Anda di halaman 1dari 28

50

IDEA
PEMASARAN
LUAR BIASA
#1
SENTIASA
TERSENYUM
DAN TERUJA
Ya, ini adalah penting kerana pelanggan suka berurusan
dengan mereka yang memberikan mereka tenaga positif.
Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan
teruja selepas berjumpa dengan anda atau berurusan
dengan anda. Mereka akan ingat dan kongsikan dengan
orang lain secara percuma!

#2
EMEL
Mengirimkan emel kepada pelanggan anda dan memberikan
panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang
produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka
tertunggu-tunggu berita daripada anda.

01
#3
TULIS DAN
KONGSIKAN PROFIL
ATAU KISAH ANDA
Ya, pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik
sesuatu perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan
hari ini lebih berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri
anda. Jangan fikir yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda
mungkin lebih berjaya daripada ramai mereka yang gagal di luar sana.

#4
SOKONG BADAN
KEBAJIKAN
Tuliskan di kad perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda
menyokong badan kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk
pelanggan anda juga dapat membantu bersama-sama anda. Pelanggan
suka ahli perniagaan yang pemurah.

02
#5
TINGKATKAN IMEJ
ANDA, PERNIAGAAN
ATAU KEDAI ANDA
Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang
sentiasa nampak baru, segar, terkini dan ceria.

#6
SMS
PELANGGAN ANDA
Apa perasaan anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan
dengan rumah anda mengirimkan sms 1 hari sebelum harijadi anda dan
paling awal mengucapkan selamat harijadi kepada serta menawarkan
voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS yang bagus
seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk mempro-
gramkan sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar
sms dengan lebih efektif.

03
#7
TIP PERCUMA DI
FACEBOOK ATAU
MANA-MANA SOSIAL
MEDIA DI INTERNET
Bersedia untuk memberikan tips percuma yang membantu orang lain tentang
topik atau perkara yang ada kaitan dengan kepakaran anda. Ini membina
reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.

#8
GUNAKAN FORUM
DI INTERNET
Sekiranya anda ingin menambah database pelanggan yang datang
ke laman web anda, luangkan masa 1 jam seminggu untuk men-
jawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan anda atau
perniagaan anda.

04
#9
LANCARKAN
PUBLISITI
TERGEMPAR
Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau
perniagaan anda. Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan
jenama anda atau perniagaan anda.

#10
PERGI BERCUTI
Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7 hari seminggu tiap-tiap
minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan ketandusan tenaga
dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat strategi
pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk
melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya
anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.

05
#11
LAKUKAN SESUATU YANG
ORANG LAIN TIDAK
LAKUKAN ATAU TIDAK
DAPAT LAKUKAN
Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang pelanggan anda perlu-
kan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia mungkin agak
sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan
anda unik.

#12
FOKUS UNTUK
MEMPERBAIKI
STAF ANDA
Gunakan pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf
anda bagi memastikan yang mereka sentiasa menja-
ga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik
kepada pelanggan anda.

06
#13
MENULIS KEPADA
AKHBAR TEMPATAN
Akhbar tempatan biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta
menulis kepada editor mereka mengenai mana-mana isu yang anda
boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.

#14
MENGGUNAKAN
KAEDAH PEMASARAN
YANG MENYERONOKKAN
Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang menunjukkan
logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga perniagaan
anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi
berkesan.

07
#15
GUNAKAN
KAJIAN KES
Sama seperti testimonial pelanggan, kajian kes akan
menunjukkan anda sebagai pakar dan pengalaman
pelanggan yang gembira dengan anda.

#16
KEMPEN
MENGUTIP SAMPAH
Atau kempen bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk
tabung anak yatim. Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen
yang melibatkan masyarakat setempat. Pastikan juga yang anda menaja
Tshirt yang mempunyai logo syarikat anda serta membuat press release
untuk mengumumkan kempen tersebut.

08
#17
MEMBUAT
KATALOG PRODUK
Salah satu cara paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang
senarai produk atau perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah
lebih elok produk tersebut di senaraikan di laman web anda dan ianya boleh
dicetak daripada situ. Anda juga boleh menggunakan digital printing yang
kosnya adalah lebih rendah daripada percetakan biasa.

#18
MENJUAL APABILA
ANDA MENGELUARKAN
INBOIS
Sekiranya anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat
kecil dan sederhana, biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut
adalah orang penting di syarikat tersebut. Buat satu cop getah yang
berbunyi "Terima kasih kerana berurusan dengan kami, semoga kami
mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas inbois tersebut.

09
#19
SERTAI MANA-MANA
ORGANISASI YANG
BOLEH MENYOKONG
PERNIAGAAN ANDA
Libatkan diri dengan mana-mana persatuan, kelab, dewan perniagaan atau
koperasi yang dapat memberikan anda kelebihan untuk mengembangkan
jaringan perniagaan anda serta meningkatkan perniagaan anda.

#20
MENGELUARKAN
PRESS RELEASE
Salah satu perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk
menghantar press release kepada media. Press release dengan
kisah yang menarik akan memberikan anda pendedahan percuma
di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda serta
meningkatkan jualan anda.

10
#21
BUAT SESUATU
YANG LUAR
JANGKAAN
Apa perasaan anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS
kepada anda dan meminta anda untuk datang ke kedainya untuk
mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun kepada
anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda
penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh
lakukan kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan
kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah sangat efektif.

#22
MENJUAL
HADIAH / VOUCHER
PENGHARGAAN
Ramai pelanggan gemar untuk membeli hadiah atau voucher
untuk dijadikan hadiah kepada orang lain. Contohnya jika
anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher
hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan
kepada orang lain.

11
#23
MEMPROMOSIKAN PRODUK
ATAU PERKHIDMATAN ANDA
SECARA BERSILANG
(CROSS PROMOTIONS)
Apakah produk atau perkhidmatan lain yang pelanggan anda
mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda,
biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang
anda boleh tawarkan.

#24
GUNAKAN KREW
PROMOSI
Anda boleh mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang
boleh membantu anda membuat promosi serta memberikan
informasi perniagaan anda kepada orang ramai. Pastikan
mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan
kempen pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila
menyertai kempen ini.

12
#25
UBAH CARA
BAGAIMANA TELEFON
ANDA DIJAWAB
Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab
telefon dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat.
Sekiranya kita menjawab panggilan telefon dengan
senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat
merasakan keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.

#26
MULAKAN
e-NEWSLETTER
Gunakan format newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay
connected" dengan pelanggan-pelanggan atau prospek anda.
Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana anda sentiasa
mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!

13
#27
MENAIKKAN HARGA
Kadang-kadang, strategi menurunkan harga bukanlah cara
paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga
pun boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin
akan kehilangan pelanggan yang "low-end" tetapi anda akan
mendapat pelanggan yang lebih tinggi kualitinya.

#28
MENULIS
e-BOOK PERCUMA
Ya, tuliskan ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman
web anda atau melalui emel. Ia akan membina kredibliti anda.

14
#29
BERKENALAN
DENGAN HAMPIR
SESIAPA SAHAJA
Buat sesuatu yang dapat menarik media dan orang
ramai kepada anda atau perniagaan anda. Kalau boleh
pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda
atau perniagaan anda.

#30
BERPAKAIAN MENARIK
MENGIKUT TEMA
PAKAIAN TERTENTU
Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah
berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam
seminggu. Ini akan membuatkan pelanggan tertarik dengan
keceriaan kedai atau pejabat anda.

15
#31
MENAWARKAN
PERUNDING ATAU
MEMBERIKAN UCAPAN
Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka, tawarkan
kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara
percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam
bidang tersebut.

#32
LANCARKAN KEMPEN
UNTUK MEMBUAT
SESUATU PERUBAHAN
Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau tidak
berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen
kesedaran di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes.
Sekiranya perniagaan anda memang secara terus dapat menyelesaikan
masalah ini, ia adalah lebih baik.

16
#33
MEWUJUDKAN SISTEM
MEMPERKENALKAN
KAWAN
Sekiranya pembekal atau pelanggan gembira untuk berurusan dengan
anda, anda boleh memberikan mereka penghargaan contohnya voucher
RM50 untuk setiap pelanggan baru yang diperkenalkan.

#34
TUKAR MESEJ
TELEFON ANDA
Sekiranya ada orang yang menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit
anda selepas waktu pejabat, ianya mungkin merupakan peluang anda
untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej panggilan telefon
anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan
anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan pelanggan
kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan
nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada
pukul 9.05pagi nanti!"

17
#35
BERKAWAN DENGAN
SELEBRITI RADIO
ATAU TV
Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv. Mereka
adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka
hadiah yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama
anda apabila mereka bersiaran.

#36
MEMBERIKAN JAMINAN
WANG DIKEMBALIKAN
Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan
anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka
tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka.
Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau
perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang
untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.

18
#37
MINTA DAN GUNAKAN
TESTIMONIAL PELANGGAN
Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain
yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau
perkhidmatan anda.

#38
BERIKAN HADIAH
PERCUMA YANG LAIN
DARI YANG LAIN
Hadiah pen dengan logo syarikat anda mungkin membosankan
dan orang mudah lupa. Apakata cuba berikan sesuatu yang
berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda
contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun
yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi
"bersama-sama" anda setiap hari?

19
#39
MEMPROMOSIKAN KETIKA
PELANGGAN SEDANG
MENUNGGU ATAU SEDANG
MENUNGGU DI TALIAN
Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di
talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan,
pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan
yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian,
pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau
perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik
yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

#40
MELABURLAH UNTUK
MENDAPATKAN KREDIBILITI
DARIPADA PIHAK KETIGA
Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi
atau kelayakan professional di dalam industri yang anda
ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya.
Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka
panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan
anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda.

20
#41
RAKAMKAN VIDEO
ANDA DI YOUTUBE
Steve Job, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC menggunakan
YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan
ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling
rendah. Jangan lupa untuk link kan video anda tersebut dengan
laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti
FACEBOOK.

#42
MEMAKSIMAKAN
JENAMA (BRANDING)
MENGGUNAKAN ALATULIS
PERNIAGAAN ANDA
Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di
atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad
Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau
di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara
mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang
perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

21
#43
MAKSIMAKAN
PENGGUNAAN KAD
PERNIAGAAN ANDA
Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama
seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tetapi anda
tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda
untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan
anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untukpelanggan merujuk
kepada anda bila diperlukan nanti. Tips tambahan: Biasakan memberi 2
keping kad perniagaan apabila anda memperkenalkan diri kepada orang lain
dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada
orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara
pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan
menolong mempromosikan perniagaan anda.

#44
BLOG
Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk
laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan
mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus
akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut di
dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling
banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress
kerana ianya adalah percuma.

22
#45
TAMBAH MAKLUMAT
BARU DI LAMAN
WEB ANDA
Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search
Engine Optimisation) untuk meningkatkan ranking laman web anda di enjin
carian seperti Google. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa
menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap
yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda
meningkat dalam masa yang singkat.

#46
LANCARKAN
PERTANDINGAN ATAU
CABUTAN BERTUAH
Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan
dan dapatkan maklumat pelanggan agar anda dapat gunakan maklumat
tersebut untuk tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan
sistem sms, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan di akhbar untuk
memaklumkan tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik
ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power"
saya nanti.

23
#47
PERKHIDMATAN
PELANGGAN YANG
LUAR BIASA
Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada
pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang
paling "power" di dalam menghadapi persaingan di dalam perniagaan.
Jangan anggap yang disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan
anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan
cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra
dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda
masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

#48
BERIKAN KAD DISKAUN
ATAU VOUCHER PERCUMA
Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan
setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci
kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka
akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan
yang anda menghargai mereka.

24
#49
MENCIPTA SUASANA
YANG SESUAI DENGAN
TEMA SEMASA
Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat
membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau
cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya,
tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam"
serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan
anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau
voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-
kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal
dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada
suasana perniagaan anda.

Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu


ditayangkan filem "Harry Porter" di panggung wayang, anda
mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem
tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada
seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Porter" pada hari
tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan
"menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai dan melihat anda.
Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah
sesuatu kepada mereka mungkin pembelian harga istimewa?

Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformer" dan


hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda
menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda,
mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

25
#50
KONGSIKAN APA YANG
ANDA TAHU KEPADA
ORANG LAIN
Apa yang anda ketahui tentang perniagaan anda kadang-kadang
merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain.
Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat
umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.
Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog ,laman web
atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada
orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda
lakukan.

Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran.


Kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan
yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan
bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin
pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.

Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda
ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu
mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.

26

Anda mungkin juga menyukai