Anda di halaman 1dari 8

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif

Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara


pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi
dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah
yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji
beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti
dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang
mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan.

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim
sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti
seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk
mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard
(1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya
sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat
Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai
suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan
selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Para
pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor berikut dapat mempengaruhi
iklim sekolah:

Bilangan dan kualiti perhubungan antara orang dewasa dan para pelajar
(Kupermine, Leadbeater dan Blatt, 2001)
Persepsi pelajar terhadap dan guru terhadap persekitaran sekolah,atau
personaliti sekolah (Johnson, Johnson dan Zimmerman,1996)
Faktor-faktor persekitaran (seperti keadaan fizikal bangunan dan bilik
darjah serta bahan-bahan yang digunakan)
Pencapaian akademik (Johnson & Johnson, 1993)
Perasaan terhadap keselamatan dan saiz sekolah (Freiberg, 1998)
Perasaan terhadap kepercayaan dan hormat antara pelajar dan guru
(Manning and Saddlemire, 1996)
Jelasnya, iklim sekolah adalah suatu dimensi pelbagai yang
mempengaruhi banyak individu termasuklah para pelajar, ibubapa, para
pentadbir dan komuniti. Iklim sekolah secara signifikannya dapat memberi
impak kepada persekitaran dalam pendidikan. Freiberg (1998)
menyatakan "iklim sekolah boleh menjadi satu pengruh yang positif yang
member kesan terhadap persekitaran pembelajaran yang sihat" (p.22).
Walaupun istilah iklim sekolah yang luas ini telah dikaji selama beberapa
tahun, namun takrifan yang tepat tentang iklim sekolah masih lagi tidak
dapat dirumuskan secara lebih spesifik.

Ciri-ciri iklim sekolah yang positif

Banyak pengkaji telah membuat pengukuran terhadap iklim sekolah.


Penilaian-penilaian ini mengambil kira pelbagai faktor di dalam system
persekolahan dengan menggunakan pengukuran secara langsung seperti
soal selidik dan temuramah serta pengukuran secara tidak langsung
seperti tahap disiplin dan rekod kedatangan (Freiberg, 1998). Soal selidik "
The School Climate Survey" mengandungi tujuh dimensi terhadap iklim
sekolah dan memberikan persepsi pelajar terhadap bidang-bidang seperti
pencapaian motivasi, keadilan, arahan dan disiplin, penglibatan ibu bapa,
perkongsian sumber, hubungan sesama pelajar dan hubungan pelajar dan
guru (Hayness, Emmons and Comer, 1993). Pengukuran yang lain
terhadap iklim sekolah telah banyak dikaji antaranya adalah "The
Organisational Climate Index"(Hoy, Smith dan Sweetland, 2002) dan
"Organizational Climate Description Questionaire" (Halpin and Croft,
1963). Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan
mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan
berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian
tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin
terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat
dan belajar bersungguh-sungguh.
Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak
sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di
sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru
dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan
pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x)
yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif,
tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat
pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke
puncak kejayaan. Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang
mencerminkan ciri keislahan yang sebenar, boleh menyediakan
persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati
serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan
sahsiah dan pencapaian murid-murid.

Kepentingan Iklim Sekolah Yang Positif

Kajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah dapat mempengaruhi


banyak perkara yang melibatkan ahli-ahli organisasi sekolah. Sebagai
contohnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan pengurangan
masalah tingkahlaku dan emosi pelajar (Kupermine et al, 1997).
Tambahan pula, kajian yang lebih spesifik terhadap sekolah yang berada
di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan bahawa iklim
sekolah yang positif, saling bekerjasama dan kesedaran terhadap budaya
sekolah dapat memberikan kesan secara signifikan terhadap pencapaian
akademik di kalangan pelajar bandar (Hayness & Comer,1993). Ini
menunjukkan bahawa bahawa sekolah yang beriklim positif dapat
menghasilkan pelajar yang mempunyai jati diri dan kemahiran bersosial
yang baik di samping menyediakan suasana pembelajaran yang sihat. Ini
dapat dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Hayness, 1998. Beliau
mendapati bahawa iklim sekolah yang positif menjadi faktor pelindung
terhadap pelajar-pelajar lelaki dan boleh menyediakan kepada pelajar
yang bermasalah (high risk students) persekitaran pembelajaran yang
menyumbang kepada perkembangan yang sihat seterusnya dapat
mengelakkan tingkah laku antisosial di kalangan mereka.

Perhubungan interpersonal yang positif dan peluang pembelajaran yang


optimum terhadap para pelajar di dalam semua persekitaran yang positif
dapat meningkatkan aras pencapaian pelajar dan mengurangkan
Tingkahlaku Maladaptive (McEvoy & Welker, 2000). Jelas menunjukkan
bahawa sekolah yang beriklim positif bukan sahaja dapat menyediakan
prasarana yang kondusif, tetapi dapat membina keperibadian pelajar yang
cemerlang.

Iklim sekolah boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi dan


kepuasan kerja guru-guru dan staf. Berdasarkan peranan yang dimainkan
oleh guru-guru dan pihak pentadbir, Taylor dan Tashakkori (1995)
mendapati iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan
kepuasan kerja bagi kakitangan sekolah.

Persepsi pelajar adalah penting sepanjang pertukaran sekolah. Contohnya


di Malaysia, pertukaran daripada murid darjah 6 ke tingkatan 1.
Kemasukan ke sekolah baru merupakan perkara yang ditakuti oleh pelajar
dan boleh mempengaruhi persepsi pelajar dan dan hasil pembelajaran.
Oleh sebab itu, kajian telah menunjukkan bahawa menyediakan suatu
sekolah yang beriklim positif sangat penting dalam melicinkan dan
memudahkan proses pertukaran ke sekolah baru (Freiberg, 1998).

Iklim sekolah juga dapat memainkan peranan yang signifikan di dalam


menyediakan atmosfera sekolah yang positif dan sihat. Freiberg,1998
menyatakan "interaksi antara pelbagai faktor sekolah dan iklim bilik
darjah dapat mewujudkan suatu sistem sokongan yang yang
membolehkan semua pelajar dan guru dapat menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran yang optimum" (p.22).

Kesimpulannya, telah dapat dibuktikan bahawa iklim sekolah yang sihat


dapat menghasilkan pendidikan dan objektif yang positif kepada pelajar
dan guru serta kakitangan sekolah. Dengan kata lainnnya, iklim negatif
dapat menghindari daripada berlakunya pengajaran dan pembelajaran
berkembang secara optimum terhadap semua pihak (Freiberg, 1998;
Johnson & Johnson, 1993, 1997; Kuperminc et al., 1997; Kuperminc,
Leadbeater & Blatt, 2001; Manning & Saddlemire, 1996).

Kesimpulan

Sesebuah sekolah dapat memperbaiki iklim sekolah yang sedia ada


kearah yang lebih positif. Ini dapat dijalankan dengan mempertimbangkan
perkara-perkara berikut:

Melaksanakan ciri-ciri pendidikan berasaskan nilai-nilai moral seperti


pendekatan budaya Islam
Peningkatan penyertaan ibu bapa dan komuniti
Guru dan pengetua melayan pelajar secara adil, saksama dan hormat
Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat (Harris and Lowey,
2002)
Elakkan tindakan membuli (Peterson and Skiba, 2001)
Justeru itu, iklim sekolah perlu disepadukan antara iklim yang bersifat
disiplin dalaman (nilai kerohanian) seperti penerapan nilai keagamaan
dalam kehidupan seharian di sekolah dan iklim bersifat luaran seperti
persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi
yang baik. Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak sekolah bukan sahaja
mampu mewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi, tetapi juga
berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan
sahsiah.

RUJUKAN

Freiberg, H. J. (1998). Measuring school climate: let me count the ways.


Educational

Leadership, 56(1), 22-26.

Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school.
Chicago: Midwest

Administration Center, University Of Chicago.

Howard, E.R. 1974. School climate improvement. Education Digest 39 (8):


333-336.

Haynes, N. M. (1998). Creating safe and caring school communities:


Comer school

development program schools. Journal of Negro Education, 65, 308-


314.

Haynes, N. M., & Comer, J. P. (1993). The Yale school development


program process,

outcomes, and policy implications. Urban Education, 28(2), 166-199.


Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993). Elementary and middle
school

climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center.

Hoy, W. K., Smith, P. A., & Sweetland, S. R. (2002). The development of the
organizational

climate index for high schools: its measure and relationship to faculty
trust. The High School Journal,86(2), 38-49.

Johnson, W. L., & Johnson, M. (1993). validity of the quality of school life
scale: a

primary and second-order factor analysis. Educational & Psychological

Measurement, 53(1), 145-153.

Johnson, W. L., Johnson, A. M., & Zimmerman, K., (1996). Assessing school
climate

priorities: A Texas study. The Clearing House, 70(2), 64-66.

Kuperminc, G. P., Leadbeater, B. J., Emmons, C., & Blatt, S. J. (1997).


Perceived school

climate and difficulties in the social adjustment of middle school


students.

Applied Developmental Science, 1(2), 76-88.

Manning, M. L., & Saddlemire, R. (1996). Developing a sense of


community in
secondary schools.
National Association of Secondary School Principals. NASSP

Bulletin, 80(584), 41-48.

McEvoy, A., & Welker, R. (2000). Antisocial Behavior, Academic Failure,


And School

Climate: A Critical Review. Journal of Emotional and Behavioral


Disorders, 8(3), 130-

140.

Anda mungkin juga menyukai