Anda di halaman 1dari 1

AMALI 1

DAYA DAN GERAKAN

TAJUK AMALI

DAYA DAN PEKALI GESERAN STATIK

TUJUAN

1. MENGUKUR PEKALI GESERAN STATIK ANTARA DUA PERMUKAAN BAHAN


SECARA LERENGAN DAN MENGUKUR KECONDONGAN.
2. MENENTUKAN DAYA GESERAN STATIK ANTARA PERMUKAAN DAN OBJEK
BERDASARKAN PEKALI GESERAN STATIK YANG DIUKUR

Secara berpasangan, anda dikehendaki menjalankan satu amali untuk mengukur pekali
geseran statik antara dua permukaan bahan dengan menggunakan lerengan antara
permukaan dan mengukur kecondongan antara permukaan tersebut.

Jika anda meletakkan objek di atas lerengan dan mula disengetkan ke atas, terdapat satu
titik di mana objek akan mula menggelongsor. Itulah sudut di mana daya graviti yang cukup
kuat untuk mengatasi geseran gelongsor statik. Dengan hanya mengetahui sudut atau
kecondongan, anda boleh mengira pekali geseran statik antara kedua-dua bahan tersebut.
Anda boleh meliputi lerengan dengan pelbagai bahan untuk menentukan pekali yang
berbeza.

Anda dikehendaki memilih dua liputan lerengan dan tiga objek yang berbeza untuk
menentukan pekali geseran statik masing-masing. Berdasarkan pekali geseran statik yang
diperolehi, hitung daya-daya geseran yang wujud antara objek-objek dan liputan
permukaan-permukaan lerengan yang digunakan.
.
Sediakan satu laporan amali dengan menggunakan format seperti di bawah.

(a) Maklumat muka depan mengandungi


1. Nama Institut
2. Program
3. Nama Kursus/Kod Kursus
4. Nama Siswa Pendidik
5. Angka Giliran
6. Semester dan Tahun
7. Tajuk Amali
8. Tujuan Amali
9. Tarikh Hantar

(b) Kandungan Laporan

Tajuk :
Tujuan :
Alatan/Radas :
Prosedur :
Teori :
Pemerhatian :
Analisis dan
Pengiraan :
Kesimpulan :
Rujukan :

Anda mungkin juga menyukai