Anda di halaman 1dari 9

GAYA PEMBELAJARAN

by Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling

Konsep Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang


itu belajar dalam meperolehi pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012).
Pembelajaran pula merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat ,
mengekod dan failkan maklumat tersebut supaya ia menjadi mudah untuk
digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga merupakan cara
seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan
gaya pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.

Menurut Dunn & Dunn (1981), sesetengah individu dapat belajar dengan
amat berkesan dalam keadaan yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang
hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Menurut Peterson (1979) & Steward
(1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan pengajaran digemari
oleh seseorang pelajar. Ada pelajar yang gemar cara belajar sendiri. Menurut Honey
& Munford pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu
gemar pengalaman yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau
bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah gaya pembelajaran berkaitan dengan
pengalaman seseorang. Steward & Felicetti (1992) mendefinisikan gaya
pembelajaran sebagai keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar.
Oleh itu, gaya pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dibelajari malahan
menekankan bagaimana seseorang itu belajar.

Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk.
Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu
tersebut. Seseorang murid A yang telah mencapai keputusan yang cemerlang
dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna murid ini telah
menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan
murid B yang tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan oleh murid ini masih tercari-cari jenis
gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya.

Gaya pembelajaran harus diberikan perhatian kepada murid-murid yang


merupakan individu yang berbeza oleh seorang pendidik supaya murid dapat
belajar dengan lebih berkesan.

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

Setiap individu mempunyai strategi belajar yang berbeza dan kadar


pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka
adalah sama. Mengikut Dictionary of Psychology (1973) dalam Santhi Suppiah
(2000), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu
daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan
individu dalam suatu kumpulan.

Peranan guru dalam memilih kaedah dan aktiviti pengajaran yang sesuai
merupakan perkara yang penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran.
Terdapat tiga gaya pembelajaran yang lebih umum iaitu gaya pembelajaran visual,
gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.

Murid-murid yang memiliki gaya pembelajaran visual adalah orang yang jenis
gemar belajar dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud
dan sebagainya. Selain itu, murid-murid lebih cenderung membelajari Sesutu
dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka membelajari melalui
penglihatan. Murid-murid yang mempunyai gaya pembelajaran ini memerlukan tulis
nota apabila mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan.Sebagai
contohnya, semasa dalam kelas, Ali menyalinkan semua nota yang dibagi oleh guru
dan cuba membuat rujukan yang berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan
pengetahuannya terhadap pembelajaran.

Gaya pembelajaran auditori merupakan jenis pembelajaran yang menekankan


pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati
penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari
sesuatu. Selain itu,murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan
mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga
mengajar murid murid lain serta berbincang dengan guru. Sebagai contohnya,
Muthu tidak menyalin nota semasa guru memberi penerangan tantang konsep
fotosintesis. Tetapi dia hanya mendengar dan mengingati apa yang diterangkan
sahaja. Selepas itu, guru memberikan latihan kepada mereka. Muthu dapat
menjawab dengan baik dengan menggunakan teknik ingat kembali. Oleh itu, Muthu
menggunakan gaya pembelajaran auditori.

Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang murid dapat belajar


melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Murid yang
mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang
konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Selain itu, murid jenis
pembelajaran ini gemar menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana
mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman yang realiti kepada
mereka. Sebagai contohnya, semasa waktu Sains & Teknologi, guru membawa
murid-murid keluar dari kelas dan pergi ke taman bunga. Murid-murid diberi
peluang menyentuh dan merasai bentuk-bentuk bunga. Selepas itu, terdapat
beberapa orang murid dapat melukis bentuk bunga yang disentuh tadi, maka
murid-murid tersebut merupakan jenis pembelajaran kinestetik.
Di samping itu, gaya pembelajaran yang lain adalah gaya pembelajaran global yang
sentiasa berinisiatif mencari pelbagai cara dan jalan penyelesaian untuk sesuatu
perkara. Murid ini akan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang
berlainan. Sebagai contohnya, Meng Choo sentiasa melayari internet, mencari
maklumat di pusat sumber, menanya pandangan orang lain apabila membelajari
sesuatu topik yang baru baginya. Gaya pembelajaran global ini membolehkan
murid-murid mendapat pelbagai ilmu pengetahuan daripada pembelajaran.

Gaya pembelajaran pemerhatian reflektif adalah jenis pembelajaran yang


menggunakan pengalaman melalui membuat refleksi. Setiap pembelajaran yang
dilakukan akan diimbas kembali dan membuat kesimpulan pada akhirnya. Murid
yang berjenis ini juga akan memikir secara mendalam dan penelitian yang teliti
sebelum membuat sebarang keputusan yang muktamad. Sebagai contohnya, murid
B sering menanya soalan pada dirinya dan memikirkan sebab dan akibat jikalau
sesuatu keputusan telah diambil. Selepas keputusan diambil, murid ini akan
membuat refleksi terhadap keputusan tadi.

Gaya pembelajaran abstrak adalah transformasi maklumat menerusi pemerhatian


reflektif atau pengkajian aktif. Murid yang mengamalkan jenis gaya pembelajaran
ini sentiasa menekankan teori dan analisa sistematik. Biasanya murid lebih kepada
pemikiran logik serta suka benda dan simbol-simbol untuk mewakili sesuatu. Di
samping itu, murid jenis ini suka pada mata pelajaran matematik dan sains yang
dapat mengaplikasikan simbol-simbol dan formula tertentu. Sebagai contohnya,
Mira suka menganalisis situasi dengan secara abstrak serta membuat pemerhatian
dan berfikir akan kesimpulannya.

Murid yang berjenis gaya pembelajaran aktif akan menggunakan pengalaman


lepas dan menggabungkannya dengan maklumat-maklumat baru dalam proses
penyelesaian masalah. Selain itu, murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini
adalah sangat aktif dalam kuriukulum dan sukakan ujikaji yang baru baginya.
Sebagai contohnya, Meena menjalankan eksperimen terhadap makanan binatang
ternakan. Meena telah mempunyai pengalaman dalam membela kucing di
rumahnya, oleh itu, dia telah mengabungkan konsep makanan kucingnya dengan
konsep yang baru yang telah disarankan oleh guru darjahnya. Dengan ini, Meena
lebih cenderung untuk mengaplikasikan konsep baru dan lama secara praktikal
sehingga berjaya.

Gaya pembelajaran jenis konkrit adalah gaya yang memerlukan pengalaman atau
bahan yang konkrit untuk menyokong proses pembelajaran.Murid berjenis ini juga
akan menyerap segala maklumat melalui pengalaman lasngsung dengan membuat
pemerhatian dan pemikiran terhadap suatu perkara. Selain itu, murid jenis ini
gemarkan contoh yang spesifik baginya serta setiap masalah hendaklah
menjadikannya sebagai perkara yang terasing. Sebagai contohnya, apabila guru
menceritakan kisah harimau kepada murid-murid. Abu tidak mendapat cerita yang
disampaikan oleh guru, akan tetapi, apabila guru menunjukkan gambar dan video
harimau, Abu terus faham apa yang ingin disampaikan oleh guru. Contoh yang lain
adalah, Abu tidak dapat membelajari 2 perkara dalam suatu masa, seperti binatang
harimau dan kucing. Dia hendak memahami binatang harimau dahulu sebelum
memahami binatang kucing. Contoh-contoh yang spesifik juga diberi seperti
harimau badan besar dan kucing badan kecil.

Seterusnya adalah gaya pembelajaran divergen.Murid yang mempunyai gaya


pembelajaran divergen berupaya mengasimilasikan pelbagai maklumat untuk
dijadikan satu entiti yang bersepadu. Murid ini akan menjanakan seberapa banyak
idea yang banyak mengenai satu topik dalam masa yang ditetapkan. Idea-idea akan
dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta disusun mengikut turutan.
Selain itu, murid jenis ini akan berfikiran terbuka dan mempunyai imaginasi yang
tinggi terhadap sesuatu topik. Sebagai contohnya,guru telah menanya soalan yang
dapat membantu murid mencetus idea-idea yang bernas seperti , Apa yang
memberi tekanan kepada anda?, Apakah yang penting bagi kamu? dan
sebagainya.

Gaya pembelajaran konvergen adalah gaya yang cekap menyelesaikan masalah


terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal. Murid jenis ini lebih fokus
dan cekap membuat penaakulan deduktif. Selain itu, gaya konvergen terdiri
daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan berdasarkan
tema atau topik yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan boleh
difahami. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih sesuai dengan
mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Sebagai contohnya, Siti telah
mencari jalan penyelesaian yang pelbagai dari pusat sumber untuk menyelesaikan
masalah tekanan di kalangan murid-murid. Dengan ini, Siti mempraktikan gaya
pembelajaran konvergen dengan mengintepretasikan maklumat dari pelbagai
sumber.

Model-model Yang Berkaitan Dengan Gaya Pembelajaran

1. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford

Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila


manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran, kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah
kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu,
kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat
kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.

Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan


sebagai penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu,
sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.

Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
1. Aktivis 3. Teoris

2. Reflektif 4. pragmatis

Murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang


mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah
penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang
baru kepada mereka. Selain itu, jenis murid ini mudah membuat sesuatu tanpa
memikir panjang kerana mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu
perkara. Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari kerana mereka tidak perlu
dorongan daripada orang lain. Pada keseluruhannya, murid jenis ini merupakan
seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering
tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat
dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan
membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang
reflektif akan sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil
ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak terburu-buru untuk membuat keputusan
dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Selain itu, mereka akan
mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan
membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja dengan
sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan.
Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka
sering melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan
berdasarkan pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.

Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang
rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem
pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka merupakan
golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan mengkaji
fenomena yang berlaku di persekitaran mereka. Pada keseluruhannya, mereka
akan sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih
mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan atau idea
yang wujud.

Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang


rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti
dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara
lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat.
Selain itu, mereka gemar mencuba idea , teori dan teknik untuk menguji sama ada
ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri
daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanak yang mementingkan logikal.

2. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn


Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di
mana murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000),
ramai orang mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn &
Dunn lagi, adalah penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku
individu tetapi juga untuk mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap
pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld, 2001).
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh
beberapa faktor iaitu:

a) Persekitaran

b) Emosi

c) Sosiologi

d) Fizikal

e) Psikologi

Faktor persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa
pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah
murid lebih suka belajar di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada
murid yang suka memasang radio sementara mereka membaca buku. Contoh yang
lain seperti, ada murid yang suka tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk
pembelajaran yang berkesan pada mereka, namun ada murid yang tidak suka
tempat cerah, tetapi mereka inginkan tempat yang gelap dan sejuk untuk mencapai
objektif pembelajaran mereka. Reka bentuk seseorang individu juga amat
berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri. Sebagai contohnya, murid
yang mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang
extrovert. Murid yang mempunyai cirri introvert lebih suka pada gaya pembelajaran
yang lebih formal dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja dan kerusi
untuk mereka. Manakala murid yang extrovert lebih suka belajar di tempat yang
lebih tidak formal seperti di atas lantai, di taman bunga dan sebagainya.

Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya


pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin
pembelajaran yang berbeza. Sebagai seorang pendidik, tidak boleh memaksa
murid-murid menerima cara pembelajaran yang tertentu sahaja.

Faktor yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Sebagai


contohnya,motivasi, usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan
fleksibiliti. Motivasi seseorang yang merupakan daya penggerak utama yang
menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi ekstrinsik adalah motivasi yang
dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau markah yang tinggi
manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan dalaman
seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan mereka
turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah suatu
peraturan yang spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau kerja.
Arahan guru yang jelas dan berstruktur amat penting kepada pelajar dalam proses
pembelajaran tetapi ada murid yang suka gaya pembelajaran yang bebas. Oleh itu,
sebagai seorang guru harus memberi perhatian kepada murid yang mempunyai
pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada murid yang berasa dirinya
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran maka murid tersebut
akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ada
sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di pembelajaran,
maka mereka akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.

Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan
lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa
bergaul dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa
gangguan orang lain. Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan
berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa lebih suka belajar dengan kehadiran
kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua hala. Sementara itu, belajar dalam
kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat popular dan digalakkan
kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi idea. Bagi faktor orang
dewasa pula, banyak dipraktik di sekolah atau di rumah. Murid-murid lebih
cenderung menanya soalan yang mereka tidak faham kepada orang dewasa. Oleh
itu, gaya pembelajaran ini juga amat berkesan bagi murid-murid dalam proses
pembelajaran.

Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau


tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua
pancaindera dalam proses mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui
auditif, dapat membantu murid mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan
mengingati semasa proses pembelajaran. Visual pula membolehkan murid belajar
melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang kuat dan cenderung untuk melihat
gambar yang menarik. Taktual adalah melalui sentuhan semasa pembelajaran,
dengan menggunakan cara ini murid akan mudah mengingati apa yang dibelajari.
Seterusnya adalah kinestetik yang belajar melalui hasil kerja dan pengerakan.
Selain itu, terdapat murid yang makan dan minum sementara mereka belajar atau
membuat kerja. Ini dapar mengurangkan tekanan mereka dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Faktor yang seterusnya adalah tempoh belajar seseorang murid.
Terdapat murid yang hanya dapat belajar dan memberi fokus pada waktu pagi
sahaja dan ada yang dapat memberi perhatian pada waktu perdananya sendiri.
Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza bagi setiap murid. Ada murid
yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk belajar. Oleh itu, waktu
rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan melakukan
pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.
Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan
impulsif , global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran
impulsif suka belajar dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan
awal manakala murid yang bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa
membuat sesuatu dan akan memikir dengan lebih mendalam sebelum melibatkan
diri dalam proses pembelajaran. Di samping itu, murid jenis analitikal suka belajar
dalam persekitaran yang cerah dan lebih formal manakala murid jenis global lebih
suka belajar dalam persekitaran yang suram dan duduk secara tidak formal seperti
di atas sofa dan lantai.

Implikasi Gaya Pembelajaran terhadap Pengajaran & Pembelajaran

Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru


hendaklah memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini
kerana,dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Selain itu, juga
dapat membantu guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di
sekolah.

Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi
satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid. Selepas
guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang dirancang juga
sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang


murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu,
selepas mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah
membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.

Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan
mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid
yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid
yang lebih gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat
dengan gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.

Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza,
kerana murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar
seperti gaya pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan
kedudukan yang tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran
gaya analitikal yang sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal.
Jadi, guru hendaklah mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid
dalam kelas

Anda mungkin juga menyukai