Anda di halaman 1dari 109

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK ABDULLAH BIN HAJI

KHAMIS MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI SEORANG GURU


BESAR DARI TAHUN 1999 SEHINGGA TAHUN 2004

OLEH:

NOOR ALIFAH BT ABDULLAH 2008708707

RABIATUL NADIAH BT JAMAK 2008385889

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM

BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS,

IMR 603 - DOKUMENTASI SEJARAH LISAN

SEMESTER 5 (JANUARI-MEI 2010)


TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK ABDULLAH BIN HAJI
KHAMIS MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI SEORANG GURU
BESAR DARI TAHUN 1999 SEHINGGA TAHUN 2004

OLEH:

NOOR ALIFAH BT ABDULLAH 2008708707

RABIATUL NADIAH BT JAMAK 2008385889

PROJEK DIMAJUKAN KEPADA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM

BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KURSUS,

IMR 603 - DOKUMENTASI SEJARAH LISAN

SEMESTER 5 (JANUARI-MEI 2010)


ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN i

ABSTRAK ii

PENGENALAN iii-iv

SINGKATAN KATA v

TRANSKRIP TEMUBUAL 1-50

RALAT 51

SENARAI SOALAN 52-55

LOG TEMUBUAL 56-61

INDEKS 61-65

LAMPIRAN

BIODATA TOKOH 66-68

DIARI PENYELIDIKAN 69

KOLEKSI GAMBAR 70

ARTIKEL RUJUKAN

SURAT KEBENARAN TEMUBUAL


PENGHARGAAN

B
ersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta berkat rahmatnya,
dapat kami menyiapkan tugasan IMR603 Dokumentasi Sejarah Lisan ini
dengan jayanya. Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan
kepada Encik Abdullah bin Kamis di atas kesudian dan kerjasama yang di
berikan sepanjang rakaman wawancara ini. Kami amat terharu dengan layanan yang baik yang
telah diberikan sepanjang wawancara ini di lakukan. Tidak dilupakan juga, jasa baik beliau
dalam meluangkan sedikit masa bersama kami.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah kami, Encik Mohd Nazir Ahmad
di atas bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan dari awal pembelajaran, dan sewaktu kami
melakukan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak di lupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan serba
sedikit tunjuk ajar dan juga kerjasama sepanjang kami menjalankan tugasan ini. Akhir sekali,
kami tujukan kepada pihak UiTM yang telah membantu dan memberikan kemudahan di dalam
melaksanakan tugasan ini.

Sekian terima kasih.


TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA ENCIK ABDULLAH BIN KAMIS
MENGENAI PENGALAMAN BELIAU SEBAGAI SEORANG GURU BESAR.

Abstrak: Rabiatul Nadiah bt Jamak dan Noor Alifah bt Abdullah telah menemubual
Encik Abdullah bin Haji Kamis di Kampung Alai, Melaka pada 13 Mac 2010. Beliau
berasal dari Kampung Nyalas, Melaka dan di lahirkan pada 25 Julai 1954. Beliau
merupakan anak kelima dari enam orang adik-beradik dan merupakan bapa kepada
sepuluh orang anak iaitu lima orang lelaki dan lima orang perempuan. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nyalas dari tahun 1960 hingga 1966.
Pendidikan menengah pula di Sekolah Menengah Iskandar Syah, Jasin dari tahun 1967
hingga 1972, dan tingkatan enam di Sekolah Menengah Pengkalan Baba. Selepas itu
beliau meneruskan pengajian di ke Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai Kuala
Lumpur, dalam pengurusan Khas Bahasa Melayu dan selepas itu menyambung
pengajian di Universiti Putra Malaysia. Temubual telah dijalankan selama dua jam dan
memberi penekanan kepada pengalaman beliau sebagai Guru Besar dan Penolong
Pengarah kepada Unit Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Temubual ini memberi fokus kepada sistem pembelajaran yang digunakan pada waktu
dahulu dengan zaman sekarang. Beliau juga ada menyentuh serba sedikit tentang
pengalaman beliau semasa menjadi seorang pelajar. Temubual ini juga meliputi isu-isu
masalah murid dan cara penyelesaiannya. Beliau menerangkan cara pembelajaran
yang lebih efektif dan kondusif. Beliau juga seorang yang mementingkan ikatan
hubungan di antara guru, pelajar dan komuniti.

Kata kunci: Guru Besar, sistem pembelajaran, Penolong Pengarah Unit Kualiti, cara
pembelajaran.
PENGENALAN
PENGENALAN

S
ejarah lisan adalah salah kaedah dimana sejarah atau pengalaman seseorang
tokoh dirakamkan secara wawancara. Ciri-ciri tokoh yang di pilih terdiri daripada
seseorang yang telah menyumbangkan sesuatu yang berharga kepda negara.
Segala sumbangan dan pengalaman tokoh akan di kupas dan di ketahui
maklumatnya ketika wawancara dilakukan. Maklumat yang di perolehi ketika wawancara akan
dirakam, disalin, dan disemak. Maklumat yang telah di semak akan dapat digunakan sebagai
bahan rujukan, penyelidikan dan pengajaran.

Selain itu, Sejarah Lisan juga boleh di jadikan sebagai salah satu bahan bukti sejarah
dan rujukan. Kebiasaannya pengalaman dan sumbangan tokoh akan luput sebegitu sahaja
kerana tidak ada sebarang maklumat di catat. Dengan hilangnya maklumat penting sebegini,
akan menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. Segala pengalaman dan sumbangan
tokoh akan di persia sebegitu sahaja.

Seseorang yang boleh di jadikan sebagai tokoh tidak semestinya terdiri daripada orang
yang ternama dan terkenal sahaja kerana pengalaman dan sumbangan merangkumi dari
semua golongan tidak kira agama, bangsa dan negara. Dengan wujudnya Sejarah Lisan, ia
boleh di jadikan sebagai medium untuk mengetengahkan maklumat yang di peroleh dari semua
golongan masyarakat.

Tokoh yang telah kami pilih adalah seorang yang amat berjasa dalam mengembangkan
dan menyumbangkan tenaga dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan bekas Guru Besar di
beberapa buah sekolah di Negeri Melaka. Peranan yang pernah beliau laksanakan ketika
menyandang jawatan Guru Besar ialah mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah tersebut
sehingga menjadi sekolah yang terbaik dan cemerlang. Beliau turut diberi penghargaan untuk
membuka dan mentadbir dua buah sekolah baru di Melaka, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan
Seri Duyung dan Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam Dua, Melaka.

Peranan sebagai Guru Besar sudah semestinya merangkumi pelbagai aspek. Mereka
mempunyai tanggungjawab yang sangat tinggi dan berat dalam mentadbir sekolah yang besar
dan mempunyai ramai murid. Selain itu, Guru Besar juga mestilah mempunyai sikap
berdedikasi, kerana sikap ini akan melahirkan guru dan dan pelajar yang berwawasan. Sifat dan
sikap beliau yang mementingkan tanggungjawab terhadap sekolah merupakan asas dan
panduan kepada seseorang yang berdedikasi. Beliau juga merupakan Guru Besar yang
menekankan disiplin disamping mudah mesra terhadap guru-guru lain serta pelajarnya. Beliau
juga seorang yang pemurah dalam berkongsi ilmu serta idea sesama guru di sekolah. Sikap
dan sifat inilah yang perlu ada pada setiap seorang ketua.

Beliau begitu komited untuk membimbing pelajarnya sehingga menjadi seorang yang
berjaya sehingga ke hari ini. Sikap beliau yang mesra tetapi tegas inilah yang menjadikan beliau
seorang yang di segani dan di hormati oleh masyarakat setempat serta pelajar-pelajarnya.
Panggilan sebagai cikgu tidak pernah lekang sehingga ke saat ini walaupun beliau tidak
mengajar lagi.

Selain itu, beliau juga menerapkan sikap berfikiran terbuka, di mana beliau akan
berkomunikasi dan berbincang secara terbuka kepada guru-guru dan pelajarnya. Selain itu
beliau turut membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada orang jagaan dan bawahan beliau
samada guru-guru atau kakitangan sokongan. Beliau mengamalkan kominikasi dua hala
dimana setiap keputusan akan di ambil setelah mengambil kira pandangan dan pendapat setiap
guru. Sikap inilah yang membuatkan sekolah dibawah kepimpinan beliau sering meningkat dan
menempah pelbagai kejayaan.

Setelah beliau menjadi Guru Besar, beliau menyandang jawatan sebagai Penolong
Pengarah di Unit Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau telah dinaikkan
pangkat pada tahun 2007. Pekerjaan beliau sekarang lebih tertumpu kepada mengajar dan
memantau semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah di Negeri Melaka. Sungguhpun begitu,
beliau sanggup meluangkan masa untuk di temubual oleh kami. Beliau begitu peramah dan
melayani kami dengan baik. Oleh yang demikian, pemilihan beliau sebagai tokoh dalam
mendokumentasikan sejarah lisan ini amatlah bersesuaian dengan sifat dan sikap kepimpinan
yang tinggi dalam diri beliau.
SINGKATAN KATA

AK Abdullah bin Kamis

NAA Noor Alifah bt Abdullah

RNJ Rabiatul Nadiah bt Jamak

KAFA Kelas Asas Fardu Ain

KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

LCE Lower Certificate Education

NKRA National Key Result Archievement

NGO Non-Government Organization

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PPD Pejabat Pendidikan Daerah

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Penilaian Malaysia

SRP Sijil Rendah Pelajaran

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SK Sekolah Kebangsaan

UiTM Universiti Teknologi Mara

UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah


TRANSKRIP TEMUBUAL
KASET 1 BAHAGIAN A

Temubual ini dijalankan pada [tiga belas Mac dua ribu sepuluh] 13 Mac 2010 bertempat
dikediaman Encik Abdullah Kamis di Alai, Melaka. Saya Rabiatul Nadiah bt Jamak no.
kad matrik 2008385889 dan Noor Alifah bt Abdullah no. kad matrik 2008708707 pelajar
Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM [Universiti Teknologi Mara] Puncak Perdana akan
menemubual Encik Abdullah Bin Kamis mengenai pengalaman beliau sebagai seorang
Guru Besar.

NAA: Asalammualaikum Tuan? Apa kabar [khabar] Tuan hari ini?

AK: Waalaikummusalam. Hari ini kabar [khabar] baik.

NAA: Boleh Tuan ceritakan latar belakang Tuan serba sedikit?

AK: Latar belakang saya, nama penuh [saya] Abdullah bin Haji Kamis lahir
di Kampung Nyalas Negeri Melaka [dilahirkan di Kampung Nyalas,
Melaka], adik-beradik seramai enam orang, dua perempuan empat laki-
laki [lelaki]. Saya anak yang ke lima daripada satu ibu satu ayah,
menerima pendidikan rendah di SK Sekolah Kebangsaan Nyalas
daripada tahun enam puluh sembilan (1969), kemudian sampai - tahun
darjah enam, sembilan belas enam puluh enam (1966), masuk Sekolah
Menengah Iskandar Syah, Jasin dari tahun sembilan belas enam puluh
tujuh (1967) hingga tujuh puluh dua (1972). Lepas tu [Selepas itu]
sambung ke Form 6 [tingkatan enam] di Sekolah Pengkalan Baba [pada
tahun] tujuh puluh dua (1972), tujuh puluh tiga (1973). Pas tu [selepas itu]
masuk Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai Kuala Lumpur dalam
perguruan kursus khas Bahasa Melayu. Selepas itu, saya mengajar
beberapa tahun lebih kurang hampir dua puluh tahun, sambung pelajaran
di Universiti Putra Malaysia dan grade [tamat] pada tahun dua ribu (2000)
dan sehingga sekarang masih bekerja di Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka.
NAA: Adakah Tuan mempunyai nama timangan?

AK: Nama timangan masa masa kanak-kanak dahulu dia orang [mereka]
ringkaskan je [sahaja] panggil Dolah, sekarang takdelah [tiada] nama tu
tak [itu tidak] lekat semenjak lahir sembilan belas lima puluh empat
(1954), dilahirkan pada dua puluh lima bulan tujuh sembilan belas lima
puluh empat (25.7.1954), sehingga sekarang kekal nama tu [itu],
Abdullah kadang-kadang orang pendekkan pada [menjadi] Dolah. Itu
sahaja.

NAA: Adakah Tuan berasal dari keluarga pendidik?

AK: Ayah saya sebagai penoreh getah, ibu sepenuh masa surirumah tangga
dalam bahasa lain keje [kerja] kampung ayah saya dan ibu saya.

NAA: Bolehkah saya tahu tentang keluarga Tuan?

AK: Seperti yang telah dijelaskan tadi keluarga saya ada - keluarga masa
dulu ade [dahulu ada] enam orang adik-beradik tapi [tetapi] untuk
keluarga untuk [pada] hari ini, saya mempunyai sepuluh orang anak, lima
laki [lelaki] lima perempuan masing-masing sume [semua] belajar yang
penghabisan sekali hari ini ade [ada] di tingkatan tiga, yang lain semua di
pusat pengajian tinggi dan dua orang dah [sudah] lepas daripada dari
pusat pengajian tinggi manakala isteri saya seorang ustazah dan mula
pencen [bersara] pada tahun ini, da [sudah] berkhidmat lebih tiga puluh
tahun sebagai seorang guru.

NAA: Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit pengalaman atau kenangan Tuan semasa
kecil yang tak dapat dilupakan sampai sekarang?

AK: Pengalamannya kami hidup [sebagai] keluarga [yang] susah dan apabila
keluarga susah, pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah bagaimana
kami sekeluarga enam orang adik-beradik untuk --- untuk makan dan
bersekolah, kerana itu saya ingat sayalah dalam keluarga yang beringat
benda tu [perkara itu] kerana susah dan kalau tak [tidak] di bantu dengan
ilmu, maka selama itulah saya susah, [dan] kerana susah menyebabkan
saya berjaya sampai hari ini.

NAA: Oh begitu. Apakah prinsip hidup Tuan yang Tuan guna dari dahulu
sehingga sekarang?

AK: Prinsipnya mudah sahaja, ape [apa] yang kita buat mesti bejaya. Kita
mesti ada visi, kita [mesti] ada misi dan ape [apa] yang kita misi dan visi
[rancang] tu [itu] mesti kita tanam [ingat] dalam hati dan kita inginkan
kejayaan, kerane [kerana] itu sehingga hari ini saya ingat [merasakan]
saya dah [sudah] berjaya dalam kerjaya saya, sehingga akan pencen
[bersara], kalau tak [tidak] sambung [menyambung kontrak kerja]. [Pada]
tahun ni [ini] saya pencen [bersara] tapi [tetapi] kerana sambung
[menyambung kontrak kerja], maka saya dah [sudah] berjaya daripada
anak kampung yang susah menjadi seorang yang [dari] sedikit senang,
[dan] mudah segale-galenya [segala-galanya].

NAA: Bagaimana pula dengan hobi Tuan pada masa lapang?

AK: Hobi [saya] dari dulu [dahulu] sampai sekarang saya ingat bola sepak
ialah kegemaran saya kerana hobi itu juga masa [semasa] di sekolah
mahupun selepas bekerja maksudnya selepas jadi [menjadi] guru, saya
minat [meminati] bola sepak [dan] kerana minat itu saya dilantik sebagai
Pengerusi Teknik Bola Sepak Negeri Melaka dan kerana sebiji bola tulah
[itu] saya telah pusing satu Malaysia [saya telah mengelilingi Malaysia],
semua negara dalam Malaysia saya dah [sudah] tengok, saya dah
[sudah] pergi, ade [ada] yang empat, lima kali [saya pergi] dan sume
[semua] Negara Asian saya dah [sudah] pergi kerana sebiji bola kerana
minat tu [itu] jadi gitu [begitu], [kerana minat terhadap bola, saya
berpeluang melawat ke Negara Asian]. Jadi kalau tengok dari azam tu
[itu], [oleh itu] minat itu saya jadikan satu kerjaya, maka [tetapi] saya
hanya tak [tidak] pergi --- tak [tidak] dapat pergi [bersama dengan] family
[keluarga] sahaja, yang lain sume [semua] dapat tentang bab minat ini.

NAA: Boleh saya tahu bilakah Tuan mendirikan rumahtangga?

AK: Saya mendirikan rumahtangga pada tahun sembilan belas lapan puluh
dua empat belas haribulan empat empat belas haribulan empat sembilan
belas lapan puluh dua (14.4.1982) dalam usia dua puluh tujuh (27) tahun.

NAA: Boleh Tuan ceritakan dengan lebih lanjut mengenai anak-anak Tuan?

AK: Tadi saya dah [sudah] sentuh sambil lalu [sebelum ini] pada tahun
berikutnya tu [itu] saya mendapat seorang anak lelaki kemudian lelaki
kemudian berderet [diikuti] dua orang perempuan kemudian sulam bunga
lelaki, perempuan, lelaki, perempuan, akhirnya perempuan. Jadi saya
dapat [memperolehi] lima lelaki dan lima perempuan. Daripada sume
[semua] sepuluh tu [itu] sehingga hari ini sumenye [semuanya] telah,
sorang je [seorang sahaja] yang belum masuk universiti yang lain sume
dah [semua sudah] masuk kirenye [kiranya]. Yang satu tu [itu] yang akhir
yang bongsu tingkatan tiga, akan tetapi sume [semua] anak-anak saya
telah ke menara gading dan hanya yang dua sahaja dah [sudah] lepas
daripada menara gading [tamat belajar], yang lain [masih] berada di
menara gading.
NAA: Bagaimana Tuan mendidik anak-anak di rumah?

AK: Saya sebagai [seorang] guru dan ibunye [ibunya] guru juge [juga], jadi
memang disamping tugas di sekolah, kite [kita] memang tau [mengetahui]
ape [apa] yang perlu untuk anak-anak di rumah dan di sekolah, ape [apa]
yang mereka mesti [perlu] buat dan ape [apa] yang mesti mereka tak
[tidak] perlu buat kerana itu setakat ari ni [sehingga hari ini] pendidikan
yang diberi walaupun nampak bebas tapi [tetapi] seperti layang-layang,
dia bebas kite [kita] tarik lepaskan balik [sentiasa menjaga pertalian],
begitu dan akhirnya mereka sume [semua] hampir berjaya, setakat hari
ini la [sehingga hari ini], [tetapi] akan datang tak tau [tidak tahu], dalam
bahasa paling mudah dalam paper [kertas] ok [baik] tapi [tetapi] kat luar
tak tahu [di luar tidak tahu] lagi, [kerana] benda-benda [perkara] ini
ketentuan dari Tuhan.

NAA: Adakah sama dengan cara Tuan mendidik pelajar di sekolah?

AK: Lebih kurang sama, kerana disiplin yang ketat atau disiplin kadang kala
ketat [padat], kadang kala longgar [bebas], membuatkan bende tu
[perkara itu] boleh berjaya, [kerana] ketat [padat] sangat pon [pun] tak
[tidak] boleh, longgar [bebas] sangat pon [pun] tak [tidak] boleh. Jadi ketat
[ketat] ada tempatnye [tempatnya], longgar [bebas] pon [pun] ade [ada]
ketika dan masanye [masanya], [displin mengikut kesesuaian tempat].
Kerana itu, bukan anak-anak saya sahaja yang berjaya, malahan anak
murid saya pon [pun] ramai yang da jadi [sudah menjadi] orang [manusia]
dan ade juge [ada juga] yang tak jadi [tidak menjadi] orang [manusia],
biasa [pada kebiasaannya].
NAA: Boleh ceritakan sedikit tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah
Tuan lawati?

AK: Sebagaimana saya jelaskan [sebentar] tadi, tugas Pengerusi Teknik Bola
Sepak telah membuatkan saya [berpeluang] melawat [ke] seluruh
Malaysia dan seluruh Asia Tenggara. Jadi [Oleh itu] banyak tempat-
tempat menarik yang terdapat disetiap negeri itu, bila [apabila] [ber]
kesempatan, lepas bermain [selepas permainan], saya akan pergi
melawat misalnya [contohnya] di Myammar, saya [telah] pergi ke Angkor
Wat, [seperti] saya pergi ke bandar [di mana terletak] tempat [pembuatan]
batu cincin yang terkenal [dan] kilang sutera, begitu. Jadi sume [Oleh itu,
semua] tempat-tempat di luar negara, di [Semenanjung] Malaysia pon
[pun] disemua [tempat] macam [seperti] diLangkawi, saya ingat tak [rasa
tidak] kurang daripada lima kali saya pergi ke Langkawi dan sume
[semua] tempat di Langkawi, kebetulan [pada] masa saya bekerja tu [itu]
saya dah [sudah] lawati. Jadi secara mudahnya semua negeri dalam
Malaysia saya dah [sudah] lawati tempat peranginannya, pantainya,
gunungnya dan bangunan-bangunan yang berkenaan [tempat-tempat
yang menarik].

NAA: Adakah Tuan mempunyai cita-cita lain sebelum menjadi guru?

AK: Sebelum saya jadi [menjadi] guru, saya sebenarnye [sebenarnya] bekerja
sebagai Inspektor Kesihatan tapi [tetapi] tak [tidak] lama lebih kurang
sembilan bulan kerana kurang berminat dalam bidang itu, saya masuk
jadi gurulah [memasuki bidang perguruan], sebagai guru pelatih di
Maktab Perguruan Bahasa seperti yang [telah] saya cakapkan [beritahu]
tadi. Saya nampak jiwa saya lebih kepada guru kerana cita-cita daripada
awal adalah nak jadi [hendak menjadi] pensyarah, dan bila [apabila] jadi
[menjadi] guru tu [itu], dia jadi [saya menjadi] seorang guru yang memang
tekun dan sehingga hari ini, saya rasa murid-murid saya akan panggil
saya guru , cikgu, yang itu lebih mesra daripada panggilan yang
jawatan sekarang ini sebagai Tuan, Encik tapi [tetapi] ialah yang saya
suke [suka] maknenye [maknanya] memang itulah kejayaan yang saya
boleh tunjuk kepada anak-anak murid saya.

NAA: Seterusnya kita beralih kepada sejarah pendidikan Tuan. Dimanakah dan
bilakah Tuan mendapat pendidikan awal?

AK: Saya da [sudah] jelaskan tadi maknenye [maknanya] kalau da lupe


[sudah lupa], maknenye [maknanya] di sekolah rendah di kampung, SK
Sekolah Kebangsaan Nyalas tahun sembilan belas enam puluh satu
(1961) hingga enam puluh enam (1966), darjah enam, kemudian ade
[ada] peperiksaan masa tu [itu], peperiksaan masuk sekolah menengah,
saya lulus dan ramai yang gagal, tak [tidak] dapat masuk. Kemudian
enam puluh tujuh (1967), masuk di Sekolah Menengah Iskandar Syah
Jasin sampai [tahun] enam puluh sembilan (1969), pada masa itu berlaku
tiga belas Mei (13 hb 5) dan masa itu --- kena [mengambil] LCE [Lower
Certificate Education / Penilaian Menengah Rendah]. Amik [kena ambil]
peperiksaan LCE [Lower Certificate Education / Penilaian Menengah
Rendah], daripada empat orang kawan dari [Kampung] Nyalas same-
same [sama-sama] kawan baik, saya seorang yang lulus, [manakala]
yang tiga lagi gagal, tidak boleh menyambung pelajaran dan terpakse
[terpaksa] mengulang. Jadi enam puluh sembilan (1969), tujuh puluh
(1970), tujuh puluh satu (1971), Tingkatan Empat, Tingkatan Lima, SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia) saya dapat gred dua, seramai enam belas
orang yang berjaya dan saya terkumpul dalam kumpulan yang cemerlang
itu dan sambung ke Tingkatan Enam, tujuh puluh tiga (1973), tujuh puluh
empat (1974), kemudian [kerana] keluarga saya susah, saya tak masuk
[tidak memasuki] universiti, [dan] saya kerja [bekerja] sebagai Inspektor
Kesihatan tahun tujuh puluh empat (1974) tadi, tujuh puluh lima (1975)
dan saya berhenti. [Pada tahun] Tujuh puluh lima (1975) saya berhenti,
tujuh puluh enam (1976) saya masuk [memasuki] Maktab Perguruan
kerana kursus khas Bahasa Melayu dan saya keluar [tamat] [tahun] tujuh
puluh tujuh (1977). Start [Bermula] tujuh puluh tujuh (77) saya mengajar,
mule-mulenye [mula-mulanya] di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang
Anum Merlimau [pada] tujuh puluh tujuh (1977), kemudian tu [itu] hingga
tujuh puluh sembilan (1979) saya berpindah ke Sekolah [Menengah
Agama] Sharifah Rodziah, Teluk Emas, [Melaka]. Kemudian tahun lapan
puluh (1980) sampai [sehingga] lapan puluh enam [1986], saya masuk
[memasuki] High School Melaka [Sekolah Tinggi Melaka]. Kemudian saya
[memperolehi] banyak pengalaman di High School [Sekolah Tinggi]
sehingga tahun sembilan belas sembilan puluh lima (1995), saya [telah]
dilantik sebagai Guru Penolong Kanan di sebuah Sekolah Dato
Bendahara, kemudian tahun sembilan belas sembilan puluh sembilan
(1999), saya dilantik sebagai Guru Besar sehingga tahun dua ribu dua
(2002). Saya menyambung pelajaran masuk ke Universiti Putra Malaysia
pada tahun sembilan belas sembilan puluh tujuh (1997) hingga tahun dua
ribu (2000). [Pada] tahun dua ribu (2000) saya [telah] dianugerahkan
Ijazah Pertama dalam Pengkhususan Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama. Kemudian saya terus jadi [menjadi] Guru Besar, [dan] pada tahun
dua ribu lima (2005) saya di pilih masuk ke Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka di Unit Sukan dan pada tahun dua ribu tujuh (2007), jawatan baru
di wujudkan iaitu jawatan di Unit Jaminan Kualiti mengurus coaching
[mengajar] dan monitoring [memantau] untuk Pengetua dan Guru Besar
sehingga sekarang.

NAA: Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan minati ketika belajar dahulu?

AK: Subjek [matapelajaran] yang saya minati ialah Kesusasteraan Melayu


dan Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik kerana itu, dan sume [semua]
subjek memang minat sehingga sijiil LCE [Lower certificate Education /
Penilaian Menengah Rendah]. Masa tu [Pada masa itu] saya lulus
dengan baik, SPM [Sijil Pelajaran Malaysia] pon [juga] saya lulus dengan
baik, STPM [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia] pon [juga] saya lulus dengan
baik. Semua subjek saya minat, takde [tiada] subjek yang saya kurang
minat.

NAA: Adakah Tuan mendapat mana-mana tajaan atau Tuan menampung sendiri
perbelanjaan?

AK: Pada tahun itu, tahun tujuh puluhan (70an), tajaan ni [ini] amat kurang,
yang menaja selalunya kerajaan je [sahaja]. Kerana tu [itu] kerajaan
memang sukar dapat malahan pulak [pula] [pada] masa tu [itu] universiti
ade empat je [sahaja], Universiti Malaya, Universiti Sains Pulau Pinang,
Universiti Kebangsaan, Universiti Putra, [Universiti Sains Malaysia Pulau
Pinang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia], tu
[itu] je [sahaja] yang ade [ada] pada masa itu.

NAA: Berapakah umur Tuan ketika mula-mula memegang jawatan sebagai guru?

AK: Umur [saya pada] masa tu [itu] lebih kurang dalam umur dua puluh dua
tahun, ialah lebih kurang dua puluh dua tahun. Tu [itu] yang mengajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Mula-mula sekali, saya
mengajar di Tingkatan Satu dan peralihan.

NAA: Pada masa itu adakah Tuan menjadi seorang guru tetap atau menjadi guru
sandaran?
AK: Cikgu tetap masa tu [itu], [pada masa itu, saya menjadi cikgu tetap]
sebab [pada] masa tu [itu] selepas sahaja kursus [di] Maktab Pergurusan
Bahasa, [saya] terus di hantar sebagai guru di situ, sebagai guru tetap, ---
dan bidang saya ialah bidang Bahasa Melayu.

NAA: Apakah pandangan keluarga Tuan mengenai kerjaya cikgu?

AK: Keluarga saya memang suke [suka] kerana ni [ini] memang harapan
keluarga ayah dan ibu. --- Jadi bila [apabila] saya jadi [menjadi] guru, dia
[mereka] cukup suka [sangat gembira].

NAA: Pada masa itu apakah pengangkutan yang Tuan gunakan?

AK: Pada masa tu [itu] hanya ade [ada] bas dengan motor [motorsikal]
sahaja. Saya gunakan motor [menggunakan motorsikal], [saya] beli
[membeli] sebuah moto [motorsikal], [dan] hanya menggunakan motor
[motorsikal].

NAA: Rumah yang Tuan menetap ketika itu?

AK: [Pada masa itu], Saya sewa [menyewa rumah], daripada [kerana] rumah
keluarga jauh daripada tempat mengajar, jadi saya menyewa dan saya
mengajar empat tahun disitu, kemudian berpindah ke sekolah lain di
[iaitu] Sekolah [Menengah Agama] Sharifah Radziah, [dan] mengajar
Tingkatan Lima, empat dan menyewa, tidak duduk di rumah ibu dan
bapak [bapa] kerana kedudukan rumah [pada masa] tu [itu] jauh.

NAA: Seingat Tuan, bagaimanakah suasana sekolah ketika mula-mula Tuan


mengajar?

AK: Sekolah pada masa tu [itu], murid-muridnya taklah [tidak] senakal arini
[hari ini] satu, yang keduanya agak semua murid nak [hendak] belajar
dan kebetulan memang --- Saya memang minat jadi [berminat menjadi]
guru jadi takde la [tiada] masalah.

NAA: Bagaimana penampilan Tuan pada masa itu?

AK: Oleh kerana saya dah [sudah] tegaskan tadi, saya memang minat, --- jadi
[menjadi] guru, jadi [oleh itu], sebarang permasalahan tentang guru tak
[tidak] timbul, --- komdian [kemudian] saya, --- kerana bidang ini adalah
bidang yang saya cita-citakan, maka saya cukup [sangat] suka, saya
happy [gembira] saya tidak ade [tiada] tertekan, saya tidak ade [ada] ape-
ape [apa-apa] permasalahan sebagai seorang guru dan saya cepat
belajar daripade [daripada] - mane-mane [mana-mana] yang terkurang.
Saya cepat belajar [saya menerima pembelajaran dengan cepat], jadi
kerana itu saya cukup [sangat] gembira, sehingga hari ini saya dah
[sudah] berkhidmat kira-kira tiga puluh lima tahun sebagai seorang
pendidik.

NAA: Pada masa itu Tuan mengajar subjek [matapelajaran] apa?

AK: Subjek [matapelajaran] yang saya paling suke [suka] dan di arahkan
[mengajar] ialah Bahasa Melayu. Saya mengajar daripada Tingkatan
Satu sampai Tingkatan Lima dan yang paling seronok sekali, saya
selalunye [selalunya] disuruh mengajar kelas-kelas hujung, [iaitu] kelas
kelas yang orang tak suke [tidak suka] murid-muridnya, tak [tidak] pandai
tapi [tetapi] saya gembira kerana di akhir tahun selalunya saya dah
[sudah] boleh pandaikan mereka [saya telah membuat mereka berjaya]
dan mereka [dikenakan hukuman] teruk sikit, [seperti] kena rotan
[dirotan], kena diri [berdiri] atas kerusi, tak [tidak] buat keje [kerja], kena
ketuk ketampi [dikenakan denda ketuk ketampi] dan denda-denda yang
memang menggalakkan dia [mereka] supaya dia [mereka] belajar,
akhirnya mereka berjaya dan selalunya selepas saja [sahaja]
peperiksaan, mereka cukup [sangat] gembira kerana dapat [mendapat]
keputusan yang baik dan daripada --- kerana saya ni [ini] cepat belajar,
maka kepercayaan pihak lembaga peperiksaan [telah] melantik saya
sebagai pemeriksa kertas Bahasa Melayu daripada SRP [Sijil Rendah
Pelajaran], SPM [Sijil Penilaian Malaysia] dan Paper July [kertas Julai].
Every year [setiap tahun] saya periksa [telah memeriksa] [dan
memperolehi] banyak pengalaman sebagai pemeriksa kertas.

NAA: Adakah Tuan memegang sebarang jawatan semasa di sekolah?

AK: Banyak jawatan saya pegang sebenarnye [saya memegang banyak


jawatan sebenarnya], selain daripada guru kelas, guru asrama, guru
sukan, guru displin. Saya ingat kerja-kerja ini dah [sudah] cukup dan
kerana saya tidak pernah menolak apa-apa tugas yang diberi, saya buat
dengan sempurna tambahan pulak [pula] kerana - sebagaimana yang
saya jelaskan tadi, saya suke [suka] bekerja, [dan] kerana saya suka
bekerja, saya takde rase [tiada rasa] apa saya buat. [minat terhadap
pekerjaan guru membuatkan saya gembira dan tiada perasaan tertekan].

NAA: Apakah nama sekolah pertama yang Tuan mengajar?


AK: Dah [sudah] saya cakap [jelaskan sebentar] tadi, dah [sudah] ulang balik
[semula] soalan ni [ini], iaitu saya pertama sekali [pertama sekali selepas]
keluar dari Maktab tadi, saya mengajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dang Anum, Merlimau Melaka.

NAA: Apakah keistimewaan sekolah tersebut?

AK: Keistimewaanya terletak [di] luar bandar. Budaknye tiade [muridnya tiada]
budak terpilih, budak tak [tidak] pandai, dalam bahasa paling mudah
budak yang kurang pandai, budak yang buta huruf, itu keistimewaanya
dan bile [apabila] akhir tahun semua yang buta huruf, [telah menjadi] celik
huruf. Itulah keistimewaannya, --- yang saya pernah mengajar selama
empat tahun di situ.

NAA: Berapa lamakah Tuan bekerja sebagai guru biasa sebelum dinaikkan
pangkat menjadi Guru Besar?

AK: Lebih kurang dekat [hampir] dua puluh lima tahun, sebagai guru biasa,
kemudian tu [itu] [pada] tahun sembilan puluh lima (1995) tadi naik
[dinaikkan pangkat] sebagai Penolong Kanan, [dan] sembilan puluh tujuh
(1997) jadi [menjadi] Guru Besar sampai [sehingga] dua ribu empat
(2004).

NAA: Semasa menjadi seorang guru, adakah Tuan aktif menyertai kesatuan
ataupun aktiviti luar?
AK: Kesatuan ni tak [ini tidak] berapa minatlah [Saya tidak berminat
menganggotai mana-mana kesatuan]. Ok [Baik]. Aktiviti luar
sebagaimana tadi dah [sudah] jelaskan terlibat dalam kegiatan Pengerusi
Teknik Bola Sepak itulah. Itu saja [sahaja]. Persatuan dari jauh saja
terlibat secara langsung [Saya terlibat dengan persatuan secara tidak
langsung].

NAA: Apakah kelebihan Tuan sehingga dilantik menjadi Guru Besar?

AK: Sepanjang perkhidmatan, kerana aktif dalam kurikulum, saya membantu


Jabatan [Pendidikan Negeri Melaka] dan kebetulan pada tahun sembilan
belas sembilan puluh lima (1995) tu [itu], [Anugerah] Guru Cemerlang
baru nak [hendak] di-- Guru Pakar pada masa tu [itu] bukan Guru
Cemerlang baru nak [hendak] diwujudkan, maka saya telah dipilih
sebagai Guru Cemerlang Negeri Melaka untuk batch [kelompok] yang
kedua. Saya bertanding dengan semua guru graduate [tamat pengajian],
saya pada masa tu [itu], [Pada masa itu, saya], tak (tidak) graduate
[tamat pengajian], tapi [tetapi] saya telah terpilih, calon-calon yang terpilih
dari ramai-ramai tu [itu] hanya dua orang, saya sorang [seorang] dan
sorang [seorang] kawan saya yang terpilih sebagai Guru Cemerlang dan
selepas itu kerana kecemerlangan itu, saya dipilih sebagai Guru Besar,
`Caretaker [Penjaga Sementara]. Sebenarnya `Caretaker [Penjaga
Sementara], membuka sebuah sekolah baru yang tak [tidak] ada apa-apa
dan saya bukak [mentadbir sebuah sekolah baru] untuk tahun berikutnya,
dan saya telah berjaya membuka [sebuah lagi sekolah, iaitu] Sekolah
Kebangsaan Seri Duyong, dan saya adalah Guru Besar pertama di
sekolah tersebut.

NAA: Apakah perasaan Tuan pada masa itu?


AK: Sebagai guru yang telah berpengalaman [selama] dua puluh lima tahun,
jadi saya bersyukurlah pada [kepada] Tuhan kerana diberi kepercayaan
kepada saya untuk mengepalai [mengetuai] sebuah sekolah yang baru,
yang belum siap dan muridnya ramai, seribu orang, [dan] gurunya pun
dekat [hampir] lima puluh, enam puluh orang dan saya berjaya
mengepalai [mengetuai] sekolah tersebut.

NAA: Bolehkah Tuan terangkan kepada kami, apakah tugas-tugas dan


tanggungjawab seorang Guru Besar?

AK: Guru Besar ni [ini] sebenarnya ada sembilan tugas utamanya di samping
tugas sebagai pentadbir, dia juga mesti mengajar dan dia juga mesti
mengurus guru-guru dibawahnya dengan pengurusan yang baik. Setakat
[Sehingga sekarang] saya jadi [menjadi] Guru Besar, semua guru suke
[menyukai] kepada cara pentadbiran dan cara bagaimana menyelesaikan
semua permasalahan yang timbul. Setakat [Sebanyak] empat buah
sekolah saya dah jadi [sudah menjadi] Guru Besar, dan saya, agaknya
[rasa] kepercayaan Jabatan kepada saya tinggi, hingga [sehingga] dia
[pihak jabatan] melantik saya lagi [untuk] membukak [membuka] sebuah
sekolah baru yang kedua, iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Berendam
Dua, suruh [menyuruh] saya juga bukak [mentadbir] dan melalui
pengalaman yang sedia ada, maka saya dah [sudah] gunakan dan saya
berjaya membuka sekolah tersebut dengan cemerlang dan muridnya
hampir seribu lima ratus orang dan guru pun seratus orang dan saya
tadbir [mentadbir], saya urus [menguruskan], saya mintak [meminta]
kerjasama, sebab [kerana] saya yakin kerjasama antara guru dan semua
kakitangan sokongan adalah penting. Saya tak [tidak] penting
sebenarnya, saya hanya coordinate [membantu] tenaga kerja yang ada tu
[itu] membuatkan mereka boleh kerja bersama-sama dengan saya hingga
[sehingga] berjaya, kiranya dua buah sekolah setakat ni [sehingga ini]
saya berbangga, dengan buka [membuka] dua buah sekolah.
NAA: Apakah perbezaan menggalas tugas sebagai seorang guru biasa dengan
sebagai Guru Besar?

AK: Banyak bezanya [banyak perbezaan antara guru biasa dengan Guru
Besar]. Guru biasa dia [di] dalam kelas aje [sahaja]. Abis [habis] tugas
sebagai guru, dia tak [tidak] fikir lagi apa-apa tentang sekolah tu [itu].
Manakala Guru Besar sembilan tugas hakiki tadi mesti [dilaksanakan],
disamping itu dengan community [komuniti] setempat, diberi keutamaan
dan semua [permasalahan] kena [mesti] jawab [di jawab] dari A sampai Z
guru besar ni [ini]. Guru yang buat salah, Guru Besar kena, murid yang
tak [tidak] pandai, Guru Besar kena, [segala kesalahan yang dibuat oleh
para guru dan murid akan disalahkan kepada Guru Besar], semuanya
dalam semuanya di sekolah itu adalah terletak di batu jembala
[tanggungjawab] Guru Besar, dari sekecil-kecil permasalahan sehingga
sebesar-besar. Jadi beza guru biasa dengan Guru Besar, jauh bezanya
macam [seperti] langit dengan bumi. Tetapi oleh kerana --- tadi sikap
ingin pandang ke depan, tak [tidak] pernah mengundur ke belakang, ada
wawasan, ada visi dan misi yang nak [hendak] dicapai, maka kerja-kerja
ni [ini] sehingga hari ini takde [tiada] apa permasalahan. Masalah
memang ade [ada], tapi [tetapi] boleh diselesaikan secara --- secara as
on [mudah]. Maknanya tengok dulu [dahulu] masalah itu ape [apa], cara
tingkatkan dia macamana, dan kita selesaikan, setakat hari ini
Alhamdullilah, semua permasalahan sebagai Guru Besar yang selama ini
banyak masalah dapat diselesaikan dengan baik. [Kita mencari punca
permasalahan tersebut terlebih dahulu dan selesaikan dengan cara yang
baik].

TAMAT KASET BAHAGIAN A: KASET 1 BAHAGIAN B


NAA: Bagaimana pula Tuan menangani pelajar-pelajar yang bermasalah di
sekolah mahupun di dalam kelas?

AK: Sebagai [seorang] guru, masa [semasa] di sekolah menengah, pelajar


yang besar-besar [remaja], permasalahannya masalah remaja. Kemudian
sebagai Guru Besar, di sekolah rendah permasalahannya budak-budak
baru naik, budak-budak kecil yang baru naik. [Di sekolah rendah,
masalah murid yang baru memasuki alam persekolahan]. Jadi dua
permasalahan yang berbeza sebenarnya. Kalau di sekolah menengah
sebagai guru biasa dulu, sebagai warden [penjaga], sebagai guru disiplin,
permasalahan remaja kena selesaikan. [Di sekolah menengah, beliau
sebagai seorang guru yang memegang peranan sebagai warden
[penjaga] asrama, dan guru disiplin harus menyelesaikan segala masalah
remaja]. Tapi bila [tetapi apabila] sebagai pentadbir di sekolah rendah,
permasalahan kanak-kanak tak [tidak] sehebat permasalahan remaja.
Jadi boleh diselesaikan walaupun biasanya kalau disekolah sebagai Guru
Besar ni [ini], kita menyelesaikan masalah komuniti banyak. Masalah
komuniti dengan guru-guru, guru dengan komuniti setempat, itu
masalahannya bukan masalah displin murid, kurang [bukan masalah
murid yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada masalah antara guru-
guru dengan komuniti setempat]. Tapi [tetapi] harapan ibu bapa begitu
tinggi kepada anak-anaknya hendakkan [mahukan] kejayaan, kerana itu
usahalah ke arah itu. Ke arah bagaimana membolehkan anak-anak kita
berjaya dengan bagai-bagai pendekatan, cara, kaedah dan semua-
semua itu tak [tidak] boleh buat sengsorang [seorang], kena buat
bersama-sama dengan guru-guru kita, barulah kita boleh berjaya. Kalau
tidak kita syok sorang [seronok seorang], tak [tidak] dapat apa-apa.
[Kalau kita membuat kerja secara individu, maka kita akan seronok
seorang diri tanpa mendapat apa-apa balasan].

NAA: Bagaimana pula Tuan menangani ibu bapa yang sering menunding jari
kepada pihak sekolah jika anak mereka melakukan kesalahan?
AK: Senang saja, benda [perkara] tu [itu] kita suruh dia [ibu bapa] selesaikan
masalah-masalah yang timbul, lepas tu [selepas itu] dia tak [tidak] berani
nak [hendak] menunding jari. Misalnya [contohnya] budak tu [itu] apa
mencuri umpamanya, suruh dia [ibu bapa] selesaikan, jadi tengok dia [ibu
bapa] tak [tidak] boleh selesaikan, dia surrender [mengalah], [contohnya
budak itu melakukan kesalahan mencuri, kita akan menyuruh ibu bapa
menyelesaikan masalah itu dan selalunya ibu bapa tidak mampu
menyelesaikan masalah tersebut]. Lepas tu [selepas itu] dia [ibu bapa]
tak [tidak] berani, selalunya kita tunjuk contoh taudalan yang terbaik. Bila
[Apabila] kita tunjuk [menunjukkan] contoh taudalan yang terbaik, ibu
bapak [bapa] pun boleh terima [menerima] pendekatan kita tu [itu].
[Apabila kita menunjukkan pendekatan melalui contoh tauladan yang
baik, ibu bapa akan menerima cara pengajaran kita sepenuhnya]. Kita tak
[tidak] hanya nak [hendak] memenangkan dia [Kita bersikap adil dalam
menyelesaikan masalah] atau nak [hendak] memenangkan sebelah pihak
tapi [tetapi] kita cari puncanya, selepas tu [itu] kita selesaikan masalah
yang berbangkit, tak [tidak] timbullah masalah dia asyik menangkan
cikgu, tidak, kita akan dapat win-win situation [keputusan yang sama adil],
maknanya dua-dua menang, takde [tiada] kate [kata-kata] cikgu
diabaikan, cikgu dimenangkan atau ibu bapa dipersalahkan.

NAA: Adakah aktiviti harian Tuan bertambah selepas menjadi seorang Guru
Besar?

AK: Seperti apa juga tugas sebenarnya, bila [apabila] kita menjawat sesuatu
jawatan atau kepala [menjadi ketua] sesuatu tempat tu [itu], tugasnya
makin bertambah, seperti biasa juga kita sebagai manusia urus
[mengurus] permasalahan-permasalahan itu dengan baik, kerana
sebagai seorang pemimpin disebuah sekolah yang besar, contoh
tauladan, tunjuk ajar, perundingan dan apa-apa pendekatan yang
membina hendaklah digunakan. Selagi kita [mengamalkan sikap] kuku
besi, atau tidak mengambil kira pandangan orang-orang bawahan kita,
kita akan menghadapi masalah, buat apa [mengapa] kita menghadapi
masalah, kita pun tak nak [tidak mahu] masalah, guru-guru kita pun tak
nak [tidak mahu] masalah, jadi selesaikan masalah itu dengan
perundingan, kan [adalah] lebih baik.

NAA: Pada pandangan Tuan, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang Guru Besar
yang berkaliber?

AK: Kita mesti ada ilmu, apa pun mesti ada ilmu. Kalau kita tak [tidak] ada
ilmu, ilmu letak [terletak] dalam buku, kita tak [tidak] pernah tengok, tak
[tidak] pernah baca, memang tak [tidak] boleh selesai masalah. [Kita
mesti mempunyai ilmu untuk menyelesaikan masalah dengan baik]. Ilmu
kita mesti cari dalam buku, tanya kawan, rujuk mana-mana tempat yang
sesuai, kemudian berbincang, selalu adakan perjumpaan, forum, dan
sebagainya, brain storming [mengeluarkan idea], jadi kita boleh
selesaikan. Kalau takde [tiada] ilmu apa pun [juga] tak [tidak] jadi, sebab
ilmu menunjukkan kewibawaan kita. Bila [apabila] kita ada ilmu, semua
benda itu dah [sudah] ada sebenarnya, dah [sudah] tertulis, jadi [oleh itu]
kita tengok [dan], sesuaikan dengan keadaan setempat, selesai masalah.
[Apabila kita berilmu, setiap perkara yang berlaku dapat diselesaikan
mengikut keadaan semasa].

NAA: Adakah Tuan masih lagi bersifat garang ketika menjadi Guru Besar?

AK: Keadaan berubah, daripada seorang guru yang [mengajar] di sekolah


menengah yang terpaksa [bersifat] tegas kepada murid yang bermasalah
remaja, kepada guru-guru dan murid-murid yang di peringkat rendah, jadi
dua keadaan yang berbeza, iaitu dari seorang guru yang sudah memang
sudah ada ilmu, kekurangan sedikit saja, kita tambah yang mana kurang.
[saya menambah mana-mana ilmu yang terkurang]. Manakala murid di
sekolah rendah, tak [tidak] banyak benda yang dia [mereka] keinginan
atau keperluan yang mendesak, hanya keperluan asasnya dicukupi,
kemudian keperluan-keperluan itu ditangani [diuruskan] dengan baik.
Maka takdelah [tiada] permasalahan.

NAA: Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan mengajar semasa menjadi Guru
Besar?

AK: Seperti di sekolah menengah juga, saya mengajar Bahasa Melayu


kerana itu subjek [matapelajaran] yang memang saya suka. Saya
mengajar Tahun Enam, saya tak [tidak] mengajar yang kelas-kelas
rendah ni [ini], Tahun Enam, sebab itu kelas peperiksaan.

NAA: Apakah pendekatan yang Tuan gunakan dalam proses pengajaran Tuan?

AK: Oleh kerana nak [mahu] mencapai strategi berjaya, macam-macam


[pelbagai] pendekatan kita buat [lakukan]. Kadang-kadang pendekatan
yang ada [di] dalam buku pun dicampur-campurkan, sehingga sesuai
dengan keadaan murid kita. [Kita menggunakan pelbagai pendekatan
untuk diselesaikan mengikut keadaan murid kita]. Kalau kita ikut
pendekatan yang tertulis dalam buku, murid kita tak [tidak] faham, tak
[tidak] guna kita jadi [menjadi] guru, yang pentingnya murid seronok
belajar, murid dapat, kemudian akhirnya murid semua faham, dan dia
akan berkata dengan bapak [bapa] dia balik [semula], cikgu itu mengajar,
saya faham, cikgu itu mengajar, saya takde [tiada] apa-apa masalah,
walaupun dia garang, walaupun dia kata dia tegas, tapi [tetapi] kalau
budak faham, takde ape [tiada apa] masalah kepada kita sebagai
seorang guru, ataupun pada murid kita. Itu yang pastinya.
NAA: Adakah sukar menjadi seorang Guru Besar?

AK: Nak buat [mahu membuat] perbandingan dengan Guru Besar yang lain,
jawapannya begitu, sukar jadi [menjadi] Guru Besar ni [ini], sebab
[kerana] nak jaga [hendak menjaga] murid lain, nak [hendak] jaga
[menjaga] guru lain, nak [hendak] jaga [menjaga] ibu bapak [bapa] lain,
nak [hendak] jaga [menjaga] PPD [Pejabat Pendidikan Daerah] lain, nak
[hendak] jaga [menjaga] Jabatan lain, [Menjadi Guru besar adalah tugas
yang sukar kerana mesti menjaga semua pihak dari para pelajar, ibu
bapa, PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], sehingga ke Jabatan], semua
nak [hendak] kena jaga, tapi [tetapi] kalau kita pandai mengurus, jadilah
kita sebagai Guru Besar yang orang semua orang suka. Jabatan suka
kita, Jabatan Pendidikan Daerah suka kita, guru suka kita, masyarakat
suka kita, murid suka kita, malahan takde [tiada] sebarang aduan atau
complaint [aduan] daripada mana-mana pihak. Itu pengalaman saya.
[Jika Guru Besar pandai mengurus dan bertanggungjawab, semua pihak
menyukai dan akan selesa dengan pentadbiran kita].

NAA: Bagaimanakah Tuan mengatasi cabaran-cabaran yang datang?

AK: Cabaran yang datang, kita tengok dulu [dahulu] cabaran tu ape [itu apa],
lepas tu [selepas itu] kita brain storming, [mengeluarkan idea], lepas
[selepas] brain storming [mengeluarkan idea], kita kebetulan ada sedikit
ilmu, kita selesai. [Dengan menggunakan ilmu, kita dapat selesaikan
cabaran yang datang]. Ilmu sebenarnya, bergantung pada [kepada] ilmu.
Pusing mana-mana pun, kalau kita takde [tiada] ilmu, kita tak [tidak] boleh
selesai semua permasalahan, kalau kita ada ilmu, kita rajin menyemak
[bertanya] di mana-mana atau rujuk di mana-mana, takde [tiada] ape
[apa] pun masalah yang tidak boleh di selesaikan. [Walau dimanapun kita
berada, ilmu amat penting untuk menyelesaikan masalah].

NAA: Adakah Tuan merasakan menjadi seorang Guru Besar mempunyai banyak
tekanan?

AK: Tekanan bagi saya, takde [tiada], kerana telah dijelaskan [sebentar] tadi,
kerana saya suka merujuk di mana-mana, cari [mencari] apa [punca]
permasalahan, tidak suka menunding jari kepada mana-mana, jadi tak
[tidak] timbul masalah, kerana selagi kita cari [mencari] salah [kesalahan]
orang, selagi itu kita akan dapat [mendapat] tekanan. Cari [mencari] salah
diri sendiri, selesai masalah, tak [tidak] akan timbul tekanan daripada
mana-mana pihak. [Saya tidak mengalamai banyak tekanan kerana
sebarang masalah akan dirujuk kepada pihak yang pakar terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan].

NAA: Adakah Kementerian memberi banyak peruntukkan kepada pihak sekolah


untuk membuat sebarang aktiviti dan program?

AK: Seperti biasa, ___ yang diuntukkan [diperuntukkan] kecil saje [sahaja].
Tapi [tetapi] kalau kita pandai dan berusaha dengan komuniti setempat,
segala permasalahan tu [itu] tidak akan timbul, kerana bantuan ataupun
kewangan dari kerajaan tidak mencukupi untuk membangunkan
sesebuah sekolah. Ia mesti dibantu oleh NGO [Non-Government
Organization / Badan Bukan Kerajaan] setempat ataupun masyarakat,
ataupun PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru]. Kalau nak [hendak]
harapkan daripada jabatan atau kementerian, sekolah itu tak [tidak] boleh
bangun [dibangunkan].
NAA: Apakah antara program-program yang pernah dikendalikan oleh pihak
sekolah?

AK: Sebenarnya, banyak program yang kita buat untuk murid ni [ini], seperti di
kelas, kelas tambahan, kelas peperiksaan, kelas awal pagi [contohnya,
kita mengadakan kelas tambahan, kelas peperiksaan dan kelas awal pagi
untuk murid], dan yang main pointnya [perkara utama] dalam banyak-
banyak program tu [itu], cikgu mesti mengajar, kelas tidak boleh kosong,
ataupun cikgu masuk dalam kelas, budak tak [tidak] dapat apa-apa.
[Cikgu mesti mengajar, tanpa kelas kosong dan para murid mendapat
pembelajaran semasa program tersebut dijalankan]. Jadi kalau program
kelas tambahan dan kelas-kelas yang A [cemerlang] menyokong
sebenarnya, tapi [tetapi] kalau cikgu betul-betul mengajar sungguh-
sungguh, betul-betul dalam kelas, pada waktu dia mengajar, yang itu
sebenarnya banyak menyumbang ke atas kejayaan.

NAA: Apakah pencapaian yang paling membanggakan di sekolah tersebut


sepanjang Tuan menjadi Guru Besar?

AK: Sebenarnya setiap tahun keluar keputusan peperiksaan UPSR [Ujian


Penilaian Sekolah Rendah], [setiap tahun keputusan UPSR di umumkan]
biasanya sepuluh orang dapat lima A, satu, tahun pertama naik lima
belas, naik dua puluh tahun-tahun berikutnya, sehingga tiga puluh lima
orang dapat Lima A. [Pencapaian pelajar yang mendapat lima A semakin
meningkat dari tahun ke tahun]. Jadi itu [Ini merupakan] kebanggaan
semua sekolah, bukan Guru Besar je [sahaja] yang bangga, malahan
cikgu pun bangga, masyarakat pun berbangga kerana peningkatan,
pencapaian dari segi akademik. Kemudian dari segi sukan atau
kurikulumnya menonjol, johan bola sepak, johan ragbi umpamanya, johan
olah raga, itu semua yang menjadi kebanggaan bukan saja sebagai Guru
Besar, tapi [tetapi] sebagai guru dan ibu bapak [bapa] yang berada di
situ, bangga dengan kejayaan-kejayaan seperti itu, kerana itu je [sahaja]
kejayaan-kejayaan sesebuah sekolah, lain dari itu ape [apa] bendanya
yang nak [hendak] di banggakan, kerana itu core-business [bisnes utama]
sebuah sekolah. [Kejayaan dari segi kokurikulum seperti menjadi johan
dalam perlawanan bola sepak, ragbi, olahraga menjadi kebanggaan
setiap warga sekolah kerana ia merupakan perkara utama dalam setiap
sekolah].

NAA: Pada pendapat Tuan, apakah perkara penting untuk sebuah sekolah itu
untuk berjaya cemerlang?

AK: Semua orang patut terlibat dari awal, jangan da dekat [sudah hampir] nak
[hendak] periksa [peperiksaan] atau dekat [hampir] nak [hendak]
bertanding baru nak [hendak] amik [ambil bahagian], baru kelam-kabut,
benda-benda macamni [seperti ini], kena dari awal, contohnya kalau
peperiksaan Tahun Enam, ia bermula [dari] Tahun Satu. Kalau sukan,
hujung tahun sukan, ia mesti bermula bulan satu, tak [tidak] boleh, kalau
sukan bulan hujung tahun, bulan sepuluh kita kelam-kabut, yang lain
tidak, begitu juga dengan peperiksaan, bukan Tahun Enam je [sahaja].
Mesti tengok budak tu kejayaan, kita kena kenal pasti dulu ape [apa]
permasalahannya dari Tahun Satu, baru dia berjaya sampai Tahun Enam
[Kita mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dari Tahun Satu, dan
membaiki kesalahan tersebut sehingga mereka berjaya pada Tahun
Enam]. Enam tahun, takkanla [tidak akan] tak [tidak] berjaya, kita dah
[sudah] tahu, permasalahannya, kat [di] mana dia lemah, kat [di] mana
kekuatannya, [selama enam tahun belajar, kita telah mengetahui
permasalahan murid, dan memastikan mereka berjaya], kat [di] situ, yang
selalu di ingatkan pada guru, di ingatkan pada ibu bapa, dan di beritahu
kepada murid-murid keadaan itu.
NAA: Terdapatkah bantuan yang disediakan untuk membantu para pelajar yang
miskin?

AK: Seperti mana-mana sekolah, [pelajar] yang miskin ni [ini] dibantu oleh
PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru], oleh dermawan-dermawan yang ---
selalunya anak yang miskin, yatim piatu, atau anak-anak yang memang
permasalahan dibantu, selalunya oleh PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan
Guru] ataupun orang-orang perorangan dalam komuniti setempat. [Para
pelajar yang miskin selalunya diberi bantuan oleh PIBG [Persatuan Ibu
Bapa dan Guru], para dermawan dan orang perorangan].

NAA: Terdapatkah masalah displin di sekolah Tuan?

AK: Mana-mana sekolah ada masalah displin. Bagi sekolah rendah, tidak
sama, kesalahan displin macam sekolah menengah. [Kesalahan displin di
sekorah rendah tidak sama seperti di sekolah menengah]. Displin di
sekolah rendah lebih kepada perbuatan-perbuatan nakal kanak-kanak,
atau perbuatan ingin tau [tahu] kanak-kanak, jadi kita memang ada
masalah-masalah itu, tapi [tetapi] tidak hendak diperbesar-besarkan,
kerana permasalahan itu memang permasalahan kanak-kanak, jadi
selesaikan permasalahan kanak-kanak itu mengikut budi bicara kita
sebagai bapa kepada anak-anak. Jadi takde [tiada] permasalahan.

NAA: Apakah hukuman yang Tuan berikan kepada mereka?

AK: Selalunya hukuman ni [ini] di akhir. [Kita memberi hukuman selepas


mengenalpasti kesalahan mereka]. Murid-murid ni [ini] sebenarnya tak
[tidak] perlu dihukum, kita boleh pujuk dia, rayu dia, gertak dia, dah
[sudah] cukup dan dia pun dah [sudah] boleh mengikut cakap kita, selalu
dia ni [ini] macam kain putih, kita boleh corak dia macam-macam, jadi
hukuman kepada murid sekolah rendah amat tak [tidak] sesuai kerana
dia boleh di corak kerana permasalahannya adalah permasalahan kanak-
kanak, selesaikan. [Pihak sekolah tidak perlu memberi hukuman berat
kepada murid-murid sekolah rendah kerana mereka masih kecil dan
boleh dibentuk melalui pendekatan yang sesuai]. Dia tak [Mereka tidak]
akan buat [membuat] permasalahan-permasalahan remaja ataupun
permasalahan-permasalahan orang dewasa.

NAA: Sebagai seorang guru, apakah pendapat Tuan mengenai sambutan Hari
Guru?

AK: Hari Guru ni [ini], saya dah [sudah] rayakan tiga puluh lima tahun. Jadi,
biasa kadang-kadang kita sedih, kadang-kadang kita gembira, kerana
hari tu [itu] ada orang menghargai kita, ada langsung orang tak [tidak]
hargai kita, ada orang tak [tidak] ingat kita, ada pulak [pula] bukan saja
tak [tidak] ingat, mencemuh kita, jadi perasaan-perasaan pada Hari Guru
selalunya begitu, kadang-kadang kita terima hadiah, kadang-kadang
ucapan-ucapan daripada bekas-bekas murid kita yang ingat kita,
[Sambutan Hari Guru memberi pelbagai perasaan kepada saya dari
dihargai kepada dibenci oleh murid-murid] dan Hari Guru ni [ini] disambut
setahun sekali, iaitu Enam belas Mei (16 hb 5), jadi kita kadang-kadang di
peringkat sekolah kita buat, murid rayakan, guru rayakan, di peringkat
Jabatan, kita buat, ikut, ikut Jabatan macamana dia nak [hendak], macam
tu [itu]. [Hari Guru di rayakan oleh semua pihak dan disambut mengikut
perancangan jabatan]. Jadi kita berterima kasih kerana Hari Guru adalah
hari untuk guru-guru kita semua [semua guru].
NAA: Apakah hadiah yang paling istimewa yang pernah Tuan terima sepanjang
menjadi seorang pendidik?

AK: Hadiah yang paling istimewa ialah kejayaan anak-anak murid. Bila
[apabila] dia berjaya, dia kata pada mulanya dia marah kita, tapi [tetapi]
bila [apabila] dia berjaya atau dia jadi orang. Dia jumpa kita, dia tegur
kita, cikgu, saya dah jadi ni ni ni ni [merujuk kepada pekerjaan mereka
sekarang], dulu [dahulu], saya marah, benci cikgu, kerana cikgu garang,
cikgu itu ini [bersikap tegas], cikgu denda saya dan tapi bila [tetapi
apabila] saya dah jadi [sudah menjadi] orang [manusia] macam ni [seperti
ini], saya rasa cikgu sebenarnya mengajar dengan ikhlas. Itu pengakuan
yang cukup, hadiah yang cukup menggembirakan saya kerana mereka
sedar bahawa apa yang kita buat selama ini bukan nak [hendak]
mendera mereka, tetapi mendidik mereka. [Pengakuan sebenar murid
adalah hadiah istimewa kepada saya, kerana mereka akhirnya menyedari
hukuman diberi untuk membentuk mereka sehingga berjaya]. Jadi bila
[apabila] mereka dah jadi [sudah menjadi] orang, ada juga yang tak jadi
[tidak menjadi] orang, ada yang hisap dadah, ada yang masuk jail
[penjara], ada yang sepanjang yang kita tahu ada yang jadi [menjadi]
perompak dah [sudah] mati kena langgar kereta, kena bunuh, tak [tidak]
berjaya juga dan ramai juga daripada yang tak [tidak] berjaya tu [itu] yang
berjaya yang mereka ni [ini] yang menjadi kebanggaan kita, bukan
cenderamatanya tetapi kejayaan mereka. Itulah kegembiraan kita, saya
sebagai seorang guru. [Adakalanya murid yang di didik menjadi manusia,
adakala tidak menjadi apa yang di harapkan oleh seorang guru. Jika
murid itu menjadi seorang yang berjaya, itu adalah kebanggaan
seseorang guru].

NAA: Selain sambutan Hari Guru, apakah inisiatif lain yang boleh di ambil utnuk
memberi penghargaan kepada para guru?
AK: Sebenarnya, Hari Guru ni [ini] satu hari je [sahaja], Enam belas Mei [16
hb 5], tapi [tetapi] penghargaan kepada guru yang saya dapat ataupun
yang saya fikir patut diberi kepada seorang guru, ialah pertama, saya
nampak panggilan seorang guru tu [itu] je [sahaja] dah [sudah] cukup.
[Pengakuan murid kepada kita adalah penghargaan pertama kepada
guru sudah mencukupi]. Yang keduanya, anak murid - anak murid dia
yang pernah dia didik tu [itu], pergi di mana-mana, pergi di seluruh
Malaysia ni [ini], ada anak murid ni [ini]. Cikgu, cikgu, Itu cukup [itu
sudah mencukupi] bagi kita. Kita bukan nak [mahukan] duit, kita bukan
nak [hendak] apa, cukup bagi seorang guru. eh! itu cikgu saya,.
Pengakuan itu saja sudah cukup untuk seorang guru sebenarnya. Tidak
perlu duit, tidak perlu sijil, tidak perlu penghormatan apa-apa.

NAA: Apakah anugerah yang pernah Tuan terima sepanjang perkhidmatan


sebagai seorang guru?

AK: Pertama, saya pernah menerima [Anugerah] sebagai Anugerah


Cemerlang, Anugerah Pengarah Cemerlang, tahun berapa da [sudah]
terlupa, Anugerah Cemerlang saya dapat [saya menerima Anugerah
Cemerlang], kemudian saya juga dapat [mendapat] hadiah pergi
melancong ke Indonesia, dapat daripada pengorbanan kitorang [kami],
pergi ke tu, kemudian pergi berkursus ke Myanmar. Anugerah-anugerah
[dan] sijil ini banyak, selain daripada anugerah kenaikan gaji, biasa tu
[itu]. Itu saja anugerah yang yang dalam perkhidmatan ni [ini], kerana kita
bekerja di mana-mana jabatan pun, begitu sijil, anugerah cemerlang,
sumbangan pada sekolah, biasa dikenang, saya ingat dah [sudah] penuh
dalam simpanan sijil tu, dengan hadiah-hadiah. [Pelbagai pengiktirafan
telah diberikan kepada beliau semasa berkhidmat sebagai Guru Besar di
antaranya Anugerah Pengarah Cemerlang, hadiah melancong ke
Indonesia, berkursus ke Myanmar dan lain-lain lagi].
NAA: Sebagai seorang Guru Besar, bagaimana Tuan membahagikan masa antara
tugas sebagai seorang pendidik dan juga sebagai suami dan bapa?

AK: Biasa [kebiasaannya], Guru Besar di sekolah, di rumah sebagai ibu bapa
buat kerja untuk keluarga dan anak-anak. Beza, sekolah, sekolah.
Rumah, rumah, jadi [menjadi] dua tempat berbeza [Sekolah dan rumah
adalah dua tempat berbeza], dua client [pelanggan] yang berbeza, jadi
selesaikan masalah itu dan keperluannya dan buat sehingga terdaya,
setakat ni [ini], alhamdullilah, dua-dua kita buat, [kedua-duanya kita
[saya] lakukan].

TAMAT KASET BAHAGIAN B: KASET 2 BAHAGIAN A

NAA: Apakah pendapat Tuan tentang kualiti guru-guru yang terdapat di Malaysia
sekarang?

AK: Kualiti guru yang sekarang ni [ini] nampaknya guru-guru lebih baik
daripada dulu [dahulu] kerana hari ni [ini] guru macam-macam kemahiran
ada, [pelbagai kemahiran mereka ada] berbanding dengan pada masa
dulu [dahulu]. Guru pada masa dulu [dahulu] hanya terbatas pada
bidang-bidang tertentu yang dia dapat ilmu daripada Maktab ataupun
universiti. Hari ni [ini] nampak gaya dia, semua bidang ilmu atau
pengkhususan universiti ramai yang jadi guru, umpamanya ada yang
arkitek jadi guru, ada yang peguam jadi guru [umpamanya seperti arkitek
dan peguam yang turut menjadi guru], jadi, nampaknya hari ni punya
guru memang banyak ilmu. Soalan dia macamana seorang guru hari ini
menterjemahkan apa ilmu yang dia ada kepada murid-muridnya. Kita
takut terlalu pandai sangat guru, hingga dia tak boleh terjemahkan,
contohnya ada yang baru balik daripada Azhar [Universiti al-Azhar], Hafiz
Al-Quran, kemudian mengajar di sekolah rendah, untuk kelas KAFA
[Kelas Asas Fardu Ain], ada masalah, sebab sekolah dengan pengajian
dia, tahfiz tadi tak [tidak] selari. Perbandingan itu yang nampak, tapi
perbandingan yang sihat berbanding dengan dulu [dahulu], [pada masa]
dulu [dahulu] agaknya bidang ilmu tidak seperti hari ini, dulu hanya
terletak kepada Maktab saja, Univerisiti kurang sangat kerana pada masa
itu, itu yang ada, dan hari ni nampak gaya kelulusan mereka yang jadi
guru bermacam-macam [pelbagai] bidang ilmu yang mereka ada. [Pada
masa itu hanya terdapat Maktab, kerana Universiti sangat kurang dengan
pelbagai kelulusan yang mereka ada].

RNJ: Apakah pandangan Tuan sekiranya ada sesetengah pihak mengatakan


bahawa kerjaya sebagai guru merupakan pilihan terakhir bagi seseorang
dalam memilih peluang pekerjaan?

AK: Sebenarnya cerita kerjaya terakhir atau cita-cita pertama atau apapun
pangilan itu, panggilan kepada orang yang bekerja sebagai --- hari ini
orang yang masuk jadi [menjadi] guru [Sebenarnya kerjaya guru menjadi
pilihan terakhir adalah diceritakan oleh mereka yang memasuki bidang
tersebut pada saat akhir]. Sebenarnya kalau tengok [kepada] cara
penapisan untuk pengambilan menjadi guru melalui proses KPLI [Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah] ataupun proses di ---, proses itu memang
ketat. Jadi [oleh itu], takde [tiada] soal timbul pilihan terakhir, ataupun
apa, [Tiada timbul masalah pilihan terakhir], biasa sebenarnya kita
nampak hari ini mereka ini minat [berminat] jadi [menjadi] guru, tapi
[tetapi] tak [tidak] berpeluang, komdian [kemudian] ada peluang pulak
[pula], mereka kata yang ini adalah pilihan terakhir. Jadi [oleh itu], istilah-
istilah ni [ini] nampak gaya diguna pakai untuk semua orang untuk
melabel [memberikan gelaran] guru hari ini. Jadi kalau ikut pendapat
saya, sama ada ia pilihan terakhir ataupun apa terpulang pada [kepada]
individu sebenarnya. Tapi [tetapi] kalau dia selama ni [ini] dah [sudah] jadi
[menjadi] jurutera umpamanya, dia berhenti jadi [menjadi] jurutera, masuk
guru [memasuki kerjaya perguruan], adakah itu pilihan terakhir? Kita
tanya [bertanya] juga, atau selama ni [ini] dia dah [sudah] dapat
[mendapat] kerja engineer [jurutera], engineer [jurutera] di sebuah
syarikat, tiba-tiba dia kata tak [tidak] sesuai dengan saya, saya sesuai
dengan cikgu, adakah itu pilihan terakhir? Mereka ini --- dikata guru hari
ini kurang kualiti, kerana mereka ini belum mahir ataupun belum masak
kaedah ataupun cara mengajar sebenarnya, jadi [oleh itu] timbul istilah
___ di panggil kita mengkelompokkan orang-orang ini kepada pilihan
terakhir atau takde [tiada] pilihan, macam itu. Itu yang saya nampak. Itu
pendapat saya. [Pada pendapat saya, kerjaya guru sebagai pilihan
terakhir diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai keserasian
dalam pekerjaan mereka sekarang seperti jurutera dan mereka masih
belum mahir dengan dunia perguruan].

RNJ: Apakah nasihat Tuan kepada bakal guru ataupun guru yang mempunyai
pendapat bahawa mereka hanya inginkan pekerjaan, tetapi bukan untuk
mendidik anak bangsa?

AK: Kalau mereka hanya nak [mahu] kerja, tapi [tetapi] bukan minat
[berminat] jadi [menjadi] cikgu, baik [seharusnya] jangan jadi [menjadi]
cikgu, kerana jadi [menjadi] cikgu kepada orang yang seperti itu, dia nanti
sengsara-bara [susah], [Mereka yang tidak berminat menjadi guru tidak
seharusnya memilih kerjaya perguruan kerana akan menyusahkan hidup
mereka nanti kerana kerjaya guru memerlukan minat yang mendalam].
Sebab guru, jadi [menjadi] cikgu ni [ini], dia mesti minat, dia tak [tidak]
boleh paksa-paksa [paksaan], atau kerana takde [tiada] kerja, jadi kerja,
tak [tidak] boleh. Sama seperti kita ambil contoh orang yang tak [tidak]
suka - masak-memasak, kita suruh dia masak, tak [tidak] masak, jawapan
dia [apabila kita menyuruh seseorang yang tidak suka memasak, dia
akan menjawab tidak mahu memasak]. Benda itu tak [tidak] jadi masak
kerana dia tak [tidak] suka masak, tapi [tetapi] bagi mereka yang memang
suka masak, dia boleh jadi [menjadi] jutawan, begitu juga dengan jadi
[menjadi] cikgu ni [ini], bukan boleh dipaksa-paksa. Sebenarnya bagi
orang yang berpengalaman, tengok saja muka seseorang itu dia sudah
tau [mengetahui] daripada matanya, kita dah [sudah] boleh tau
[mengetahui] dia boleh jadi [menjadi] guru ke [atau] tidak. Begitu juga
sebenarnya seorang guru yang memang dia minat, dia tengok je [sahaja]
murid tu [itu], muka dia, mata dia, kita tengok je kita dah [sudah] tahu dia
ni [ini] murid yang memang bijak, pandai, ada otak ataupun takde [tiada].
Jadi tak [tidak] timbul tadi terpaksa, tak [tidak] berminat, salahlah kalau
dia pilih guru ni [pilih kerjaya guru ini] bukan boleh kerja yang cuba-cuba
[cubaan], tak [tidak] boleh [Seorang guru yang berpengalaman akan
mengenalpasti muridnya yang akan berjaya dan pekerjaan guru ini
adalah kerjaya yang memerlukan minat yang tinggi, bukan untuk
dijadikan cubaan dalam hidup]. Guru mesti kerja [bekerja] [dengan]
sepenuh hati, baru [supaya] boleh berjaya.

RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah cabaran yang dihadapi oleh para guru
sekarang?

AK: Cabaran dia banyak, guru hari ini - menghadap langit terbuka, itu cabaran
pertama dia mesti ada ilmu. Yang kedua, guru hari ini bukan boleh guru
yang macam dulu, umpamanya tak [tidak] terbuka, tak mau tambah [tidak
mahu menambah] ilmu, tak mau dengar [tidak mahu mendengar] kata,
tak [tidak] mengikuti --- percambahan-percambahan ilmu. [Guru
menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia yang berhubungan terbuka,
dan jikalau mereka tidak mendengar nasihat dari yang pakar, maka
mereka tidak akan dapat bertahan lama dalam bidang perguruan]. Jadi
kalau masih ada seperti itu, maka susahlah kita sebagai seorang
pendidik.
RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah isu-isu yang timbul yang dihadapi para guru
sekarang berbanding dahulu?

AK: Isu hari ini ialah isu kata yang banyak [yang banyak diperkatakan], kata
guru nak selesa lebih [mahukan keselesaan], jadi kerana itu nak [hendak]
mengajar di bandar, tak nak [tidak mahu] mengajar di luar bandar. Cikgu
nak gaji lebih [cikgu yang mahukan kenaikan gaji], tapi [tetapi] dia
[mereka] terlupa --- perkhidmatan-perkhidmatan lain pun macam tu
[seperti itu] juga sebenarnya. Nak keje [mahu bekerja] nak [mahu] semua
kemudahan asas cukup [mencukupi] [Isu tentang guru yang hangat
diperkatakan ialah tentang masalah guru yang mahukan keselesaan dari
segi pengajaran, kenaikan gaji dan mahu kemudahan asas yang baik
tetapi mereka harus menyedari bahawa semua jenis pekerjaan mahukan
yang terbaik untuk mereka juga], jadi --- kebetulan guru ni [ini] tempat
keje [kerja] dia jauh, di pendalaman, jauh daripada segala kemudahan
asas, jauh daripada segala kemudahan-kemudahan semasa, jadi
sebenarnya oleh kerana golongan dia ni [mereka] ramai, kalau di
Malaysia ni dekat tiga ratus ribu orang ke empat ratus ribu orang, dan
tempat keje [kerja] dia tu [mereka] dari sesenangnya sehingga ke tempat
yang paling susah, iaitu jauh ke pendalaman dan ramai tadi, dua fakta,
tempat kerja, bilangan ramai timbullah isu. Sebenarnya, dulu [dahulu]
kenapa tak [tidak] timbul isu tu [itu]? Dulu bukan takde [tiada] isu itu, ade
[ada], tapi [tetapi] kenapa tak [tidak] timbul? Kerana mereka pada masa
itu, guru yang paling hebat. Hari ini tidak, ramai orang dah [sudah]
bekerja di bidang-bidang lain, mereka pun nampak [mengetahui] kat [di]
situ ada kehebatannya, jadi saya nampak benda [perkara] ini
sebenarnya bagi yang minat [berminat] takde [tiada] apa masalah. Yang
tak minat [tidak berminat] aje [sahaja], ada masalah, atau yang dalam
bahasa yang lain pulak [pula]. kata orang nak [mahu] bercerita, biar dia
bercerita. Itu sahaja. [Pada masa dahulu, pekerjaan guru adalah yang
paling hebat berbanding sekarang, dan hanya dengan minat mendalam
terhadap bidang perguruan akan menghapuskan pelbagai kutukan
terhadap bidang perguruan ini].
RNJ: Apakah harapan Tuan kepada guru-guru dalam melahirkan generasi yang
berilmu dan berjaya?

AK: Harapan saya pada [kepada] orang [mereka] yang nak jadi [hendak
menjadi] cikgu, pertama, kita mesti ada ilmu. Yang kedua, ilmu saja tak
cukup [tidak mencukupi] kalau tidak ada semangat. Yang ketiganya, -
sebagai nak lahirkan [hendak melahirkan] anak murid yang berjaya, kita
ni [ini] dulu [dahulu] mesti berjaya. Kita mesti [hendaklah], - diri kita
sendiri mesti berpandangan terbuka, fikiran jangan sempit, itu yang
penting. Komdian [kemudian], yang ke empat kita nampak seorang guru
dia mesti serba boleh dan serba tahu [mengetahui]. Cukuplah itu.

RNJ: Apakah pendekatan yang bagus untuk proses pembelajaran pelajar-pelajar


sekarang?

AK: Pendekatan dari semasa ke semasa berubah-ubah. Dulu chalk and talk
[menulis di papan hitam dan bercakap], kemudian papan batu, papan
hitam, kemudian pakai komputer, apa pun pendekatan, apa pun kaedah,
di negara maju pun [tetap] sama sebenarnya, apa pun pendekatan,
pendapat atau apa pun yang nak [hendak] disampaikan, kita nak
[hendak] lahirkan [melahirkan] manusia, bila [apabila] kita nak lahirkan
[mahu melahirkan] manusia, bukan hari ini kita cakap, esok lusa boleh
dapat hasilnya, makan masa, kadang-kadang dekat dua abad, dua puluh
tahun, tiga puluh tahun, baru nampak hasilnya Kerana kita mendidik
manusia, banyak pandainya, banyak karenahnya, jadi, taklah [tidak]
mudah macam kita mencipta sebuah kereta, kita boleh cipta mudah dan
itulah hasilnya, tapi manusia ni [ini] kita buat macam ni tak [tidak] sesuai
untuk zaman ni [ini], buat begitu tak [tidak] sesuai pulak [pula] pada masa
tu [itu]. Buat begini orang kata kita ketinggalan zaman, buat ke depan
sangat orang kata kita mendahului zaman, jadi tak [tidak] ada satu
kaedah sebenarnya yang sesuai untuk cikgu gunakan untuk keadaan
semasa, dirumuskan perkara yang dibuat itu sesuai hanya pada masa itu.
Pada masa yang berikutnya, tak [tidak] sesuai. [Untuk membentuk
manusia yang berjaya cemerlang, memerlukan masa yang agak panjang,
kerana manusia mempunyai pelbagai sikap dan pendekatan yang
digunakan haruslah sesuai dengan keadaa setempat agar tidak
ketinggalan zaman atau terlalu ke hadapan]. Itu pendapat saya.

RNJ: Pada pendapat Tuan, apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak
sekolah dalam proses penambahbaikan sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah?

AK: Pada pendapat saya, yang bermasalah ini guru je [sahaja]. Guru ada, ---
sikit [sedikit] saja yang bermasalah sebenarnya. Boleh kata, bilang
dengan jari pun tak [tidak] habis. Maknanya sikit [sedikit] saja [sahaja]
guru yang bermasalah, lain tu [itu] takde [tiada] masalah, mereka tu [itu]
memang mengajar bertungkus lumus dari pagi sampai malam, balik
siang, balik-balik malam [dari siang sampai malam bekerja], itulah kerja
guru. membentuk generasi negara kita. Maknanya yang kita nampak
satu dua [seorang dua guru] yang ada masalah. Bukan satu dua
[seorang dua] ada masalah, - nak babitkan [mahu membabitkan] tiga
ratus, empat ratus ribu guru di Malaysia. Ada yang dedikasi tak [tidak] di
tunjukkan. Yang tak [tidak] dedikasi kita bangkitkan, jadi masalah, itu
sebenarnya. [Masalah timbul kerana ada sesetengah guru yang
bermasalah dan menyebabkan masyarakat berfikir bahawa semua guru
yang bermasalah sedangkan ada antara mereka yang bekerja dengan
sepenuh hati untuk melahirkan generasi yang cemerlang di Negara kita].

RNJ: Apakah pendapat Tuan dalam sistem pendidikan sekarang?


AK: Sistem pendidikan sekarang nie [ini] nampak liberal [bebas], selepas Akta
tahun sembilan belas sembilan puluh enam (1996) dibentangkan, semua
orang mendapat hak, falsafah pendidikan negara - yang dibentang, yang
diwujudkan tahun sembilan belas sembilan sepuluh enam (1996) setiap
rakyat Malaysia dapat [mendapat] hak masing-masing. Mereka dapat hak
pendidikan secara bebas, semua ada hingga [sehingga] hari ini kita ingin
menuju ke sebuah negara maju, [semua pihak mendapat hak masing-
masing melalui sistem pendidikan yang digunakan pada masa sekarang].
Untuk menjadi sebuah negara maju, dan rakyatnya mesti cerdik, mesti
pandai, tak de [tiada] yang buta huruf, baru jadi [menjadi]. Kalau ada
rakyat yang buta huruf, maka kita tak [tidak] boleh capai [mencapai]
Wawasan tahun dua puluh dua puluh (2020), kerana untuk memperolehi
taraf negara maju, setiap rakyatnya yang pertama tak [tidak] boleh buta
huruf. Yang kedua, semuanya berpendidikan. Jadi takdelah [tiadalah]
timbul masalah rakyat yang kena tipu kerana tak reti [tidak mengetahui]
membaca, menulis, kena tipu [di tipu] dengan IT [information technology /
teknologi maklumat], kerana kita tak ikut [tidak mengikuti] perkembangan,
kena tipu [di tipu] dengan keadaan sekeliling dunia kerana dunia kita
global [antarabangsa], takde [tiada] sempadan, jadi benda ni [perkara ini]
kalau di nilai balik [semula], itu yang kita mimpikan. [Dalam menuju
Wawasan tahun dua puluh dua puluh (2020), semua masyarakat mestilah
berpendidikan, kerana itu adalah syarat utama untuk menjadi negara
maju dan dengan pendidikan juga akan menghalang masyarakat dari
ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab].

RNJ: Pada pendapat Tuan, adakah hukuman memukul pelajar masih relevan
[sesuai] untuk di praktikkan pada zaman sekarang?

AK: Yang ini dah tak pakai lagi dah [tindakan ini sudah tidak digunakan lagi].
Ini sesuai pada tahun lapan puluhan (8oan), sembilan puluhan (90an),
kerana hukuman hari ni [ini] bukan saja [sahaja] berbentuk rotan, tapi
[tetapi] hukuman dalam bentuk celaan boleh, hukuman bukan
berbentuk fizikal lagi. Dah ada dah sekarang [sudah ada sekarang]. Jadi
[oleh itu] hukum rotan ni [ini] tak [tidak] sesuai untuk zaman ini kerana
mereka pun dah [sudah] maju ke depan, jadi [oleh itu] kalau nak rotan
[hendak merotan] juga terserah, tapi [tetapi] ikut pendapat saya, kita dah
[sudah] ada kaunselor setiap sekolah, sekolah rendah atau sekolah
menengah, apa gunanya dia? Cuba tanya apa guna dia? [cuba kita
bertanya apa peranan kaunselor], apa maknanya [jawatan] kaunselor
yang diwujudkan?, kalau kita tidak boleh menggunakan dia untuk
kebaikan pelajar-pelajar ataupun guru-guru tadi. Jadi kalau hukuman
rotan dipilih kerana itu ialah salah satu penyelesaian masalah remaja,
kalau itu dipilih, kerana masalah itu, dan kalau itu jalan penyelesaiannya,
rotan rotanlah [boleh merotan]. Tapi [tetapi] bukan semua nak [mahu] di
rotan, yang memang layak di rotan, di rotan. Tapi kalau kata hokum
[hukuman] rotan ni [ini] ketinggalan zaman pun tak [tidak] boleh juga
kerana manusia ni tak [ini tidak] semua serupa. Kalau semuanya serupa,
dah hukuman dah sama [Kalau semua manusia serupa, hukuman adalah
sama]. Kerana berbeza-beza itu, maka merotan ni [ini] kalau tak [tidak]
pendapat saya, ada tempatnya sesuai, ada tempatnya tak [tidak] perlu
langsung. Jadi nak kata [dikatakan] ikut pendapat saya yang awal tadi
kata dah [sudah] ketinggalan zaman, tak [tidak] boleh juga, ada pelajar
boleh di rotan, ada pelajar tak [tidak] perlu dirotan. Macam tu [seperti itu]
ayat dia. Maknanya terpilih-pilih, bukan semuanya rotan, semua salah
[kesalahan], rotan, tak [tidak] boleh ada salah [kesalahan] yang perlu
rotan tak boleh nasihat [tidak boleh dinasihati], tak boleh cakap saja [tidak
boleh bercakap sahaja], yang ini kena rotan, di rotan, yang ini cakap aje
[saja] boleh, yang ini nasihat saja boleh, yang ini gertak saja boleh, yang
ini beri contoh-contoh tauladan, boleh, macam tu [itu], dan yang ini hard
core [sangat susah] memang kena rotan, hendaklah di rotan. [Hukuman
merotan terhadap murid hendaklah dikenakan kepada mereka yang
benar-benar mempunyai masalah sahaja, kerana terdapat pelbagai
pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi pengajaran kepada
murid yang bermasalah].
RNJ: Adakah Tuan bersetuju bahawa pelajar Melayu jauh ketinggalan
berbanding dengan pelajar bangsa lain?

AK: Kalau tengok [dlihat dari] kategori bandar, [dengan] luar bandar itu saje
[sahaja] dah [sudah] memisahkan mereka. Yang bandar, pelajar melayu
bandar maju, [manakala] pelajar melayu luar bandar tak [tidak] maju,
terutamanya [dalam] penguasaan Bahasa Inggeris, Matematik,
Matematik Tambahan contohnya. Jadi kalau kita nak buat perbandingan
pelajar bumiputera dengan bukan bumiputera mana yang lebih maju
kalau kita tengok [lihat] dia duduk [tinggal] dalam bandar dia maju, luar
bandar, dia tak [tidak] maju, itu perbandingan bandar [dengan] luar
bandar. [Perbandingan yang dibuat menunjukkan bahawa mereka yang
menetap di bandar adalah lebih maju daripada mereka yang menetap di
luar bandar terutamanya dalam penguasaan Bahasa Inggeris, Matematik
dan Matematik Tambahan]. Kemudian, perbandingan daripada sosio-
ekonomi penting sebenarnya, sebab [kerana] pelajar bukan bumiputera
dia bukan cukup belajar di sekolah sahaja, tidak, dia akan pergi ke
tuisyen. Tuisyen pada dia [kepada mereka] setiap waktu tuisyen [setiap
waktu pergi tuisyen], belajar di tuisyen, yang kita duit takde [tiada duit]
jadi perbezaan ekonomi menimbulkan masalah perbezaan itu, Nampak
pencapaian dia. Yang ini dia tuisyen daripada lahir je [sahaja] tuisyen,
yang orang melayunya, nak beli [hendak membeli] beras pun [juga] tak
[tidak] boleh, nak tuisyen ape [bagaimana hendak pergi tuisyen]. [Dari
segi perbandingan sosio-ekonomi pula melihatkan bahawa pelajar bukan
bumiputera mempunyai peluang untuk pergi ke kelas tuisyen selain
daripada belajar di sekolah, manakala pelajar Melayu khususnya di luar
bandar, tidak mampu untuk ke kelas tuisyen kerana masalah kewangan
keluarga mereka, dan ini telah menimbulkan perbezaan antara pelajar
bandar dengan pelajar luar bandar]. Jadi itu masalah, bandar [dengan]
luar bandar, satu, ekonomi, dua, kemudian budaya kita, budaya bukan
bumiputera, khasnya [kaum] cina, ilmu pada dia [kepada mereka],
perkara mustahak [penting], sedangkan budaya orang melayu perkara-
perkara remeh ni mustahak, jadi [mereka] tidak mementingkan ilmu. Jadi
itu sudah nampak beza dia. Jadi kita irihati dengan dia [mereka], tidak,
dia [mereka] memang ilmu tu [itu] sebagai satu pegangan pada [kepada]
dia [mereka], kita remeh-temeh [tidak penting], orang Melayu khasnya
remeh temeh [tidak penting], contohnya [seperti] buat rumah [membina
rumah], kereta, dia pun [Kaum Cina juga] sebenarnya beli [membeli] juga
kereta, buat [membuat] rumah juga, tapi [tetapi] pendekatan tu [itu] agak
berbeza. [Budaya orang Melayu yang tidak menitikberatkan soal
pelajaran menjadi perbezaan antara orang Melayu dengan kaum Cina
kerana orang Cina amat mementingkan pendidikan di samping
menyediakan keperluan asas seperti kemudahan rumah, kereta untuk
keselesaan hidup mereka]. Setakat ni [ini] saya nampakkan tiga
perbandingan kat situ.

RNJ: Apakah kualiti yang perlu ada bagi setiap pelajar untuk bersaing di antara
satu sama lain?

AK: Kualiti pada pelajar untuk bersaing sesama sendiri dan sesama kaum
lain, dia mesti ada, dalam diri dia sendiri, dia sedar bahawa tanpa ilmu,
siapalah dia, selagi dia tak [tidak] sedar dia, siapa dia, takde [tiada]
petua, takde [tiada] satu formula untuk --- masing-masing mesti sedar,
sedar, kalau aku nie takde [tiada] ilmu, hapah [tiada apa] pun aku ---,
orang pun [juga] tak [tidak] pandang, aku pun tak [juga tidak] ke mana,
aku jadi [menjadi] sampah masyarakat, jadi itu sebenarnya kesedaran
dalam diri [Untuk berjaya cemerlang, para pelajar mesti mempunyai niat
untuk membaiki diri agar diterima masyarakat dan dihargai dalam diri
masing-masing], kalau nak nanti [mahu menunggu] motivasi-motivasi ini
bila nak motivasi?, masing-masing mesti sedar diri dia, kerana orang
[manusia] tidak boleh mengubah nasib sesuatu orang [manusia],
seseorang, satu kaum itu selagi diri dia sendiri tak ubah [tidak berubah].
Dia mesti diri dia sendiri ubah, baru dia boleh berubah, kalau tidak
buatlah berpuluh-puluh motivasi, takde [tiada] apa pun boleh dapat [kita
perolehi] melainkan penat, buang duit, buang masa, buang tenaga
[membuang duit, tenaga dan masa]. [Kita tidak perlu menunggu motivasi
untuk mengubah diri kita kerana perubahan itu mestilah dating dari dalam
hati dan niat seseorang itu untuk berubah, kerana kita akan membazir
tenaga, wang ringgit dan masa jika kita tidak mahu mengubah diri kita
sendiri]. Itu sahaja.

RNJ: Tuan ada cerita [menceritakan] bahawa Tuan pernah menjadi salah
seorang pelajar yang cemerlang, boleh Tuan berikan tips-tips [panduan]
untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang pada zaman sekarang?

AK: Untuk jadi [menjadi] seorang pelajar yang cemerlang, mudah saja
[sahaja]. Masa [semasa] cikgu [sedang] mengajar dalam kelas, tanya
[bertanya] kalau tak faham [tidak memahami]. Itu main point [perkara
utama] dia, sebab [kerana] masa [semasa] cikgu mengajar, itu [adalah]
masa paling sesuai, paling bagus, kemudian tak [tidak] faham, tanya
cikgu [untuk bertanya dengan cikgu]. Kemudian, rujuk [merujuk] dengan
kawan-kawan, bincang dengan kawan-kawan, lepas [selepas] itu, Tuhan
bagi [memberi] masing-masing ada otak [akal], jadi gunakan baik-baik
[guna akal yang diberi dengan sebaiknya]. Jangan buat otak [akal] yang
tak [tidak] bagus, maknanya dalam hal tu [perkara ini], jangan buat kerja-
kerja yang tidak bersangkut paut dengan pelajaran kita. Kalau kita
tumpu [memberi perhatian] pada [kepada] pelajaran kita, gerenti [jelas]
sebagaimana contoh tadi, saya [dengan] empat [4] orang kawan, saya
seorang yang lulus, LCE [Lower Certificate Education / Penilaian
Menengah Rendah], pada masa tu [itu]. Yang tiga [orang] lagi gagal,
kenapa? Masing-masing tak buat tumpuan [tidak memberi perhatian]
sepenuhnya. Masa tu [semasa itu] tuisyen takde [tiada kelas tuisyen],
jadi tumpuan [perhatian], tengok betul-betul, tak faham tanya [tidak
memahami bertanya], selesai masalah. Itu tips dia. Yang lain-lain ni [ini],
coincident-coincident [perkara-perkara] lain, secara tidak sengaja, orang
tak pakai sekarang [tidak di gunakan lagi pada masa sekarang], tapi
[tetapi] kalau kata saya belajar, saya belajar [semasa waktu belajar, saya
akan belajar], saya tak faham [tidak memahami pengajaran], saya [akan]
tanya [bertanya], saya belajar setiap hari dan kita buat latihan, semua kita
buat, takde nampak [tiada sebab] kenapa kita tidak berjaya. Kalau masa
hari peperiksaan, masa itu kali pertama kita menjawab soalan itu,
memang tak [tidak] boleh, tapi [tetapi] kalau dalam dewan peperiksaan
itu, kita dah jawab [sudah menjawab] soalan tu empat, lima kali, boleh
jawapan dia, maknanya kita banyak latihan-latihan dan latih tubi. Itu tips
saya yang membuatkan saya boleh berjaya. [Untuk berjaya dengan
cemerlang, kita perlu membuat banyak latihan agar semasa di dalam
dewan peperiksaan, kita sudah biasa dengan jenis soalan tersebut].

RNJ: Apakah pendapat Tuan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris?

AK: Ini sebenarnya [sebenarnya ini] berlandaskan dasar. Dasar kita dah buat
dulu [kita sudah membuat dasar dahulu], iaitu dasar daripada Dasar
Penyata Razak, semua di peringkat rendah sampai [sehingga peringkat]
Universiti, sampai satu masa, tahun --- Dasar Penyata Razak sembilan
belas sembilan puluh lima (1995), dalam tahun sembilan belas tujuh
puluhan (1970-an), semua dasar ni [ini] hendaklah di ajar dalam Bahasa
Melayu, sebab hendakkan [kerana mahu menggunakan] Bahasa Melayu,
di samping itu, Bahasa Inggeris kita tidak abaikan, bagi pendapat saya,
soal dasar kita tak [tidak] boleh kompromi, soal lain daripada dasar yang
kita setuju [dipersetujui] bersama boleh kita kompromi. Jadi kalau tanya
saya, saya rasa tak [tidak] betul. Buat ape [Mengapa] kita buat [membuat]
dasar? Kalau kita buat [membuat] dasar sepuluh tahun dulu [dahulu],
kemudian kita senang-senang [sengaja] mengubah dasar tu [itu] tahun-
tahun berikut [seterusnya], adakah dasar itu tak [tidak] sesuai lagi pada
tahun ni [ini]? Kalau kita rasa --- tak [tidak] sesuai, buat apa [mengapa]
kita buat [membuat] dasar ni [ini]? Dasar yang kita sendiri buat, kita
sendiri langgar, mati kita. [Jika dasar yang telah dibuat, kita tidak patuhi,
akan menyebabkan timbulnya masalah]. Itu sebab ada orang kata
sesuatu bangsa tu [itu], atau bahasa tu [itu] akan pupus atau lenyap
sekiranya bangsa itu sendiri taknak [tidak mahu] bangsa dia, taknak [tidak
mahu] bahasa dia. Ini dah [sudah] terjadi kepada orang-orang Melayu.
Orang Melayu tak nak [tidak mahu] bangsa dia, tak nak [tidak mahu]
bahasa dia, pupuslah. Begitu macam [seperti] dulu bahasa italic
[berangkai], contohnya, bangsa tu [itu] tak nak [tidak mahu] bangsa dia,
dia [mereka] pun [juga] kahwin campur, jadi hilang bangsa tu [itu], [oleh
itu bangsa tersebut hilang]. Kemudian bahasa itu mereka tak nak [tidak
mahu], jadi roman italic [berangkai] tu [itu] --- yang tulisan berangkai-
rangkai tu [itu] tak nak [tidak mahu], hapus. [mereka tidak mahu menjaga
dan menggunakan bahasa roman italic [berangkai], oleh itu, bahasa
tersebut menjadi pupus]. Begitu juga dengan soalan tadi, soalan Bahasa
Inggeris dengan Bahasa Melayu --- yang saya boleh jelaskan.

RNJ: Apakah harapan Tuan untuk masa depan pendidikan di Negara kita, adakah
perlu dilakukan perubahan?

AK: Pendidikan negara kita, kalau kalau ikut visi, ikut rancangan yang sedia
ada, NKRA [National Key Result Archievement / Pencapaian Keputusan
Peringkat Nasional] yang sedia ada, ikut falsafah pendidikan
maknanya - pendidikan di negara kita ni [ini] dah cukup [sudah
mencukupi] --- orang kata menuju ke arah kecemerlangan. Dah [sudah]
menuju sebenarnya, tinggal pencapaian tu [itu] --- pendidikan ni [ini]
mengajar manusia, bila [apabila] mengajar manusia, kita tak boleh dapat
[tidak boleh mendapat] benda tu [perkara ini] [dalam] sekelip mata.
[Dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan yang ditetapkan, harus
mengambil masa yang lama sebelum berjaya]. Jadi [oleh itu] dia memang
ada timeframe [jangka masa] dia, berapa sasaran dia, tahun dua puluh
dua puluh (2020), kita tengok, tapi [tetapi] ikut pendapat saya, capai dah
[sudah mencapai] --- kalau kita tengok semua sekolah menegah
sekarang ini], hampir semua sembilan puluh lima peratus guru ni [ini]
semua graduate [tamat], tinggal lima peratus dalam tempoh lima (5)
tahun lagi habis non-graduate [tidak tamat]. Di sekolah rendah dah
[sudah] lima peratus graduate [tamat], manakala Guru Besar dia pun
[juga] graduate [tamat] --- dulu [dahulu] Guru Besar sekolah rendah
kelulusan Darjah Enam, beza, Pengetua Sekolah menengah pada masa
tu [itu] kelulusan STP [Sijil Tinggi Pelajaran], mana kita jumpa lagi
sekarang, kita tak [tidak] jumpa. [Terdapat perbezaan antara Guru Besar
dahulu dengan sekarang, begitu juga dengan pengetua sekolah]. Kita
dah [sudah] jumpa sekrang ni [ini] pengetua DG54 [gred jawatan guru
lima puluh empat], ____, DG52 [gred jawatan guru lima puluh dua], dah
berlambak [sudah banyak] sekarang ni [ini], guru Tingkatan Enam semua
ada DG52 [gred jawatan guru lima puluh dua], DG 48 [gred jawatan guru
empat puluh lapan], dan dalam masa ____ tahun dua puluh dua puluh
(2020), semua Guru Besar saya rasa takde [tiada] lagi dah [sudah], takde
[tiada] yang takde [tiada] graduate [tamat], semua graduate [tamat].
[Semua Guru Besar dan Pengetua mempunyai gred jawatan yang tinggi
kerana mereka sudah menamatkan pelajaran masing-masing, dan ini
sangat berbeza berbanding dahulu]. Jadi itu nampak dia punya
perubahan [ini adalah perubahan yang dilakukan], maknanya orang yang
mendokong [menyokong] pendidikan negara kita, semuanya ada ilmu.
Bila [apabila] orang ada ilmu, makne [bermakna], negara kita boleh maju.

RNJ: Apakah nasihat yang ingin Tuan berikan atau sampaikan kepada anak-anak
bangsa kita sekarang?

AK: Jawapannya belajar sungguh-sungguh, jangan jemu belajar kerana


untuk menjadi sebuah Negara maju, pada tahun dua puluh dua puluh
[2020], semua orang mesti ada ijazah, ada ilmu. Daripada ilmu itu,
mereka boleh teroka [menerokai] dunia ni [ini] dengan mudah, macam
[seperti] orang-orang barat yang lain, kenapa mereka boleh meneroka
Asia Tenggara, dia tak [tidak] takut anak-anak dia sampai ke Melaka ini,
jalan [berjalan] tengah-tengah Bandar Melaka, kononnya [cadangnya]
nak tengok cari sejarah [hendak melihat dan mencari kesan sejarah],
camana dia boleh tau benda tu [bagaimana mereka boleh mengetahui
perkara itu], kerana dia ada ilmu, dia belajar peta geografinya, dari segi
sejarahnya, dia pula ada duit [wang ringgit], jadi dia gunakan duit [wang
ringgit] itu untuk cari ilmu, jadi dengan mudah saja dia sampai kat [di]
Melaka. [Kebanyakkan masyarakat barat tidak takut untuk meneroka
dunia luar kerana sebelum memulakan perjalanan, mereka mencari
maklumat tentang sesuatu tempat itu, samaada dari segi geografi,
sejarah dan juga menyediakan wang ringgit yang mencukupi sebagai
perbelanjaan dan persediaan di tempat orang]. Kita takut nak [hendak]
pergi [ke] tempat orang yang tak [tidak] biasa, dia saje [mereka tidak
kisah] tak [tidak] sesat pun dia, kenapa dia tak [tidak] sesat? Dia boleh
tau [mengetahui] [arah] utara, selatan, timur, barat, dia tau [mereka tahu]
jalan raya macamana, pengangkutan lain macamana, sebab mereka
sebelum datang ke sini, mereka search [mencari maklumat] [di] internet
dulu, --- semua dia dah [sudah] tengok [lihat] dalam internet, ada semua.
[Masyarakat barat mencari maklumat yang tepat sebelum mengembara
dan atas sebab itu mereka tidak sesat apabila berada di negara orang, ini
berlainan dengan sikap masyarakat kita yang tidak mementingkan ilmu
untuk berjaya]. Itu gunanya ilmu. Jadi kita hendak [mahukan] macam tu
[seperti itu] [kepada] anak bangsa kita pada masa akan datang.

NAA: Pada tahun berapakah Tuan bersara sebagai seorang Guru Besar?

AK: [Saya bersara pada] tahun dua ribu empat (2004). Bukan bersara
sebenarnya. saya dinaikkan pangkat ke Jabatan Pendidikan [Negeri
Melaka], bukan bersara istilah dia. Tahun dua ribu empat (2004), naik ke
Penolong Pengarah Unit Sukan pada masa tu [itu].
TAMAT KASET 1 BAHAGIAN B: KASET 2 BAHAGIAN B

NAA: Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang skop jawatan Tuan sekarang?

AK: Jawatan sekarang ni [ini] ialah jawatan [sebagai] Penolong Pengarah


Unit Jaminan Kualiti. Saya berfokus --- jawatan saya ni [ini] berfokus
kepada couching and mentoring [mengajar dan memantau] kepada
Pengetua dan Guru Besar seluruh sekolah Negeri Melaka. Jadi [Oleh itu]
Guru Besar ada [seramai] dua ratus tiga puluh satu orang, manakala
Pengetua ada [seramai] tujuh puluh lapan orang. Jadi saya tugas saya
ialah memberi couching and mentoring [mengajar dan memantau]
kepada semua pengetua dan Guru Besar seluruh Negeri Melaka. Jadi
tugas ini memang mencabar --- post [perlantikan] ke jawatan ni [ini]
diwujudkan pada satu Julai dua ribu tujuh (1 Julai 2007) dan post
[jawatan] ini mesti terdiri daripada orang yang pernah menjawat jawatan
Guru Besar atau Pengetua, baru dia layak sandang [mereka layak
memegang jawatan tersebut]. Kalau tidak, dia tak [tidak] boleh sandang
[memegang] jawatan Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti. Jadi
secara mudahnya saya bantu - ataupun menolong semua Pengetua
dan Guru Besar yang terlepas pandang [mengabaikan] beberapa tugas
hakikinya yang mesti dia buat, contoh tugas hakiki waktu datang [ke]
pejabat, buat [membuat] ringkasan mengajar, memantau guru-guru,
kemudian menyelesaikan semua masalah-masalah yang berbangkit di
dalam sekolahnya. Jadi tugas saya, memberi nasihat dan memberi tunjuk
ajar. Setakat hari ini Alhamdullilah, dah [sudah] dua tahun lebih, nak
[hendak] masuk tiga [tahun], ni [ini] nampak mencabar kerana bukan
mudah mengajar orang ataupun menunjuk ajar orang, kerana masing-
masing ada ego masing-masing, ada batu dalam kepala masing-masing
[masing-masing mempunyai ego dan mempunyai sikap keras kepala],
jadi buat setakat [sehingga] hari ini, saya enjoy [gembira] [dengan] kerja
saya ni [ini] kerana ada perubahan pada [kepada] Pengetua dan Guru
Besar. Itu telah [setelah] diberi couching and mentoring [mengajar dan
memantau], mereka berubah daripada jahiliahnya [negatif] kepada yang
modennya, yang --- menerima yang terbaru kemudian menerima
pandangan-pandangan yang membina, buat setakat ni [sehingga hari ini],
Guru Besar dan Pengetua respect [hormat] dengan sektor kami,
walaupun bilangan sektor kami ni [ini] tak [tidak] ramai, semua negeri ade
[ada di semua negeri], tapi tak [tetapi tidak] ramai, kerana dia [jawatan ini]
memang hendakkan [memerlukan] orang yang berpengalaman untuk
memberi couching and mentoring [mengajar dan memantau].

NAA: Apakah cabaran yang dimaksudkan oleh Tuan sebentar tadi?

AK: Cabarannya yang jelas ialah ada Pengetua dan Guru Besar masih di
takuk lama [tidak berubah], membawa maksud zaman dah berubah, tapi
[tetapi] dia masih menggunakan kaedah-kaedah lama, penyelesaian-
penyelesaian cara lama, kemudian, nak [mahu] membawa balik [semula],
nak hidupkan balik benda tu [mahu menghidupkan semula perkara itu],
kerana kadang-kadang benda itu dah tak [sudah tidak] sesuai lagi
dengan zaman, contoh yang dimaksudkan ialah [seperti] menjemur
murid, merotan murid, - mencubit ataupun melempang pelajar, ataupun
sesama guru bergaduh kerana perkara-perkara kecil. Jadi itu nampak
cabaran [Itu adalah cabaran kepada saya]. Walaubagaimanapun, kerana
kita mengurus manusia, hal-hal seperti ini memang tidak dapat kita elak
kerana manusia punya [mempunyai] hati dan perasaan. Kadang-kadang
hatinya kita guris, perasaannya tersentuh, maka dia mengamuk,
sebenarnya benda kecil aje [sahaja]. Kalau dia dah [sudah] tenang balik
[semula], dia kata bodoh aku bergaduh, itulah kesudahannya. Tapi
[tetapi] begitulah keadaan, kerana kita mengurus manusia. [Tidak mudah
sebenarnya mengurus dan memantau Pengetua dan Guru Besar, kerana
kita harus mengambil kira tentang soal hati dan perasaan manusia yang
sensitif dan akhirnya mereka akan menyesal dan menyedari bahawa
tindakan yang mereka lakukan seperti bergaduh, mendenda murid itu
adalah kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan pada masa sekarang].
NAA: Bagaimanakah Tuan menghadapi cabaran tersebut?

AK: Senang saja, kita berbual-bual dengan dia, senyum-senyum dengan dia,
kita dengar segala permasalahan yang mereka timbulkan, kemudian
selepas kita dengar, kita tak buat ape-ape [kita tidak membuat apa-apa],
kita balik aje. Lepas [Selepas tiga] minggu atau sebulan kemudian, kita
datang lagi, kita tengok apa dia nak [mahu] cakap, kita dengar dengan
teliti, dengar --- pendengar yang baik, lepas [selepas] kita dengar,
tensionnya [tekanan] hilang, maka selesailah masalah yang berbangkit.
Selalunya lepas [selepas] dua, tiga kali, [saya] pergi jumpa [berjumpa]
dengan Pengetua dan Guru Besar, segala permasalahan itu hilang,
hilang kerana masa, hilang kerana kedewasaan, hilang kerana sebab-
sebab zaman dah berubah, hilang kerana dah [sudah] nampak jalan yang
baik, begitulah cara dia. [Untuk mengatasi masalah ini, saya akan
berbincang dari hati ke hati dengan Pengetua atau Guru Besar yang
terbabit sebelum mengambil tindakan selanjutnya kerana selalunya
masalah itu akan selesai mengikut peredaran masa, kesedaran dalam diri
dan juga sudah mengetahui cara yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah mereka].

NAA: Bagaimanakah perasaan Tuan ketika di anugerahkan jawatan tersebut?

AK: Biasa, [Kebiasaannya] jawatan ini kerana jawatan baru, takde [tiada]
tempat nak [mahu] di ---, kalau timbul masalah, takde [tiada] tempat nak
[mahu] mengadu, kita buat, kita segala-galanya [segala-galanya terletak
dalam tangan kita]. Bila [Apabila] [wujud] jawatan baru, takde benda nak
di rujuk [tiada contoh untuk dijadikan rujukan], tapi bila [tetapi apabila] kita
dilatih menjadi couching [mengajar], mentor [ketua] dan mentoring
[memantau], kita --- dan kita pula cepat belajar, jadi pada mulanya
memanglah kita kekok [tidak biasa], kerana takde sape [tiada siapa]
______ orang mula-mula [pertama] kan, kita pun tak tau [juga tidak tahu],
benda ni post baru [ini jawatan baru], memang baru wujud [diwujudkan]
pada tahun dua ribu (2007), satu Julai dua ribu tujuh (1 Julai 2007), start
[bermula], benda baru. Bila [apabila] benda baru, banyak benda yang
takde [tiada], banyak yang kurang, tapi dah masuk [tetapi sudah
memasuki] dua tahun, kita dah tau apa benda jawatan ni [kita sudah
mengetahui peranan jawatan ini], camana nak [bagaimana hendak]
selesaikan, apa yang mission [matlamat], misi, visi kita, apa fungsi kita,
dah tahu [sudah tahu], dulu teraba-raba [tidak tentu], sekarang, takde
[tiada]. Itu sahaja nampak cabaran [Itu cabaran yang dapat dilihat].

NAA: Di manakah tempat kerja Tuan sekarang? Adakah dekat [hampir] atau jauh
dari rumah Tuan?

AK: Tempat kerja tak [tidak] jauh dari rumah. Pejabat [saya] sekarang [hanya]
lapan kilometer dari rumah.

NAA: Apakah harapan Tuan untuk jawatan sekarang?

AK: Harapan --- jawatan sekarang memang tak [tidak] ke mana, habis dah ni
[sudah penghabisan]. Ini adalah jawatan di setiap negeri tak [tidak] ramai
lebih-lebih lagi di Melaka ialah negeri kumpulan B. Kumpulan B tak
besar dia punya organisasi. [Organisasi dalam kumpulan B tidak besar].
Kita ada lebih kurang empat orang je [sahaja]. Jadi inilah post [jawatan]
yang tertinggi dalam Sektor Jaminan Kualiti, kerana dia [sektor ini] tak
boleh tambah [tidak boleh ditambah] orang, kita sekolah --- Jabatan
Kumpulan B memang ini bilangan [kakitangan]. Jadi jawatan saya
[sebagai] orang nombor [kedudukan seterusnya] dua di Jabatan dalam
unit saya, maknanya tak [tidak] boleh pergi ke mana [jawatan yang
penghabisan dalam unit ini]. Tapi [tetapi] kerja seronok, [tetapi pekerjaan
ini menyeronokkan]. Itu saja [sahaja].

NAA: Apakah perancangan Tuan selepas bersara?

AK: Takde ape-ape [tiada apa], hanya nak enjoy [mahu gembira], nak [mahu]

--- selepas bersara, saya nak [mahu] duduk rehat-rehat [berehat] kerana

dah [sudah] penat bekerja. Jadi perancangan nak [hendak] buat itu ini

[membuat apa-apa perkara] takde [tiada]. Saya nak [hendak] berjalan,

nak [mahu] tengok [melihat] kebesaran Tuhan seluruh dunia. Saya nak

[mahu] berjalan dari satu tempat ke satu tempat bersama isteri saya nanti

dan saya rasa saya --- memang cita-cita kami untuk --- lepas saje

[selepas sahaja] bersara, kami nak [mahu] melihat kebesaran Tuhan di

mana sahaja sehingga menutup mata.

TAMAT KASET 2 BAHAGIAN B

Demikian tadi wawancara bersama En Abdullah bin Kamis mengenai pengalaman beliau
sebagai seorang Guru Besar. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian
beliau dalam memberi maklumat mengenai peristiwa yang telah berlaku. Semoga hasil
rakaman ini dapat memberi manfaat kepada pendengar, penyelidik dan generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.


RALAT

Semasa wawancara dijalankan terdapat beberapa ralat yang tidak dapat di elakkan seperti:

Bunyi kipas sepanjang proses wawancara di lakukan


Bunyi batuk yang tidak dapat di elakkan
Masalah-masalah teknikal dari segi:
Suara yang tidak jelas kerana alat perakam suara yang terlalu
sensitif dengan nada suara yang perlahan
SENARAI SOALAN
SENARAI SOALAN

A) LATAR BELAKANG TOKOH

1. Asalammualaikum Tuan? Apa kabar [khabar] Tuan hari ini?


2. Boleh Tuan ceritakan latar belakang Tuan serba sedikit?
3. Adakah Tuan mempunyai nama timangan?
4. Adakah Tuan berasal dari keluarga pendidik?
5. Bolehkah saya tahu tentang keluarga Tuan?
6. Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit pengalaman atau kenangan Tuan semasa kecil
yang tidak dapat dilupakan sampai sekarang?
7. Oh begitu. Apakah prinsip hidup Tuan yang Tuan guna dari dahulu sehingga sekarang?
8. Bagaimana pula dengan hobi Tuan pada masa lapang?
9. Boleh saya tahu bilakah Tuan mendirikan rumahtangga?
10. Boleh Tuan ceritakan dengan lebih lanjut mengenai anak-anak Tuan?
11. Bagaimana Tuan mendidik anak-anak di rumah?
12. Adakah sama dengan cara Tuan mendidik pelajar di sekolah?
13. Boleh ceritakan sedikit tentang tempat-tempat yang menarik yang pernah Tuan lawati?
14. Adakah Tuan mempunyai cita-cita lain sebelum menjadi guru?

B) SEJARAH PENDIDIKAN / KERJAYA AWAL

15. Seterusnya kita beralih kepada sejarah pendidikan Tuan. Dimanakah dan bilakah Tuan
mendapat pendidikan awal?
16. Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan minati ketika belajar dahulu?
17. Adakah Tuan mendapat mana-mana tajaan atau Tuan menampung sendiri
perbelanjaan?
18. Berapakah umur Tuan ketika mula-mula memegang jawatan sebagai guru?
19. Pada masa itu adakah Tuan menjadi seorang guru tetap atau menjadi guru sandaran?
20. Apakah pandangan keluarga Tuan mengenai kerjaya cikgu?
21. Pada masa itu apakah pengangkutan yang Tuan gunakan?
22. Rumah yang Tuan menetap ketika itu?
23. Seingat Tuan, bagaimanakah suasana sekolah ketika mula-mula Tuan mengajar?
24. Bagaimana penampilan Tuan pada masa itu?
25. Pada masa itu Tuan mengajar subjek [matapelajaran] apa?
26. Adakah Tuan memegang sebarang jawatan semasa di sekolah?
27. Apakah nama sekolah pertama yang Tuan mengajar?
28. Apakah keistimewaan sekolah tersebut?
29. Berapa lamakah Tuan bekerja sebagai guru biasa sebelum dinaikkan pangkat menjadi
Guru Besar?
30. Semasa menjadi seorang guru, adakah Tuan aktif menyertai kesatuan ataupun aktiviti
luar?

C) PENGALAMAN SEBAGAI GURU BESAR

31. Apakah kelebihan Tuan sehingga dilantik menjadi Guru Besar?


32. Apakah perasaan Tuan pada masa itu?
33. Bolehkah Tuan terangkan kepada kami, apakah tugas-tugas dan tanggungjawab
seorang Guru Besar?
34. Apakah perbezaan menggalas tugas sebagai seorang guru biasa dengan sebagai Guru
Besar?
35. Bagaimana pula Tuan menangani pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah mahupun
di dalam kelas?
36. Bagaimana pula Tuan menangani ibu bapa yang sering menunding jari kepada pihak
sekolah jika anak mereka melakukan kesalahan?
37. Adakah aktiviti harian Tuan bertambah selepas menjadi seorang Guru Besar?
38. Pada pandangan Tuan, apakah ciri-ciri untuk menjadi seorang Guru Besar yang
berkaliber?
39. Adakah Tuan masih lagi bersifat garang ketika menjadi Guru Besar?
40. Apakah subjek [matapelajaran] yang Tuan mengajar semasa menjadi Guru Besar?
41. Apakah pendekatan yang Tuan gunakan dalam proses pengajaran Tuan?
42. Adakah sukar menjadi seorang Guru Besar?
43. Bagaimanakah Tuan mengatasi cabaran-cabaran yang datang?
44. Adakah Tuan merasakan menjadi seorang Guru Besar mempunyai banyak tekanan?
45. Adakah Kementerian memberi banyak peruntukkan kepada pihak sekolah untuk
membuat sebarang aktiviti dan program?
46. Apakah antara program-program yang pernah dikendalikan oleh pihak sekolah?
47. Apakah pencapaian yang paling membanggakan di sekolah tersebut sepanjang Tuan
menjadi Guru Besar?
48. Pada pendapat Tuan, apakah perkara penting untuk sebuah sekolah itu untuk berjaya
cemerlang?
49. Terdapatkah bantuan yang disediakan untuk membantu para pelajar yang miskin?
50. Terdapatkah masalah displin di sekolah Tuan?
51. Apakah hukuman yang Tuan berikan kepada mereka?
52. Sebagai seorang guru, apakah pendapat Tuan mengenai sambutan Hari Guru?
53. Apakah hadiah yang paling istimewa yang pernah Tuan terima sepanjang menjadi
seorang pendidik?
54. Selain sambutan Hari Guru, apakah inisiatif lain yang boleh di ambil utnuk memberi
penghargaan kepada para guru?
55. Apakah anugerah yang pernah Tuan terima sepanjang perkhidmatan sebagai seorang
guru?
56. Sebagai seorang Guru Besar, bagaimana Tuan membahagikan masa antara tugas
sebagai seorang pendidik dan juga sebagai suami dan bapa?
57. Apakah pendapat Tuan tentang kualiti guru-guru yang terdapat di Malaysia
sekarang?
58. Apakah pandangan Tuan sekiranya ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kerjaya
sebagai guru merupakan pilihan terakhir bagi seseorang dalam memilih peluang
pekerjaan?
59. Apakah nasihat Tuan kepada bakal guru ataupun guru yang mempunyai pendapat
bahawa mereka hanya inginkan pekerjaan, tetapi bukan untuk mendidik anak bangsa?
60. Pada pendapat Tuan, apakah cabaran yang dihadapi oleh para guru sekarang?
61. Pada pendapat Tuan, apakah isu-isu yang timbul yang dihadapi para guru sekarang
berbanding dahulu?
62. Apakah harapan Tuan kepada guru-guru dalam melahirkan generasi yang berilmu dan
berjaya?
63. Apakah pendekatan yang bagus untuk proses pembelajaran pelajar-pelajar sekarang?
64. Pada pendapat Tuan, apakah halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam
proses penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah?
65. Apakah pendapat Tuan dalam sistem pendidikan sekarang?
66. Pada pendapat Tuan, adakah hukuman memukul pelajar masih relevan [sesuai] untuk di
praktikkan pada zaman sekarang?
67. Adakah Tuan bersetuju bahawa pelajar Melayu jauh ketinggalan berbanding dengan
pelajar bangsa lain?
68. Apakah kualiti yang perlu ada bagi setiap pelajar untuk bersaing di antara satu sama
lain?
69. Tuan ada cerita [menceritakan] bahawa Tuan pernah menjadi salah seorang pelajar
yang cemerlang, boleh Tuan berikan tips-tips [panduan] untuk menjadi seorang pelajar
yang cemerlang pada zaman sekarang?
70. Apakah pendapat Tuan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris?
71. Apakah harapan Tuan untuk masa depan pendidikan di Negara kita, adakah perlu
dilakukan perubahan?
72. Apakah nasihat yang ingin Tuan berikan atau sampaikan kepada anak-anak bangsa kita
sekarang?
73. Pada tahun berapakah Tuan bersara sebagai seorang Guru Besar?

D) PEKERJAAN SEKARANG

74. Boleh Tuan ceritakan serba sedikit tentang skop jawatan Tuan sekarang?
75. Apakah cabaran yang dimaksudkan oleh Tuan sebentar tadi?
76. Bagaimanakah Tuan menghadapi cabaran tersebut?
77. Bagaimanakah perasaan Tuan ketika di anugerahkan jawatan tersebut?
78. Di manakah tempat kerja Tuan sekarang? Adakah dekat [hampir] atau jauh dari rumah
Tuan?
79. Apakah harapan Tuan untuk jawatan sekarang?
80. Apakah perancangan Tuan selepas bersara?
LOG TEMUBUAL
LOG TEMUBUAL

KASET 1 BAHAGIAN A

-Abdullah b. Haji Kamis


Latar belakang tokoh
00.40 -Nyalas, Melaka
-55 tahun

02.23 Sejarah pendidikan - Sekolah Kebangsaan Nyalas


- Sekolah Menengah Iskandar
Syah, Jasin
- Sekolah Pengkalan Baba
- Maktab Perguruan Bahasa
Lembah Pantai Kuala
Lumpur
- Universiti Putra Malaysia

05.08 Latar belakang keluarga -Mempunyai 6 orang adik


beradik
-Berkahwin
-10 orang anak

05.35 Prinsip hidup - Prinsipnya apa yang kita


buat mesti bejaya

06.58 Hobi dan kejayaan - Bola sepak


- Pengerusi Teknik Bola
Sepak Negeri Melaka

- Mempunyai 10 orang anak


- 5 lelaki
Latar belakang anak-anak -5 perempuan
09.58

17.53 Sejarah pendidika dan - Sekolah Kebangsaan Nyalas


kerjaya - Sekolah Menengah Iskandar
Syah, Jasin
- Sekolah Pengkalan Baba
- Maktab Perguruan Bahasa
Lembah Pantai Kuala
Lumpur
- Universiti Putra Malaysia
- Mengajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan
Dang Anum Merlimau,
Sekolah Menengah Agama
Sharifah Rodziah, Teluk
Emas, Melaka, Sekolah
Tinggi Melaka, Sekolah Dato
Bendahara,
-Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka di Unit Sukan
seterusnya Unit Jaminan
Kualiti

16.40 Pengalaman kerjaya -Keadaan sekolah


-Penempatan ketika berkerja
- Pengangkutan yang
Digunakan
-Penampilan
-Subjek yang di ajar

23.47 - Guru kelas


Jawatan ketika di sekolah - Guru asrama
- Guru sukan
- Guru displin

27.40 Tanggungjawab Guru Besar - Pentadbir


- Mengajar
- Mengurus guru-guru

KASET 1 BAHAGIAN B

Disiplin di sekolah - Disiplin pelajar


03.42 - Pandangan komuniti
- Pandangan ibu bapa

11.04 Ciri-ciri guru besar - Ilmu


-Brain storming
- Kewibawaan

11.35 Program di sekolah - Kelas tambahan


- Kelas peperiksaan
- Kelas awal pagi

13.50 Pencapaian sekolah - Pencapaian UPSR


- Pencapaian kokurikulum

- 16 Mei
22.34 Hari Guru - Menghargai guru
- Sambut di sekolah dan
jabatan

KASET 2 BAHAGIAN A

- Kualiti guru
00.00 Kerjaya guru - Guru kerjaya yang terakhir
- Penapisan guru
- Mesti mempunyai ilmu

Sistem pendidikan - Guru perlu ada motivasi dan


Berkempimpinan
11.12 - Akta 1996
- Hak pendidkan secara
bebas hak pendidkan secara
bebas

Perbezaan pelajar -Antara melayu dan bangsa


16.54 lain
- Sistem rotan
- Kualiti setiap pelajar
24.37 Subjek sains dan matametik
- Dasar Penyata Razak
- Kualiti dalam pembelajaran
- Setuju subjek di ajar dalam
bahasa Inggeris
- Perlu perubahan

KASET 2 BAHAGIAN B

-Skop kerjaya
01.02 Jawatan sekarang - Penolong Pengarah Unit
Jaminan Kualiti.
- Mengajar dan memantau
-Cabaran dan cara
penyelesaian
INDEKS
INDEKS

Abdullah bin Haji Kamis, 1

Antarabangsa, 30

Bangsa, 26

Belajar, 2, 35

Bumiputera, 31

Bahasa Inggeris, 33, 34

Bahasa Melayu, 10, 17, 33, 34

Chalk and Talk SEE Kapur Tulis dan Bercakap

Couching and Mentoring SEE Mengajar dan Memantau

Displin, 22

Darjah Enam, 1, 34

Dasar Penyata Razak, 33


G

Guru Besar, 1, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20,

Guru Penolong Kanan, 7

Guru, 6, 7, 14, 22, 23, 24, 25

Global SEE Antarabangsa

Graduate SEE Tamat

High School Melaka SEE Sekolah Tinggi Melaka

Ilmu, 28, 31

Kapur Tulis dan Bercakap, 28

Kaunselor, 30

KAFA [Kelas Asas Fardu Ain], 30

KPLI [Kursus Perguruan Lepasan Ijazah], 30

LCE [Lower Certificate Education], 7,9


M

Malaysia, 27

Mengajar, 32

Motivasi, 32

Mengajar dan Memantau, 36

Misi, 3, 38

NGO [Non-Government Organization], 23

NKRA [National Key Result Archievement], 42

PIBG [Persatuan Ibu Bapa dan Guru], 19, 20

Pendidik, 2, 22, 24

PMR [Penilaian Menengah Rendah], 7

PPD [Pejabat Pendidikan Daerah], 21

Pendidikan, 34

Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti, 36

Pengetua, 37
S

Sekolah Tinggi Melaka, 7

Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau Melaka, 7, 11

Sistem pendidikan, 29

Sektor Jaminan Kualiti, 36, 38

Sijil Tinggi Pelajaran, 34

SPM [Sijil Penilaian Malaysia], 8,9

SRP [Sijil Rendah Pelajaran], 12

Tamat, 34, 35

Visi, 3, 34, 38
LAMPIRAN
BIODATA TOKOH
LAMPIRAN:

BIODATA TOKOH

Nama : Abdullah Bin Haji Kamis

Tarikh Lahir : 25 Julai 1954

Tempat lahir : Kampung Nyalas, Melaka

Adik-beradik : 6 orang (4 lelaki dan 2 perempuan)

Status : Berkahwin

Isteri : Che Juriah Bt Ngah

Bilangan anak : 10 orang (5 lelaki dan 5 perempuan)

Pendidikan:

Sekolah Kebangsaan Nyalas, Melaka dari tahun 1960 hingga 1966.


Sekolah Menengah Iskandar Syah, Jasin dari tahun 1967 hingga 1972.
Sekolah Menengah Pengkalan Baba dari tahun 1973 hingga 1974.
Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai Kuala Lumpur, dari tahun
1976 hingga 1977 (Pengurusan Khas Bahasa Melayu)
Universiti Putra Malaysia dari tahun 1997 hingga 2002
Hobi : Meminati bola sepak dan mengembara

Perwatakan : Tegas tetapi mesra

Anugerah : Anugerah Guru Cemerlang

: Anugerah Guru Besar Terbaik

Pengalaman mengajar:

1. SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka (1976-1979)


2. SMK (Agama) Sharifah Rodziah, Telok Mas, Melaka (1980-1984)
3. SMK Gajah Berang, Tengkera, Melaka (1985-1986)
4. SMK Tinggi Melaka, Banda Hilir, Melaka (1987-1995)
5. SK Bendahara Seri Maharaja, Kandang, Melaka (1995-1998)
6. SK Seri Duyong, Duyong, Melaka (1998-2000)
7. SK Seri Bemban, Bemban,Melaka (2000-2001)
8. SK Padang Temu, Padang Temu, Melaka (2001-2002)
9. SMK Tinggi Melaka, Banda Hilir, Melaka (2003-2004)
10. SK Batu Berendam 2, Batu Berendam, Melaka (2005-2007)

Guru Besar di:

Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, Melaka


Sekolah Kebangsaan Seri Bemban, Melaka
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Melaka
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka
Sekolah Kebangsaan Padang Temu, Melaka
Kegiatan Perguruan : Menjadi Guru Besar pertama di 2 buah sekolah baru di Melaka,

Mentadbir dan menguruskan sekolah tersebut:

Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Duyung pada 01.01.1999


Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Berendam 2, pada 01.01.2005

Kegiatan Lain:

Pengerusi Teknik Bola Sepak Melaka


Pengerusi Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Jawatan Sekarang: Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti di Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka dari Tahun 2007 hingga sekarang.

Falsafah Hidup: Buat Sesuatu Sehingga berjaya


DIARI PENYELIDIKAN

TARIKH AKTIVITI

13.01.2010 En Nazir memberi taklimat mengenai tugasan

17.01.2010 Pembentukan kumpulan: Noor Alifah dan Rabiatul Nadiah

20.01.2010 Pemilihan tajuk

22.01.2010 Tokoh telah dipiih: En Abdullah bin Kamis, bekas Guru Besar

26.01.2010 Menghubungi tokoh untuk persetujuan ditemuramah

28.01.2010 Mencari maklumat mengenai tokoh dan artikel berkaitan

31.01.2010 Membincangkan soalan temubual dan membahagikan tugas

01.02.2010 Menghubungi tokoh untuk persetujuan lanjut: tokoh bersetuju


untuk ditemubual pada 20.02.2010

10.02.2010 Berjumpa En Nazir untuk pertanyaan dan tindakan seterusnya

17.02.1010 Menunjuk dan membetulkan kesalahan soalan

20.02.2010 Tokoh membatalkan persetujuan kerana menjalani seminar di


Johor Bahru selama 3 hari

24.02.2010 Membuat perjanjian semula untuk ditemubual pada 13.03.2010

13.03.2010 Menjalankan temubual di rumah tokoh di Kg Alai, Melaka

17.03.2010 Membuat salinan kaset dan menyiapkan tugasan

02.04.2010 Membuat proof-read bersama rakan kelas dan Cik Huda

05.04.2010 Membetulkan kesalahan transkrip

09.04.2010 Membuat proof-read kali ke-2

10.04.2010 Menghantar tugasan yang lengkap untuk hard cover

14.04.2010 Menghantar tugasan kepada En Nazir bin Ahmad


GAMBAR

Rabiatul Nadiah Jamak dan Noor Alifah Abdullah bergambar bersama


En Abdullah Kamis

Sek Keb Seri Duyong Sek Keb Batu Berendam 2


ARTIKEL RUJUKAN
SEJ ARAH PEN D ID IKAN N EG ARA
FRIDAY, NOVEMBER 18, 2005

Pendidikan Negara
P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 4 2 P M 5 C O MM E N T S

Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan
Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem
pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran 1957
3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa


perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum


dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan


masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan
berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan


progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan


sistem pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 4 1 P M 0 C O MM E N T S

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan


Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah


dan di sekolah-sekolah agama.
2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an.
Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam
Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.
3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu
dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi
meja).
4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah.
Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden
kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sekolah Vernakular

1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda


dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.
2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun
1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar.
5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu:
i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam


b. dan mata pelajaran vokasional

ii. Petang

. Bahasa Arab
a. dan al-Qur'an

6. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu
itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu
i. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.

7. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah
baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka
oleh orang perseorangan.
8. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa
pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China.
9. Contoh sekolah vernalular Cina ialah
i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

10. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau
Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
11. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T)
Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
12. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib
menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
13. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar.
14. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan
Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah
Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris
ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:


a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
b. Kurikuium sekolah berbeza.
c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya
ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada Gabenor
Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan
pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan
diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan
Kampung Gelam.
4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula
diperkenalkan. Contohnya,
i. King Edward VII, Taiping di Perak dan
ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

5. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah


vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.
6. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah
Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
7. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolah
ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga.
Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah
menengah.
8. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan
dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu
1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan
dari Negara China atau kerajaan tempatan.
9. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam
sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil
telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah
sahaja.
10. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun
1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan
mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
11. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh
Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan
agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang
mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.
12. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah
`monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos
perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley
pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit
lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil
belajar" telah diperkenalkan.
13. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional.
Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara
untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud
untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 )
dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935)
untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
14. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang
pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej
berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan
kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan


1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan
elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)


a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan
clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,
iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.


ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai
bahasa pengantar.
iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika
terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari
bahasa ibunda mereka.
iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa
lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya


ialah:
i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan
Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana
sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan,
iaitu bahasa Melayu.
1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan
Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat
Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa
dan budaya orang Cina.
3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk
menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan
untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)


a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran
(1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan
kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak
diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza
antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan
lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-
masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang
berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 4 1 P M 3 C O MM E N T S

Laporan Rahman Talib (1960)


P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 4 0 P M 0 C O MM E N T S

Laporan Kabinet (1979)


P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 3 9 P M 0 C O MM E N T S

Akta Pendidikan 1996


P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 3 8 P M 0 C O MM E N T S

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 6 : 3 7 P M 0 C O MM E N T S

ABOUT ME

G U R U K AM P U N G
VIEW MY COMPLETE PROFILE

LINKS

Dasar Pembangunan Negara


Previous Posts
o Pendidikan Negara
o Penyata Razak (1956)
o Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan
o Laporan Rahman Talib (1960)
o Laporan Kabinet (1979)
o Akta Pendidikan 1996
o Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ARCHIVES
o November 2005
SIST EM D AN ST RU KT U R
P EN G U RU SAN P EN D ID IKAN
PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SATURDAY, NOVEMBER 19, 2005

Misi
Misi KPM

Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia bagi mengembangkan


potensi individu sepenuhnya dan memenuhi inspirasi negara Malaysia
P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 4 : 3 7 P M 0 C O MM E N T S

Objektif

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera
3. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
4. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 4 : 3 6 P M 0 C O MM E N T S

Matlamat

1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu


2. Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan
sejahtera
3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
4. Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 4 : 3 6 P M 0 C O MM E N T S

Piagam Pelanggan
Kami warganegara Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami:

1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang


memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat
perpaduan negara
2. Menentukan keluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras yang
ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
3. Memberikan peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang sebaik-
baiknya

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 4 : 3 5 P M 0 C O MM E N T S

Peranan Jabatan / Bahagian

Bahagian Sekolah

Fungsi Bahagian Sekolah

1. Merancang menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal


ehwal persekolahan dalam aspek

pengurusan sekolah
pemantauan pengurusan sekolah
penggal persekolahan
pengurusan sekolah berasrama penuh (SBP)
penyepaduan dan pengemaskini Anggaran belanja Mengurus
(ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah
Berasrama Penuh
Penggubalan peraturan-peraturan Pendidikan dan Ikhtisas

2. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru

keperluan guru
- mendapatkan maklumat keperluan guru dari JPN
- mendapatkan maklumat bekalan guru daaripada Bhg. Pendidikan
Guru dan IPT
menyelaras keperluan dan bekalan guru dengan jab. teknikal, Pen.
Khas dan Pen. Islam & Moral
Penempatan guru
- menempatkan guru Diploma dan Ijazah ikut opsyen dan
keperluan JPN
- mencadangkan penempatan guru siswazah kepada Bhg. Sumber
Manusia
- menempatkan guru di Sekolah Berasrama Penuh
- menyelaras bekalan dan penempatan guru kolej Matrikulasi
- menyelaras bekalan dan penempatan guru di SM. Teknik
Pertukaran guru
-menerima dan memproses pemohonan pertukaran antara negeri
3. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal
murid sekolah harian dan SBP

pembangunan murid

Jabatan pendidikan Teknikal (JPTEK)


Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
Jabatan Pelajaran Swasta (JPS)
Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Bahagian Teknologi Pendidikan (BPT)

Pengenalan
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah diwujudkan pada 19 Jun 1972
dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Kelulusan untuk
mewujudkan BTP dibuat oleh Kabinet dalam tahun 1971. Fungsi utamanya pada
ketika itu ialah memberi perkhidmatan siaran radio, perkhidmatan alat pandang-
dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988,
nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan ditukar nama kepada
Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi
perkhidmatan pusat sumber sekolah. Kini, BTP mempunyai 11 sektor dan 15
BTPN.
Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2000
Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi
memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai
standard kualiti yang dikehendaki
Objektif Organisasi

o Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan


kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan
pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
o Memberi khidmat-bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan
teknologi pendidikan.
Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi
kegunaan murid dan guru.
o Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi
meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
o Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi
menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi

o Mengkaji dan mentafsir keperluan dasar pendidikan berkaitan dengan


peranan teknologi pendidikan bagi memperkukuhkan proses pengajaran
dan pembelajaran.
o Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam pelbagai media.
o Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan
melalui media cetak, radio, televisyen, CD-ROM dan rangkaian komputer.
o Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi
pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
o Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pembangunan pusat
sumber sekolah.
o Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program
galakan membaca.
o Memberi khidmat bantu dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan
teknologi pendidikan.
o Merancang, memantau, menyelaras dan menilai pelaksanaan program
Sekolah Bestari dan Pembestarian Sekolah.

Institut Aminuddin Baki (IAB)

Matlamat
Membina dan meningkatkan kepakaran pengurusan serta membangunkan
pendidikan negara bagi melahirkan satu iklim yang membolehkan berlakunya
penghayatan dan amalan peradaban berilmu dan nilai-nilai murni

Objektif Khas

o Membina tubuh ilmu peribumi pengurusan pendidikan

o Memberi kemahiran asas pengurusan pendidikan kepada semua pengurus


pendidik.

o Menggunakan segala pendekatan pedagogi/andragogi untuk menatarakan


ilmu pengurusan pendididikan kepada klientel
o Bertindak menjalankan rundingan cara organisasi ke arah menjadikan
organisasi pendidikan antara yang paling dinamik dan produktif

o Menjalankan usaha-usaha pendidikan

o Menjalankan usaha-usaha pemikiran secara pasukan 'think tank' bagi


menangani masalah pengurusan pendidikan

o Membina senarai semak alatan dan menghasilkan bahan-bahan lain serta


mendokumentasikan penemuan secara dapatan pendidikan

Fungsi
Dalam konteks latihan IAB bertanggung jawab mengujudkan iklim penghayatan
amalan dan peradaban ilmu , budaya ilmu , nilai murni dan mulia menerusi
program-program yang bersepadu diperingkat institusi , daerah , negeri, pusat
dan antarabangsa. IAB melaksanakan semua fungsi berikut

o Latihan

o penerbitan

o penyelidikan
o Runding cara

o Kumpulan pemikir

Jemaah Nazir Sekolah (JNS)

Fungsi
Peperiksaan Institusi Pendidikan - menjalankan apa-apa kewajipan lain
berhubung dengan peperiksaan institusi pendidikan sebagaimana yang
ditetapkan - Akta Pendidikan 1996, Seksyen 117(d), 118, 121, 122
Bimbingan dan nasihat - ketua Nazir atau Nazir sekolah boleh memberikan
nasihat kepada pengelola atau mana-mana oang lain yang bertanggungjawab atas
pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara
yang berhubung dengan pengajaran dan kaedah pengajaran pendidikan 1996,
Seksyen 118

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)


Majlis Peperiksaan Malaysia
Bahagian Kewangan
Bahagian Audit Dalaman
Bahagian Matrikulasi
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Bahagian Biasiswa
Bahagian Teknlogi Maklumat dan Komunikasi
Bahagian Pembangunan dan Perolehan
P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 3 : 5 7 P M 0 C O MM E N T S

Jabatan Pelajaran Negeri


Matlamat

untuk mencapai cita-cita negara melalui dasar pendidikan Kebangsaan


melatih pelajar-pelajar bagi memenuhi tenaga manusia
memupuk perpaduan negara
mewujudkan pendidikan bermutu berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan
serta prinsip-prinsip rukun negara

Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan

Fungsi dan peranan


menyediakan anggaran belanjawan dan menguruskan perbelanjaan jabatan
dengan berkesan
Mengendalikan dan menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi
semua pegawai dan staf sokongan
Menyelaras keperluan dan menguruskan penempatan dan pertukaran staf
sokongan di peringkat negeri
Menentukan peningkatan kepakaran pegawai perkhidmatan pendidikan dan staf
sokongan diperingkat negeri

sektor Pengurusan Sekolah

Fungsi dan peranan


Memastikan kanak-kanak mengikut peringkat umur ditetapkan mendapat
tempat belajar dan menamatkan pendidikan rendah dan menengah agar menjadi
rakyat yang bertanggungjawab, progresif dan berdisplin

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Fungsi dan peranan
Memastikan pengurusan pembangunan kemanusiaan murid-murid diseluruh
sekolah rendan menengah negeri dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan
berkesan
Membantu pembangunan sahsiah dan kawalan displin murid disekolah rendah
dan menengah diurus dengan baik

Sektor Pengurusan Akademik

Fungsi dan peranan


Menentukan pra pendidik menerima dan melaksanakan segala pembaharuan
dan perkembangan KBSR dan KBSM dengan berkesan
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pendidik dalam pengajaran dan
pembelajaran selaras dengan perkembangan masa

Sektor Pendidikan Islam dan Moral

Fungsi dan peranan


Memastikan kemajuan Kurikulum Pendidikan Islam , Jawi dan Bahasa Arab
KBSR dan KBSM
Membentuk sahsiah unggul pelajar serta pengwujudan "iklim diri" dan budaya
sekolah yang sihat menerusi dakwah yang berkesan dan kokurikulum Pendidikan
Islam

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 3 : 4 2 P M 0 C O MM E N T S

Pejabat Pelajaran Daerah


Berfungsi

Merupakanwakil JPN diperingkat daerah


Merancang dan melaksanakan segala program pembangunan diperingkat daerah
Merancan dan melaksanakan program profesionalisme bagi meningkatkan
kecekapan dan perkembangan staf
Mengendali dan mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan
tahunan sekolah-sekolah di daerah
Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah
Mengawal displin dan etika kerja semua personel pendidikan
Menguruskan soal perkhidmatan dan kebajikan guru dan staf sokongan
pendidikan
Menguruskan penempatan dan pertukaran guru dalam daerah
Menguruskan kemasukan dan penempatan murid-murid di daerah
Mengawasi Pusat Kegiatan Guru
Menguruskan peperiksaan awam dalam dan luar negara serta Penilian Kendalian
Sekolah di daerah

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 3 : 4 2 P M 0 C O MM E N T S

Kurikulum Kebangsaan

Maksud

termaktub dalam perkara 3(1) , PU(A) 531/97 memberi erti


Kurikulum Kebangsaan ialah
Suatu program pendidikan yang termasuk kuruikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua

o pengetahuan
o kemahiran
o norma
o nilai
o unsur kebudayaan
o dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi

o jasmani
o rohani
o mental
o dan emosi

serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
mmenyampaikan pengetahuan

KBSR

Fakta ringkas

o Mula diperkenalkan peringkat percubaan pada tahun 1982 di 305 sekolah


rendah
o Dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1983
o 1994/1995 mata pelajaran Alam dan manusia digantikan dengan Sains
dan Kajian tempatan
o 2003 sains dan matematik tahun satu diajar dalam bahasa Inggeris

Empat prinsip KBSR


o Pendekatan bersepadu
o Perkembangan individu menyeluruh
o Pendidikan yang sama untuk semua
o Pendidikan seumur hidup

Pendekatan KBSR
o Penggabungjalinan kemahiran dalam satu atau beberapa mata pelajaran
o Penggabungjalinan kemahiran antara beberapa mata pelajaran
o Penerapan nilai dalam mata pelajaran
o Kesepaduan kurikulum dan kokurikuluk
o Unsur perpaduan merentas kurikulum

Ciri-ciri KBSR

o Penekanan kepada penguasaan kemahiran 3M


o Penglibatan murid dalam P&P diutamakan
o Penekanan P&P berpusat kepada Murid
o Perbezaan kebolehan murid diberi perhatian
o Mengutamakan pendekatan gabungjalin
o Penerapan nilai murni dalam P&P
o Bahasa merentas kurikulum

Struktur KBSR
Terbahagi kepada 3 bidang asas
o Komunikasi
- meliputi komponen kemahiran asas yang melibatkan mata pelajaran
Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
o Manusia dan Alam Sekelilingnya
- meliputi komponen kerohanian, nilai , dan sikap, manusia dan
persekitarannya yang melibatkan mata pelajaran pendikan Islam dan
moral , Alam dan manusia
o Perkembangan Individu
- meliputi komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan serta
kurikulum yang melibatkan mata pelajaran muzik, seni, pendidikan
jasmani dan kesihatan

KBSM

P O S T E D B Y GU R U KA M P U N G A T 3 : 4 1 P M 0 C O MM E N T S

ABOUT ME

MUHAMMAD KHAIRI
K A M UN T I N G , P E R AK
Terima kasih di atas kunjungan anda. Jangan lupa sebarkan maklumat mengenai web
ini kepada rakan-rakan anda

VIEW MY COMPLETE PROFILE

LINKS

Himpunan Hadis/hadith Sahih


Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam Tingkatan Satu

Pengunjung

Free Counter

PREVIOUS POSTS

Misi
Objektif
Matlamat
Piagam Pelanggan
Peranan Jabatan / Bahagian
Jabatan Pelajaran Negeri
Pejabat Pelajaran Daerah
Kurikulum Kebangsaan

ARCHIVES

November 2005

Link/pautan berkaitan

Institut Aminudin Baki


H A K C I P TA M U HA M M A D KH A I R I. 2 0 0 7 .