Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN KURSUS xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan teliti daripada awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
HBLS4203 Akuakultur adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti
Pendidikan dan Bahasa di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan tiga jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengambil program Sarjana Muda
Pengajaran dalam bidang Kemahiran Hidup dengan Kepujian. Modul ini
bertujuan untuk memaklumkan berkenaan hal-hal akuakultur yang meliputi
bidang ternakan air tawar, bermula daripada mengenal ikan hinggalah
melakukan aktiviti ternakan secara sistem tangki untuk ikan keli dan tilapia. Bagi
ikan hiasan, ia meliputi aspek pengelasan, penyediaan akuarium dan
pengurusan akuarium hiasan.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar perlu memperuntukkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang
bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xii PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran
Membaca modul 60
Menghadiri tiga hingga lima sesi tutorial 10
Perbincangan atas talian 6
Ulang kaji 20
Menyiapkan tugasan, ujian dan peperiksaan 20
JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti sistem pengelasan ternakan ikan air tawar dan ikan hiasan;

2. Menjelaskan bagaimana pengurusan ternakan ikan air tawar dilakukan


menggunakan sistem tangki;

3. Merumuskan bagaimana pengurusan ikan hiasan dilakukan dalam


akuarium; dan

4. Membincangkan perbezaan antara pembiakan ikan hiasan secara bertelur


dengan pembiakan ikan hiasan secara beranak.

SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada sembilan topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah
seperti berikut:

Topik 1 membincangkan bidang akuakultur dari segi sejarah dan evolusinya,


serta kepentingannya sebagai sumber makanan dan ekonomi negara. Anda juga
dapat mengetahui jenis dan lokasi negeri yang terlibat. Bidang ini menawarkan
peluang kerjaya yang sentiasa berkembang sejajar dengan perkembangan
teknologi semasa. Topik ini juga menyentuh tentang perkembangan teknologi
semasa dari segi sistem, perkakasan dan teknologi penghasilan benih baru.

Topik 2 menerangkan jenis ikan air tawar mengikut keadaan air dari segi fizikal
dan suhu habitat asalnya. Pengelasan ikan air tawar mengikut habitat, rupa

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xiii

bentuk dan makanan turut dibincangkan dengan lebih terperinci. Anda juga
akan mempelajari anatomi ikan dan ciri untuk memilih jenis ikan yang sesuai
untuk diternak.

Topik 3 akan membincangkan berkenaan tempat asal ikan tilapia dan bagaimana
mengenal jenis ikan yang hendak diternak mengikut permintaan pelanggan.
Anda memerlukan pengetahuan yang luas dan pengurusan yang cekap sebelum
dan semasa menjalankan ternakan. Contohnya dalam pemilihan tempat ternakan
yang sesuai, sama ada kolam, tangki simen, tangki kanvas dan sebagainya. Lain-
lain aspek yang perlu anda pelajari termasuklah kebersihan air, oksigen terlarut,
pemakanan, perakaunan dan strategi pemasaran.

Topik 4 menerangkan berkenaan ternakan ikan keli. Ternakan ikan keli juga
memerlukan pengetahuan luas yang merangkumi pemilihan jenis ikan keli,
sistem kolam atau tangki, pemasaran dan akaun. Pengurusan ternakan seperti
kualiti air, makanan dan penggredan juga perlu dipelajari secara teori dan amali.

Topik 5 akan membincangkan berkenaan ternakan ikan hiasan. Memelihara ikan


hiasan adalah satu hobi global yang mewujudkan peluang perniagaan yang
boleh menjana berbilion dolar Amerika. Anda juga dapat mengenali pelbagai
jenis ikan hiasan yang digemari mengikut habitat asal dan keluarga saintifiknya.
Dengan adanya pengetahuan ini, anda dapat memilih jenis ikan yang diminati
untuk dipelihara sendiri atau untuk dijual.

Topik 6 akan mendedahkan kepada anda berkenaan jenis dan reka bentuk
akuarium serta peralatan asas seperti sistem penapisan, pengudaraan dan
lampu. Anda juga akan diberi penerangan berkenaan langkah penyediaan
akuarium dan teknik hiasan menggunakan pelbagai media seperti objek bukan
hidup dan tumbuhan akuatik.

Topik 7 adalah berkenaan pengurusan ikan hiasan. Ikan ternakan memerlukan


penjagaan yang rapi. Oleh itu, pengurusannya merangkumi penyediaan tempat
tinggal yang selesa dan penjagaan makanan yang sempurna. Media terpenting
sekali adalah air. Tahap kebersihan air perlu sentiasa dijaga sebagai salah satu
langkah untuk mencegah penyakit. Anda juga perlu mengetahui jenis penyakit
ikan hiasan dan cara untuk merawatnya.

Topik 8 menjelaskan pembiakan secara bertelur. Ada berbagai cara ikan bertelur.
Oleh itu, anda perlu mempelajari tentang perkara tersebut agar anda dapat
mengendalikan pemilihan induk, keperluan sebelum persenyawaan, tangki
pembiakan dan keperluannya. Anda juga akan diajar bagaimana pembiakan ikan
angel dan ikan pelage atau betta dilakukan. Seterusnya, anda juga akan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xiv PANDUAN KURSUS

mempelajari bagaimana anak-anak ikan diasuh sehingga remaja di mana ia akan


digred, dibungkus dan dieksport.

Topik 9 menjelaskan bagaimana ikan hiasan membiak secara beranak, jenis ikan
yang beranak dan bagaimana memilih induk. Anda juga akan mempelajari
teknik pembiakan yang digunakan dan bagaimana pembiakan ikan gapi
dilakukan. Seperti dalam Topik 8, anda juga akan mempelajari teknik asuhan,
penggredan dan pembungkusan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya,
susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik.
Soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan
untuk soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan yang sebelumnya. Anda
digalakkan menjawab soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan
sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya
menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan
jawapan kepada soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti juga diselitkan pada bahagian tertentu dalam sesuatu topik
dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang telah
anda pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti ini juga memperluaskan
kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan
sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang
bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal
dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS xv

pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik


berkenaan.

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber yang boleh ditemui disenaraikan. Ia adalah
berkaitan dengan kandungan modul dan berguna sebagai panduan untuk
melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian
seperti dalam Panduan Kursus (pada bahagian Rujukan), pada akhir setiap topik
atau pada akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian yang berkaitan
dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Chan, P. (1979). Biologi moden 5. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Fajar Bakti.

Huet, M. (1995). Buku teks mengkultur ikan pembiakbakaan dan pemeliharaan.


Terj. Faizah Shaharom, Hassan Mohd Daud & Siti Khalijah Daud. Kuala
Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Zakaria Ismail. (2003). Ikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mihdzar Abdul Kadir, Maheran Abdul Aziz, Siti Aishah Hassan, & Mustafa
Kamal. (2007). Pengenalan agroteknologi. Kuala Lumpur, Malaysia: OUM.
Mills, D. (1984). A fishkeepers guide to the tropical aquarium. London, UK:
Salamander Books Ltd.
Mills, D. (1992). Illustrated guide to aquarium fishes. Leicester, UK: Blitz.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


xvi PANDUAN KURSUS

Nasir Mohd. (2000). Penternakan ikan di sawah. Kuala Lumpur, Malaysia:


Synergy Media.
Sandford, G. (1994). Tropical fish identifier. London, UK: The Apple Press.
Yasir Mohd. (2006). Penternakan ikan hiasan air tawar di Malaysia. Kuala
Lumpur, Malaysia: Synergy Media Ventures.
Zainal Abidin Abu Hassan. (1985). Alam haiwan. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai