Anda di halaman 1dari 7

SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA

TAJUK1 PENGENALAN SEJARAH

Sinopsis

Tajuk ini memberipendedahan mengenai pelbagai pengertian sejarah oleh


sejarawan luar dan tempatan. Disamping itu disiplin-disiplin sejarah, pemikiran
sejarah dan juga sumber sejarah juga akan dibincangkan.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pelbagai pandangan ahli


akademik
2. Menjelaskandisiplin-disiplin sejarah
3. Membuat perbandingan ciri-ciri sumber-sumber sejarah

Jadual 1.1: Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Tokoh


Tokoh Pengertian Sejarah
Herodotus Sejarah bermaksud penyelidikan atau penyiasatan
terhadap segala peristiwa silam mahupun sezaman
Leopold von Sejarah haruslah dikaji dan ditulis seperti sebenarnya
Ranke berlaku (wes es eigentlich gewesen) berasaskan
fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara
saintifik
R. G. Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan tentang hal-
Collingwood hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau.

E. H. Carr Sejarah adalah satu proses yang tidak putus-putus


antara ahli sejarah dengan faktanya atau antara masa
kini dengan masa lampau.
Ilmu Khaldun Sejarah adalah catatan atau maklumat tentang
masyarakat dan tamadun dunia dan perubahan yang
berlaku pada masyarakat tersebut.
Abdul Sejarah sebagai realiti objektif (fakta) memerlukan
Rahman pemikiran subjektif (interpretasi) sejarahwan yang
Abdullah bertanggungjawab.

Tafsiran Kendiri
Sejarawan bebas memilih peristiwa, bidang kajian, menganalisis serta mentafsir
sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber-sumber atau bahan-bahan bukti
mahupun fakta-fakta yang diterima. Sejarawan juga bebas memberi tafsirannya sendiri

terhadap sesuatu peristiwa asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian


yang mencukupi bagi mengukuhkan dan membenarkan pentafsiranya. Jika ada dalam
kalangan sejarawan yang tidak mempersetujuinya, maka satu kajian lain perlu
dilakukan berdasarkan sumber-sumber yang boleh membenarkan pandangannya pula.
Oleh itu, kebenaran sejarah boleh dikatakan sesuatu yang bersifat objektif dan
subjektif. Ini adalah kerana fakta sejarah itu bersifat objektif sedangkan pentafsirannya
bersifat subjektif.1

1
1
SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA

DISIPLIN SEJARAH

Sejarah Politik

Tema politik sentiasa menarik perhatian sejarawan dan masyarakat kerana naluri
manusia sendiri yang gemarkan kuasa, pangkat, harta, dan wanita. Sifat manusia yang
tamak kuasa inilah yang menyebabkan segala sesuatu dilihat dan dinilai dari sudut
pandangan ini. Antara mereka termasuklah ahli sejarawan yang melihat seolah-olah
kuasa politiklah yang sebenarnya menjadi faktor utama pengerak yang mengubah
perjalanan sejarah manusia selama ini. Maka tidak hairanlah jikalau sejarah politik
sentiasa berpengaruh sepanjang zaman.Sejarah politik terbahagi kepada dua iaitu
politik tinggi, dan politik rendah. Sejarah politik tinggi menyentuh tentang (i) kegiatan
golongan elit yang memerintah, (ii) dasar-dasar pentadbiran dan perlaksanaannya, dan
(iii) urusan diplomatik dan strategik. Sejarah politik rendah lebih tertumpu kepada
kegiatan masyarakat dan orang-orang awam. Sebagai contoh gerakan politik di
kampung-kampung, atau sikap para pengundi atau para penyokong parti tertentu.
Walaupun masih menyentuh sejarah politik namun kesannya tidak sampai kepada
peringkat negara.

Sejarah Sosial
Kemunculan aliran sejarah sosial adalah akibat kritikan terhadap sejarah politik
yang dianggap sempit dan terbatas kepada golongan elit atau pihak yang berkuasa
sahaja. Sejarah sosial mengetepikan politik dan lebih tertumpu kepada sejarah orang
kebanyakan. Di antara aspek-aspek yang dikaji dalam sejarah sosial ialah
kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, perundangan,
pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya. Ciri utama yang menjadi tumpuan
ialah aspek kualitatif berbanding aspek kuantitatif. Aspek kualitatif yang dimaksudkan
ialah sistem nilai atau sikap golongan yang dikaji sedangkan aspek kuantitatif lebih
banyak menggunakan perangkaan atau rajah dalam kajiannya.

Sejarah Ekonomi
Walaupun pada asalnya sejarah sosial termasuk sejarah ekonomi, tetapi
sejarah ekonomi telah berkembang menjadi satu subdisiplin yang tersendiri. Sejarah
ekonomi terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama bersifat tematik, iaitu
menekankan aspek kegiatan ekonomi atau tema-tema ekonomi dalam sejarah.
Manakala jenis yang kedua bersifat paradigmatik, iaitu faktor ekonomi sebagai skema
mental atau asas falsafah dalam menganalisis setiap kejadian sejarah. Sebagai suatu
tema, sejarah ekonomi berkembang hingga melahirkan dua aliran lagi iaitu aliran
tradisional dan aliran New Economic History (cliometrics). Sifat aliran tradisional agak
menyeluruh dan luas hingga termasuk kegiatan sosial. Manakala sifat aliran New
Economic History (cliometrics) terlalu khusus dan menjurus kepada persoalan ekonomi
semata-mata dengan menggunakan kaedah-kaedah matematik, ekonometrik dan
kuantitatif. Kedua-dua aliran sejarah ekonomi ini terus berkembang dan saling
melengkapi dalam pendekatan masing-masing. Di antara ciri-ciri sejarah ekonomi ialah
(i) kemampuan membuat generalisasi, (ii) kemampuan menyusun data secara
kuantitatif, (iii) kemampuan membuat kajian perbandingan, dan (iv)
mengindentifikasikan pola atau kecenderungan. Generalisasi walaupun bersifat
abstrak merupakan suatu konstruksi berdasarkan kuantifikasi dan perbandingan secara
empirik untuk menghasilkan suatu hukum.

Sejarah Agama
Sejarah agama tidak popular sebagai suatu bidang kajian dalam disiplin
sejarah. Ini kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada pengajian agama.
Dalam pengajian agama ini, biasanya dikaji tentang (i) perbandingan agama, iaitu
kajian tentang sejarah dan perbandingan agama-agama yang pernah wujud di dunia,
dan (ii) kajian tentang agama Kristian.

2
SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA
Sejarah Kebudayaan
Sejarah kebudayaan sama seperti sejarah ekonomi, pada asalnya sebahagian
sejarah sosial tetapi telah berkembang menjadi satu subdisiplin sejarah sendiri. Secara
umumnya kebudayaan mencakupi keseluruhan cara hidup manusia termasuk unsur-
unsur kebudayaan sejagat seperti sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik, sistem
agama, moral, adat istiadat, undang-undang, kesenian, bahasa, ilmu pengetahuan dan
sebagainya.Secara khususnya kebudayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu (i)
kebudayaan tinggi atau elit, dan (ii) kebudayaan popular atau massa. Kebudayaan
popular lebih diminati oleh pengkaji dalam kajian budaya kerana kurang berdasarkan
sumber-sumber dokumentasi berbanding kebudayaan tinggi. Sebaliknya ia lebih
berfokus kepada sumber yang diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan
kaedah pemerhatian, temudugaatau penyertaan oleh pengkaji sendiri di dalam
masyarakat atau budaya yang dikajinya.

Sejarah Tempatan (Local History)


Dalam bidang sejarah yang bersifat geografi terdapat sejarah tempatan yang
memberi tumpuan kepada unit kawasan kecil seperti daerah, kampung, komuniti atau
kelompok masyarakat tertentu. Dorongan awal yang melahirkan kajian sejarah
tempatan ialah kecintaan kepada kisah atau pengalaman yang paling hampir dengan
diri sendiri. Ini menyebabkan sejarah tempatan lebih menarik jika dibandingkan
dengan bidang-bidang sejarah lain yang biasanya membosankan kerana (i) tiada
hubungan emosi dengan pengalaman seseorang, dan (ii) bersifat elitis. Sejarah
tempatan juga bersifat interdisiplin, lantaran tema dan kaedah penyelidikannya luas
dan menyeluruh. Sumber-sumber sejarah tempatan juga banyak seperti buku, peta,
tinggalan arkeologi, arkib, bangunan, gambar, dan manusia.

PEMIKIRAN SEJARAH

Konsep Ruang dan Masa dalam Sejarah


Menurut Nirmal Yadav ruang merujuk kepada lokasi, arah dan jarak di
permukaan bumi atau planet lain. Penguasaan konsep ruang penting bagi
membolehkan individu memahami perhubungan di antara tempat dengan fenomena
bersejarah. Manakala masa pula adalah merujuk kepada perhubungan di antara
pelbagai peristiwa. Lokasi, jarak dan tempoh merupakan tiga elemen yang membentuk
hubungan masa. Penguasaan konsep masa penting bagi memahami urutan peristiwa
dalam masyarakat. Urutan masa (timelines) merupakan satu siri peristiwa yang berlaku
mengikut kronologi manakala himpunan masa (time convention) melibatkan tarikh dan
peristiwa. Memahami kronologiiaitu kemahiran melihat masa lalu, kini dan akan
datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Sebagai contoh murid-
murid dididik dengan kemahiran memahami konsep masa mengikut kemajuan sesuatu
tamadun di samping memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa
mengikut zaman seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa
menyatakan tahunnya.

Jadual 2.1: Konsep Masa Dalam Sejarah


Satu dekad 10 tahun
Satu abad atau kurun 100 tahun
Kurun ke-19 tahun 1800 hingga 1899
Kurun ke-20 tahun 1900 hingga 1999
Satu alaf 1000 tahun
Zaman jangka masa tertentu yang mempunyai ciri-ciri istimewa
yang berkaitan dengan masa tersebut. Contohnya, Zaman Batu dan
Zaman Logam.
Masihi tahun atau kurun yang dikira berasaskan tarikh kelahiran
Nabi Isa.

3
SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA
Hijrah tahun mengikut kalendar Islam yang berasaskan peristiwa
perpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah.
Kronologi urutan peristiwa mengikut masa kejadian.

Cuba lihat contoh tajuk penyelidikan yang berbunyi Ekonomi Malaysia:


Penguasaan Orang Cina di Malaysia, 1963-1969. Ruang bagi tajuk penyelidikan
tersebut merujuk kepada Malaysia, dan waktu pula merujuk kepada tahun 1963 hingga
1969 manakala orang Cina dan ekonomi merupakan aspek kajian.
Kesinambungan dan Perubahan
Apa yang dikatakan berubah, dan apa yang dikatakan kekal? Kesinambungan
dan perubahan merupakan asas untuk mengorganisasi masa lampau yang kompleks.
Kesinambungan dan perubahan sering dikaitkan dengan kemajuan dan kemerosotan
mengikut masa tetapi perubahan tidak bermakna kemajuan, dan ini sering
mengelirukan murid. Penilaian kesinambungan dan perubahan boleh dibuat melalui
perbandingan di antara masa lampau dan masa kini atau antara dua peringkat masa
lampau (contohnya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua).

Nilai Keperihalan
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) sejarah pada umumnya dapat
mempengaruhi pembentukan budaya bangsa dan negara, membentuk nilai-nilai
kewarganegaraan, mencorakkan ideologi tertentu dalam pembinaan negara bangsa,
dan sumber inspirasi kepada pembinaan wawasan masa depan Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pengetahuan sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai

nilai-nilai yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan individu.


Nilai-nilai kemanusiaaan dan kemoralan seperti nilai kewarganegaraan;nilai etika dan
moral; nilai sosial; nilai budaya dan estetika; nilai sosialisasi politik; nilai tradisi; nilai
universal; nilai perpaduan dan persefahaman; nilai patriotisme; dan sebagainya dapat
disebar dan disuburkan melalui sejarah.Nilai-nilai dalam sejarah boleh dijadikan
teladan, panduan dan pedoman hidup untuk menggalakkan seseorang berfikir dan
mengambir iktibar daripada sejarah lampau. Nilai-nilai ini selaras dengan aspirasi dan
wawasan pembinaan bangsa Malaysia yang akan mencurakan segala taat setia
kepada negara. Di antara unsur-unsur nilai yang boleh dipupuk melalui pendidikan
sejarah menurut Abd. Rahim Abd Rashid2 ialah:
Kesetiaan (loyalty)
Kebanggaan (sense of proudness)
Kesedaran kebangsaan (national awareness)
Nasionaliti (nationality)
Kewibawaan
Sedia berkorban
Perpaduan nasional
Penghayataan nilai perjuangan
Keyakinan diri
Pembinaan diri bangsa
Memahami sejarah orang lain

Sebab dan Akibat


Bagaimana dan kenapa keadaan dan tindakan tertentu memberi kesan kepada
yang lain. Punca kepada konsep sebab dan akibat ialah peranan manusia (sama ada
secara individu atau kumpulan) dalam menggalakkan, membentuk dan menghalang
perubahan dalam sejarah. Konsep sebab ada kaitan dengan motivasi (niat) sesuatu
kumpulan atau individu yang dipengaruhi oleh ideologi, institusi dan keadaan. Jadi
sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan
analisis tentang sebab-musabah atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.
2
4
SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA
Tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian sebab-musabab
(mengapa) tetapi bagaimana (proses atau selok-belok) sesuatu kejadian itu berlaku.
Selain itu, ada juga pihak yang kelihatan semacam mengambil mudah sahaja terhadap
persoalan ini, dengan cara mengaitkan pertanyaan tentang sebab-musababnya dengan
kebetulan (chance atau accident) sahaja tanpa memerlukan penelitian yang serius
terhadapnya.
Pada umumnya terdapat dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam
sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi. Dalam aliran sekular wujud (i) konflik
atau pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes),
dan (ii) kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya
yang asasi dan terpenting (linear causation). Penyebaban yang bercorak sekular ini
menjelaskan sebab-sebab yang dikaitkan dengan alam tabii dan manusia yang
menentukan perjalanan sejarah. Di antara ahli sejarah yang menekankan peranan
besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia ialah Alexander von
Humboldt, Henry T. Buckle, Richard Green, Friedrich Ratzel, Frederick J. Turner, dan
Brooke Adams. Dalam erti kata yang lain, terdapat kuasa atau tenaga impersonal yang
memainkan peranan yang menentukan terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia.
Kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii (natural), bukannya ditentukan oleh
sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama.
Bagi aliran yang menekankan kuasa personal, ia mementingkan peranan
individu. Aliran individu ini dikenali sebagai Teori Manusia Agung (Great Man Theory)
yang menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor
utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Menurut Leopold von Ranke
(1795-1886) seseorang manusia agung dapat mempengaruhi masyarakat kalau (i)
kena pada ketikanya (timing), dan (ii)sealiran dengan arus semangat zamannya
(zeitgeist) atau semangat tempatnya (ortgeist).

Bagi aliran idealis (yang dipelopori oleh George Hegel, Benedetto Croce, dan R.
G. Collingwood) semua sejarah ialah sejarah pemikiran. Ia merupakan suatu proses
yang rasional dan logik, yakni sejarah didasari oleh akal fikiran manusia bukannya
kebetulan (accidental) sahaja. Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi
pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah,
sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan sebagai pengerak
asasi kejadian-kejadian sejarah.
Sebagai ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang
menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagai linear
causation. Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan oleh
sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang kompleks,
kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi
kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation). Contohnya, di samping adanya
faktor luaran, ada pula faktor dalaman, faktor jangka panjang, faktor jangka pendek
atau segera, di samping faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.
Jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang berterusan tentang sebab-
sebabnya yang utama atau sebenar, sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah kepastian
tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan. Tuhanlah yang merupakan sebab
pertama (first cause) dan utama, kemudian baru terdapat sebab-sebab sampingan
(secondary causes) yang lain. Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan oleh aliran
sekular tidaklah ditolak oleh aliran teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan
sebab-sebab sampingan belaka, sedang yang menjadi sebab utamanya ialah Tuhan.
Pendeknya, penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolute,
berbanding dengan aliran sekular yang bersifat relatif atau berbeza dan berubah-ubah
dari semasa ke semasa.

Generalisasi dalam Sejarah


Menurut Suhartono W. Pranotogeneralisasi adalah usaha membuat kesimpulan
dengan mengumpulkan yang khusus untuk memperoleh yang umum. Manakala
generalisasi menurut Ishak Saat (2010) merupakan suatu kesimpulan umum
berdasarkan sesuatu kejadian atau peristiwa. Generalisasi memperhatikan hal yang
5
SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA
khusus untuk kenyataan kebenaran secara umum. Generalisasi dalam sejarah
bertujuan meningkatkan data sejarah yang begitu luas kepada satu bentuk yang mudah
difahami. Generalisasi adalah penting bagi sesebuah karya sejarah kerana generalisasi
akan menunjukkan sama ada seseorang sejarawan itu mampu atau tidak untuk
menyimpulkan fakta-faktanya agar menjadi suatu penyeluruhan yang konkrit serta
dapat diterima oleh pembaca.
Penggunaan generalisasi dalam sejarah menurut Gilbert J. Garraghan (1949)
adalah seperti berikut:
(i) Generalisasi diterapkan secara khusus mengikut kehendak individu
hanya akan berlaku secara moral dalam bentuk kemungkinan-
kemungkinan sahaja.
(ii) Empat kaedah biasanya digunakan untuk membuat generalisasi iaitu
perbezaan, persamaan, variasi dan residu (bekas dan sisa).
(iii) Penggunaan generalisasi secara tepat adalah untuk menginterpretasi
kejadian masa lalu. Walau bagaimanapun generalisasi boleh juga
memberi gambaran tentang kejadian akan datang.
(iv) Tidak perlu mencari keseragaman dan peraturan generalisasi dalam
sejarah. Ini kerana melalui generalisasi sejarah, hasil proses sejarah
dan peristiwa dapat dijelaskan secara sistematik.
(v) Fakta individu sebagai asas generalisasi mesti diuji untuk mencari
kebenaran sebagaimana yang sebenarnya.
(vi) Cetusan kesimpulan generalisasi diambil daripada kemungkinan
peristiwa semasa yang sama dan peristiwa semasa yang berbeza.
(vii) Penghapusan generalisasi dalam sejarah adalah berdasarkan sumber
yang terbatas atau kurang.
Louis Gottschalk pula telah mengkategorikan generalisasi kepada beberapa
bentuk untuk menilai peristiwa atau sumber sejarah iaitu:
(i) The school of unique. Sejarah dilihat sebagai peristiwa yang tidak
berulang dengan merujuk kepada tempat, masa dan individu yang
terlibat.
(ii) School generalization basic of trend. Perbincangan sejarah dilihat dari
arah yang berlainan aspek interpretasi dan masa.
(iii) School limited of generalization. Melihat sejarah dengan cara
menggambarkannya.
(iv) School of organization of camparison. Mengkaji sejarah dengan
membuat perbandingan. Sebagai contoh, membandingkan penulisan
karya sejarah seorang penulis dengan penulisan karya sejarah seorang
penulis yang lain.
(v) Generalisasi untuk tujuan kawalan.
(vi) The school of cosmic generalization. Sejarah dilihat daripada aspek
kejadian alam berasal daripada idea Marxisme.

Aktiviti

Bincangkan sumber-sumber sejarah. Anda catatkan nota anda dalam


peta pokok (i-Think)

Anda mungkin juga menyukai