Anda di halaman 1dari 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

BEHOR PULAI,
01000 KANGAR, PERLIS

KERTAS KERJA PENUBUHAN


KELAB KEMBARA DAN REKREASI
IPG KAMPUS PERLIS
1.0 PENGENALAN

Penubuhan Kelab Koir IPG Kampus Perlis merupakan suatu inisiatif


kearah pembinaan dan pembentukan kualiti guru sebagai insan yang aktif
bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang sihat dari segi
jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk mendedahkan bakal


guru dengan aktiviti-aktiviti luar dan pada masa yang sama dapat meneroka
persekitaran di lapangan. Hal ini bertepatan dengan salah satu konsep
pembelajaran iaitu pembelajaran secara autentik. Dimana dalam
pembelajaran autentik ini memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk
mendidik murid dengan memberikan pengalaman yang sebenar. Selain itu,
kelab ini juga memberi peluang kepada guru-guru pelatih di kampus ini yang
berminat untuk menyertai segala aktiviti aktiviti yang akan dianjurkan oleh
kelab ini. Dengan menyertai kelab ini, guru-guru pelatih boleh menyertai
aktiviti-aktiviti yang akan disediakan oleh kelab ini. Contoh aktiviti ialah, high
rope, water confidence, mendaki bukit dan banyak lagi. Kelab ini juga akan
mendedahkan kepada ahlinya ilmu dan kemahiran yang boleh diguna pakai
semasa melangsungkan aktiviti aktiviti tersebut seperti asas ikatan dan
simpulan, pertolongan cemas, dan ikhtiar hidup. Kelab ini juga dapat
membantu bakal-bakal guru untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
sihatdan bermanfaat pada masa lapang.

Di samping itu, penubuhan kelab ini juga ingin melahirkan guru-guru


pelatih yang berpengalaman dan dapat menguasai kemahiran sampingan
bagi membantu kemandirian hidup kelak, Pelaksanaan kelab ini melibatkan
semua ahli Kelab Rekreasi Luar IPG Kampus Perlis dan juga terbuka kepada
semua warga kampus yang berminat.
2.0 MATLAMAT PERSATUAN

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek seterusnya menjadikan Kelab Kembara & Rekreasi Luar sebagai
medium penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras
dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan
kemajuan negara Malaysia.

3.0 OBJEKTIF PERSATUAN

3.1 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua


IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
3.2 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara
menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-
pihak luar.
3.3 Pergerakan Kelab Kembara & Rekreasi Luar yang didaftarkan di bawah
nama IPG Kampus Perlis mampu mengharumkan nama IPG Kampus
Perlis sebagai sebuah IPG yang menyokong kebitaraan sukan dalam
kalangan warga kampusnya.
3.4 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman para
guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai
seorang guru dan juga bakal guru.
4.0 PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERSATUAN

4.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.
4.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
4.3 Aktiviti yang boleh dirancang oleh Kelab Kembara & Rekreasi Luar
adalah seperti di Lampiran A.
4.4 Selain aktiviti yang dinyatakan dalam Lampiran A, Kelab Kembara
& Rekreasi Luar juga akan merancang dan merangka pelbagai
aktiviti lain yang difikirkan relevan, mantap dan berkesan dengan
situasi semasa.

5.0 SUMBER KEWANGAN

5.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan.
5.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat
persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.
5.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui
aktiviti.
5.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai
aktiviti tersebut.
5,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun
yang akan disediakan oleh bendahari.
5.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan
persetujuan dua per tiga ahli-ahli.
5.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi
melebihi RM 199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK
tertinggi.
5.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM
200.00 sahaja dengan kebenaran pengerusi.
5.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun
berakhir pada akhir tahun.
6.0 AHLI JAWATANKUASA

CADANGAN JAWATANKUASA KELAB KEMBARA DAN REKREASI LUAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

6.1JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tn. Hj. Ideris Bin Abu Bkar


Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Penasihat : En. Musaidi Bin Mustafa


Pensyarah Unit Kokurikulum
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

6.2 JAWATANKUASA KELAB

Pengerusi : Muhammad Hakimi Aqil Bin Abd Halim

Naib Pengerusi : Adibah Aqilah Bt Mohammad Adib

Setiausaha : Nur Aina Muslihah Binti Shansu


Baharing

Bendahari : Zarul Syairazi Bin Zulkifli

AJK Aktiviti : Nur Hidayah Binti Fadillong

AJK Dokumentasi : Aiman Faiz Bin Mohd Mazlan


AJK Publisiti : Alya Ismahani Binti Md Zin
AJK Peralatan & Pergerakan : Muhammad Nazri Bin Hashim
AJK Tugas Tugas Khas : Nurul Raihana Binti Mohd Ridzuan
7.0 KELULUSAN PENUBUHAN

Disediakan oleh,

..
(NUR AINA MUSLIHAH BINTI SHANSU
BAHARING)
Setiausaha
Kelab Kembara & Rekreasi Luar
IPG Kampus Perlis.

Disemak oleh, Disokong oleh,

. .
( MUSAIDI BIN MUSTAFA ) ( NORYATI BINTI ISMAIL )

Pensyarah Penasihat Ketua Unit

Kelab Kembara & Rekreasi Luar Unit Kokurikulum

IPG Kampus Perlis. IPG Kampus Perlis.

Diluluskan oleh,

.
( TUAN HAJI IDERIS BIN ABU BAKAR )
Pensyarah Penasihat
Kelab Kembara & Rekreasi Luar
IPG Kampus Perlis.
Perlembagaan Kelab Kembara & Rekreasi Luar
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

PERKARA 1 NAMA DAN ALAMAT


1.1 Nama Persatuan : Kelab Kembara & Rekreasi Luar
1.2 Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Behor Pulai,
01000
Kangar, Perlis

PERKARA 2 MATLAMAT
2.1 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengembangkan potensi
secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek seterusnya menjadikan Kelab Kembara & Rekreasi Luar
sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang
berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi
teras pembangunan kemajuan negara Malaysia.

PERKARA 3 OBJEKTIF

3.5 Memenuhi saranan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada semua


IPTA/IPTS/IPG dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.
3.6 Memberi pendedahan kepada para guru pelatih tentang cara
menguruskan sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-
pihak luar.
3.7 Pergerakan Kelab Kembara & Rekreasi Luar yang didaftarkan di bawah
nama IPG Kampus Perlis mampu mengharumkan nama IPG Kampus
Perlis sebagai sebuah IPG yang menyokong kebitaraan sukan dalam
kalangan warga kampusnya.
3.8 Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan
kefahaman para
guru pelatih terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai
seorang guru dan juga bakal guru.

PERKARA 4 KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan.
4.3 Ahli ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi
menjayakan objektif kelab ini.

PERKARA 5 PENSYARAH PENASIHAT


5.1 Pensyarah Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPG Kampus
Perlis.
5.2 Pensyarah Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu

PERKARA 6 AHLI JAWATANKUASA


6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli
yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan
sebagai ahli jawatankuasa.
6.3 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Pensyarah Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.4 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Pensyarah Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri :-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Ahli Jawatankuasa ( Bilangan bergantung keperluan )

PERKARA 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


7.1 Pengerusi
7.7.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
7.7.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan
yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari masa ke semasa.
7.7.4 Memastikan semua kegiatan yang dirancang dapat dijalankan
dengan baik.
7.7.5 Menyemak/membaiki draf minit mesyuarat yang baru (jika ada).
7.7.6 Menurunkan tandatangan untuk disahkan minit mesyuarat yang
lepas.

7.2 Naib Pengerusi.


7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab
yang diberi.
7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari masa ke semasa.
7.3 Setiausaha
7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli-ahli.
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari masa ke semasa.
7.3.6 Menyediakan surat mohon sumbangan (jika ada).
7.3.7 Menyediakan tempat mesyuarat.
7.3.8 Menurunkan tandatangan di minit mesyuarat yang lepas.

7.4 Penolong Setiausaha


7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
7.4.2 Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari masa ke semasa.
7.4.4 Membantu menyediakan tempat mesyuarat.

7.5 Bendahari
7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
kelab/persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata kira-kira/kewangan bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung atau mesyuarat jawatankuasa.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari masa ke semasa.
7.5.7 Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat.

7.6 Ahli Jawatankuasa


7.6.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
7.6.2 Mempengaruhi biro sekiranya dilantik.
7.6.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pensyarah
Penasihat dari semasa ke semasa.
7.6.4 Membantu setiausaha menyediakan tempat mesyuarat.

PERKARA 8 KEWANGAN

8.1 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 1.00 bagi setiap bulan.
8.2 Jumlah bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat
persetujuan 2/3 ahli semasa mesyuarat agung tahunan.
8.3 Persatuan juga boleh memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti.
8.4 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8,5 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang
akan disediakan oleh bendahari.
8.6 Pengeluaran wang berjumlah melebihi RM 499.99 memerlukan
persetujuan dua per tiga ahli-ahli.
8.7 Pengeluaran wang yang kurang daripada RM 500.00 tetapi melebihi RM
199.00 hanya perlu mendapat persetujuan AJK tertinggi.
8.8 Bendahari hanya boleh membuat pengeluaran wang di bawah RM 200.00
sahaja dengan kebenaran pengerusi.
8.9 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir
pada akhir tahun.

PERKARA 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung


9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada
pengerusi kelab.
9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahun sebelumnya tidak
boleh menyertai semua naktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun
semasa.

PERKARA 10 AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan
kepada pengetahuan ahli.
10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli
kecuali Ahli-ahli seperti yang dinyatakan dalam PERKARA 9 perenggan
9.3.

PERKARA 11 MEMBERHENTIKAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau


kenteteraman Persatuan, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli
yang dipecat berhak membuat rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu
pemecatan, kepada Mesyuarat Agung untuk keputusan muktamad.

PERKARA 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli
jawatankuasa semasa mesyuarat Agung tahunan.
12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dah Ahli Jawatankuasa
dan ahli akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika
perlu.
12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan
oleh pengerusi.

PERKARA 13 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN


13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun
sebelum semester persekolahan bermula.
13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendaklah dihebahkan kepada ahli-
ahli selewatnya-lewatnya TUJUH hari sebelum tarikh mesyuarat.
13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara
berikut:
13.3.1 Ucapan Pengerusi
13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu
13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti
13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit
13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan
13.3.6 Ucapan penangguhan
13.3.7 Lain-lain hal.
13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-
pemegang jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain
perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan
pemegang jawatan di buat seperti berikut:
13.4.1 Ahli yang dicalonkan untuk memegang jawatan hendaklah seperti
yang dinyatakan dalam PERKARA 6 perenggan 2 & 4.
13.4.2 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan
penyokong
13.4.3 Pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi jawatan yang
ditandingi
13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan
yang dipertandingkan
13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan:
a) Apabila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa
b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang
daripada 1/4 daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan
tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
13.6 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan
pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.
13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas itu
hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-
kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan oleh mesyuarat.
13,8 Perkara 14 di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan
penangguhan Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum
tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atau permintaan ahli-ahli Mesyuarat
hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya enam bulan daripada
tarikh ini. Mesyuarat Agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan
yang sama tidaklah boleh diadakan.

PERKARA 14 KUOROM
14.1 Kuorom mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut
14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli
14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang daripada
jumlah bilangan ahli jawatankuasa
14.2 Jika kuorom tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan
kepada satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Persatuan; dan
jika kuorom tidak cukup juga selepas setengah jam daripada waktu yang
ditetapkan untuk mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang
Persatuan atau membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.

PERKARA 15 PEMBUBARAN KELAB


15.1 Kelab akan dibubarkan pada mesyuarat agung terakhir bagi tahun
semasa.
15.2 Pengarah diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Lampiran A

1. Challenge Your Fear


Aktiviti Challenge Your Fear merupakan salah satu aktiviti
yang menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan
rekreasi air. Program yang berasaskan kekuatan dan ketahanan ini
boleh menarik lebih ramai penyertaan dari kalangan para pelajar
IPG Kampus Perlis. Program dan aktiviti ini akan menyumbang
kepada pertumbuhan penglibatan pelajar terhadap aktiviti di
kampus. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar melakukan
aktiviti yang berfaedah di masa lapang. Antara aktiviti boleh
dijalankan ialah berkayak, water confidence, renang dan banyak
lagi. Menerusi program ini, para guru pelatih dapat mengekalkan
kecergasan badan dan juga mengatasi perasaan takut terhadap air.
Hal ini scara tidak langsung dapat membantu guru pelatih menjadi
seorang yang berani menghadapi dan menyahut cabaran.

2. Menuju Ke Bintang

Aktiviti ini dibuka kepada semua ahli Kelab Kembara &


Rekreasi Luar. Aktiviti ini merupakan salah satu program kerjasama
antara dua ipg iaitu IPG Kampus Perlis dan juga IPG Kampus
Sultan Mizan. Program menuju ke bintang adalah aktiviti mendaki
Gunung Bintang selama dua hari satu malam. Rasional program ini
adalah untuk membentuk semangat berpasukan antara ahli kelab
kedua dua IPG. Umumnya, aktiviti mendaki menuntut komitmen
fizikal, mental dan emosi para peserta. Para peserta juga akan diuji
stamina dan keperibadian diri mereka secara tidak langsung
menerusi aktiviti ini. Hal ini, dapat mendidik diri guru pelatih untuk
mengamalkan gerak kerja berpasukan serta sentiasa bersedia
dalam menghadapi pancaroba di alam pekerjaan kelak.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadi medan muhasabah


diri para guru pelatih untuk meningkatkan sahsiah diri masing
masing. Sehubungan itu, program Menuju Ke Bintang yang bakal
dijalankan ini diharapkan akan menjadi platform kepada dua buah
IPG dalam menjalinkan hubungan baik memperkukuhkan dan
memperkasakan semangat berpasukan sesama ahli.

3. Simpulan Kita

Ikatan dan simpulan sering diguna pakai dalam aktiviti


seharian. Kemahiran ini juga penting dalam kerja-kerja
menyelamat. Penggunaan ikatan dan simpulan tali boleh
diaplikasikan pada bila bila masa, tempat dan keadaan, seperti
oleh pengembara, penyelamat, pendaki gunung, penggunaan khas,
perhiasan dan kegiatan luar. Kita juga selalu menggunakan
berbagai-bagai jenis ikatan dan simpulan pada setiap masa. Tujuan
kelas ikatan dan simpulan ini diadakan adalah untuk memberi
pededahan kepada papra peserta tentang cara dan penggunaan
tali temali dalam pelbagai situasi. Kebolehan para peserta
menggunakan tali dengan cekap dapat membantu menyelamatkan
masyarakat dalam situasi siuasi genting seperti banjir, mendaki
dan banyak lagi. Dengan kebolehan ini juga, para peserta dapat
mewakili IPG Kampus Perrlis dengan menyertai mana mana
squad peyelamat bagi membantu masyarakat yang terkena
bencana khususnya di kawasan tinggi. Selain itu, berbekalkan
kemahiran ikatan dan simpulan ini, para peserta dapat mencipta
dan menginovasi gajet berasaskan alam semula jadi seterusnya
menanamkan semangat cintakan alam dalam diri para ahli.