-maksud iman
Iman berasal dari bahasa arab amanu yang artinya percaya atau yakin. Secara
harfiah iman diertikan rasa aman dan nyaman sedangkan . menurut istilah kata
iman dapat diartikan dengan meyakini dalam hati, diucapkan dengan lisan dan
diamalkan dengan perbuatan. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah
1. Ikrar,
2. Tasdiq,
3. Amal.
Al-Quran telah menerangkan tentang perbezaan orang mukmin & orang muslim,mafhum-Nya:
Orang-orang " Araab" (orang Arab dusun) berkata: "Kami telah beriman".Katakanlah (wahai
Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian),tetapi sementara iman belum
lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:"Kami telah Islam". Dan (ingatlah),
jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),Allah tidak akan mengurangkan
sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, keranasesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani". Jadi jelaslah orang mukmin itu semestinya seorang muslim namun seorang
muslim itutidak semestinya mukmin. Seharusnya seorang muslim itu beriman kerana ianya
melengkapistatus muslim sebagai penganut agama Islam, agama yang diredhai di sisi-Nya. Iman
berfungsi sebagai pendorong seseorang bertingkah laku baik dan yang pentingdiredhai oleh-Nya.
Menurut Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa imanmempunyai 70 cabang.
Dan setiap satunya menuntut untuk berakhlak seperti yang disuruh-Nya. Berikut merupakan 70
cabang-cabang iman:
Orang yang berhati lurus cinta kepada kebenaran dan melapangkan dadanya untuk
mempelajari Islam, yang dengan demikian itu berhak menerima petunjuk Allah.
Sebaliknya orang yang bersikap benci kepada kebenaran dan dadanya sempit ketika
mendengar Islam, yang dengan demikian ia berhak mendapat seksa atas
kesesatannya. Allah S.W.T berfirman al-Anam : 125 yang bermaksud :
Orang-orang beriman sudah tentu akan beramal. Tetapi orang yang beramal belum
tentu lagi beriman. Dan orang yang langsung tidak beramal, lagi lemahla imannya
atau langsung tiada iman. Sebab itu Allah sering mengingatkan bahawa amalan yang
akan diterima Allah hanyalah amalan orang-orang yang beriman. Firman dalam
surah
al-Anbiya : 94 yang bermaksud :
Maka barang siapa yang mengerjakan amal saleh, sedang ia beriman, Maka
tidak ada pengingkaran terhadap amalannya itu dan Sesungguhnya kami
menuliskan amalannya itu untuknya.
(al-Anbiya : 94)
Manusia umpama pelita dalam kehidupan yang menyuluh jalan kehidupan yang
hendak dilalui supaya manusia tidak tersalah jalan. Tanpa iman hidup akan
terawang-awangan mencari kebenaran. Manusia akan menjadi bingung dalam
mencari arah kehidupan.
Kenyataan di atas menunjukkan betapa pentingnya iman itu dalam memandu
manusia untuk mencari kebenaran dan dengan keimanan yang ada pada diri setiap
individu itulah yang akan membuatkan individu tersebut berfikir tentang baik atau
buruk tindakan yang
Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT sebenarnya boleh
meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia.
Malah, katanya, orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan
dankerugian yang besar.
Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami orang yang tidak beriman?
1. Berpandangan luas
Menurut al-Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai pandangan yang
sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi, Pemilik alam semesta, Pemilik
barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk. Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil
dalam alam ini kerana segala sesuatu yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu
pun dalam alam ini yang dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya
untuk memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia.
Bagaimanapun pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang menganut fahaman tuhan
yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah mempunyai sifat serba kekurangan dan terbatas seperti
manusia atau orang yang tidak percaya kepada Allah sama sekali.
Sifat seperti ini tidak mungkin ada pada manusia yang tidak beriman dengan Allah. Antara perkara
yang menyebabkan syirik, kufur dan murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya kepada
yang lain daripada Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan mudarat. Ia takut dan
bergantung harap kepadanya.
Manusia yang tidak percaya kepada Allah akan mengingkari nikmat, menyombong dan mengangkat
kepala apabila memperolehi nikmat yang sementara kerana menganggap nikmat itu hasil usaha dan
kecekapannya. Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila mendapat nikmat kerana
menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya berbanding orang lain.
Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir menghabiskan masa hidup mereka untuk angan-angan yang
palsu. Di antara mereka ada yang berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-
dosa kita kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan kekasihnya, maka
Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga yang berkata: "Kami akan meminta syafaat
pada sisi Allah kepada pembesar kami dan orang yang bertaqwa di kalangan kami.' Ada juga di
kalangan mereka yang menyembahkan nazar dan korban kepada tuhan mereka dan menganggap
dengan cara demikian mereka telah mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka.
Kepercayaan karut seperti itu sentiasa membenamkan orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa
dan maksiat serta lupa mensucikan iiwa dan memperbaiki amal mereka.
Orang yang murtad pula sama sekali tidak percaya adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya
akan diminta bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas perbualan itu.
Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan sesuatu undang-undang.
Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi hambanya.
Bagaimanapun iman kepada Allah dapat mencabut kedua-dua perkara itu daripada hati manusia dan
membersihkannya daripada daki-dakinya dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang
pertama dengan menjadikan dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan
keluarganya. lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan Allah. Dia sedia
berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama ada yang mahal mahupun murah.
lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke dalam iiwa manusia bahawa tidak
ada seorang manusia atau seekor binatang pun yang dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau
meriam, pedang, batu atau kayu, sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah
menetapkan waktu bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam dunia ini yang dapat
mempercepatkannya.
Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani daripada orang yong beriman kepada Allah.
Satu bala tentera sekalipun tidak dapat menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju
untuk beriihad dia dapat menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali ganda.
Oleh itu, bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid menganggap jiwa mereka adalah barang
paling berharga bagi diri mereka dan yakin bahawa mati itu datang bersama kedatangan musuh dan
pergi dengan pemergian musuh?
Orang kafir, musyrik dan mulhid menyangka bahawa kejayaan mereka atau kegagalan bergantung
kepada bantuan kekuatan duniawi atau halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan
dan kerakusan. Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah, mengampu,
bersekongkol dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka menggigit jari kerana dengki
melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu daya untuk menjatuhkan orang lain atau
orang yang menentang mereka.
Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan di dalam gelap ataupun
bersendirian, Allah tetap mengetahui. Apabila terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah
tetap mengetahui. Walaupun dia dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang lain, dia tidak
dapat menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia dapat melepaskan dirinya daripada
sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah.
Oleh itu semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa seseorang, semakin tekun ia mengikuti hukum
Allah dan menjauhi larangan-Nya. la bergegas menuju kebajikan dan mengerjakan apa yang
diperintah oleh Allah sekalipun di dalam gelap mahupun bersendirian. Di hadapan matanya sentiasa
terbayang pengadilan tinggi yang hampir dan tidak ada orang yang dapat melepaskan diri daripada
pemeriksaan-Nya.
Iman kepada Allah menjadi syarat pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang manusia itu
Muslim kerana seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya kepada Allah SWT
Sebagai makhluk Allah, sudah pasti manusia akan berasa aman apabila berada dalam
keimanan sesuai dengan maksud iman itu sendiri. Ini jelas sebagaimana firman Allah SWT:
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati
Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah hati-hati manusia.(Al Radu:28)
Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan dalam diri
seseorang hamba. Keimanan kepada Allah merupakan amal yang seiring dengan fitrah penciptaan
seseorang manusia
KESAN & PENGARUH IMAN
. :
: 2
- .
.51:56
: -
- .
[8:63
- .
. -
;47
- .
. 2
. -
] [
. 2