Anda di halaman 1dari 5

ANUGERAH SRIKANDI 2006

Biodata Penerima Anugerah Sri Kandi Persatuan Pandu Puteri Malaysia


2006

Y.M. Tunku Dato' Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman

Y.M. Tunku Dato Hajjah Fatimah Binti Tunku Sulaiman telah dilahirkan di
Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 20 Januari 1925, dan mendapat
pendidikan di Sekolah Melayu Kuala Pilah, seterusnya melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Inggeris Tuanku Mohammad, Kuala Pilah.

Pada tahun 1943, Y.M. Tunku Dato Hjh Fatimah telah mendirikan rumah
tangga dengan Y.M. Tunku Mohamad Jamil Bin Almarhum Y.T. Mulia Tunku
Besar Burhanuddin.

Y.M. Tunku telah menceburkan diri dalam masyarakat setempat yang


berbilang kaum, di mana jua beliau berada. Oleh kerana minat dan ingin
berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat, Y.M. Tunku menceburkan
diri secara aktif dalam kerja-kerja sukarela dan kebajikan serta
menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat sehingga kini. Antara
penglibatan Y.M. Tunku ialah:

Ahli Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1953)

Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Kuala Pilah (1956 -


1958)

Pengerusi Perkumpulan Perempuan (W.I.) Daerah Jelebu (1959)

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Jelebu

Ahli Lembaga Pengurus Government English School (S.R.U.


sekarang) Daerah Jelebu

Menubuhkan Perkumpulan Perempuan (W.I.) Gedung Lalang (1964)


Pengerusi Perayaan Hari Pahlawan Negeri Sembilan (1968)
Naib Pengerusi Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan (1970)

Pengerusi F.O.S.A.H. (Friends of the Sick and Hospital) (1970)

Ahli Lembaga Rumah Orang-Orang Tua dan Penasihat Kanak-Kanak


Daerah Seremban (1970-1973)

Ahli Lembaga Pelawat Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah


(1981-1988)

Ahli Jawatankuasa Kanak-Kanak Cacat Daerah Seremban (1974-


1988)

Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia


Perhubungan Negeri Sembilan (2000 hingga sekarang)

Pada tahun 1999, Y.M. Tunku telah mengadakan acara Charity Golf untuk
menjana dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri
Sembilan dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 300,000.

Atas jasanya kepada masyarakat, Y.M. Tunku Dato Fatimah telah


dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu
Pingat D.P.T.J., D.S.N., P.P.T., P.M.C. dan P.J.K.

Y.M. Tunku telah dikurniakan Pingat A.M.N. oleh Seri Paduka Baginda Yang
Di Pertuan Agong . Pada tahun 1988, Y.M. Tunku telah menerima anugerah
Tokoh Wanita sempena perayaan Hari Wanita Peringkat Negeri Sembilan.

Y.Bhg Toh Puan Rahimah Stephens

Y. Bhg. Toh Puan Rahimah Stephens dilahirkan di Beaufort, Sabah pada 22


Oktober 1930. Toh Puan Rahmah adalah isteri kepada Allayarham Tun
Fuad Stephens, Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah yang
pertama. Mereka telah dikurniakan dengan empat orang cahaya mata
yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Toh Puan Rahimah terlibat dalam Pandu Puteri sejak usia muda. Beliau
pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan Pandu
Puteri Renjer semasa di bangku sekolah. Pada tahun 1951, Toh Puan
Rahimah memimpin pasukan Pandu Puteri Tunas sebagai Kakak Setia di
Jesselton (sekarang dikenali sebagai Kota Kinabalu). Beliau juga pernah
menjadi ahli Majlis Negeri dari 1959 hingga akhir tahun 60-an. Pada tahun
1974, iaitu semasa suami beliau dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang
Di Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Rahimah telah dilantik sebagai Penaung
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah.

Sepanjang penglibatan dalam Pandu Puteri, Toh Puan Rahimah telah


memberi banyak bantuan dan sokongan moral kepada Persatuan Pandu
Puteri Malaysia Cawangan Sabah. Pada tahun 2000, Toh Puan Rahimah
membantu dalam jualan meja untuk satu majlis di Hotel Magellan Sutera
bagi menjana dana Persatuan sempena Ulang Tahun Ke-80 Pandu Puteri di
Sabah. Beliau juga terlibat dengan persediaan dan perundingan dengan
pihak Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu untuk menjayakan Persidangan
Pesuruhjaya dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia pada Jun 2006.

Selain penglibatan dalam Pandu Puteri, Toh Puan Rahimah juga aktif
dalam persatuan lain seperti Sabah Anti Tuberculosis Association
(SABATA), Persatuan Bulan Sabit Merah, Inner Wheel Club, National
Stokees Association, Cawangan Sabah (NASAM), dan Senior Citizen
Association. Beliau juga merupakan pengasas Sabah Heart Fund (SOS).

Toh Puan Rahimah terlibat secara aktif dalam politik sejak 1961. Beliau
pernah menjadi Ketua Wanita Parti UNKO (kemudian dinamakan UPKO)
yang ditubuhkan oleh suami beliau, Allahyarham Tun Fuad Stephens.
Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Wanita Parti Berjaya dan
menjadi Wakil Rakyat Kawasan Kiulu. Pada 17 Julai 1976, beliau dilantik
sebagai Menteri Kebajikan dalam Kerajaan Negeri Sabah. Beliau
merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan
Negeri Sabah.

Sumbangan Toh Puan Rahimah kepada masyarakat telah mendapat


pengiktirafan oleh pelbagai pihak. Beliau menerima Anugerah P.G.D.K.
yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1971 dan Anugerah S.P.D.K.
yang membawa gelaran Datuk Panglima pada tahun 1982. Pada tahun
1985, beliau dianugerahkan Tun Fatimah Gold Award oleh NCWO. Toh Puan
Rahimah menerima anugerah Tokoh Wanita sempena Hari Wanita 2003
pada 19 Oktober 2003.
Yang Hormat Dato' Nik Faizah Mustapha

Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha memulakan kariernya sebagai


Guru Siswazah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada
tahun 1966. Sepanjang tempoh 31 tahun perkhidmatan beliau di
Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau pernah berkhidmat sebagai
Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur
(1972-1975), di Pusat Perkembangan Kurikulum (1975-1987), Timbalan
Pengarah II Lembaga Peperiksaan (1987-1990), Pengetua Maktab
Perguruan Ilmu Khas (1990-1993), Timbalan Pengarah I Bahagian
Pendidikan Guru (1993) dan Ketua Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Malaysia
(1993-1997).

Selepas beliau bersara wajib pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di bawah Jabatan Perdana
Menteri, dan berkhidmat selama lima tahun hingga tahun 2002. Kini, Dato
Nik Faizah berkhidmat di Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia sebagai Pengurus Pandu Puteri.

Dato Nik Faizah mula terlibat dalam Pandu Puteri sebagai ahli Pandu Puteri
(1922-1957) dan ahli Kadet (1958-1959) di Malay Girls College, Kuala
Lumpur. Pada tahun 1960, beliau mewakili Persatuan Pandu Puteri
Malaysia di Seminar Juliette Low di Our Chalet, Switzerland.

Beliau pernah menjadi Pemimpin Pasukan di Sekolah Aminuddin Baki


Kuala Lumpur dan SMK Kg Baru Kuala Lumpur dari tahun 1966 hingga
1972. Dato Nik Faizah pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Bahagian Pandu Puteri di peringkat kebangsaan sebanyak dua kali iaitu
dari tahun 1972 hingga 1978 dan 1980 hingga 1983. Beliau telah
mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk menghadiri Persidangan
Dunia Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) di
Iran pada Julai 1978.

Pada tahun 1983, Dato Nik Faizah Mustapha dilantik sebagai Ketua
Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan berkhidmat selama 10
tahun hingga tahun 1993. Dalam tempoh itu, Dato Nik Faizah dilantik
sebagai ahli Jawatankuasa Rantau Asia Pasifik, WAGGGS pada tahun 1984
hingga 1987 dan seterusnya sebagai Pengerusi jawatankuasa yang sama
pada tahun 1987 hingga 1990.
Beliau kembali berkhidmat dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia
sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat Bahagian Latihan dan Perkembangan
pada tahun 1993 hingga sekarang. Dalam pada itu, beliau merupakan
Pengurus Pandu Puteri di Ibu Pejabat Kebangsaan dari tahun 1997 hingga
sekarang. Beliau juga merupakan Penyelaras Utama Program Signatur
Antarabangsa, satu projek antarabangsa yang berlangsung dari tahun
2004 hingga 2006.

Antara sumbangan Yang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha kepada


Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah memimpin ahli remaja di peringkat
sekolah, merancang dan melaksanakan program dan aktiviti Pandu Puteri
di peringkat kebangsaan, memurnikan Perlembagaan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia yang diwarisi sejak tahun 1957, dan menyusun dan
memurnikan Skim Latihan Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk dinilai
dan diiktirafkan oleh WAGGGS agar digunakan di dalam Persatuan Pandu
Puteri Malaysia.

Semasa beliau memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu


Puteri Malaysia, beliau telah memberi tumpuan kepada peningkatan
pencapaian ilmu di kalangan pemimpin dewasa menerusi pelbagai kursus
dan latihan; penggubalan dan pengeluaran buku dan bahan Pandu Puteri;
mendapatkan penaja dan penderma untuk menampung pembinaan
bangunan Ibu Pejabat Kebangsaan dan menggalakkan sumbangan fikiran
dan khidmat sukarela Pemimpin dan Pesuruhjaya agar mereka sama-sama
terlibat dalam perkembangan dan peningkatan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

Yang Hormat Dato Nik Faizah menerima Anugerah Tokoh Guru dari
Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2000 sempena Hari Guru
2000 dan Anugerah Tokoh Belia Berjasa (Wanita) dari Kementerian Belia
dan Sukan pada tahun 2005 sempena Hari Belia Negara 2005.

Pada 28 Oktober 2006, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran


Mahkota Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Kedua Darjah Indera
Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Yang Hormat Dato oleh
KDYMM Sultan Pahang.

Anda mungkin juga menyukai