Anda di halaman 1dari 18

KESUSASTERAAN DALAM BAHASA MELAYU

Pengenalan

Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan

bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas,

kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis

atau tidak.

Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan juga bentuk lisan.

Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada

kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera.

Dan kita sendiri pula akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang

sebenarnya juga merupakan kesusasteraan.

Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia adalah

ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang dipertuturkan oleh

mereka sendiri.

Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat berharga dan

merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa Melayu. Pengajaran

Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di

sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk

melengkapkan murid-murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan
membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke arah pemantapan

cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.

Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Komponen sastera meliputi pendedahan

bahan-bahan sastera seperti;

i. Pantun

Buku seperti Lanang Berladu Lanang merupakan kumpulan pantun bangsa Melayu Brunei yang

diungkapkan oleh Prof. Madya Dr. Hj Hashim. Terdapat pelbagai jenis pantun yang mengandungi

persoalan dan pengajaran terutama untuk mengajarkan kemahiran berfikir analogi melalui pembayang

maksud yangmengandungi banyak perlambangan.

ii. Syair

Dewan Bahasa Dan Pustaka telah banyak menerbitkan banyak buku syair, antaranya Adun Nan Alun

Sebahtera, Rampaian Laila Syair, Syair Perlembagaan Negeri Brunei, Syair Asli Rajang Hari, Syair

Nasihat dan sebagainya. Masih ramai pelajar tidak mengetahui tentang kewujudan syair-syair ini

melainkan guru-guru mengenalkannya kepada mereka melalui bahan pengajaran di bilik darjah.
iii. Perambahan

Perambahan merupakan versi Brunei yang sama istilahnya dengan peribahasa. Namun, ia

mempamerkan kehidupan masyarakat Brunei. Guru-guru boleh mendapatkan buku mengenainya yang

bertajuk Perambahan Brunei dan menjadikannya sebagai bahan pengajaran terutama bagi mengajar

maksud perbandingan dan kosa kata Melayu Brunei.

iv. Hikayat

Diangdangan merupakan hikayat penglipur lara. Antara contoh diangdangan ialah, Hikayat Awang

Kamaruddin, Diangdangan Bujang Sigandam, Awang Si Linong, Hikayat Awang Si Ambok, dan banyak

lagi diangdangan lainnya yang dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran BahasaMelayu.

v. Cerpen

Cerpen merupakan salah satu bahan kesusasteraan Melayu Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka juga

telah banyak menerbitkan cerpen yang juga boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. Antara cerpen

yang pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, Apabila Sungai Mengalir, Basikal

Idaman, Bumi Warisan, Di Hujung Pertemuan dan sebagainya. Selain daripada senarai-senarai di atas,

terdapat juga bahan sastera tempatan lain seperti, cerita rakyat, sastera sejarah atau historiografi,
sastera epik, sajak atau puisi, novel dan drama. Sekali lagi dinyatakan di sini, terpulanglah kepada guru

untuk menyesuaikannya dengan isi pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar

PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS

Konsep Pendekatan

Pendekatan didefinisikan sebagai cara atau langkah-langkah yang diambil bagi melaksanakan sesuatu

tugas, (Kamus Dewan,2003). Definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan sememangnya umum, penulis

memberikan takrifan ini mungkin untuk situasi-situasi yang tertentu seperti menyelesaikan masalah atau

konflik yang timbul dan berbagai-bagai lagi.

Akan tetapi, terdapat sedikit perbezaan takrif pendekatan dalam konteks pendidikan. Takrifan

pendekatan dalam kontek pendidikan ialah satu cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati. Bagi

lebih memahami, kita lihat contoh terdekat dengan kita iaitu objektif pembelajaran. Bagi mencapai objektif

pembelajaran, seseorang guru perlu menggunakan beberapa pendekatan yang bersesuaian dengan

tahap keupayaan muridnya. Menurut Gestalt, situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu

dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai

sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Dalam istilah yang lebih

mudah ialah pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk

mencapai objektifnya.
Kaedah Pengajaran

Kaedah pula lebih menekankan penyusunan langkah-langkah untuk menyampaikan P&P secara

sistematik berlandaskan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah-langkah P&P disusun rapi dan

kesinambungannya diikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah atau berfokus untuk menghasilkan

proses P&P yang berkesan.

Mangantar Simanjuntak 1982: 72

Kaedah berbentuk prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang

teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu

Kaedah Struktural

Rajah 1: Kaedah Struktural

Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang merupakan kaedah paling

awal. Pengajaran dan Pembelajaran yang bertujuan


memahami aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan

penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau strukturnya.

Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:

tema

persoalan

latar

plot

sudut pandangan

watak perwatakan

gaya bahasa

simbol / lambang

bentuk

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di

samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi mengkaji elemen

di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang, renungan ke dalam diri,

imaginasi, emosi, penerapan pengetahuan, manipulasi dan pengalaman kerohanian. Kaedah ini

membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-komponen di atas.


Kaedah ini dianggap memudahkan pelajar mengkaji unsur estetika, artistic dan keunikan

sastera dengan mengambil lira aspek inrtinsiknya. Contoh-contoh konkrit digunakan untuk memudahkan

lagi memahaman pelajar terhadap sastera. Perhubungan antara elemen dipertontonkan secara langsung

dalam karya yang menunjukkan bagaimana unsur-unsur ini bekerjasama dan akhirnya terhasil karya

yang padu.

Ada dua konsep penganalisisan sastera secara struktural iaitu:

Memahami perhubungan elemen dalam sesebuah karya. Perhubungan elemen ini akan dapat dikesan

apabila analisis struktur dilakukan terhadap karya-karya kesusasteraan.

Sastera ada kedudukan tersendiri. Ia bebas tanpa ada perhubungan dengan pembaca.

Falsafah disebalik pendapat ini ialah sesuatu itu wujud bebas bersendirian. Sifatnya boleh ditemui melalui

analisis secara rasional. Manusia itu pula adalah makhluk yang aktif.

Ciri-Ciri Kaedah Struktural:


Ia merupakan perhubungan antara struktur-struktur kesusasteraan seperti tema, plot,

watak perwatakan, latar teknik, gaya bahasa, sudut pandangan dan sebagainya yang membentuk

keseluruhan karya. Dalam P&P sastera, pemahaman terhadap setiap elemen struktur dan

perhubungannya hendaklah diberikan perhatian.

Kaedah ini menggunakan pendekatan induktif. Para pelajar dibimbing mencari dan

menemui objektif tertentu elemen struktur. Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan tahu secara

mendalam perhubungan elemen struktur tersebut. Objektif tertentu elemem struktur sahaja yang

diutamakan tanpa mengambil kira aspek-aspek lain.

Unsur-unsur struktur diperkenalkan terlebih dahulu sebelum pengajaran dimulakan dan

kemudian setiap unsur itu dijelaskan secara terperinci. Pembelajaran lebih banyak dipandu oleh guru.

Walaupun pelajar dibenarkan membincangkan sesuatu isu tentang elemen struktur, tetapi perbincangan

itu tidak boleh keluar daripada acuan yang telah ditetapkan oleh guru. Bahan bantu mengajar (BBM) tidak

dipentingkan, tetapi kefahaman elemen struktur sahaja dan ini memadai dengan penerangan dan

perbincangan ringkas sahaja. Kaedah ini sesuai di peringkat tinggi sahaja.


Definisi Kaedah Global

Kaedah global ditakrifkan sebagai kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini

mestilah bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan

kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Ciri-Ciri Global

Ada 3 bentuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah ini :-

aktiviti mimik dengan tidak mengggunakan kata-kata dalam menyampaikan perasaan.

aktiviti spontan dengan apa yang ada dan dengan suara.

aktiviti-aktiviti lain yang berbentuk lakonan

Pelaksanaan Kaedah Global

1. Murid membaca dan menghayati karya sastera yang diberikan oleh guru.

2. Guru meminta murid-murid mencari persoalan yang menarik dalam karya sastera.

3. Dalam.suasana informal guru meminta murid-murid berlakon dan melakukan gaya aktiviti di atas untuk

lakonkan watak.
4. Guru boleh mengadakan aktiviti seperti:-

lakonan berasaskan gambar

lakonan berasaskan skrip

lakonan guna topeng

lakonan guna cerita berlagu

Teknik Pengajaran

Teknik merupakan aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P atau cara sesuatu

pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dan menarik dirancang

dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang ingin diperolehi dan dicapai oleh murid. Kemahiran guru

dalam mengelola aktiviti semasa P&P berlangsung akan menggalakkan penglibatan murid secara aktif

dalam kelas dan pembelajaran memberangsangkan, bermakna dan menceriakan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera selalunya tidak menyeronokkan dan

biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang

dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada

alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran

kesusasteraan.

Selain itu, guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera.

Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera

itu dipersembahkan.

Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang

kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan

menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid
dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang dimaksudkan

adalah seperti berikut;

(a)Teater Pembaca

(b) Teater Bercerita

(c) Persidangan Meja Bulat

(d) Monodrama

(e) Balang Kaca

(f) Stesen

(g) Kerusi Panas

(h) Peta Minda

(i) Improvisasi

(j) Mestamu

(k) Dekon

(l) Adaptasi
PENGGUNAAN KAEDAH GLOBAL DAN TEKNIK MONODRAMA DALAM P&P KESUSASTERAAN

MELAYU

NOVEL 6:20

Dalam pengajaran kesusasteraan, pendekatan diolah dari teori-teori kritikan sastera yang melihat

kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam novel, 6:20 oleh Siti Jasmina Ibrahim,

saya akan menggunakan kaedah Global dan Teknik Monodrama dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah Global

Kaedah global merupakan kaedah mudah seperti simulasi khasnya berdrama. Kaedah ini mestilah

bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan situasi murid kerana meliputi kepandaian dan

kesesuaian tatacara kehidupan (permainan) kanak-kanak. Lazimnya kaedah ini dilakukan secara bebas.

Dalam melaksanakan kaedah ini murid-murid perlu membaca dan menghayati novel tersebut.

Murid-murid juga perlu mencari persoalan yang menarik dalam novel itu. Kemudian, murid-murid diminta

berlakon dengan mengguna skrip yang dibina dengan mengguna Teknik Monodrama.
Teknik Monodrama.

Monodrama merupakan karya drama yang ditulis untuk seorang pelakon. Ia merupakan salah

satu teknik berbentuk lakonan semula oleh seorang pelakon untuk melakonkan watak-watak yang dipilih

dalam sesebuah novel atau cerpen. Seseorang pelakon itu perlu menghayati perwatakan watak-watak di

dalam novel atau cerpen yang dipilih oleh guru. Maka, seseorang pelakon itu perlu membaca dan

menghayati sesebuah novel yang dibacanya.

Pelakon perlu berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan

tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasar lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan

perwatakan individu lain. Oleh itu, sebelum melakonkan semula watak-watak yang dipilih, guru dan

murid perlu menyediakan skrip terlebih dahulu untuk dibaca dan dihayati. Hal ini, boleh mendidik murid-

murid bertutur dengan intonasi yang sesuai dengan satu-satu situasi.

Sinopsis Novel 6:20

Novel 6:20 mengisahkan pelajar universiti yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di

daerahnya. Sukma adalah anak pengerusi persatuan penduduk di daerah itu. Dia anak tunggal dalam

keluarga yang berjaya dan berpendidikan. Sukma pelajar yang aktif dan bijak di kampusnya. Disenangi

oleh rakan-rakannya seperti Iskandar, Teja, Jerry, Alvin dan Rafik.


Sukma berasa hairan apabila setiap pukul 6:20 pagi ada sahaja tetamu yang datang ke

rumahnya. Apa yang lebih menghairankan tetamu-tetamu itu hanya muncul dan tidak mahu berbicara dan

enggan diajak masuk ke rumahnya.

Sukma akhirnya mengetahui ada sekumpulan anak muda berpakat dalam senyap

memperjuangkan satu gagasan kebebasan mutlak. Jerry kawan baiknya telah menyertai kumpulan ini.

Tambah merisaukan Sukma, sejak Jerry terlibat dengan kumpalan ini, kehidupannya tidak terurus. Sukma

dan rakan-rakannya berusaha untuk merungkaikan permasalahan ini.

Ruang sepi di kelab WX2 menjadi stesen pertemuan mengatur agenda. Licik dan sukar dikesan.

Ahlinya adalah terdiri daripada mereka yang terpilih, intelektual dan bijak.

Sifat ingin tahu Sukma telah membuka satu persatu rahsia disebalik gagasan itu. Sukma

mencantumkan setiap ruang dan waktu sebagai alamat pemecah kebuntuan. Kehadiran tetamu misteri

setiap 6:20 membawa pertemuan demi pertemuan. Tanpa disedari dan memeranjatkan Sukma

mengesyaki ibunya terlibat dalam kegiatan kumpulan ini.

Prosedur Pelaksanaan Teknik Monodrama


Dalam melaksanakan prosedur pengajaran dan pembelajaran ini, guru perlu membuat perancangan

dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksana dengan lancar. Pada langkah

pertama, guru perlu membuat set induksi yang menarik dan sesuai dengan apa yang hendak diajar.

Kemudian, guru perlu menentukan beberapa objektif yang sesuai untuk dicapai pada hari itu.

Seterusnya, untuk melaksanakan teknik monodrama guru perlu menyuruh murid-murid membaca

karya yang hendak diajar terlebih dahulu (beberapa hari sebelum hari pengajaran). Contohnya, Novel

6:20. Tujuannya supaya murid-murid memahami dan menghayati isi kandungan novel tersebut dan

mengenali watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut. Contohnya watak Sukma, Iskandar, Teja,

Jerry, Alvin dan Rafik.

Setelah semua murid membaca, memahami dan menghayati novel tersebut, guru perlu memilih

seorang pelakon untuk melakonkan watak yang terdapat dalam novel tersebut. Pelakon tersebut mesti

memahami dan menghayati watak-watak yang dipilih.

Sebelum melakonkan watak tersebut, guru perlu membantu murid-murid menyediakan skrip dan

menghafal skrip tersebut. Tujuannya agar pelakon tersebut dapat meluahkan rasa hati supaya dapat

menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Contohnya, dalam Novel 6:20, guru

boleh memilih beberapa watak untuk dilakonkan. Contohnya watak Iskandar dan watak Rafik. Antara

contoh dialog yang diungkapkan oleh Iskandar ialah;

Kamu sangat kuat Sukma. Sikap kamu yang bersungguh-sungguh dan peribadimu yang

terpelihara telah menyedarkan saya. Saya silap. Saya mahu membantu. (6:20 : 227)
Begitu juga dengan ungkapan Rafik yang ingin menyedarkan Iskandar yang telah memiliih jalan yang

salah;

Istigfarlah Iskandar, kembalilah. Berazamlah bersungguh-sungguh untuk bertaubat.

Sesungguhnya Allah suka akan orang tua yang bertaubat tetapi Allah amat suka akan orang muda yang

bertaubat. Marilah kita sama-sama bantu ibu Sukma, ya. (6:20 ; 230)

Petikan dialog ini boleh digunakan dalam lakonan semula oleh pelakon yang dipilih. Pelakon

berkenaan perlu menghayati kata-kata ini agar audion dapat menilai akan peranan watak tesebut. Begitu

juga dengan watak-watak lain.

Selepas teknik monodrama ini dilaksanakan, guru boleh membuat beberapa aktiviti lain yang

dapat menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah guru perlu membentuk beberapa kumpulan

murid untuk membincangkan bagi mencari perkataan berimbuhan dalam bab-bab tertentu. Kemudian,

guru perlu meminta setiap ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka. Setelah

pembentangan, guru perlu memperbetulkan kesilapan murid-murid .

Selain daripada itu, guru boleh mengadakan sesi soal jawab dalam kalangan murid. Tujuannya

untuk menilai kefahaman murid-murid terhadap isi kandungan novel tersebut.


Kemudian, untuk menilai penguasaan murid-murid terhadap nada dan intonasi bahasa, guru

boleh meminta beberapa orang murid membaca dialog yang terdapat dalam novel tersebut. Jika terdapat

kesalahan, guru perlu memperbetulkannya dengan cara menunjukkan contoh bacaan yang betul.

Akhirnya, guru perlu latihan dan membuat kesimpulan serta rumusan hasil pengajaran dan

pembelajaran pada hari itu.

Kesimpulan

Sebagai seorang guru, aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran perlu dilaksanakan dengan

teliti. Guru perlu peka semasa menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran terhadap

penggabungjalinan kemahiran-kemahiran agar pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu, guru

perlu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka agar memudahkan murid-murid memahami apa yang

diajar. Oleh itu, seseorang guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas mereka.
Rujukan

Abdul Rasid Jamian dan Arbaie Sujud (2001). Integrasi Media; Pengajara
Bahasa dan Sastera.Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Arbaie Sujud.2007. Apresiasi Bahasa interpretasi & Ekspresi. Kuala

Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

A s m a h H j O m a r . ( 1 9 8 4 ) . Kaedah Pengajaran Bahasa


K u a l a L u m p u r : D e w a n Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, ArbakOthman (2005). Kamus Komprehensif Bahasa


Melayu.Shah Alam. Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozlan Musa, Masri Karjah, Junaidah Jaafar dan Tg. Adnan Raja Daud. Antologi

Kerusi & Novel Julia.Kuala Kangsar: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Rozaiman Makmun. (2007).BAHTERA: Bahan Sastera dalam Pengajaran


Bahasa.Bandar Seri Begawan. Universiti Brunei Darussalam.

Siti Jasmina,2011.6:20.Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distrubutors Sdn.

Bhd.

Sidang Penyusun. (2006).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah


Rendah Negara Brunei Darussalam.Bandar Seri Begawan. Kementerian Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai