Anda di halaman 1dari 16

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 (KSSR)


SK BATU LINTANG, KUCHING

TARIKH 8 September 2016

MASA 0715 0815 (60 minit)

KELAS 4 Azam (4A)

BILANGAN MURID 20

TEMA Kemasyarakatan

Cerianya Tamanku
TAJUK

Standard Kandungan 3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard
3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
Pembelajaran
soalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid dapat :

i. membina tiga jawapan berdasarkan lima soalan pemahaman


Objektif
yang bertumpu dan bercapah.
ii. menulis tiga jawapan berdasarkan lima soalan pemahaman
yang bertumpu dan bercapah.
ii. membaca kuat dengan sebutan, intonasi, nada dan gaya yang
betul.
Ilmu: Sivik, Celik Kewangan
Nilai: Kerjasama, keyakinan, kebersihan, kerajinan
EMK: TMK
Pengisian kurikulum KB: Menjana Idea, menaakul, menghubung kait, merumus
BCB: bacaan mentalis dan mekanis, kemahiran membaca,
menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa Kosa kata : Ceria, mengeratkan, silaturahim, dipangkas

Bahan Bantu Belajar


LCD, benda maujud, kertas mahjong, marker, lembaran kerja
(BBB)

PENGETAHUAN Murid mempunyai idea asas melalui pemerhatian harian mengenai


SEDIA ADA aktiviti kemasyarakatan di sekelilingnya

Murid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan


soalan
pemahaman dengan betul.
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Aktiviti Pengajaran
Langkah Isi Pelajaran Catatan
dan Pembelajaran

Teknik: Main Peranan


Ilmu : Sivik
Contoh jawapan : 1. Lima orang murid main Nilai : Kebersihan
Cangkul, parang, peranan sebagai petugas Ilmu :Celik
kereta sorong, baldi, harian membersihkan kelas Kewangan
penyapu lidi, pada waktu pagi dengan
penyapu longkang, menggunakan alatan KB : Menjana
Induksi Set menjaga kebersihan Idea Kontekstual :
(5 minit) Kata Kunci: kawasan kelas seperti Menaakul,
Kemasyarakatan penyapu, pemadam dan Menghubung Kait
Tajuk pelajaran:
Cerianya Tamanku bakul sampah.
Media: Bahan
2. Murid dikehendaki meneka Maujud
apa alatan lain yang sesuai
digunakan untuk menjaga
kebersihan kawasan rumah
dan taman bersoal jawab
tentang sumber kewangan
untuk menjayakan aktiviti
gotong-royong

3. Melalui respons murid, guru


memberikan kata kunci
tentang pelajaran pada hari
ini.

Bahan rangsangan Teknik: Bacaan Mekanis


(teks gotong
KBT: Belajar Cara
royong )
1 Murid membaca petikan Belajar
yang dipaparkan pada skrin (kemahiran
membaca
dengan sebutan yang jelas
Teks tersebut adalah mekanis)
dan intonasi yang betul. BCB:
mengenai gotong
-kemahiran
royong penduduk
Teknik:Perbincangan membaca
Langkah 1 Kampung Muhibbah.
(15 minit) Teks tersebut -kemahiran
2 a) Guru akan
digunakan untuk menulis
membahagikan murid
menguji teknik BBM: LCD,
Refleksi

Kekuatan

Kelemahan

Tindakan susulan

Catatan Guru
Pembimbing

Catatan Pensyarah
LAMPIRAN 1

Cerianya Tamanku

Pada hujung minggu lepas, penduduk Taman Muhibbah telah mengadakan gotong-royong yang
disertai oleh penduduk pelbagai kaum. Mereka mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan perumahan mereka. Antara alatan yang digunakan ialah penyapu,
parang, kereta sorong, baldi, penyapu lidi, penyapu longkang, pongkes dan pencakar.

Untuk menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut, penduduk kampung telah sepakat


untuk mengadakan kutipan derma. Wang yang diperoleh akan digunakan untuk membeli
peralatan yang diperlukan dan mengadakan jamuan.

Kaum wanita menyediakan makanan dan minuman untuk penduduk kampung yang bergotong-
royong. Mereka menyediakan nasi lemak, kuih muih dan air sirap. Anak-anak pula sibuk
membantu ibu dan bapa masingmasing. Ada juga yang menarik dahan-dahan yang dipangkas
oleh kaum lelaki.

Kini kawasan taman perumahan mereka kelihatan bersih dan ceria. Tidak ada lagi
sampah-sarap dan tempat air bertakung yang boleh membiakkan nyamuk aedes. Gotong-
royong itu juga dapat mengeratkan silaturahim penduduk kampung yang selama ini sibuk
dengan tugas masing-masing.
LAMPIRAN 1

1. Apakah yang diadakan oleh penduduk Taman Muhibah?

Penduduk kampung mengadakan .....................................................................................

............................................................................................................................................

2. Apakah alat yang mereka gunakan?

Mereka menggunakan alatan seperti ................................................................................

............................................................................................................................................

3. Bagaimanakah mereka memperoleh wang untuk membeli peralatan?

Mereka memperoleh wang untuk membeli peralatan ................................................

............................................................................................................................................

4. Siapakah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu?

Gotong-royong itu melibatkan.........................................................................................

...........................................................................................................................................

5. Bagaimanakah Penduduk Taman Muhibbah boleh mengekalkan keceriaan taman itu?

............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

.
LAMPIRAN 1

1. Bilakah penduduk Taman Muhibbah mengadakan gotong-royong?

.............................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

2. Apakah alatan yang digunakan dalam gotong-royong?

.............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

3. Mengapakah kutipan derma perlu dilakukan?

.............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

4. Di manakah nyamuk aedes suka membiak?

.............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

5. Mengapakah gotong-royong diadakan pada hujung minggu?

.............................................................................................................................................
LAMPIRAN 2

Teks 1

Gotong Royong di perumahan saya

Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa. Salah satu peribahasa yang harus
tersemat dalam jiwa masyarakat kita yang saban hari sibuk dengan urusan harian ialah berat
sama dipikul ringan sama dijinjing. Peribahasa ini jelas mengambarkan betapa pentingnya
semangat gotong-royongdalam melahirkan masyarakat yang sentiasa hidup saling membantu.

Pada minggu yang lepas, kawasan kediaman saya telah mengadakan aktivti gotong-
royong yang melibatkan semua penduduk taman perumahan saya. Sejak awal pagi lagi
sebelum fajar menyingsing, kami telah berkumpul di dewan orang ramai. Masing-masing telah
membawa peralatan yang akan digunakan untuk menjalankan kerja-kerja membersihkan
kawasan persekitaran.

Sebelum memulakan kerja, Pengerusi Persatuan Taman Bintang sempat


menyampaikan sepatah kata dua. Beliau merakamkan rasa syukur beliau kerana dapat
mempertemukan penduduk daripada berbilang bangsa di bawah satu bumbung untuk bersama-
sama menjalankan aktiviti yang mendatangkan banyak faedah ini. Sejurus selepas ucapan
beliau, aktiviti gotong-royong pun bermula.

Penduduk kami menjalankan kerja-kerja membersihkan dan mengindahkan kawasan


taman perumahan dengan begitu gembira dan bersungguh-sunnguh. Sementara itu, beberapa
orang kaum wanita pula sibuk menyediakan hidangan tengah hari untuk kami. Kami
berkerjasama bagai aur dengan tebing supaya kerja-kerja yang diagihkan tadi dapat
diselesaikan dengan secepat mungkin.

Kira-kira jam 12 tengah hari, kawasan taman perumahan kami kelihatan begitu bersih
dan ceria. Walaupun kepenatan dan keletihan, namun kami tetapberasa gembira kerana taman
perumahan kami kini telah berubah wajah. Kami berharap aktiviti gotong-royong ini dapat
diteruskan sampai bila-bila masa keranaamalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak
lekang dek panas.

LAMPIRAN 2

1. Bilakah penduduk mengadakan gotong-royong?

.............................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

2. Nyatakan peribahasa yang digunakan dalam petikan yang digunakan untuk menerangkan
tentang amalan gotong-royong

.............................................................................................................................................

3. Siapakah yang berucap sebelum gotong royong dijalankan

..

4. Bilakah gotong royong ini habis?

..

5. Apakah harapan penduduk mengenai aktiviti gotong royong ini?

LAMPIRAN 2

Teks 2

Sekolahku Bersih

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti ini
disertai oleh warga sekolah, ibu bapa dan penduduk kampung. Aktiviti ini bermula pada pukul
8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah hari.

Antara aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut ialah mengecat dinding sekolah,
membaiki perabot yang rosak, menanam pokok bunga, membersihkan longkang, memotong
rumput dan sebagainya. Aktiviti ini diadakan bagi menceriakan kawasan sekolah, mengeratkan
silaturahim dan menanamkan sikap cinta akan sekolah.

Semasa gotong-royong ini, semua yang terlibat melakukan kerja masingmasing dengan
bersungguh-sungguh. Hasilnya kawasan sekolah kelihatan bersih dan ceria. Guru Besar
mengucapkan terima kasih dan berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada
masa hadapan.

Sebelum bersurai, semua yang terlibat menikmati jamuan yang telah disediakan oleh
pihak sekolah di kantin.
LAMPIRAN 2

1. Siapakah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong tersebut?

.............................................................................................................................................

............................................................................................................................................

2. Tuliskan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mereka?

...........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

3. Mengapakah aktiviti gotong-royong diadakan?

...........................................................................................................................................

............................................................................................................................................

4. Apakah hasil daripada gotong-royong tersebut?

.............................................................................................................................................

...........................................................................................................................................

5. Siapakah yang mengucapkan terima kasih dan berharap aktiviti sebegini dijalankan lagi?

.............................................................................................................................................

...........................................................................................................................................
LAMPIRAN 2

Teks 3

Faedah bergotong-royong

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-
royong.

Antara faedah bergotong-royong ialah kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan
lebih mudah. Hal ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja
dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim.


Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain.
Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita
melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada
mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena
penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan


ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya
bergaul dengan budak nakal.
Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita
hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

LAMPIRAN 2

1. Apakah faedah bergotong royong?

2. Mengapakah aktiviti gotong royong dapat mengeratkan hubungan siraturrahim?

.
.

3. Apakah rasionalnya gotong royong dikaitkan dengan kesihatan?

4. Apakah aktiviti yang dapat mengisi masa lapang?

.
5. Bagaimanalah cara untuk melaksanakan kerja yang sukar untuk menjadi senang?

LAMPIRAN 2

Teks 4

Pengalamanku menghadiri gotong royong

Aku berasa sangat teruja kerana pagi esok aku akan membersihkan taman yang terletak
berdekatan rumahku. Aku berasa bangga kerana semua penduduk mengambil bahagian. Aku
juga berharap ia akan berjalan dengan lancar.

Keesokan pagi, aku bangun awal dan membawa peralatan untuk membersihkan taman.
Aku berpakaian sukan dan berjalan bersama-sama rakanku, Humaira. Dia juga membawa
peralatan yang sesuai. Kami berjalan sambil berbual-bual.

Sesampainya aku di taman, semua orang turut membawa peralatan meraka seperti
pencakar, plastik hitam, sarung tangan dan sebagainya. Para ibu pula membawa makanan dan
minuman serta cawan polisterin dalam jumlah yang banyak. Kami semua berkumpul di
kawasan lapang untuk mendengar taklimat daripada penghulu kampung.

Beberapa minit kemudian, penghulu kampung pun tiba. Kami diberi taklimat berkenaan
aturcara aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami
memulakan operasi membersihkan kawasan perumahan. Semua orang berpecah menuju
tempat tugasan masing-masing.
Aku dan rakan-rakanku ditugaskan untuk mengutip tin-tin minuman dan plastik-plastik
yang berada di merata tempat. Aku dan rakan-rakanku terbongkok-bongkok memungut
sampah. Sampah-sarap tersebut boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang
membawa maut.

Beberapa jam kemudian, kerja-kerja kami telah pun selesai. Tiada lagi sampah-sarap,
rumput yang panjang dan sebagainya. Kami menghela nafas lega. Taman kami telah menjadi
bersih dan sedap mata memandang. Sebelum pulang, kami menikmati hidangan tengah hari
yang disediakan oleh para ibu. Selesai menjamu selera, kami mengemaskannya lalu pulang ke
rumah masing-masing.

Sebulan kemudian, taman kami diiktiraf sebagai taman terbersih di daerah Johor
Bahru. Usaha kami tidak sia-sia malah menghasilkan hasil lumayan.

LAMPIRAN 2

1. Kenapakah aku begitu teruja?

2. Apakah peralatan yang digunakan penduduk untuk bergotong royong?

3. Apakah antara aktiviti gotong royong yang dijalankan?

4. Siapaka yang memberi taklimat untuk mengagihkan aktiviti gotong-royong?

.
5. Apakah kesan daripada aktiviti gotong-royong?