Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

NAMA : SHARUDIN BIN DAMIT


KUMPULAN: PISMP SEMESTER 3 PENDIDIKAN KHAS

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan izin-Nya
maka kami telah selesai melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 3.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norwani binti Che Wil, mentor kepada kami
dan merupakan pensyarah pembimbing bagi program ini atas segala nasihat, tunjuk
ajar dan sokongan sepanjang kami melaksanakan program ini. Seterusnya terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak bekerjasama dalam
menjayakan program ini.

Pada bulan februari lepas, saya bersama 39 pelajar PISMP semester 3 telah
pergi ke Sekolah Kebangsaan Kuala Nal, Kuala Krai untuk membersihkan kawasan
yang terjejas banjir yang teruk. Dalam aktiviti gotong-royong tersebut, banyak
pengetahuan dan pengalaman yang dapat saya perolehi. Antaranya aktiviti tersebut
telah menyedarkan saya erti syukur kepada Tuhan yang maha esa atas segala
nikmat dan kurnia yang masih dipinjamkan kepada saya. Walaupun tidak sempat
berhadapan dan beramah mesra bersama murid-murid serta penduduk kampung
berdekatan di situ, namun, dengan beradanya saya di kawasan terjejas banjir
tersebut, ia telah memberikan gambaran kepada saya betapa sedih dan malangnya
nasib yang terpaksa mereka tempuhi. Namun begitu, saya sangat kagum dengan
kesabaran dan kekentalan dalam diri penduduk kampung tersebut. Saya juga
sangat kagum dengan nilai kasih sayang dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh
guru-guru di sekolah tersebut. Dari kerjasama yang mereka berikan kepada kami
ketika melaksanakan gotong-royong tersebut, terpancar keikhlasan mereka
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik. Bekerja Sebagai Satu Ibadah
merupakan konsep yang amat tepat untuk menunjukkan sikap yang mereka
tunjukkan dan sikap itulah yang harus kami contohi.

Selain itu, aktiviti sebegitu juga telah menyedarkan saya betapa pentingnya
semangat kerjasama dalam satu pasukan. Walaupun kami telah dipecahkan kepada
beberapa kumpulan mengikut tugas yang telah ditetapkan, namun kami tetap
sentiasa tolong-menolong kumpulan yang lain. Sebagai contoh, kumpulan saya
telah ditugaskan membersihkan kesemua tingkap sekolah. Memandangkan kerja
kami agak mudah dan dapat diselesaikan dengan cepat, kami tidak berat tulang
untuk membantu kumpulan lain untuk menyelesaikan tugas kumpulan mereka.
Tambahan lagi, walaupun tenaga kerja yang ada pada aktiviti tersebut hanyalah 39
orang pelajar dan amatlah tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keluasan
kawasan yang perlu kami bersihkan. Namun, atas kerjasama sepasukan dan
kegigihan yang ditunjukkan oleh semua pelajar, akhirnya kami berjaya juga
membersihkan seluruh kawasan tersebut mengikut masa yang diperuntukkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SHARUDIN BIN DAMIT)


PISMP SEMESTER 3 PENDIDIKAN KHAS