Anda di halaman 1dari 2

DOA PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS
JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W, KE ATAS KELUARGA DAN SAHABAT BAGINDA.



TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, KAMI MENZAHIRKAN KESYUKURAN KAMI
KEPADA-MU KERANA DAPAT BERHIMPUN PADA HARI YANG GEMILANG INI SEMPENA PROGRAM JOM
KE SEKOLAH 2017. KAMI MEMOHON KEPADA-MU JUA YA ALLAH, LIMPAHKANLAH TAUFIQ, HIDAYAH,
PETUNJUK DAN INAYAH-MU KEPADA KAMI SELURUHNYA, MUDAH-MUDAHAN PROGRAM KAMI INI
MENJADI SUATU PROGRAM YANG ENGKAU REDHAI DAN RAHMATI.

YA ALLAH, MELALUI PROGRAM INI JUGA, KAMI MELAHIRKAN KESYUKURAN KAMI KEPADA-MU KERANA
DIBERI PELUANG UNTUK TERUS MENJADI MURID YANG SIHAT DAN SEJAHTERA YANG AKAN
MEMARTABATKAN PENDIDIKAN SETERUSNYA BAKAL MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA.





YA ALLAH YA TUHAN KAMI, LIMPAHKANLAH RAHMAT DAN IHSAN KEPADA KAMI DALAM MENJALANI
KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CABARAN INI. KURNIAKANLAH KEPADA KAMI NIKMAT
KESEJAHTERAAN, KESELAMATAN, KESIHATAN, KEKUATAN DAN KESEMPURNAAN AGAR DAPAT KAMI
BERUSAHA UNTUK HADIR KE SEKOLAH SETIAP HARI. JADIKAN KAMI SEORANG MURID YANG
BERDISIPLIN. HINDARKANLAH KAMI DARIPADA SESUATU YANG BOLEH MENJEJASKAN
KESEJAHTERAAN HIDUP KAMI.












JADIKANLAH SEKOLAH KAMI, SYURGA BUAT KAMI UNTUK KAMI TERUS BERUSAHA MENUNTUT ILMU
DALAM MENCARI KEREDHAANMU SETERUSNYA MENCAPAI KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
JADIKANLAH KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH PENYEJUK MATA IBU BAPA KAMI DAN
GURU-GURU KAMI.
DOA PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2017

YA ALLAH YA TUHAN KAMI, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI, DOSA IBU BAPA KAMI, DOA GURU-GURU
KAMI DAN PARA PEMIMPIN. LIMPAHKANLAH KEBAIKAN DAN KESEJAHTERAAN HIDUP BAGI MEREKA.






.
.

.




.