Anda di halaman 1dari 7

Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi

Menggantikan hari Berkursus Di KPM Pada Tahun 2010

Ruj. Kami : KP(PP) 0022/252 (8)


Tarikh : 22 Mac 2010

Semua Ketua Jabatan/ Bahagian


Kementerian Pelajaran Malaysia

Semua Pengarah Pelajaran Negeri

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengarah Institut Pengurusan Malaysia (IPGM)

Semua Pengarah Kolej Matrikulasi

Semua Ketua Nazir Negeri

Semua Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Y.Bhg.Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik


perhatian
Y.Bhg Datuk/ Dato' / tuan/ puan mengenai perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhimatan di


KPM bagi tahun 2010
telah dikurangkan tetapi setiap anggota KPM masih perlu memenuhi
keperluan dasar latihan
sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. Oleh itu, langkah alternatif
untuk memenuhi keperluan
7 hari kursus setahun bagi setiap anggota KPM selain menerusi
kaedah Blended Training Approach
(sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya
yang boleh dikira dengan
enam (6) jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) perlu diambil.

3. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan supaya kursus 7 hari setahun


bagi setiap anggota KPM dalam
tahun 2010 boleh digantikan dengan pembacaan buku adalah sebagai
alternatif sekiranya kewajipan
menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi.
Pelaksanaan pembacaan buku bagi
menggantikan hari berkursus ini adalah melalui dua pendekatan seperti
berikut:-

(i) sekiranya anggota KPM memenuhi keperluan 7 hari kursus, maka


tiada pembacaan buku
diperlukan; dan

(ii) bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan
hari kursus yang diperlukan untuk
memenuhi 7 hari kursus seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling
Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005.

4. Kaedah pelakasanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus


dilaksanakan melalui
mekanisme seperti berikut:-

(i) Ketua Jabatan atau Panel Khas di Bahagian/ Jabatan akan


menentukan jenis bahan bacaan atau jenis
perkongsian pengalaman kerja yang ditetapkan;

(ii) Pembentangan dan penulisan sipnosis bulu yang disediakan perlu


meliputi perkara-perkara berikut:-
(a) Ringkasan Eksekutif;
(b) Pembelajaran yang diperolehi; dan
(c) Aplikasi di dalam Organisasi;

(iii) Pembetangan ke atas pembacaan buku boleh diadakan dalam majlis


rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan
bulanan Bahagian/ Jabatan, Sesi perkongsian ilmu, sesi pembelajaran,
sesi perbincangan dan sebagainya
dengan penyertaan oleh pembentang, pegawai penilai dan anggota
organisasi berkenaan;

(iv) Tempoh pembentangan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai


KPM dalam lingkungan
10 minit hingga 15 minit;

(v) Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan ataupun oleh


seorang pegawai yang satu gred
lebih tinggi daripada pembentang; dan

(vi) Ada sesi soal jawab.


5. Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah
mengikut kumpulan kategori
pegawai seperti berikut:-

(i) Pengurusan Tertinggi / JUSA


Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sipnosis buku
adalah diwajibkan. Sinopsis perlu
diedarkan semasa pembentangan;

(ii) Pengurusan & Profesional (Gred 41 & 54)


Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembetangan.

(iii) Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17-40)


Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembetangan; dan

(iii) Kumpulan Sokongan 2 (Gred 16 ke bawah)


Pembentangan ke atas pembacaan buku / pengalaman kerja adalah
diwajibkan tanpa
penulisan sinopsis buku.

Maklumat terperinci mengenai kaedah pelaksanaan adalah seperti


di Lampiran A di bawah:

KAEDAH PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN


HARI BERKURSUS
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2010

6. Sehubungan dengan itu, kerjasama Ketua-ketua Jabatan / Bahagian

adalah dipohon untuk melaksanakan kaedah latihan secara pembacaan buku

bagi menggantikan hari berkursus di Jabatan / Bahagian masing-masing

pada tahun 2010. Keutamaan masih diberikan kepada pegawai atau

kakitangan menghadiri kursus sekiranya Jabatan / Bahagian masing-masing

mempunyai peruntukan yang cukup.

7. Dengan sukacitanya surat siaran ini dikemukakan kepada Y.Bhg Datuk /

Dato' / Tuan / Puan utnuk dipanjangkan kepada semua anggota Jabatan /

Bahagian di bawah pentadbiran masing-masing.

8. Di atas segala kerjasama Y.Bhg Datuk / Dato' / Tuan / Puan berikan di

dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan

ribuan terima kasih.

Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(KHALID BIN ABU BAKAR)

b.p Ketua Setiausaha

Kementerian Pelajaran Malaysia

sk:

Y.Bhg Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang

Ketua Setiausaha

KPM

Y.Bhg Tan Sri Dato' haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

KPM

TKSU(Pengurusan)

TKSU(Pembangunan)

TKPPM
(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)

TKPPM

(Sektor Operasi Pendidikan)

TKPPM

(Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kursus LDP


2010
BPG: Kursus LDP 2010 Secara School
Based
Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara PEMBACAAN BUKU Sebagai Tambahan Bagi
Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.
Pengenalan
1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku
ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk
dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah
bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.
4. Kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In
House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.
Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)
A) Pengetahuan Profesionalisme (60%)
Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran
Kandungan dan kaedah pedagogi
Pengurusan kurikulum
Kreativiti dan Inovasi pedagogi
B) Kemahiran Profesionalisme (20%)
Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan
Strategik
C) Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)
Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft Skills
Pelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat
pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk
setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.
Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i) Sinopsi buku
ii) Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehi
iii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P
1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam
dinilai sebagai 1 hari berkursus.
2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18
jam atau 3 hari sahaja.
3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)
4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk
pengesahan pentadbir.
5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).
6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).
7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah
pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.

Anda mungkin juga menyukai