Anda di halaman 1dari 16

RUBRIK PENSKORAN

SEJARAH SPM
Soalan 1
Panduan Penskoran:

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


Memahami dan mengaplikasi fakta sejarah dan membuat
1(a) 6
perkaitan dengan situasi sekarang / semasa.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan
Pernyataan umum berdasarkan gambar / pengetahuan yang
terhad.

Menyatakan maklumat berdasarkan gambar/grafik sahaja.

Menyatakan maklumat secara ringkas/umum berkaitan


Aras 1 dengan perjuangan menentang penjajah dan perjuangan 1-2
pemimpin masa kini.

Contoh:
Kedua-dua pemimpin berada pada zaman yang berbeza.
Pemimpin A berada pada zaman penjajahan British, manakala
pemimpin B zaman selepas merdeka.

Aras 2 Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan 3-4


pemahaman yang jelas terhadap fakta dan membuat
perkaitan dengan isu-isu masa kini.

Menerangkan maklumat berdasarkan gambar/grafik


dengan jelas

Menerangkan maklumat berkaitan dengan perjuangan


menentang penjajah dan perjuangan pemimpin selepas
merdeka dengan jelas berserta contoh yang sesuai.

Berupaya menghubungkait fakta sejarah dengan


kehidupan masa kini.

Contoh :
Mereka berada pada zaman yang berbeza :
Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala Pemimpin
B pada zaman selepas merdeka.

Matlamat perjuangan yang berbeza :


Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah
campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan. Contohnya
di Naning.

Pemimpin B pula ingin memperkukuh perasaan cinta akan negara


demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju.

Aras 3 Huraian yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman 5-6


yang mendalam terhadap fakta dan membuat perkaitan yang
tepat dengan isu-isu masa kini.

Menghuraikan maklumat berdasarkan gambar/grafik


dengan jelas.

Menghuraikan maklumat berkaitan dengan perjuangan


menentang penjajah dengan tepat dan mendalam
berserta contoh yang sangat sesuai.

Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini


berserta contoh yang tepat.

Contoh :
Mereka berada pada zaman yang berbeza :
Pemimpin A berada pada zaman penjajahan manakala
Pemimpin B pada zaman selepas merdeka.

Matlamat perjuangan yang berbeza :


Pemimpin A ingin menghapuskan penjajah British yang telah
campur tangan dalam urusan pentadbiran tempatan . Di Perak
misalnya, JWW Birch telah bertindak melampaui kuasanya
sebagai penasihat sultan. Birch telah mengambil alih hak kutipan
cukai daripada pembesar tempatan sehingga menyebabkan
pembesar hilang kuasa dan punca ekonomi. Datuk Maharaja Lela
telah menentang Birch di Pasir Salak.

Pemimpin B pula ingin memperkukuh perasaan cinta akan negara


demi mengisi ruang kemerdekaan supaya negara terus maju.
Cabaran selepas merdeka lebih besar kerana kemerdekaan yang
ada perlu dimanfaatkan untuk memajukan negara. Antara
cabarannya ialah mengekalkan perpaduan rakyat, membina dan
mengekalkan jati diri bangsa Malaysia dan mengekalkan
momentum pertumbuhan ekonomi negara.

Jalur Gemilang adalah lambang negara yang perlu dihormati


supaya kesetiaan dan jati diri rakyat tetap terpelihara. Rakyat
yang setia dan mempunyai jati diri yang kuat dapat meningkatkan
semangat patriotisme dan akan terus berjuang untuk memajukan
diri, agama, bangsa dan negara.

Soalan Respons yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
1(b) 4
terhadap fakta dan membuat penilaian.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.
Membuat penilaian secara ringkas / umum tentang perjuangan
Aras 1 tokoh sebelum dan selepas merdeka. 1
Contoh :
Perjuangan mereka berjaya / kurang berjaya / tidak berjaya.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang jelas.

Membuat penilaian perjuangan perjuangan pemimpin


sebelum dan selepas merdeka dengan jelas berserta
contoh yang sesuai.

Berupaya menghubungkait fakta sejarah dengan


kehidupan masa kini.

Contoh
Perjuangan mereka berjaya :
Menewaskan British /penjajah seperti di Naning.
Aras 2 2
Semangat cinta akan Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat
berjaya dipupuk. Kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena
bulan kemerdekaan mendapat sambutan ramai.

Atau

Perjuangan kedua-dua tokoh tidak / kurang berjaya :


Buktinya sebelum merdeka perjuangan tokoh tempatan dapat
dipatahkan oleh British. Dalam serangan kali kedua, British
berjaya mengalahkan Dol Said.

Selepas merdeka, masih terdapat rakyat yang tidak menghormati


Jalur Gemilang. Masih ramai yang tidak mengibarkan Jalur
Gemilang sempena kempen bulan kemerdekaan.
Aras 3 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman 3-4
yang mendalam.

Membuat penilaian terhadap kejayaan perjuangan tokoh-


tokoh sebelum merdeka dan selepas merdeka dengan
tepat dan mendalam berserta contoh yang sangat sesuai.

Mengaitkan fakta sejarah dengan kehidupan masa kini


berserta contoh yang tepat.

Contoh :
Perjuangan kedua-dua tokoh berjaya :
Pemimpin A berjaya mewujudkan kesedaran dalam kalangan
penduduk tempatan untuk menentang penjajah. Dol Said di
Naning misalnya berjaya menewaskan British dalam serangan
awal dan menyebabkan British tidak campur tangan dalam hal
ehwal politik Negeri-Negeri Melayu selama hampir 50 tahun.

Pemimpin B mewakili pemimpin selepas merdeka. Mereka


berjaya menyelamatkan negara daripada kekacauan pada
peringkat awal kemerdekaan seperti Peristiwa 13 Mei. Perpaduan
rakyat dapat diperkukuhkan sehingga kini dan negara terus maju
dalam pelbagai bidang ekonomi.

Melalui Rancangan Pembangunan 5 tahun, dan Rancangan


Pembangunan Ekonomi Jangka Panjang, keseimbangan ekonomi
antara kaum dapat diwujudkan.

ATAU
Perjuangan kedua-dua tokoh tidak/kurang berjaya :
Perjuangan Pemimpin A berjaya dipatahkan. Pejuang-pejuang
tempatan seperti Dol Said, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman
Limbong akhirnya dijatuhkan hukuman. Perjuangan yang mereka
rintis tidak diteruskan oleh anak-anak buah mereka.

Matlamat Pemimpin B untuk menanam semangat cinta akan


negara gagal kerana sikap generasi masa kini yang
tidak menjiwai erti kemerdekaan. Kini ramai generasi baru
terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang boleh mengancam
keselamatan negara. Gaya hidup bebas misalnya menjadi trend
masa kini. Keadaan ini akan menggagalkan usaha kerajaan untuk
menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri
menjelang tahun 2020.
Soalan 2
Panduan Penskoran:

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


2 (a) Memahami, mengaplikasi dan menganalisis fakta. 6
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan petikan / pengetahuan yang
terhad.
Menyatakan maklumat berdasarkan petikan sahaja.

Menyatakan maklumat secara ringkas berkaitan dengan


Aras 1 perjuangan menentang Malayan Union. 1-2

Contoh :
Penentangan melibatkan orang Melayu kerana hak mereka
terjejas. Kaum lain tidak menentang kerana menguntungkan
mereka.
Aras 2 Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan 3-4
pemahaman yang jelas.

Menerangkan fakta berkaitan dengan Malayan Union dan


tentangan orang Melayu dengan jelas berserta contoh
yang sesuai.

Berupaya menganalisis fakta sejarah dan membuat inferens yang


ringkas / mudah.
Contoh :
Orang Melayu menentang kerana kuasa raja terhakis manakala
kaum lain memperoleh pelbagai faedah seperti kerakyatan.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman
yang mendalam.

Menghuraikan fakta berkaitan dengan Malayan Union dan


tentangan orang Melayu dengan tepat, mendalam
berserta contoh yang sangat sesuai.

Membuat inferens yang tepat.


Aras 3 Contoh : 5-6

Orang Melayu menentang kerana kuasa raja terhakis yang


menyebabkan warisan Kesultanan Melayu Melaka terhapus
manakala kaum lain memperoleh pelbagai faedah seperti
kerakyatan tetapi mereka boleh mengekalkan kerakyatan negara
asal. Ini menyebabkan hak orang Melayu sebagai penduduk asal
Tanah Melayu terancam kerana terpaksa berkongsi dengan kaum
pendatang.

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


Mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman fakta sejarah serta
2 (b) menghubungkaitkan pengetahuan sejarah dengan pembentukan 4
negara dan bangsa Malaysia.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan petikan / pengetahuan yang
terhad.

Menyatakan maklumat secara ringkas/ umum tentang


perkaitan petikan dengan pembentukan negara dan
Aras 1 1
bangsa Malaysia.

Contoh :
Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara.
Aras 2 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 2
pemahaman yang jelas.

Menerangkan perkaitan petikan dengan pembentukan


negara dan bangsa Malaysia dengan jelas dan berserta
contoh yang sesuai.
Berupaya membuat inferens yang mudah/ringkas.
Contoh :
Warga negara mesti cinta dan setia kepada negara supaya
negara aman dan makmur.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan kefahaman
yang mendalam.
Menghuraikan perkaitan petikan dengan pembentukan negara
dan bangsa Malaysia secara mendalam ,tepat berserta contoh
yang sangat sesuai.
Membuat inferens yang tepat.
Aras 3 3-4
Contoh :
Warganegara mesti cinta dan setia kepada negara supaya negara
aman dan makmur bagi menjamin masa depan negara Malaysia
yang lebih gemilang. Warga negara yang cinta dan setia akan
negara bersedia untuk menyumbang tenaga untuk menjadikan
negara maju.

Soalan Respons yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
3 (a) 4
terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan gambar dan maklumat/
pengetahuan terhad.

Menyatakan keistimewaan stadium secara ringkas


berdasarkan maklumat yang dipelajari dan pengetahuan
Aras 1 yang sangat terhad. 1
Contoh :
Stadium merdeka siap pada tarikh Negara mencapai
kemerdekaan. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur.

Aras 2 Penerangan yang menunjukkan pengetahuan dan 2


pemahaman yang agak jelas.

Menerangkan keistimewaan stadium secara ringkas


berdasarkan maklumat yang dipelajari dan pengetahuan
yang agak jelas.

Penjelasan berdasarkan pengetahuan sendiri yang agak


jelas.
Contoh:
Stadium merdeka siap pada tarikh Negara mencapai
kemerdekaan pada bulan Ogos 1957. Terletak di pusat bandar
Kuala Lumpur.
Stadium Merdeka merupakan tempat pengisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan


pemahaman yang mendalam.

Menghuraikan keistimewaan stadium secara mendalam


,tepat berserta contoh yang sangat sesuai.
Contoh:
Stadium Merdeka merupakan tempat pengisytiharan
Aras 3 kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bersempena 3-4
dengan kemerdekaan tersebutlah stadium merdeka mendapat
namanya. Namanya menjadi tanda ingatan rakyat Malaysia
terhadap tarikh keramat itu. Selain itu , stadium ini turut
digunakan untuk Kejohanan Pesta Bola Merdeka dan menjadi
saksi negara kita pernah muncul sebagai kuasa bola sepak di
benua Asia. Stadium ini juga menjadi gelangang aksi wira-wira
bola sepak Negara seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan
Santokh Singh.

Soalan Respons yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
3 (b) terhadap fakta, menjana idea dan membuat perkaitan dengan 6
kehidupan masa kini.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan cadangan secara ringkas / umum / terhad.


Aras 1 1-2
Contoh :
Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah
Negara.
Aras 2 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 3-4
pemahaman yang jelas.
Menerangkan cadangan yang relevan berserta dengan
penerangan yang jelas.
Contoh:
Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara
supaya dapat dikekalkan dan dapat dilihat oleh generasi muda.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan
dengan kehidupan masa kini.
Menghuraikan cadangan yang sangat relevan dan praktikal
berserta dengan penerangan yang mendalam, sangat tepat dan
contoh yang sangat sesuai.
Menghubungkaitkan pemeliharaan dan pemuliharaan stadium
dengan kepentingan terhadap negara.
Contoh:
Aras 3 5-6
Mewartakan Stadium Merdeka sebagai warisan khazanah negara
supaya dapat dikekalkan . Dengan pewartaan tersebut, bangunan
stadium bukan sahaja dapat dikekalkan, malah kerajaan dapat
menyedikan peruntukan khas untuk membaiki kerosakan dan
juga melantik pihak pengurusan supaya dapat mengawal selia
bangunan stadium. Pihak pengurusan seperti Perbadanan
Stadium Nasional diwujudkan untuk mengawal selia stadium. Ini
akan dapat mengekalkan khazanah warisan negara agar
generasi muda tidak akan melupai peristiwa-peristiwa penting
yang berlaku di negara kita.

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


3 (c) Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam 10
terhadap fakta dan membuat analisis dan membuat inferens.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan pendirian secara umum .


Penerangan sangat ringkas.

Aras 1 Contoh : 1-2


Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan.
Atau
Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang jelas dan agak mendalam.

Menerangkan pendirian dengan alasan yang jelas, tepat


dan contoh yang sesuai.

Contoh:
Aras 2 Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana 3-5
terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat.
Antaranya seperti kompleks membeli-belah mewah.
Atau
Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana
ia merupakan khazanah warisan negara. Stadium ini pernah
menyaksikan peristiwa perisytiharan kemerdekaan negara.
Aras 3 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta
6-8
membuat inferens.

Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat dan


mendalam.
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
Menganalisis dan menilai fakta .
Membuat inferens.
Pengolahan kemas.

Contoh:
Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana
terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat.
Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat
untuk berniaga. Ini dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan
mengurangkan kadar pengangguran.
Atau
Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana
ia merupakan khazanah warisan negara. Andai diroboh hilanglah
warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi
muda. Generasi yang melupai sejarah akan hilang arah
kehidupan.

Aras 4 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 9-10


pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta
membuat inferens yang tepat.

Menghuraikan pendirian dengan sangat jelas, tepat


mendalam. Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
Menganalisis dan menilai kesan tindakan kerajaan
terhadap bangunan bersejarah dengan tepat.
Membuat inferens yang tepat.
Pengolahan sangat kemas dan menarik.
Membuat inferens yang tepat.

Contoh
Wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana
terletak di tengah-tengah pusat bandar yang berkembang pesat.
Projek baru akan memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat
untuk berniaga. Pendapatan rakyat akan meningkat dan
seterusnya meningkatkan pendapatan negara. Peningkatan
pendapatan rakyat dapat mensejahterakan negara.
Namun begitu, kerajaan perlu memastikan projek tersebut
memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat tempatan untuk
mendapat ruang perniagaan. Apa yang berlaku sekarang, projek
mewah hanya memberi ruang kepada warga yang kaya sahaja
dan juga syarikat atau rakyat asing berniaga kerana mereka
memiliki modal yang besar. Jika tidak, rakyat jati Malaysia hanya
menjadi penonton projek mewah sahaja atau bekerja sebagai kuli
dalam premis perniagaan yang dimiliki orang asing di negara
sendiri.
Atau
Tidak wajar dirobohkan untuk projek pusat perdagangan kerana
ia merupakan khazanah warisan negara. Andai diroboh hilanglah
warisan khazanah negara dan tidak dapat dihayati oleh generasi
muda. Keadaan ini akan menjejaskan semangat patriotisme
dalam kalangan generasi muda. Ingatan terhadap sejarah negara
akan luntur dan boleh menjejaskan kestabilan politik.
Oleh itu, kerajaan perlu memastikan khazanah ini dipelihara
sebagai lambang sejarah pembinaan negara dan bangsa
Malaysia yang berdaulat. Khazanah bangsa ini pasti akan
menjadi rujukan generasi akan datang untuk mengkaji sejarah
pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang ada sekarang.
Sumbangan kepada sektor pelancongan juga tidak boleh
dinafikan. Bangunan sejarah peninggalan Rom di banyak negara
kini menjadi aset pelancongan yang sangat bernilai. Jutaan
pelancong berkunjung ke bangunan sejarah di merata dunia dan
memberikan impak kepada peningkatan pendapatan negara dan
rakyat negara berkenaan.
Jika dimusnahkan, tiada apa yang generasi akan datang dapat
berbicara tentang sejarah bangsa mereka.

Soalan 4

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam
4 (a) 4
terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan sebab secara umum/ringkas.


Pengetahuan dan pemahaman terhadap fakta sangat terhad.
Aras 1 1
Contoh :
Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran
ekonomi negara.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang jelas.

Menerangkan sebab dengan jelas.


Aras 2 Contoh : 2

Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran


ekonomi negara yang menjanjikan peluang pekerjaan yang
banyak kepada mereka.
Aras 3 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 3-4
pemahaman yang mendalam.

Menghuraikan sebab dengan sjelas berserta contoh yang


sesuai.
Contoh :
Negara kita menjadi tumpuan buruh luar kerana kemakmuran
ekonomi negara menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak
kepada mereka dan dapat menjamin peningkatan taraf hidup
mereka. Perlombongan bijih timah telah menarik ramai buruh dari
negara China berhijrah pada abad ke-19. Tumpuan sektor
perlombongan ialah di negeri Perak.

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan pengetahuan dan pemahaman yang
4 (b) 6
mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyatakan faktor secara ringkas/umum.


Aras 1 Contoh : 1-2

Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka


kerana peluang pekerjaan yang banyak di negara kita.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang jelas.

Menerangkan fakta dengan jelas berserta contoh yang


sesuai.
Menganalisis fakta dan membuat inferens yang ringkas /
mudah.

Aras 2 3-4
Contoh :
Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka
kerana peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia terutamanya
dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Aras 3 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 5-6


pemahaman yang mendalam serta membuat perkaitan
dengan kehidupan masa kini.

Menghuraikan fakta dengan sangat jelas, mendalam


berserta contoh yang sangat sesuai.
Menghubungkait fakta sejarah dengan isu masa kini.
Membuat inferens yang tepat.

Contoh :
Negara kita menjadi tumpuan buruh asing selepas merdeka
kerana peluang pekerjaan yang luas di negara kita berbanding
dengan negara mereka dalam sektor perladangan dan
pembinaan. Ini dapat membantu meningkatkan taraf hidup serta
dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka.
Sebelum merdeka pun, British membawa masuk buruh asing
untuk berkerja di ladang getah, lombong bijih timah dan
pembinaan jalan raya serta landasan kereta api.
Kawalan pintu masuk negara mungkin longgar memandangkan
ramai warga asing masuk secara haram. Seolah-olah tidak
terkawal. Ramai pendatang mendarat di kawasan pantai dan
mereka ini ada yang terlepas dan sedang bergerak bebas dalam
negara ini.
Jelaslah bahawa faktor ekonomi dan politik tempatan berkait
rapat dengan pertambahan kedatangan warga asing di Malaysia.

Soalan Respon yang dihasratkan Skor


Menunjukkan pengetahuan pengetahuan dan pemahaman yang
4 (c) 10
mendalam terhadap fakta dan membuat analisis serta penilaian.
Tidak menjawab soalan / respons tidak menepati kehendak
0
soalan.
Pernyataan umum berdasarkan pengetahuan yang terhad.

Menyataakan kesan secara ringkas.


Penerangan sangat ringkas.
Aras 1 1-2
Contoh :
Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan
keselamatan negara terancam.
Aras 2 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 3-5
pemahaman yang jelas dan agak mendalam.
Menerangkan kesan dengan alasan yang jelas, tepat dan
contoh yang sesuai.

Contoh :
Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan
keselamatan negara terancam kerana akan menggugat
pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan
peluang itu untuk rakyat Malaysia.
Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta
membuat inferens.

Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan


mendalam.
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
Menganalisis dan menilai fakta .
Membuat inferens.
Pengolahan kemas.

Contoh :

Aras 3 Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan 6-8


keselamatan negara terancam kerana akan menggugat
pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan
peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika
anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling
Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di
Kuala Lumpur.
Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang-undang
dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya
dipertingkatkan.

Aras 4 Pernyataan yang menunjukkan pengetahuan dan 9-10


pemahaman yang sangat jelas, tepat dan mendalam serta
membuat inferens yang tepat.

Menghuraikan kesan dengan sangat jelas, tepat dan


mendalam.
Mengemukakan contoh yang sangat sesuai.
Menganalisis dan menilai fakta dengan tepat.
Membuat inferens yang tepat.
Pengolahan sangat kemas dan menarik.

Contoh :
Kemasukan warga asing yang tidak dikawal menyebabkan
keselamatan negara terancam kerana akan menggugat
pendapatan penduduk tempatan dalam pelbagai sektor ekonomi.
Kini ramai warga asing menjalankan perniagaan, sedangkan
peluang itu untuk rakyat Malaysia. Keadaan ini sangat jelas jika
anda berpeluang meninjau kawasan perniagaan sekitar Petaling
Street dan berhampiran bangunan Cahaya Suria dan MYDIN di
Kuala Lumpur.
Jika keadaan ini berterusan , pengaliran keluar mata wang
negara turut meningkat kerana warga asing ini akan menghantar
hasil pendapatan mereka ke negara asal mereka. Mata wang
Malaysia akan susut nilai kerana banyak di pasaran. Ini
menjadikan kuasa beli rakyat Malaysia rendah dan menjejaskan
kehidupan mereka. Ibarat itik di air mati kehausan, ayam di kepuk
mati kelaparan.
Melihat kepada situasi semasa, penguatkuasaan undang-undang
dan peraturan di negara ini sangat lemah dan sewajibnya
dipertingkatkan.

RUBRIK PENSKORAN TAMAT