Anda di halaman 1dari 1

VISUAL THINKING

Definisi
i) Pemikiran visual adalah pemikiran yang berbentuk abstrak iaitu berfikir bukan melalui
kata-kata tetapi hasilnya adalah bersifat ilmiah Zhukovskiy V.I & Pivovarov D.V
(2008)
ii) Pemikiran visual adalah berfikir menggunakan gambar, warna, unsur-unsur abstrak,
gambar rajah dan sebagainya di mana hasil dari pemikiran atau pemerhatian terhadap
gambar atau visual itu akan terbina maklumat - Sword L.K. (2005),
iii) Pemikiran visual adalah proses di mana maklumat dalam bentuk fizikal terhasil apabila
pemikiran menggunakan visual berdasarkan pemerhatian terhadap lukisan - Mike
Bradshaw (2002)

Berdasarkan daripada takrifan-takrifan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran


visual ini adalah berfikir menggunakan minda untuk mencari maksud dan pemahaman
terhadap sesuatu. Pemikiran visual ini akan dirangsang berdasarkan pemerhatian
terhadap visual. Proses pemikiran visual dalam kalangan pelajar berlaku apabila pelajar
melontarkan idea atau maklumat sendiri mengikut pemahaman masing-masing setelah
gambaran visual diperhatikan. Hasil dari pemerhatian pelajar ini mungkin berbeza
mengikut perspektif gambaran dan analisis maklumat masing-masing. Di sini, peranan
guru bertindak sebagai pemudah cara dengan memberi contoh dalam bentuk grafik dan
gambar rajah bagi meningkatkan lagi gaya pemikiran pelajar. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pemikiran visual ini penting supaya semua deria pelajar
dapat dirangsang dan memudahkan lagi proses pemahaman sesuatu topik.

Anda mungkin juga menyukai