Anda di halaman 1dari 1

LEMBAR KEJITUAN BAHASA

SBPI SABAK BERNAM

JILID 1 BIL. 48 JULAI 2009


PEDOMAN BAHASA
Kosa Kata
Kata nama majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata
dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk 1. kentara jelas kelihatan
dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Contoh: Bandar raya itu begitu kentara
tengah hari susu pekat manis dari puncak bukit.
jalan raya segi empat tepat
Terdapat beberapa kata nama majmuk yang penggunaannya sudah 2. lancip tirus ke hujung, runcing
dianggap mantap sebagai satu perkataan utuh, walaupun perkataan Bentuknya yang lancip
tersebut nyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian menjadikan lembing itu meluncur
dieja sebagai satu perkataan. Perkataan tersebut ialah : laju.
antarabangsa pesuruhjaya bumiputera
setiausaha jawatankuasa sukarela 3. majal tidak tajam (pisau, pedang dll),
kakitangan suruhanjaya kerjasama benak (fikiran, akal).
tandatangan warganegara tanggungjawab Golok dan parang menjadi majal
olahraga matahari jika terbiar di luar rumah.

4. nyelap tidak sedarkan diri


Rosnah nyelap beberapa kali
Bahasa Klasik sejak pulang dari pulau itu.
1. jambatan larangan pangkalan raja
5. ompong oleh-oleh, buah tangan
2. kabul akan setuju, berkenan Bawalah ompong apabila
3. lemas halus (budi bahasa), lemah lembut (kelakuan) melawat pesakit.

4. majlis/ mejelis elok, cantik 6. palen barang-barang kelontong, barang


5. narwastu akar wangi, bau-bauan harum yang diguna hari-hari. (spt
selipar, sabun mandi dll)
6. orang keluaran orang yang bukan dari istana, orang
Setiap peserta kursus perlu
kebanyakan
menyediakan palen secukupnya.

WACANA BAHASA
Menurut Profesor Dr. Teo Kok Seong, Saya dimaklumkan bahawa Perlembagaan Negara kini boleh
dibeli di beberapa kedai buku negara ini dan istilah bahasa Melayu dalam bahan bercetak tersebut
ditukarkan ke bahasa Malaysia dalam naskah yang diterbitkan oleh penerbit swasta.
Baginya, istilah bahasa Melayu tidak boleh ditukarkan kepada bahasa Malaysia selagi usul tidak
dibawa ke Dewan Rakyat dan kemudian dibawa ke Dewan Negara untuk didebatkan. Penukaran istilah
daripada bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia perlu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Beliau melihat langkah kerajaan mengumumkan pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia
dilakukan atas tujuan perpaduan kaum dan integrasi Nasional dengan matlamat murni dan mulia daripada
segi zahirnya, tetapi boleh merosakkan dalam banyak hal khususnya kepada orang Melayu sebagai empunya
bahasa.
Hakikatnya dalam bahasa turut terkandung dan terangkum artifak Melayu, institusi dan organisasi
sosial orang Melayu, sika orang Melayu, falsafah orang Melayu, budaya Melayu, sejarah bangsa Melayu,
sistem kepercayaan dan nilai bangsa Melayu yang terhimpun sejak turun-temurun.
Saya tidak nafikan sekalipun dikenali sebagai bahasa Melaysia, bahasa itu tetap bahasa Melayu,
tetapi apakah berbaloi bangsa terbabit mengobarkan pelbagai semangat dan citra yang terkandung di
dalamnya? Apakah bukan Melayu memberi balasan yang setimpal dengan pengorbanan itu? soalnya.
Mengikut fitrah linguistik, bahasa selalunya dinamakan mengikut bangsa yang menuturkannya
sebagai bahasa ibunda. Di Malaysia bangsa Melayu dominan dan paksi bangsa di negara ini. Jika namanya
ditukarkan kepada bahasa Malaysia, maka hilanglah jati diri orang Melayu sebagai kelompok distingtif.
Perkara ini perlu difikirkan, jelasnya.
(Salbiah Ani, Bahasa Melayu, bahasa Melaysia. Apakah perbezaan sudah dilakukan dalam

Pantun Klasik Peribahasa


Oleh Rumah siap pahat
Padi pulut di dalam bendang,
Banyak rumput dari jerami; Rizuan Atan (GCBM) berbunyi
Mulut kita disuapi pisang, Munsyi Dewan (DBP) Bersungut atas sesuatu yang
Ekor dikait dengan duri.
telah sempurna

Anda mungkin juga menyukai