Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 5 : PENGAJARAN MIKRO LAPORAN PERBINCANGAN HASIL SIMULASI

PENGAJARAN MIKRO.

KEKUATAN

Kumpulan kami telah memilih untuk membuat pengajaran mikro bagi kemahiran set induksi.
Tajuk yang telah kami pilih adalah Pecahan. Berdasarkan pengajaran mikro tersebut,
terdapat beberapa kekuatan yang boleh dilihat dengan jelas dan seharusnya sentiasa
dipraktikal dalam PdP. Kekuatan yang pertama adalah berkaitan dengan penggunaan bahan
maujud. Dalam PdP tersebut, guru telah menggunakan buah epal dan kuih donut untuk
dipotong-potong bagi memperkenalkan konsep pecahan. Keadaan tersebut lebih praktikal
dan mudah difahami oleh murid berbanding penggunaan bahan maya seperti video. Di
samping itu, guru juga dapat menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap murid melalui
soalan-soalan seperti murid-murid apa khabar?, semua sudah makan? dan lain-lain.
Keadaan terhadap membantu untuk membina hubungan positif antara guru dan murid.
Selain itu, guru juga berjaya untuk membuat perkaitan antara isi PdP dengan aplikasi dalam
kehidupan seharian. Dalam hal ini, guru kaitkan aktviti memotong buah epal kepada
beberapa bahagian dengan situasi di rumah sekiranya murid-murid ingin berkongsi buah
epal tersebut dengan orang lain secara adil. Di samping itu, guru juga berjaya untuk
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka sesuatu permasalahan. Murid-murid
diberi peluang untuk memotong buah epal kepada beberapa bahagian yang sama saiz
dengan pantauan daripada guru. Selain itu, guru juga dapat memasukkan unsur jenaka
dalam PdP tersebut. Keadaan tersebut membantu untuk menarik perhatian murid-murid dan
mengekalkan fokus murid-murid. Di samping itu, guru juga berjaya untuk meransang
pemikiran murid-murid melalui beberapa soalan penyelesaian masalah. Kesannya, murid-
murid akan melatih pemikiran mereka ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan beraras
tinggi.

KELEMAHAN

Berdasarkan pengajaran mikro tersebut, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki pada masa hadapan. Kelemahan yang pertama adalah penggunaan pisau untuk
memotong buah-buahan dan kuih donut. Penggunaan pisau tersebut kelihatan sangat
sesuai tidak kerana sangat berbahaya kepada murid-murid. Di samping itu, walau pun
penggunaan bahan adalah baik kerana menggunakan bahan maujud buah-buahan dan kuih
donut, namun penggunaan tersebut adalah tidak praktikal untuk dilakukan pada setiap kelas
kerana akan menelan belanja yang banyak. Selain itu, guru juga tidak mengaitkan isi
pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid. Kesannya, pemikiran murid-murid gagal
untuk diberi ransangan yang sepatutnya dan melambatkan pemahaman murid-murid.

LANGKAH MENGATASI

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pengajaran mikro tersebut,


beberapa langkah seharusnya difikirkan dan dilakukan untuk mengatasi kelemahan-
kelemahan tersebut pada masa hadapan. Berkaitan dengan masalah penggunaan pisau
yang sangat tidak sesuai dan berbahaya untuk murid-murid, guru boleh menggunakan pisau
plastik yang tidak tajam sebagai alternatif kepada pisau besi. Sekiranya penggunaan pisau
plastik tidak praktikal untuk memotong buah-buahan, guru boleh menggunakan bahan
maujud yang lain seperti roti dan lain-lain. Seterusnya, dalam masalah tidak mengaitkan isi
pelajaran dengan pengetahuan sedia ada murid, guru seharusnya mengelakkan perkara itu
daripada berlaku lagi. Guru seharusnya membuat perkaitan antara isi pelajaran dengan
pengetahun sedia ada murid untuk memberi ransangan awal kepada mereka agar dapat
memudahkan kefahaman mereka.