Anda di halaman 1dari 18

SEKULARISME

Makalah Ini disusun Guna Memenuhi Tugas Individu.

Mata Kuliah : PSI

Dosen pengampu : Andi Prastowo, M.Pd.I.

Disusun oleh :

Muhammad Eko Prasetiyo ( 10481016 )

PENDIDIKAN GURU MADRASAH IBTIDAIYAH

FAKULTAS TARBIYAH DAN KEGURUAN

UNIVERSITAS ISLAM NEGERI SUNAN KALIJAGA

YOGYAKARTA

2010/2011
BAB I

PENDAHULUAN

Bahwasannya kita mengetahui pada realitasnya sistem islam di dunia saat ini
telah berkembang dan bermunculan sistem-sistem baru yang diterapkan. Sistem itu
semisal sekularisme, dimana sistem ini sebenarnya bertentangan dengan paham islam,
karena disistem ini memisahkan antara pengetahuan dan syariat islam. Pada
pembahasan kali ini akan menjelaskan tentang sejarah munculnya sistem sekularisme
ini, karena dibeberapa tempat dibelahan dunia telah menerapkan sistem sekularisme
sebagai ideologinya.

Islam adalah agama yang memuat nilai-nilai dasar dan norma-norma


asasi,prinsip-prinsip ilmu serta pemberitahuan Tuhan tentang masa lalu dan masa
depan umat manusia seperti yang tercantum dalam al-quran, yang diperjelas
kemudian oleh rosul-Nya Muhammad melalui sunah beliau.1 Dengan adanya dasar
tersebut dapat kita ketahui bahwa sistem sekularisme tidak sejalan dengan ajaran
islam. Akan tetapi dibelahan dunia lain yang menganut sisitem ini telah
mengembangkan sistem nilai sendiri yang di anggapnya mutlak benar dan final.2

1
Mohammad Daud Ali, Habibah Daud, Lembaga-lembaga Islam di Indonesia(Jakarta : PT Raja
Grafindo Persada, 1995)., hlm. 11.
2
Ibid., hlm. 16.
BAB II

PEMBAHASAN

A. Sejarah Kemunculan Sekularisme

Perkataan sekular berasal daripada bahasa Latin yang bererti tiada agama
atau duniawi. Terjemahannya dalam bahasa Arab ialah al-Ilmaniah. Orang Arab
yang beragama Kristian coba mengelirukan umat Islam dengan mendakwa
kononnya ia daripada perkataan ilmu. Terjemahan yang sebenar al-Ilmaniah ialah
duniawi. Alasannya ajaran ini didakwa bersumberkan ilmu dunia yang memberi
kemajuan kepada manusia.Ideologi ini berasal daripada perbalahan hebat antara
pemimpin-pemimpin kerajaan dengan paderi-paderi gereja. Begitu juga perbalahan
antara sains (ilmu duniawi) dengan paderi-paderi di gereja. Paderi-paderi gereja
memegang kuasa dan mementingkan diri sendiri lalu mereka bertarung dengan
pemerintah dan juga ahli-ahli ilmu duniawi yang dianggap sebagai penghalang.
Perbalahan berakhir dengan melahirkan suatu fahaman yang membawa ajaran
supaya memisahkan agama dengan urusan duniawi. Kemudian, ajaran ini
bertindak memisahkan agama dengan politik supaya politik bersih daripada
pengaruh agama.Ajaran ini diasaskan oleh orang-orang Yahudi pada Revolusi
Perancis 1789. Kemudian ia berkembang ke seluruh benua Eropa bagi menyekat
pengaruh gereja dalam pemerintahan dan urusan duniawi dalam kehidupan
masyarakat.Tokoh-tokoh yang menghidupkan ajaran ini dinamakan ahli falsafah
atau ahli fikir seperti Dikart, Spinuza (beragama Yahudi), Rosu dan lain-lain. Pada
umumnya sekularisme telah muncul di Eropa. Lebih khusus dan tepat, sebenarnya
sekularisme telah bermula di Itali pada abad pertengahan. Abad ini adalah
merupakan detik yang banyak membawa perubahan terhadap perkembangan
Eropah di dalam segala aspek, termasuklah perubahan sikap tehadap agama dan
keagamaan masyarakat Eropah itu sendiri.
Kelahiran sekularisme di saat-saat perubahan ke atas pembaharuan semula
ini sememangnya telahpun diramalkan oleh beberapa orang ahli fikir dan ahli
falsafah Eropah pada masa itu. Prancis Auguste Comte,salah seorang failasuf-
sosiologi abad pertengahan telah meramalkan bahawa akan terjadinya suatu
pertambahan ilmu dan keruntuhan agama. Manakala seorang penyair German,
Fredrich Nietzsche telah meramalkan melalui tokohnya Zarahustra bahawa
setidak-tidaknya untuk dunia Barat Tuhan telah mati . Pendek kata para failasuf,
penyair-penyair dan pengarang-pengarang barat telah menyakini akan datangnya
suatu peristiwa pembebasan dari tuhan dan tanpa ikatan agama sama sekali . Oleh
kerana kedatangan suasana ini telah diyakini oleh para cendikiawan barat pada
masa itu, mereka mula merasakan bahawa umat Kristian tidak akan dapat
melarikan diri dari krisis agama yang akan timbul kesan daripada sekularisme.
Sebagai langkah awal untuk mengelakkan dari berlakunya masalah yang mencabar
masyarakat mereka ini,maka terdapat di kalangan mereka telah coba untuk
mencarai jalan bagi menyesuaikan agama Kristian dengan sekularisasi yang akan
melanda mereka. Akhirnya mereka telah mendakwa bahwa sekularisme
sememangnya telah ada dalam kepercayaan kitab Injil dan merupakan salah satu
daripada ajaran kitab Injil itu sendiri. Failasuf Denmark, Soren Kiergard telah
berkata. Kita selalu menjadi orang Kristian sebagai tindakan penyesuaian
dengan suasana yang akan melanda mereka beliau amat menyokong proses
konseptualisasi kembali ajaran Kristian dan pendefinisian kembali konsep mereka
tentang Tuhan.

Golongan ini telah berusaha mendapatkan dasar di dalam tafsiran-tafsiran


Injil untuk menyokong dakwaan mereka. Akhirnya mereka telah menganuti satu
versi Kristian yang telah disekularkan Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya
detik inilah yang merupakan titik pertama lahirnya sekularisme. Perbuatan para
cendikiawan Eropah ini jelas menunjukkan sikap mereka sendiri yang secular.
Sebelum arus sekularisasi yang sebenar menimpa mereka , mereka awal-awal lagi
telah menjadi masyarakat secular. Mereka telah sanggup mengetepikan soal-soal
maruah agama mereka semata-mata untuk menyesuaikan agama mereka dengan
keadaan yang akan berlaku sehingga mereka telah menyeleweng dari ajaran Injil
yang mereka sendiri mengagungkannya dan mengikuti ajarannya di masa
sebelumnya.Antara penyebab yang menguatkan wujudnya pengaruh sekularisme
adalah:

1. Pergolakan Dan perubahan Di Gereja

Pergolakan yang terjadi di gereja adalah merupakan salah satu factor yang
amat penting yang telah membawa sekularisme di Dunia Barat. Sebagaimana
yang telah dijelaskan bahawa sekularisme adalah suatu fahaman yang menjauhi
nilai- nilai agama dari segala aspek kehidupan, maka dengan mengkaji
pergolakan yang tejadi di gereja-gereja Kristian di dunia barat, dapatlah
dibongkar sebab-sebab yang membawa kepada timbulnya sekularisme.
Sepanjang abad-abad sebelum menjelangnya abad keenam belas gereja
merupakan satu institusi agama yang amat dihormati di kalangan masyarakat
Kristian. Segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Gereja tetap akan
dihormati di kalangan masyarakat Kristian. Perundangan gereja berada di bawah
pengaruh dan kekuasaan Paus dan Majlis Agung. Manakala golongan gereja
pula dianggap sebagai golongan yang paling mulia di dalam masyarakat.
Keadaan ini telah berubah sama sekali apabila menjelangnya abad keenam
belas. Sikap golongan gereja telah berubah dan penyelewengan-penyelewengan
telah berleluasa dengan ketara sekali sehingga telah menjatuhkan maruah
golongan gereja di kalangan masyarakat umum Kristian.Dalam suasana
keruntuhan imej gereja ini, raja, putera-putera, paus, abbot, dan pendeta-pendeta
Kristian telah mula mengetepikan soal-soal agama Kristian semata-mata untuk
mendapatkan kekayaan.Perkembangan kemajuan binaan telah menarik minat
ahli-ahli gereja kepada kehidupan secular. Mereka lebih cenderung
menggalakkan perkembangan pengetahuan-pengetahuan baharu serta membina
tugu-tugu uang tersergam indah dari meninggikan agama Kristian.
Tegasnya kemerosotan institusi gereja pada permulaan abad keenam belas ini
adalah suatu factor yang penting menyebabkan kelahiran sekularisme di dunia
Barat

2. Perkembangan Teknologi dan Pembangunan Masyarakat Pada abad keenam


belas perkembangan teknologi, khususnya teknologi binaan dan proses
pembangunan masyarakat telah berkembang pesat. Perkembanagan ini telah
memberi pengaruh yang besar terhadap kelahiran sekularisme di kalangan
masyarakat Kristian di dunia Barat pada masa itu.Masyarakat barat di waktu itu
telah mula berlumba-lumba mengejar harta kekayaan dan serentak dengan itu
mereka telah melupakan nilai-nilai agama Kristiian sedikit demi sedikit.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi masyarakat awam, malah golongan
gereja juga turut dipengaruhi dengan teruk sekali sehingga mereka harus
melupakan tanggungjawab mereka tehadap agama Kristian.
3. Selain daripada senibina , seni drama juga telah berkembang dalam masa yang
sama. Masyarakat Kristian termasuk para penditanya terus leka menimati nilai
estetik yang baru muncul itu tanpa mengambil kira pandangan agama terhadap
bentuk-bentuk kesenian yang mereka nikmati itu. Akhirnya mereka telah
melupakan tangguangjawab mereka terhadap agama. Lorenzo De Medici
merupakan seorang pendita Kristian yang sangat ketara menggemari kesenian
drama dan seni bina.Beliau telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk
membina semula Gereja St. Peter di Rom agar lebih menarik. Tindakan ini
menimbulkan banyak tanda Tanya di kalangan masyarakatnya. Beliau terus
membina pejabat-pejabat gereja yang baru kemudiannya menjualkannya dengan
sewenang-wenangnya . Beliau juga mengambil kesempatan untuk mendapatkan
wang melalui surat kurnia dan cukai-cukai biasa. Maruah agama terus digadai
demi mendapatkan kekayaan dan kemuliaan. Ramai Bishop dan Aabot
mengabaikan tugas malah sebahagian dari pendita-pendita Kristian masyur
sebagai ahli politik dan pencari wang yang suka menindas dan suka berbelanja
dengan boros. Robert Eargang, pengarang buku Europe From the Renaissance
To Waterloo juga ada menyebutkan di dalam buku karangannya itu bahwa
faktor-faktor yang disebutkan tadi adalah diantara faktor-faktor yang telah
memberi peluang kebangkitan sekularisme di dunia Barat.
4. Perkembangan Ekonomi Di Zaman Pembaharuan

Perkembangan ekonomi yang pesat berikutan proses pembaharuan yang


berlaku pada abad pertengahan sedikit sebanyak memainkan peranannya yang
tersendiri dalam membangkitkan sekularisme di dunia barat
Robert Eagang mengatakan di dalam bukunya Europe From The Renaissance
to Waterloo bahawa sikap perekonomian masyarakat eropah yang materialistik
yang diwarisi turun temurun dan sebati dengan kehidupan mereka adalah satu
faktor yang penting yang menyebabkan lahirnya sekularisme di barat. Sikap ini
terus mendapat rangsangan dari kebangkitan ekonomi yang pesat menyebabkan
masyarakat dunia barat mengenepikan nilai-nilai agama mereka. Kedudukan
Itali yang strategik di Medeterenian sangat menggalakakn perkembangan
perdagangan antarabangsa

Seluruh masyarakat Kristian dari berbagai lapisan termasuklah golongan


agama Kristian terus hanyut di dalam arus perkembangan sosio-ekonomi yang
pesat tanpa kawalan agama.

Kelahiran Ilmu Pengaetahuan Baru Ilmu pengetahuan berkembang


dengan pesatnya di dunia barat ketika berlaku pembaharuan Renaissance.
Berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan telah dikembangkan sepanjang tempoh
itu. Kombinasi pengajaran terhadap ilmu-ilmu pengetahuan baharu, resapan-
resapan pengajian klasik dan penghargaan terhadap faham berhala purba telah
menimbulkan rasa tidak puas di kalangan masyarakat terhadap perkembangan
yang mereka alami selama ini. Keadaan ini mendorong mereka mengejar
keseronokan dan kemewahan baru walaupun sangat berbeza dan bertentangan
dengan ajaran Kristian dan konsep pengagungan terhadap Isa. Akhirnya
ternyatalah akibat daripada kecintaan terhadap pembaharuan-pembaharuan yang
berlaku dan rasa tidak puas hati terhadap pencapaian gereja,telah membawa
masyarakat Eropah dan seluruh masyarakat barat kearah fahaman
secular.Perkembangan Bidang Astronomi. Perkembangan ilmu sains di zaman
pembaharuan yang berlaku di abad pertengahan merupakan satu faktor tersendiri
yang membawa kepada lahirnya sekularisme di dunia barat. Be Eugene Meelang
ada menyentuh tentang punca kebangkitan sekularisme di dunia barat di dalam
bukunya The Secularization of Modern Culture bahawa sekularisme sains
muncul di barat adalah disebabkan oleh perkembangan sains dan pemikiran
yang dialami oleh masyarakat itu sendri

Perkembangan ilmu kaji bintang merupakan satu bidang kajian ilmu


sains yang menimbulkan banyak krisisi di kalangan masyarakat Barat .
perkembangan ilmu ini telah melahirkan ramai tokoh yang berkebolehan dalam
masyarakat dan telah mengeluarkan berbagai-bagai teori baru.

Teori-teori baru ini telah menimbulkan kontrovesi di kalangan gereja.


Golongan gereja telah berpecah kepada dua golongan dan menghadapi masalah
ini.Sebahagian dari mereka menerima perkembangan ini dengan tenang dan
sebahagian lain pula tidak dapat menerimanya kerana teori-teori yang
dikemukakan oleh para ahli astronomi adalah bertentangan dengan agama
Kristian. Golongan yang berminat dengan ilmu ini terus menumpukan perhatian
kepada bidang yang diceburinya dengan sepenuhnya. Golongan paderi yang
berminat dengan ilmu ini telah meninggalkan gereja. Conpenicus adalah seorang
paderi bangsa Pole yang telah menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu
astronomi dan meninggalkan terus gereja dan tugasnya yang berhubung dengan
agama . Teori Corpenicus dan teori Ptolemi mengenai peredaran bumi telah
menimbulkan kemarahan ahli gereja yang lain. Majlis agama Kristian telah
memutuskan bahawa matahari adalah pusat alam ialah mustahil dan bidaah,
kerana bertentangan dengan ajaran kitab Injil. Manakala para saintis pula
sanggup mengenepikan sama sekali ajaran agama mereka kerana kajian yang
dijalankan lebih menyakini mereka.

5. Pengaruh Ilmu Falsafah Moden

Di samping perkembangan ilmu sains, pengaruh ilmu falsafah moden


juga merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi kelahiran
sekularisme di kalangan masyarakat barat. Perkembangan falsafah ini telah
memberi kesan kepada seluruh masyarakat Kristian di dunia Barat, termasuklah
golongan pendeta-pendeta agama. Penglibatan para paderi dan pendita Kristian
dalam bidang falsafah telah menimbulkan rasa tawar hati di kalangan mereka
terhadap urusan agama di gereja atau di biara falsafah telah menimbulkan rasa
tawar hati di kalangan mereka terhadap urusan agama di gereja atau di biara
mereka sendiri.Pembaharuan dan perkembangan falsafah ternyata lebih menarik
perhataian mereka. Gordano Burno, seorang pentafsir berbangsa Itali telah
melarikan diri dari penghidupan biara. Pada asalnya beliau adalah seorang rahib
Dominika. Setelah melarikan diri dari penghidupan biara yang rakyatnya
berfahaman radikal entelek. Kemudian beliau menghina ajaran agamanya
sendiri. Pada pendapat beliau, agama adalah bersifat manusia, manakala
mukjizat pula dianggap sebagai muslihat sihir semata-mata.
Pendekatan kedatangan pengaruh pengaruh ilmu falsafah ini telah
merenggangkan lagi hubungan masyarakat dunia barat dari nilai-nilai agama
yang mereka anuti.
6. Pengaruh Kapitalisme

Di saat-saat perkembangan , pembaharuan dan pembangunan yang pesat di


dunia barat, suatu fahaman yang dikenali sebagai fahaman kapitalis telah
muncul di dalam masyarakat.

Perasaan mementingkan diri mendapat keuntungan dan kebendaan meluap-luap


di jiwa masyarakat dunia barat di waktu itu. Dengan tidak segan silu lagi
masyarakat ini sanggup menyelewengkan penggunaan wang dan harta kekayaan
gereja. Gejala ini amat ketara di kalangan pendita Kristian sendiri. Mereka
mendakwa bahawa harta kekayaan gereja hendaklah digunakan untuk
mendapatkan kekayaan.Masyarakat ini tidak lagi mempunyai perasaan dan
kesedaran untuk memperbaiki keadaan maruah agama mereka sendiri.Bahkan
segala tanggungjawab mengenai agama telah dilupakan oleh sebahagian dari
golongan gereja sendiri.

Sebagimana yang diketahui sekularisme ialah ideologi bahawa urusan


keduniaan seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari
urusan keagamaan. Sekularisme juga boleh bermaksud fahaman yang
menggalakkan idea atau nilai sekular dalam ruang awam atau peribadi. Mereka
yang berpegang kepada fahaman ini adalah dipanggil golongan sekularis.
Secara ringkasnya sekularisme adalah memperjuangkan hak untuk bebas dari
peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan
oleh pemerintah ke atas rakyat, Sekularisme juga dapat difahami sebagai sebuah
negara yang bersifat neutral dalam hal-hal keagamaan, dan juga tidak memberi
keistimewaan terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain, sekularisme
merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh
manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta
bukannya pengaruh agama. Tujuan dan alasan menyokong sekularisme adalah
pelbagai. Kini Di Eropah, sekularisme disokong kerana ia adala suatu
pergerakan ke arah modernisasi. Sekularisme jenis ini, pada tahap sosial dan
falsafah, masih mengekalkan agama rasmi negara atau sokongan rasmi yang
lain. Di Amerika Syarikat, sesetengah orang berpendapat sekularisme
melindungi agama daripada diganggu kerajaan, dan pada masa yang sama di
peringkat sosial sekularisme tidak meluas. Di kebanyakan negara pula,
pergerakan politik yang berlainan menyokong sekularisme kerana pelbagai
alasan.

Sehubungan ini, fahaman terhadap sekularisme ini telah sebati dengan diri
masyarakat Eropah; ia telah membawa pengaruh yang amat mendalam dalam
pelbagai aspek kehidupan manusia. Dalam rangkuman aspek-aspek tersebut;
aspek kehidupan manusia dan aspek pegangan agama menjadi perkara yang asas
dalam mamahami pengaruh sekularisme kini. Dalam aspek kehidupan banyak
perkara yang dapat dijadikan contoh berkenaan pengaruh sekularisme ini,
contohnya ialah manusia tidak lagi memandang tinggi aspek keagamaan dalam
kehidupan seharian malah ia dipandang mudah. Perlakuan ini adalah tidak
menjurus kepada dunia masyarakat di dunia barat sahaja, bahkan penduduk yang
berada di negara yang mendukung undang-undang Islam pun sudah terpengaruh
dengan ideologi sekularisme. Bagi pandangan mereka hak-hak keagamaan
adalah menjadi suatu penghalang bagi mereka untuk menjalankan aktiviti harian
mereka. Contohnya dapat dilihat dalam dunia barat dimana hanya segelintir
sahaja penganut-penganut kristian yang mengunjungi gereja-gereja untuk
beribadat yang mana ia adalah menjadi suatu identiti dalam kehidupan
beragama. Contoh dalam masyarakat Islam pula: pengaruh sekularisme secara
umum kini dapat dilihat apabila ada kesan yang menunjukkan bahawa ada
segelintir umat islam yang melanggar perintah-perintah Allah yang mana
menjadi satu kewajipan untuk meninggalkannya atau pun menghindarinya;
seperti gejala tidak berpuasa di bulan Ramadhan yang mana berpuasa itu
merupakan suatu kewajipan yang dituntut dalam agama Islam. Ini menunjukkan
bahawasanya individu mukallaf yang meningalkan seruan itu adalah berfikiran
sekular kerana meremeh-temehkan hal-hal keagamaan. Ini membuktikan
bahawasanya bagi mereka berpuasa adalah menjadi suatu beban dan tidak perlu
dilaksanakan. Ini menepati dengan salah satu daripada ciri-ciri sekularisme iaitu
memisahkn hal-hal keagamaan dengan hal-hal dunia. Sedangkan dalam agama
Islam semua perkara yang berkaitan dengan keagamaan adalah berhubung kait
dengan aktiviti kehidupan manusia dan tidak boleh dipisahkan.

B. Fenomena Sekularisme Radikal

Sejarah mencatat, PD I menghasilkan kekalahan bagi imperium Otoman


dan pendudukan militer atas berbagai wilayah strategisnya yang membentang dari
pinggiran sampai pusat Eurasia. Sedangkan tanah-tanah Arab dikolonisasi,
terkecuali mungkin Iran, Afghanistan, dan Anatolia. Semua wilayah yang
ditempati kaum Muslimin akhirnya berada di bawah kekuasaan negara-negara
Eropa. Setelah itu, lahir republik sekuler Turki tahun 1924, yang menandai awal
dari bencana besar di dunia Islam. Fenomena sekularisme radikal pertama kali
dipraktikkan oleh pemerintah Turki dengan membunuh lebih dari 12 ribu ulama
Islam, melarang adzan dan jilbab, menghapus bahasa Arab, memberangus kitab-
kitab, dan menutup sekolah-sekolah Islam. Pada waktu sekularisme berkuasa,
pemerintah Turki cenderung menjalin hubungan sangat akrab dengan Israel
melalui aliansi militer dan mengabaikan peristiwa-peristiwa holocaust terhadap
bangsa Palestina, yang notabene adalah umat Islam.

Namun, pascaberkuasanya kekuatan Islam di pucuk pimpinan pemerintah


melalui kemenangan mayoritas Partai Keadilan dan Pembangunan, Turki
mencoba menjalin hubungan baru melalui aliansi dan pertemuan-pertemuan
antara Turki dan negara-negara Arab. Perubahan dari kekuasaan sekuler ke
kebijakan Islamis berlangsung dinamis di republik ini. Bahkan, Turki berusaha
membangun sebuah kebijakan yang lebih seimbang terhadap region ini. Misalnya,
pascainvasi AS ke Irak, PM Turki, Tayyib Erdogan justru mendeklarasikan
bahwa agresi Israel di Palestina sebagai sebuah gelombang baru ''pembersihan
etnik dan genosid'', seperti apa yang telah terjadi terhadap bangsa Muslim Bosnia.
Bahkan Turki juga tetap mengakui Yasser Arafat sebagai pemimpin yang sah bagi
Palestina. Berikutnya adalah fakta lain dari kedzaliman sekularisme, yaitu
Aljazair.Kasus Aljazair bisa dijadikan contoh, apakah Barat memang benar-benar
demokratis? Awalnya, bangsa ini percaya terhadap slogan demokrasi sampai
partai Islam memenangkan pertarungan di dalam pemilihan lokal dan berhasil
membangun sebuah infrastruktur sosial-ekonomi di tahun 1980-an.

Tapi malang sekali, Barat menunjukkan ambivalensi dan


ketidaktoleranannya bagi kekuatan-kekuatan demokratis di negeri tersebut. Politik
Barat, khususnya Prancis, akhirnya mendukung kudeta militer untuk
membatalkan kekuasaan Muslim dan menceburkannya ke dalam perang sipil
paling berdarah dalam sejarah Aljazair. Dalam konteks ini kita melihat, keyakinan
yang luas terhadap sistem Islam tak lagi memperoleh penopang berupa kekuasaan
politik. Fenomena demikian terjadi selama 80 tahun. Islam dipinggirkan dari
arena politik dan konstelasi strategis. Adapun kekuasaan sekuler berhasil
memimpin dominasi politik dan ekonomi. Bahkan memenangkan berbagai front
pertempuran militer dan politik, sekaligus membuktikan bahwa filosofi
sekularisme sangat tidak demokratis, bahkan antiagama.Itulah Barat.

Standar ganda, ambivalensi, dan sekularisme radikal merupakan tipikal


historis karakter kaum barbarian yang kini melandasi peradaban Barat. Karena
itu, ketidakadilan dan ambisi penaklukan menjadi ciri khas dari agenda politik
Barat, termasuk pelarangan jilbab di Prancis, invasi militer atas Irak dan
Afghanistan, ancaman militer terhadap Iran, Libya, dan Suriah, tuduhan kepada
Saudi Arabia sebagai biang teroris, dan ditundanya Turki masuk ke Uni Eropa.
Semua itu adalah agenda untuk menguasai dunia Islam, bukan hanya Timur
Tengah. Bahkan isu terorisme dan reformasi politik di negara-negara Muslim
hanyalah awal dari suatu agenda jangka pendek, bukan ujung sasaran. Hal ini
disebabkan, secara geopolitik dan geostrategis, dunia Islam merupakan wilayah
paling dinamis di dunia. Wilayah ini mencakup area sepanjang batas-batas
internasional dari Afrika ke Asia Tengah. Kendali dan kontrol terhadap wilayah
ini merupakan upaya Barat untuk menghancurkan tumbuh berkembangnya
konsolidasi dunia Islam. Kita saksikan, aliansi Tran-Atlantik ini, tanpa peduli,
melanjutkan misi besar mereka untuk menguasai seluruh sumber daya geo-
ekonomi dan geopolitik dunia hanya demi memuaskan nafsu dan ambisi
kapitalisme globalnya. Adapun sekularisme radikal tampaknya cuma salah satu
alat politik untuk arogansi kekuasaan melawan Kekuasaan Allah. Pertarungan al-
haq dan al-batil sejatinya, memang, akan terus berlanjut sampai al-haq
dimenangkan, keadilan ditegakkan, dan rahmatan lil'alamiin dapat diwujudkan.
nPeneliti di Center for Middle East Studies (Comes)

C. Sekularisme antara Timur Dan Barat

Tidak mengherankan jika Paham sekularisme mendapat tempat di Barat. Ini


bermula dari pengekangan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan
penemuan sains. Ia bertindak ganas dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan arti
kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan
mengeruk keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah. Eropa pernah tenggelam
dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja ketika ratusan bahkan ribuan orang mati di
dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertempuran antara gereja
dan sains yang akhirnya tegaklah paham sekularisme yang berarti memisahkan agama
(Kristen) dari negara. Suasana kacau balau dalam agama Kristen hasil penyelewengan
yang terjadi di dalamnya (-ia hasil dari perencanaan yahudi-) memungkinkan tegaknya
faham sekularisme di samping agama Kristen yang sudah ada.
Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kungkungan gereja yang begitu
mengekang pengikutnya. Masyarakat Eropa tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan
gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja
mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri
mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama Kristen hanya pada nama tidak
pada pengamalan agama. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kungkungan gereja
yang begitu mengekang pengikutnya.. Apabila paham sekularisme ingin dipindakan dari
Barat ke Timur, golongan ini tidak menyadari (secara sengaja atau tidak) suasana di
Timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali
merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama
dengan apa yang terjadi dalam Kristen di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada
penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan
agama (Islam) dari negara karena negara dengan fiqh Islam adalah bukan dua perkara
yang berasingan.

Dalam Islam, agama tidak mungkin tegak dengan sempurna tanpa negara yang
akan menguatkan undang-undang agama. Dan tidak mungkin negara tegak dengan baik
jika tidak ada agama yang memandunya. Hasan Al Banna dalam Majmuah Rasail
menegaskan bahwa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkum urusan
kehidupan manusia semuanya. Ia merangkum negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat,
akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, kemiliteran dan lain-
lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkumnya. Al-
Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam
memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Ali Imran
ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-
Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba ayat 15), bidang undang-undang
pepemerintahan (lihat surah Al-Nisa ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain. Islam
sama sekali tidak bisa membenarkan penyebaran paham sekularisme di sampingnya
dengan berbagi tugas antara keduanya yaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan
akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Islam sama sekali tidak
bisa membenarkan penyebaran paham sekularisme di sampingnya dengan berbagi tugas
antara keduanya. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama
yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan
pemisahan ini sebagaimana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam
bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah.

Allah telah menegaskan dalam Al Quran bahwa agama yang diridhainya


hanyalah Islam. FirmanNya yang artinya, Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima
di sisi Allah hanyalah Islam, (QS. Ali Imran: 19). Jadi untuk menyamakan Islam dengan
agama Kristen dan usaha memasukkan paham sekular ke dalam Islam adalah satu
kesalahan dan musibah yang besar. Islam tidak seperti kristen, karena Islam datang dari
Pencipta manusia yaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Dia selamat dari cacat dan cela.
Sedangkan kristen, pada asalnya, agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh para
tokoh agamanya untuk kepentingan mereka. Jadi untuk menyamakan Islam dengan
agama Kristen dan usaha memasukkan paham sekular ke dalam Islam adalah satu
kesalahan dan musibah yang besar karena Islam tidak seperti kristen, Sekularisme
bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari paham kufur ini dan tidak ada
hubungan dengannya. Siapa saja dari umat Islam yang mengagungkan sekularisme untuk
memperoleh kemajuan dengan tidak perlu beramal dengan Islam maka sangat
membahayakan akidahnya.

Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari paham
kufur ini dan tidak ada hubungan dengannya. Sekularisme bukan hanya sekadar
berpandangan politik satu suku dan agama suku lain tetapi dengan menyempitkan
ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam
secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima. Namun,
manakala mendatangkan kesusahan ditolak. Sebab itulah perbuatan ini dicela oleh Allah
melalui firmanNya yang artinya, adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian
kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya?" (QS. Al-Baqarah: 85).
Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui
firmanNya yang artinya, wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam
keseluruhannya. (QS. Al-Baqarah: 208)
BAB III

KESIMPULAN

Sekularisme merupakan masalah berat yang sedang dihadapi umat islam saat
ini. Sebab, dengan perkembangan dan kemajuan zaman serta kemajuan dari sarana
informasi seperti media cetak dan media elektronik serta gelombang informasi yang
telah diperkirakan sebelumnya. Sehingga pengaruh suatu paham cepat sekali untuk
mengenai tubuh umat manusia khususnya umat islam dimanapun mereka berada
terlebih di era globalisasi.

Karena itu, cara yang paling baik untuk menghadapi masalah tersebut adalah
dengan mengkaji atau memahami ajaran islam dengan sebaik-baiknya dan ajaran
islam tersebut diajarkan sejak dini agar ajaran agama bisa mengatur kehidupan. Hal
yang diajarkan khususnya ajaran yang bersumber dari al-quran dan as-sunah maupun
ajaran islam yang bersumber dari paham para ulama atau ijtihad para ulama
sepanjang sejarah perkembangan islam saat ini terutama yang disebut yaitu pemikiran
umat islam yang memenuhi syarat yang terangkum dalam kebudayaan islam harus
kita pelajari melalui suatu pendekatan sosio humaniora yang telah diterangkan dalam
pembahasan, kritis-analis dan dengan kepala dingin.
DAFTAR PUSTAKA

Mohammad Daud Ali, Habibah Daud, Lembaga-lembaga Islam di Indonesia,

Jakarta : PT Raja Grafindo Persada, 1995.

http://groups.yahoo.com/group/ambon/message/30626, selasa, 11-01-2011, pkl 16.13.

http://www.scribd.com/doc/2163104/Sistem-ekonomi-Islam-dan-sistem-ekonomi-
konvensional),selasa,11-01-2011,pkl15.56.
http://suhaimisautar.blogspot.com/2010/08/perkembangan-sekularisme-dan-
kesannya.html, selasa, 11-01-2011,pkl 16.00.

Anda mungkin juga menyukai