Anda di halaman 1dari 3

2) Teori kedatangan islam ke alam melayu dan faktor-faktor yang menyebabkan islam

berkembang dengan pesat.

Kedatangan Islam di Tanah Melayu berlangsung dengan suasana yang aman dan
harmoni serta tidak berlaku peperangan malah diterima baik masyarakat melayu. Secara
umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan Islam iaitu dari Arab/Parsi,
China dan Champa dan juga India.
Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya
Islam lagi. Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu
pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan Islam yang bersifat universal, masyarakat melayu
selesa dengan agama islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-
pedagang Arab untuk melakukan aktiviti dagangan mereka. John Crawford telah
mengemukakan teori dan disokong oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang
dari Arab melalui pedagang. Buktinya, Buktinya catatan China mengatakan orang Arab dan
Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang
ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya di Selat Melaka kerana kedudukannya
strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di Asia Tenggara dan ada yang
menetap serta membina perkampungan Arab. Perkampungan ini juga menjadi tempat untuk
berdagang. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan dan
menyebarkan Islam. Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di Sumatera Utara
iaitu di Ta Shih.
Seterusnya, Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar
tahun 650 Masihi yang pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut,
wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam.
Pada tahun 877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah
mengorbankan 120 000 hingg 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari
Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab -Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah
(Kedah) serta Palembang, Menurut catatan , Kedatangan Islam dari negara China bermula
pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad
ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam telah mengunjungi Khan Fo atau Canton
(kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan pusat perniagaan yang terkenal. Melalui
hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam kalangan peniaga cina di Negara China
dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara semasa
berdagang di sana.
Manakala Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang
orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil
pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-
hal dagangan dan kebudayaan. Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan
Tanah Melayu berminat dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India.
Selain itu , pengaruh perkataan India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat
melayu sehingga kini . Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina
dari negeri india.
Antara faktor-faktor perkembangan islam di Tanah Melayu ialah perdagangan,
perkhawinan, perluasan kuasa dan faktor politik, ajaran islam yang mudah/ideologi islam itu
sendiri, faktor kesusteraan dan peranan ahli tasawuf,sufi serta pendakwah.
Kebanyakkan ahli sejarah berpendapat agama Islam diperkenalkan di Nusantara
melalui perdagangan. Pendapat ini berasaskan kepada tiap-tiap pelabuhan terdapat penduduk-
penduduk yang beragama Islam. Contohnya di Melaka dan di Aceh yang merupakan pusat-
pusat perkembangan Islam di samping pusat-pusat perdagangan di Nusantara
Perkahwinan merupakan faktor utama dalam perkembangan Islam di Nusantara.
Ramai saudagar-saudagar luar, sama ada dari Arab atau India yang beragama Islam telah
berkahwin dengan wanita-wanita tempatan atau puteri-puteri raja. Selepas perkahwinan,
saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada isterinya, keluanga isterinya
dan seterusnya pada masyarakat tempatan amnya. Proses yang sama akan berlaku yang
berakhir dengan seluruh keluarga diraja tersebut memeluk agama Islam. Sudah menjadi tabiat
masyarkat Melayu akan mengikut apa yang dilakukan oleh raja-raja dan golongan
bangsawan, jadi bila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam, amat mudah dan
cepat Islam berkembang di kalangan rakyat bawahan.
Dua buah negara yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui
usaha penaklukan ialah Melaka (pada abad ke-15) dan Acheh (pada abad ke-16 dan 17). Di
zaman keagungannya, Melaka telah menakluki banyak daerah dari negeri di Semenanjung
dan juga Sumatera seperti Pahang, Kedah, Siak, Rokan dan lain-lain Iagi. Melalui penaklukan
ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut. Kebiasaannya, raja di sesebuah negeri
yang ditawan tidak sukar diislamkan kerana secara sukarela mereka menerima Islam sebagai
satu Iangkah untuk mendapatkan layanan yang baik dari pemerintah negeri yang
menawannya. Pengislaman raja sesebuah negeri biasanya diikuti oleh rakyat. Ini sudah tentu
menambahkan bilangan orang yang menganut agama Islam.
Faktor yang dikira penting disamping ikutan dan kepatuhan kepada raja mereka,
orang Melayu secara beramai-ramai dan suka hati memeluk Islam adalah disebabkan
keelokkan ajaran serta keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat
manusia yang dibawa oleh Islam. Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakan warna
kulit dan darah keturunan, menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah
dalam serata masyarakat ketika itu.
Kesusasteraan juga telah menjadi saluran penting kepada penyebaran Islam di Asia
Tenggara. Dengan kedatangan Islam, masyarakat Nusantara telah menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan utama. Dengan adanya satu bahasa, kegiatan
menyebarkan Islam menjadi lebih mudah dan lancar. Kedatangan Islam juga telah
memperkenalkan tulisan Jawi. Hasil-hasil sastera Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini
memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam
kerana mereka dapat menguasai tulisan Jawi
Di samping itu, kegiatan penyebaran Islam dikembangkan oleh ahli-ahli tasawuf dan
sufi yang merupakan ulama Islam yang kuat beramal. Kedua-dua golongan ini telah
menunjukkan teladan yang baik tentang Islam itu sendiri. Golongan ini juga diberi
penghormatan yang tinggi oleh pemerintah kerana bijak dalam tutur kata. Nasihatnya
didengar oleh sultan dan para pembesar.

Anda mungkin juga menyukai