Anda di halaman 1dari 16

1

KERJASAMA
HARTANAH
GMCR

Cadangan Pembelian Satu (1) Unit Shop Lot di Pusat


Perniagaan Gemilang Kota Warisan Sepang

SENARAI KANDUNGAN

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
2

PENGENALAN 3
FAEDAH KERJASAMA 3
SIAPA YANG LAYAK? 5
PERJANJIAN KERJASAMA
6
HALATUJU KERJASAMA
10
CARA BAYARAN 10
PENGHANTARAN PERJANJIAN KERJASAMA
10
SOALAN LAZIM 11
PENUTUP 11
LAMPIRAN 12

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
3
PENGENALAN
Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (juga dikenali
Green Matrix Car Rental atau GMCR) kini dalam proses
pembelian sebuah premis perniagaan untuk melancarkan
operasi perniagaannya.
Lokasi perniagaan yang dipilih adalah di Pusat Perniagaan
Gemilang, Kota Warisan, Sepang. Lokasi ini dipilih kerana ia
berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur. Selain itu pemilihan lokasi ini adalah bagi memenuhi
permintaan tempahan kereta sewa yang semakin meningkat di
kawasan berkenaan.

Pusat Perniagaan Gemilang Kota Warisan, Sepang.

Memandangkan ada beberapa pihak yang berminat untuk


berkongsi modal untuk pembelian hartanah ini, maka pihak
syarikat amat berbesar hati untuk bekerjasama. Untuk
makluman, kos pembelian premis berkenaan adalah
RM1,200,000 (harga premis RM1,050,000 + yuran guaman dan
duti setem RM30,000 + faedah kerjasama RM120,000).
Bagi memudahkan proses pembelian, maka pihak syarikat
telah memecahkan modal pembelian premis ini kepada 100 lot.
Harga setiap lot adalah RM12,000. Bagi pihak yang berminat
untuk bekerjasama berikut merupakan faedah kerjasama yang
ditawarkan.

FAEDAH KERJASAMA

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
4
1. Pulangan dalam bentuk dividen tahunan sebanyak
70% daripada kutipan sewa. Pada masa ini kadar sewa
premis berkenaan adalah RM4,500 sebulan. Jadi jumlah
kutipan sewa setahun adalah RM4,500 x 12 bulan =
RM54,000. Dividen yang akan diperolehi adalah RM54,000 x
70% = RM37,800. Secara purata, anda akan mendapat
RM37,800/100 lot = RM378 untuk setiap lot. Ini bermakna
pulangan pelaburan adalah (RM378/RM12,000) x 100 =
3.15% setahun. Kadar sewa adalah tetap dalam tempoh 2
tahun dan tertakluk atas perbincangan selepas tempoh
berkenaan.

2. Kenaikan nilai modal mengikut harga hartanah


semasa. Berdasarkan rekod nilai hartanah ini dari tahun
2012 adalah RM750,000, pada tahun 2015 hartanah ini
dijual pada harga RM1,050,000 (harga asal RM1,200.000).
Secara purata kadar kenaikan adalah 40% dalam tempoh 3
tahun atau 13.33% setahun. Kenaikan harga hartanah
adalah tidak tetap dan bergantung kepada keadaan ekonomi
semasa.

3. Kemudahan penggunaan alamat premis sebagai


pejabat maya (virtual office) secara percuma yang
bernilai RM365 setahun. Anda boleh menggunakan
alamat premis untuk urusan surat menyurat perniagaan
masing-masing. Pihak pengurusan GMCR akan
memaklumkan sekiranya terdapat surat anda yang sampai
di premis berkenaan. Contoh khidmat virtual office adalah
www.voffice.com.my.

4. Keahlian VIP GMCR bernilai RM1,000 setahun yang


melayakkan anda mendapat diskaun 20% daripada kadar
sewa kereta GMCR di seluruh Malaysia. Anda akan
mendapat link khas untuk tempahan kereta sewa pada
harga VIP.

5. Insuran Kemalangan Peribadi bernilai RM100,000


setahun. Anda wajib menyewa kereta dengan GMCR
minima RM500 setiap tahun bagi memastikan polisi insuran
diperbaharui secara percuma setiap tahun. Walau
bagaimanapun anda boleh memperbaharui insuran

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
5
kemalangan berkenaan pada harga RM100 setahun
tanpa perlu menyewa kereta daripada GMCR.

6. Bimbingan perniagaan bernilai RM6,000 daripada tuan


Wahi Abd Rashid dan Puan Nurshirley Kamilia
Abdullah. Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat
profesional tentang bagaimana memulakan perniagaan,
teknik pemasaran, pengurusan perniagaan dan kewangan
sepanjang tempoh kerjasama. Bimbingan adalah melalui
support group facebook dan telegram ATAU.

7. Keahlian rakan niaga GMCR bernilai RM6,000. Peserta


akan diberikan kit rakan niaga dan dibimbing mengenai
selok-belok perniagaan kereta sewa melalui support group
facebook dan telegram. Sekiranya anda memilih faedah
ini Modal RM6,000 akan ditolak secara automatik
untuk menampung kos keahlian rakan niaga GMCR.

8. Peluang JV bersama GMCR dalam pelbagai perniagaan


yang berpotensi seperti kereta sewa, rumah sewa, shop lot,
homestay, hotel, kedai cuci kereta, bengkel membaiki
kereta, kedai menjual kereta, kedai aksesori kereta,
pelancongan dan perniagaan yang berkaitan dengan
halatuju syarikat.

SIAPA YANG LAYAK?


1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun ke atas
3. Mempunyai simpanan yang mencukupi.
4. Ingin bekerjasama dalam jangka masa panjang.
5. Sabar dengan pulangan pelaburan yang munasabah.

Sekiranya berminat dengan tawaran kerjasama ini, sila isikan


perjanjian kerjasama pada muka surat seterusnya.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
6
PERJANJIAN KERJASAMA

Perjanjian ini dibuat pada HH/BB/TTT Di antara NAMA PENUH


(NO KAD PENGENALAN) (Selepas ini dipanggil sebagai Rakan
Kerjasama) beralamat ALAMAT RAKAN KERJASAMA dengan
GREEN MATRIX ENTERPRISE TRAVEL & TOURS SDN BHD
(Selepas ini dipanggil Pemilik Premis) untuk pembelian satu
unit hartanah beralamat : UNIT 47, JALAN GEMILANG 2,
GEMILANG BUSINESS CENTRE SEPANG. Bayaran modal
untuk BILANGAN LOT sebanyak RINGGIT MALAYSIA
SAHAJA.

SYARAT KERJASAMA
1. Tawaran kerjasama dibuka sebanyak 100 lot. Satu Lot
bernilai RM12,000 (Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu
Sahaja). Modal untuk satu lot akan digunakan untuk
pembelian premis, duti setem, yuran guaman dan faedah
kerjasama. Satu lot hanya sah untuk satu Rakan Kerjasama
sahaja. Rakan Kerjasama boleh membeli lebih daripada
satu lot.
2. Modal kerjasama mestilah datang daripada sumber yang
sah, halal dan dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya
didapati Rakan Kerjasama menggunakan modal daripada
sumber yang tidak sah, haram atau menyalahi undang-
undang, maka kerjasama boleh dibatalkan dan wang akan
dikembalikan semula.
3. Pembelian premis adalah di bawah nama Green Matrix
Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd (961710-U). Premis akan
digunakan oleh pihak Green Matrix Enterprise Travel &
Tours Sdn Bhd untuk operasi perniagaannya dan boleh
digunakan sebagai kemudahan pejabat maya Rakan
Kerjasama.
4. Rakan Kerjasama layak mendapat dividen tahunan
sebanyak 70% daripada kutipan sewa yang dibayar oleh
pihak Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd.
Pembahagian dividen tertakluk kepada baki modal seperti
dinyatakan pada faedah kerjasama no 7.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
7
Sebagai contoh sekiranya rakan kerjasama tidak memilih
faedah kerjasama no. 7 dan kadar sewa adalah RM4,500
sebulan maka pengiraan dividen tahunan untuk setiap lot
adalah seperti berikut;

= [(Kadar Sewa x 12 bulan) x 70%]/100 lot


= [(RM4,500 x 12 bulan) x 70%]/100 lot
= (RM54,000 x 70%)/100 lot
= RM37,800/100 lot
= RM378 per lot.

Sekiranya Rakan Kerjasama memilih faedah kerjasama no


7, maka pengiraan dividen tahunan untuk lot yang dimiliki
adalah seperti berikut ;

= [(Kadar Sewa x 12 bulan) x 70%] / 100 lot x 50%


= [(RM4,500 x 12 bulan) x 70%] / 100 lot x 50%
= [(RM54,000 x 70%) / 100] x 50%
= (RM37,800 / 100) x 50%
= RM189 per lot.

5. Rakan Kerjasama yang berminat menggunakan ruang di


dalam premis perlu mendapatkan kebenaran daripada
Pemilik Premis terlebih dahulu.
6. Pemilik Premis berhak menjual premis sekiranya perlu dan
Rakan Kerjasama akan dimaklumkan terlebih dahulu. Jualan
adalah mengikut harga pasaran semasa yang dinilai oleh
juru nilai yang sah. Rakan Kerjasama layak mendapat 70%
daripada keuntungan hasil jualan dan dibahagi mengikut
pegangan lot yang dimiliki. Sebagai contoh sekiranya
premis berjaya dijual pada harga RM2,000,000 dan Rakan
Kerjasama tidak memilih faedah kerjasama no 7, maka
pengiraan keuntungan adalah seperti berikut
[(RM2,000,000 RM1,200,000) x 70%] / 100 Lot = RM5,600
per lot. Pengiraan berkenaan tidak termasuk kos yuran
guaman, duti setem, cukai keuntungan harta tanah (CKHT)
dan kos lain yang terlibat.
7. Rakan Kerjasama yang memilih faedah kerjasama no 7
layak mendapat keuntungan hasil jualan atau cagaran
premis berdasarkan baki modal yang tinggal. Pengiraan
pembahagian keuntungan adalah [(Harga Jualan Harga
Modal) x Peratus Baki Modal ] / 100 Lot x 70%. Sebagai

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
8
contoh sekiranya premis berjaya dijual pada harga
RM2,000,000, maka pengiraan keuntungan adalah seperti
berikut [(RM2,000,000 RM1,200,000) x 50%] / 100 Lot x
70% = RM2,800 per lot. Pengiraan berkenaan tidak
termasuk kos yuran guaman, duti setem, cukai keuntungan
harta tanah (CKHT) dan kos lain yang terlibat.
8. Sekiranya perlu, Pemilik Premis berhak mencagarkan
premis kepada pihak bank untuk mendapatkan modal.
Rakan Kerjasama akan dimaklumkan terlebih dahulu
sebelum proses cagaran dilakukan. Rakan Kerjasama layak
mendapat 70% keuntungan daripada kenaikan harga
hartanah hasil cagaran berkenaan. Pembahagian
keuntungan untuk Rakan Kerjasama yang memilih faedah
kerjasama no 7 adalah tertakluk kepada syarat kerjasama
no 7.
9. Syarat kerjasama boleh diubah dari masa ke semasa
selaras dengan peraturan dan undang-undang yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa yang terlibat. Rakan
Kerjasama akan dimaklumkan terlebih dahulu sekiranya
terdapat perubahan syarat perjanjian di masa hadapan.
10. Perjanjian kerjasama ini tertakluk selama satu (1) tahun
dan boleh diperbaharui secara automatik setiap satu (1)
tahun dengan persetujuan di antara Pemilik Premis dan
Rakan Kerjasama.
11. Sekiranya Rakan Kerjasama ingin menarik diri dalam
tempoh kurang 1 tahun daripada tarikh perjanjian
kerjasama, maka Rakan Kerjasama akan dikenakan penalti
sebanyak 10%. Baki modal yang akan dipulangkan adalah
sebanyak RM10,800 sahaja. Segala faedah kerjasama yang
ditawarkan akan dibatalkan. Bagi Rakan Kerjasama yang
memilih faedah kerjasama no 7, baki modal akan
dipulangkan adalah sebanyak RM4,800 sahaja (RM12,000
10% - RM6,000). Keahlian rakan niaga GMCR tertakluk
kepada syarat perjanjian rakan niaga.
12. Sekiranya Rakan Kerjasama ingin menarik diri selepas
tempoh 1 tahun, sila maklumkan secara bertulis kepada
Pemilik Premis dalam tempoh 3 bulan. Modal asal atau baki
modal Rakan Kerjasama akan dipulangkan 3 bulan selepas
notis dihantar. Kos untuk mengupah juru nilai yang sah
adalah dibawah tanggungjawab Rakan Kerjasama. Segala
faedah kerjasama yang ditawarkan akan dibatalkan. Bagi
Rakan Kerjasama yang memilih faedah kerjasama no 7,

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
9
modal kerjasama akan ditolak sebanyak RM6,000. Keahlian
rakan niaga GMCR tertakluk kepada syarat perjanjian rakan
niaga.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
10
Dengan ini kedua-dua pihak bersetuju menurunkan
tandatangan sebagai tanda kerjasama berdasarkan syarat-
syarat yang telah ditetapkan.

PEMILIK PREMIS SAKSI

................................................ ................................................
........ ..
Nama : Nama :
No K.P : No K.P
Tarikh : Tarikh :
Cop Syarikat : Alamat :

RAKAN KERJASAMA SAKSI

................................................ ........................................
........ ..........
Nama : Nama :
No K.P : No K.P
Tarikh : Tarikh :
Alamat : Alamat :

Nota : Sila turunkan tandatangan pada setiap mukasurat


perjanjian kerjasama.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
11
HALATUJU SYARIKAT
Sebelum anda mengambil keputusan untuk bekerjasama,
adalah penting untuk anda tahu halatuju syarikat. Untuk
makluman pihak syarikat telah menetapkan di mana pada
tahun 2024, pihak syarikat sudah berjaya menjana pendapatan
RM1 billion setahun. Pendapatan berkenaan datang daripada
perniagaan kereta sewa, perhotelan, homestay, hartanah,
automotif dan pelancongan.

Pihak syarikat juga mahu menyumbang sebanyak


RM200,000 sebulan kepada rumah anak yatim, pusat tahfiz dan
rumah orang tua dalam bentuk zakat dan sedekah. Pihak
syarikat anda jelas dengan halatuju syarikat dan dapat terus
bekerjasama dalam jangkamasa panjang supaya dapat
menikmati faedah kerjasama dan dalam masa yang sama
menyumbang kepada masyarakat.

CARA BAYARAN
Sekiranya Rakan Kerjasama berminat untuk bekerjasama sila
buat bayaran sebanyak RM12,000 untuk satu lot kepada
Maybank : 511065546972 (Green Matrix Enterprise Travel &
Tours Sdn Bhd). Sila email bukti bayaran :
property@greenmatrixcarrental.com.

Pembayaran boleh dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali


iaitu RM6,000 x 2 kali. Pembayaran ansuran modal seterusya
mesti diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas tarikh
pembayaran pertama. Tarikh perjanjian akan dikira selepas
semua pembayaran modal sebanyak RM12,000 diterima.

PENGHANTARAN PERJANJIAN KERJASAMA


Selepas anda selesai membuat bayaran, sila tandatangan
perjanjian ini dan email kepada
property@greenmatrixcarrental.com atau pos kepada.

GREEN MATRIX ENTERPRISE TRAVEL & TOURS SDN BHD

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
12
No 69 Taman Putrajaya Phase 6,
Jalan Tun Hussein Onn,
97000 Bintulu, Sarawak

Tel : 0128752002 (Wahi Abd Rashid)


SOALAN LAZIM

1. Adakah pembelian premis ini dikenakan GST?


Pemilik premis asal adalah individu dan tidak mendaftar GST.
Jadi pembelian premis ini tidak dikenakan GST sebanyak 6%.

2. Adakah modal saya dikenakan GST?


Modal pembelian premis ini tidak dikira sebagai pendapatan
syarikat. Justeru ia tidak dikenakan GST sebanyak 6%. Walau
bagaimanapun pihak syarikat perlu mengeluarkan resit yang
mengatakan wang berkenaan digunakan untuk pembelian
hartanah untuk syarikat. Resit mesti merujuk kepada perjanjian
yang telah ditandangani di antara pihak syarikat dan Rakan
Kerjasama. Justeru Rakan Kerjasama perlu menghantar
perjanjian kerjasama secepat mungkin untuk mengelakkan
sebarang masalah.

3. Sekiranya saya ada pertanyaan, di mana saya boleh


ajukan soalan?
Anda boleh bertanya sebarang soalan melalui group facebook
berikut --> http://on.fb.me/1x3zfZs.

PENUTUP
Pihak syarikat berharap anda jelas dengan penerangan ringkas
ini. Sekiranya anda pertanyaan, sila sertai group facebook
seperti link di atas.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
13

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
14
LAMPIRAN

Senarai semak tindakan yang perlu diambil selepas menerima


modal kerjasama.

1. GMETTSB terima bayaran modal daripada Rakan Kerjasama.


2. GMETTSB keluarkan resit kepada Rakan Kerjasama.
3. GMETTSB dapatkan perjanjian kerjasama dan serahkan
kepada anak syarikat iaitu Green Matrix Global Sdn Bhd
untuk simpanan dan rekod. Pengurusan premis diserahkan
kepada Green Matrix Global Sdn Bhd.
4. GMETTSB selesaikan pembayaran kepada Pemilik Premis
dan peguam (anggaran RM1,080,000).
5. GMETTSB perlu simpan RM3,150 sebulan untuk bayaran
dividen tahunan kepada Rakan Kerjasama. Wang berkenaan
datang daripada pendapatan operasi GMCR, komisen jualan,
sewaan bilik seminar, latihan, royalti, dan sewaan pejabat
maya kepada rakan niaga GMCR yang memerlukan.
6. Untuk perkhidmatan pejabat maya, pengurusan diserahkan
kepada Green Matrix Global Sdn Bhd di mana perlu
memaklumkan kepada Rakan Kerjasama/Rakan Niaga GMCR
sekiranya ada surat yang dihantar ke alamat premis.
7. Pengurusan keahlian VIP GMCR akan diserahkan kepada
Green Matrix Trans Pacific Sdn Bhd.
8. GMETTSB perlu bayar RM100 x 100 = RM5,000 kepada
syarikat insuran untuk insuran kemalangan peribadi tahunan
Rakan Kerjasama. Pengurusan diserahkan kepada Green
Matrix Trans Pacific Sdn Bhd. Dalam tahun pertama Rakan
Kerjasama perlu menggunakan perkhidmatan kereta sewa
GMCR dengan kadar sewa minimum RM500 setahun untuk
melayakkan polisi insuran diperbaharui untuk tahun
berikutnya. Mereka boleh memperbaharui polisi insuran
dengan membayar RM100 sekiranya tidak mahu
menggunakan perkhidmatan kereta sewa GMCR.
9. GMETTSB perlu keluar modal RM60,000 (modal ambil dari
modal Rakan Kerjasama) untuk renovasi premis untuk
pejabat dan bilik seminar.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
15
Nota : GMETTSB = Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn
Bhd.

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd
16
Anggaran perbelanjaan
Pendapatan
Kutipan Modal 1,200,000
Jumlah 1,200,00
0

Perbelanjaan
Bayaran premis 1,050,000
Yuran guaman dan duti setem 30,000
Renovasi premis (pejabat & bilik seminar) 60,000
Insuran kemalangan peribadi RM100 x 100 10,000
(setahun)
Bimbingan Hijrah Menjadi Usahawan / Rakan 50,000
Niaga GMCR
Jumlah 1,200,00
0

Hakcipta Terpelihara 2015 Green Matrix Enterprise Travel & Tours Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai