya untuk dapatkan like.
like Nak
buat iklan page post engagement
engagement, kita buat pula campaignyang
yang lain pula
pula). Di dalam
campaign ini, terdapat
dapat Ad set dan juga ad.

2. Ad Set Anda
nda boleh bina lebih dari satu ad setdalam satu campaign.
campaign Ad set adalah
group audiens bagi iklan anda. Contohnya anda ingin bina iklan untuk disasarkan
kepada beberapa kategori audiens. Contohnya, anda ingin sasarkan page post ads
anda kepada 2 audiens yang berbeza, katakan audiens A dan audiens B. Jadi, anda
perlu bina 2 ad set di bawah satu campaign, iaitu ad set A dan ad set B. Anda perlu
letakkan bajet bagi ad set yang anda bina. Setiap ad set, memiliki bajet iklan masing-
masing samada secara daily budget atau lifetime budget.

3. Ad Iklan yang anda buat! Ianya diletakkan di bawah ad set.. Anda boleh bina seberapa
banyak ad di bawah ad set, tetapi ianya perlulah iklan yang berbeza (page
( post video,
ge post link atau mana-mana page post yang lain).Ad
page post photo, page lain). yang terbaik
akan dipilih oleh FB untuk dijalankan. Anda boleh buat ad yang berbeza, tapiad
tapi yang
dibuat di bawah satu ad set perlulah sama jenis bid nya (CPC, CPM, OCPM).

13
SIFU FB ADS2014

Namakan kempen anda.


Langkah 9:Namakan

Anda boleh bina kempen baru dengan klik pada create a new campaign atau anda boleh pilih
use existing campaign jika mahu bina iklan baru di dalam campaign yang terdahulu.

Langkah Berikan Nama Kempen:


Kempen

1. Mulakan dengan bulan iklan dibuat seperti contoh MAC (mudah untuk anda ketahui
bila iklan dibuat)

14
SIFU FB ADS2014

2. Nama page. Contoh SIFUFBADS (mudah untuk ketahui dari page mana iklan tersebut
dibuat terutamanya buat mereka yang memiliki fanpage yang lebih dari satu)

3. Objektif Iklan dibuat. Contohnya LIST BUILDING (tuliskan apa objektif iklan anda,
samada sales, like, list building
building00,, jualan diskaun, atau sebagainya. Janji ada faham apa
iklan yang dibuat)

iklan anda, dan letakkan bajet harian iklan anda.


Langkah 9:Namakan Ad Setiklan

Langkah 10: Pilih jenis bid bagi iklan anda.

Nota:

a) Bid for page post engagement Ianya


Ianya adalah jenis bid OCPM atau AutoCPM
(Optimized Impression). Ini bermakna FB akan memaksimakan iklan
Optimized Cost Per 1000 Impression).
anda untuk dapatkan engagement (like, like Anda
like, comment, share, photo view, page like).
hanya boleh letakkan bajet untuk iklan page post anda. Jenis bid OCPM ini, iaitu cost
per 1000 impression ditentukan sendiri oleh pihak FB berdasarkan masa iklan
dijalankan, jenis bid OCPM dibuat (OCPM biasa atau BOOST POST),
POST placement yang
dipilih (mobile feed merupakan antara yang paling mahal)

Walaupun menggunakan bid jenis ini, anda masih boleh h mengira kos per klik (kos bagi
setiap klik yang diperolehi dari iklan yang dijalankan), iaitu..

15
SIFU FB ADS2014

-Kos per klik = Kos Iklan (spent) / jumlah klik yang diperolehi

Anda boleh baca artikel di bawah yang relevan dengan topik ini;

Bagaimana dapatkan kos per klik yang murahhttp://sifufbads.com/kos-per-klik-1-sen/

b) Bid For Clicks Ianya adalah jenis bid CPC, yang mana nilai bagi setiap klik yang
diperolehi dari iklan. Ada klik, anda dikenakan bayaran! Tiada klik, tiada bayaran! Anda
boleh letakkan nilai bid maksima anda sudi bagi setiap klik yang anda perolehi. Nilai bid
ini biasanya diletakkan RM0.09 RM0.30. Nilai bid ini banyak dipengaruhi oleh jenis
audiens yang dipilih, prestasi pengiklanan anda sebelumnya, dan juga nilai bid oleh
pengiklan lain. Nilai bid tertinggi biasanya membolehkan iklan dapat dijalankan dengan
lebih pantas berbanding iklan yang diletakkan bid yang rendah.

c) Bid For Impressions Jenis bid, CPM! Nilai bid maksima yang anda letakkan bagi
mendapatkan 1000 impresssion (1000 kali iklan dipaparkan). Ini bermakna, anda
dikenakan kos iklan bagi setiap 1000 kali iklan dipaparkan. Sebagai contoh, jika anda
letakkan RM1 untuk 1000 impressions bagi iklan page post anda, dan dari iklan tersebut
anda berjaya memperolehi 300 klik. Walaupun anda menerima klik yang banyak, tetapi
kos yang dikenakan tetap berdasarkan RM1 untuk 1000 impression.

Jom ikuti cara-cara setting bid iklan anda berdasarkan CPC, CPM, dan OCPM.

CARA BID CPC

Jika anda memilih Bid CPC, ikuti langkah di bawah;

1) Pilih bid for clicks, dan pilih manually bid for clicks

16
SIFU FB ADS2014

2) Letakkan nilai bid maksima yang anda sudi bagi setiap klik yang bakal diperolehi.

CARA BID CPM

Jika anda memilih bid CPM, ikuti langkah di bawah;

1) Pilih bid for impressions dan letakkan nilai bid anda.

17
SIFU FB ADS2014

Langkah 11: Semak iklan , dan seterusnya klik place order.

Langkah 12:Ads anda berjaya dibuat. Dan anda perlu tunggu kelulusan dari pihakFB.
Kelulusan ini akan dimaklumkan melalui FB notification dan juga melalui emel. Anda juga boleh
terus masuk ke https://www.facebook.com/ads/manage untuk melihat status iklan anda.

Langkah 13:Anda kini telah berada di dalam fb ads manager (ianya boleh dianggap seperti
pusat kawalan segala iklan FB anda). Di sini anda boleh melihat campaign, ad sets dan ads
yang sedang berjalan (active), yang sudah dihentikan (inactive) dan juga yang masih menunggu
proses kelulusan dari fb (pending review).

Dalam paparan di bawah, anda boleh lihat senarai campaign yang telah dibuat berserta status
dan juga datanya. Jom lihat penerangan tentang data campaign yang berada di kedudukan
teratas di paparan bawah;

18
SIFU FB ADS2014

Nama campaign - ___Post Engagement


Status campaign - ON, sedang berjalan
Delivery - active, iklan sedang berjalan
Results - 1074 post engagements (photo view, like post, comment post, share post dll)
Cost - R0.02 per post engagement, kos bagi setiap engagement yang diperolehi
Reach - 20, 332, jumlah orang yang melihat iklan anda
Spent Today - R19.95 of R20.00, kos iklan hari ni dari bajet untuk satu campaign (bajet
R20.00 (ada 2 ad set dengan bajet R10.00 setiap ad set), belanja hari ni RM19.95)
Total Spent R29.10, kos iklan dari mula iklan dibuat hingga kini
Start date 01/14/2014, masa 1.14pm, tarikh dan masa iklan mula dibuat

Seterusnya, untuk masuk ke campaign untuk melihat ad sets pula, klik pada namacampaign
yang diinginkan.

Langkah 14:Anda telah berada dalam campaign yang telah dipilih. Anda boleh lihat ad set yang
berada dalam campaign. Jom lihat dan study tentang data ad sets di dalam campaign ini.

Rujuk no pada gambar

1. Status campaign - campaign ini sedang aktif


2. Delivery - iklan di dalam kempen ni sedang berjalan
3. Schedule - masa iklan mula berjalan, hinggalah sekarang
4. Spent Today - jumlah kos iklan hari ni bagi kempen ini
5. Lifetime spent - kos iklan bagi campaign ini
6. Post Engagement - post engagement bagi campaign ini
7. Reach - jumlah orang yang melihat semua iklan dalam campaign ini
8. Frequency - kekerapan iklan dilihat oleh setiap audiens
9. Spend - jumlah kos iklan hari ni bagi campaign ini
10. Avg. Cost per Post Engagement - kos per post engagement bagi kesemua iklan
yang berada dalam campaign ini.
11. Status - status ad sets yang berada dalam campaign ini

19
SIFU FB ADS2014

12. Ad Set - Senarai ad sets yang berada dalam campaign ini. Jika diklik, anda akan
dibawa terus kepada ad sets tersebut
13. Delivery - status ad sets tersebut, samada aktif atau pun tidak
14. Results- hasil yang diperolehi daripada ad sets tersebut.
15. Cost - kos bagi setiap engagement yang diperolehi dari ad sets tersebut.
16. Reach - Jumlah orang yang melihat iklan-iklan yang berada dalam ad sets
tersebut
17. Budget - Bajet harian bagi ad sets tersebut
18. Spent Today - Kos yang dibelanjakan untuk ad sets tersebut pada hari ini
19. Total Spent - Kos iklan yang telah dibelanjakan untuk ad sets tersebut
20. Time anda boleh lihat data iklan mengikut masa yang anda mahukan

Seterusnya, untuk masuk ke ad sets untuk melihat adspula, klik pada nama ad sets yang
diinginkan.

Langkah 15:Anda telah berada dalam ad sets yang telah dipilih. Anda boleh lihat ad yang
berada dalam ad sets. Jom lihat dan study tentang data ad di dalam ad sets ini.

1. Status - ad sets aktif atau tidak


2. Delivery - iklan di dalam ad sets ni sedang berjalan atau tidak
3. Schedule - masa ad sets mula berjalan, hinggalah sekarang
4. Budget - jumlah kos iklan hari ni bagi ad sets ini
5. Spent Today kos yang dibelanjakan bagi ad sets ini
6. Lifetime spent - kos iklan dari awal hingga sekarang bagi ad sets ini
7. Post Engagement - post engagement bagi ad setsini
8. Reach - jumlah orang yang melihat semua iklan dalam ad setsini
9. Frequency - kekerapan iklan dalam ad sets dilihat oleh setiap audiens
10. Spend - jumlah kos iklan hari ni bagi ad sets

20
SIFU FB ADS2014

11. Avg. Cost per Post Engagement - kos per post engagement bagi kesemua iklan
yang berada dalam ad sets ini.
12. Graph prestasi iklan
13. Status - status ad sets yang berada dalam campaign ini
14. Ad - Senarai ad yang berada dalam ad sets ini. Jika diklik, detail iklan akan
dipaparkan.
15. Delivery - status ad tersebut, samada aktif atau pun tidak
16. Results - hasil yang diperolehi daripada ad tersebut.
17. Cost - kos bagi setiap engagement yang diperolehi dari ad tersebut.
18. Reach - Jumlah orang yang melihat ads tersebut
19. Frequency kekerapan audiens melihat iklan tersebut
20. Click jumlah klik yang diperolehi olehad tersebut
21. Click Through Rate CTR, % keberkesanan iklan anda menerima klik
22. Spent Today - Kos yang dibelanjakan untuk ad tersebut pada hari ini
23. Total Spent - Kos iklan yang telah dibelanjakan untuk ad tersebut
24. Max Bid nilai bid maksima awal yang anda letakkan ketika buat ads (paparan
OptimizedCPM untuk OCPM, CPC untuk jenis bid CPC dan CPM untuk bid
CPM)
25. Avg Price kos sebenar setiap klik (jika pilih CPC) atau kos setiap 1000
impression (jika pilih CPM)..Dan kos ditentukan sendiri oleh FB (jika anda
memilih OCPM)

21

Anda mungkin juga menyukai