Anda di halaman 1dari 5

SK PUSAT LAWAS, JALAN TRUSAN

98850 LAWAS SARAWAK

KERTAS KERJA
MALAM KEBUDAYAAN ASRAMA kali ke-2

Tarikh : 17 November 2016


Masa : 7.00 Malam
Tempat : Dewan Sri Tunas

1.0 PENGENALAN
Malam Kesenian dan Kebudayaan adalah satu aktiviti tahunan asrama. Aktiviti ini
telah membawa dampak yang besar dalam usaha pihak sekolah dan asrama
khususnya dalam membentuk jati diri pelajar, menggalakkan semangat
berpasukan, berdaya saing, membantu membentuk keyakinan diri selain memupuk
perpaduan dan setiakawan para penghuni asrama. Selain daripada itu, aktiviti ini
berperanan penting dalam usaha pihak asrama mencungkil bakat-bakat baru yang
boleh diketengahkan dalam pertandingan Karnival ASAT yang dipertandingankan
sepanjang tahun di peringkat daerah Lawas.

Malam Kebudayaan kali ke-2 ini bertujuan untuk mengisi masa lapang penghuni
asrama supaya masa aktiviti harian mereka di asrama dipenuhi dengan aktiviti
yang lebih berfaedah.

2.0 RASIONAL
1. Memberi ruang yang luas kepada murid untuk sering berinteraksi dan
bekerjasama secara berkumpulan.
2. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat, potensi diri atau
kebolehan terpendam.
3. Membantu untuk memupuk perpaduan dikalangan penghuni yang berbilang
bangsa
4. Memberi penghargaan kepada murid-murid.
5. Sebagai memenuhi masa sengang penghuni asrama.

3.0 OBJEKTIF
1. Mencari dan mengenal pasti kebolehan atau bakat murid.
2. Menanamkan semangat cintakan seni dan budaya bangsa.
3. Membentuk peserta supaya sentiasa bersikap positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama, semangat setia kawan, bersaing secara
positif dan saling bantu-membantu.
5. Membentuk keyakinan diri di kalangan murid asrama.
6. Mencugkil bakat baru yang boleh diketengahkan dalam pertandingan ASAT
pada tahun hadapan.
7. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang lebih berfaedah

4.0 Maklumat Aktiviti


4.1 Masa
Tarikh : 17 November 2016
Jam : 7.00 10.00 Malam

4.2 Tempat
Dewan Sri Tunas

5.0 KUMPULAN SASARAN


5.1 Semua penghuni asrama seramai 100 orang.
6.0 AKTIVITI
Acara yang
Bil
dipertandingkan
1 Bina Badan
2 Ratu Kitar Semula
3 Raja Rimba
4 Kilauan Bintang Karaoke

7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : En. Sim Kwong Yong ( Guru Besar )


Tim. Pengerusi : En. Narudin Bin Ahmad ( Penolong Kanan HEM )
En. Junaidi Bin Adam ( Penolong Kanan 1 )
En. Zakie Bin Matali ( Penolong Kanan Kokum )
Bendahari : Pn. Lindah Binti Zainab
Setiausaha : En. Fridly Bin Bandal
Kelengkapan : Warden, guru dan AKS Lelaki ( Ketua : En. Narudin Bin Ahmad )
Hiasan : Warden, guru dan AKS Perempuan (Ketua : Pn. Hasmah
Bin Sahiee )
Backdrop : En. Lechumanan a/l Jayapuri & En. Suria Azanie
Buku Program : En. Fridly Bin Bandal
PA Sistem : En. Jumat Bin Majin & En. Lechumanan a/l Jayapuri
Makanan : Pn. Lindah Binti Zainab
Hadiah : Cik Farizalailawati Binti Bundak
Penyelaras Pentas : Pn. Florence Ukab
Doa : Ustaz Mazlan Bin Mahat
Pengacara Majlis : Pn. Rini anak Empeni & En. Suria Azanie
Kebersihan : En. Jumat Bin Majin
Hakim : En. Halfae Bin Mohd Zaini
Sijil : En. Halfae Bin Mohd Zaini
Dokumentasi/Gambar : Lechumanan a/l Jayapuri
8.0 Tentatif Program
6.45 : Kehadiran
7.00 7.05 : Lagu Negaraku
Doa Pembukaan
7.05 7.15 : Ucapan Alu-Aluan Guru Besar
7.15 7.45 : Makan Malam
7.45 : Pertandingan Seni Kebudayaan
Raja Rimba
Kilauan Bintang Karaoke
Ratu Kitar Semula
Mr. Badang
9.00 : Penyampaian Hadiah

Pertandingan Malam Kebudayaan


Sijil Penghargaan
Hadiah Sukan Asrama

9. 30 : Dijangka Bersurai

9.0 BELANJAWAN

9.1 Sumber Kewangan : LPBT ASRAMA

9.2 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan


1.
2.
3.
4.

JUMLAH

PENUTUP
Menjadi tanggungjawab semua Ahli jawatankuasa untuk membantu melicinkan
kelancaran aktiviti ini. Diharap melalui komitmen semua ahli jawatankuasa, objektif
dan matlamat Malam Seni dan Kebudayaan kali ke-2 ini dapat dicapai. Lantaran itu,
menjadi sebuah harapan yang sangat besar sekiranya program ini mendapat
sambutan menggalakkan dari semua pihak terutamanya penghuni asrama yang
terbabit dan sokongan padu dari semua pihak. Diharap, program ini akan
memberikan dampak yang positif kepada penghuni asrama ke arah merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara.

Sekian, terima kasih

Disediakan : Disahkan oleh :

-------------------------- ---------------------------

En. Fridly Bandal En. Sim Kwong Yong

Setiausaha Sukan PPKI Guru Besar

SK Pusat Lawas SK Pusat Lawas