Anda di halaman 1dari 4

Alhamdulillahirabbil alaminwasolatiwasalamualaasrafi

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha guru besar sk Bandar raub puan Norhasimah Bt


Mohd, ,
Yang Berusaha guru penolong kanan Pentadbiran Puan Norhayati Bt
Awang,
Guru penolong kanan Hem En Rozman B Bahri,
Guru penolong kanan Kokurikulum Datin Ho Swee Nget,
yang dihormati Encik Nik Zaidi selaku pensyarah
pengiring dari IPGM Tengku Ampuan Afzan, lipis
serta rakan rakan seperjuangan yang dikasihi sekalian ..
assalamualaikum wbt.....

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul di Bilik Gerakan skbr bagi menjayaklan program lawatan
penanda aras fasa 5.

Kami merakamkan setingggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada guru besar sk Bandar raub kerana sudi menerima kehadiran kami
di sini seterusnya memberi taklimat tentang kejayaan skbr dalam
menggenggam anugerah sekolah cluster kecemerlangan. Terima kasih
tidak terhingga juga diucapkan diatas persiapan dan persediaan
penyediaan premis yang amat selesa untuk sama-sama kita berkongsi
ilmu dan pengalaman pada haari ini
Bagi memulakan majlis , marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan .................... .......................
untuk meminpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada........................................... atas


bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sekarang tibalah masanya untuk sama-sama kita mendengar taklimat dan
mutiara-mutiara hikmah yang akan disampaikaan oleh guru besar sk
bandar raub puan norhahimah bt mohd . Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada puan guru besar di atas
taklimat yang diberikan sebentar tadi. Terasa kerdil diri ini untuk
menyahut seruan serta begitu besar tanggungjawab yang dipikul oleh
semua pihak dalam mengejar sebuah kejayaan seumpama kejayaan
merangkul anugerah sekolah cluster kecemerlangan ini..
Sebelum kita pergi kepada atucara seterusnya eloklah kiranya majlis
memberi ruang kepada pelajar PPG untuk melontarkan beberapa soalan
kiranya ada seterusnya diharap puan guru besar dapat memberi
pencerahan serta penjelasan terhadap soalan yang dikemukakan.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada wakil kami yang berbicara..
Oleh yang demikian Majlis menjemput ketua kelas kami Ustaz Sakri
mewakili PPG PIM3 ambilan Feb 2012 untuk memberi ucapan
Majlis mempersilakan.

Terima kasih diatas ucapan wakil kami.

Hadirin hadirat sekalian,


Nampaknya Majlis taklimat bersama guru besar kita sudah berada
dipenghujung . Sebelum kita meneruskan acara lain selepas ini pihak
kami PPG PIM3 Ambilan 2012 dengan sukacitanya ingin menyampaikan
cenderamata kepada puan guru besar sebagai tanda penghargaan dan
ingatan,
Dengan itu Majlis menjemput ustz sakri mengiringi encik nik zaidi
untuk menyampaaikan cenderamata . Majlis mempersilakan.
Dengan selesainya penyampaian cenderamata itu maka berakhirlah Majlis
taklimat kita pada pagi ini

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap maafkan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai

Saya akhiri dengan kalimah mulia wabillah hitaufikwalhidayah


assalamuaalaikum warah matullah ........
Disni ada satu Makluman . semua peserta, pensyarah dan pentadbir
skbr dijemput ke kantin sekolah untuk jamuan pada pukul 12.30
tengah hari.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu aluan tuan guru
besar en jaafar bin omar .Untuk itu,dengan segala hormatnya dipersilakan
tuan guru besaar untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Tuan guru besar , atas ucapan sebentar tadi.

Anda mungkin juga menyukai