Anda di halaman 1dari 3

SISTEM PEMENTORAN DALAM PROGRAM LATIHAN

KEMAHIRAN ICT UNTUK GURU-GURU SECARA VIRTUAL

Latar Belakang Kajian

Pementoran secara virtual dalam kajian ini berdasarkan kepada Zone Proximal Development
[ZPD] (Vygotsky, 1978). Pementoran secara virtual dalam latihan kemahiran ICT guru diadaptasi
daripada model ZPD yang mengandungi empat tahap di mana bermula dengan tahap bimbingan
mentor (1), tahap bimbingan kendiri (2), tahap fosilisasi (3) dan tahap aplikasi (4).

Kajian ini melihat kepada keberkesanan pementoran secara virtual untuk guru-guru dalam
perkhidmatan melalui latihan kemahiran ICT. Ini bertujuan untuk mengenalpasti aktiviti yang
berlaku dalam setiap tahap semasa latihan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui
elemen kemahiran berfikir secara kompleks yang dapat dibina dalam latihan untuk guru-guru dalam
perkhidmatan secara pementoran secara virtual. Antara elemen-elemen kemahiran berfikir secara
kompleks yang berkaitan dalam latihan adalah kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran reka
bentuk dan kemahiran membuat keputusan. Kajian ini juga turut mengenalpasti samada pementoran
secara virtual dalam program latihan dapat meningkatkan kemahiran ICT guru-guru dalam
perkhidmatan di sekolah-sekolah tamil di daerah Kuala Muda Yan ,Kedah.

Pernyataan Masalah

Kajian ini menunjukkan beberapa masalah yang dihadapi oleh para guru dalam meningkatkan
kemahiran ICT secara pementoran secara virtual. Antaranya ialah tahap semangat menggunakan ICT,
perkaitan antara tahap semangat dan isu-isu peribadi, sokongan teknikal yang diperolehi oleh
seseorang guru, kemudahan peralatan ICT di persekitaran kerja, gaya latihan yang tidak sesuai,
tentangan terhadap perubahan revolusi ICT, jantina dan kekurangan masa. Isu-isu ini menjadi
halangan kepada para guru dalam menggunakan ICT.

Tambahan pula, tahap penggunaan ICT mempunyai hubungan signifikan dengan tahap
penggunaan ICT guru-guru. Namun, kajian berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di
sekolah menunjukkan tahap yang rendah (sebagai contoh Ashinida, 2004; Nor Azilah & Mona, 2004;
Robiah, 2003; Mohd. Jasmy, 2003; Siti Aishah, 2002; Abd. Rahman, 2000). Tiga faktor utama yang
dikaitkan dengan tahap penggunaan ICT di sekolah ialah guru, teknologi dan sekolah (Zhao, 2002).
Tetapi, cabaran paling besar ialah memastikan semua guru menggunakan teknologi pengajaran secara
berkesan dalam pengajaran harian mereka (Lee & Winzenreid, 2009).
Objektif Kajian

1.3.1 Mengenalpasti keberkesanan aktiviti yang berlaku berdasarkan Taksanomi Bloom semasa
pementoran secara virtual dalam latihan kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah tamil di
daerah Kuala Muda Yan.

1.3.2 Mengetahui elemen kemahiran berfikir secara kompleks yang dapat dibina melalui pementoran
secara virtual dalam latihan kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah tamil di daerah Kuala
Muda Yan

1.3.3 Mengenalpasti ciri-ciri yang dapat meningkatkan kemahiran ICT melalui pementoran secara
virtual dalam latihan kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah tamil di daerah Kuala Muda
Yan.

1.3.4 Mengkaji sama ada terdapat perbezaan tahap pengelibatan dalam pementoran secara virtual
dalam kalangan guru di sekolah tamil di daerah Kuala Muda Yan berdasarkan jantina.

1.4 Persoalan Kajian

1.4.1 Apakah keberkesanan aktiviti berdasarkan Taksonomi Bloom yang berlaku


semasa pementoran secara virtual dalam latihan kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah
tamil di daerah Kuala Muda Yan.

1.4.2 Sejauh manakah kemahiran berfikir secara kompleks dapat dibina melalui
pementoran secara virtual dalam latihan kemahiran ICT untuk guru-guru di sekolah tamil di
daerah Kuala Muda Yan.

1.4.3 Apakah ciri-ciri yang dapat meningatkan kemahiran ICT melalui pementoran secara virtual
dalam latihan kemahiran ICT guru-guru di sekolah tamil di daerah Kuala Muda Yan.

1.4.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan pementoran secara virtual dalam latihan
kemahiran ICT untuk guru-guru dalam perkhidmatan. Kajian ini amat penting kepada guru-guru
dalam perkhidmatan untuk mengenali latihan dengan bantuan e-mentor. Kajian ini boleh
membincangkan aspek-aspek yang mendorong guru-guru untuk melibatkan diri sepenuhnya dengan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
Selain itu, kajian ini menjamin ketrampilan guru itu menggunakan ICT dalam pengajaran.
Penyediaan guru-guru dalam penggunaan teknologi pendidikan dilihat sebagai satu komponen utama
dalam hampir setiap cadangan peningkatan program pendidikan (Davis & Falba, 2002; Dawson,
Pringle & Adams, 2003; Thompson, Schmidt & Davis, 2003). Banyak institusi pengajian tinggi telah
menawarkan program untuk tujuan meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan guru
pelatih.
Tambahan pula, kajian ini membantu guru-guru untuk mengintegrasi ICT dalam
pembelajaran. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran
(Pisapia, 2004). Ia juga dilihat dari segi aspek penggunaan komputer secara berkesan dan efisien
dalam pengajaran dan pembelajaran dengan membenarkan pelajar belajar mengaplikasikan
kemahiran komputer (Norizan & Raja Maznah, 2004). Peranan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah baru, yang dapat merangsang pemikiran pelajar
dengan kepelbagaian sumber maklumat (Chua, Rashidi, Jamalul Lail & Mohd Izham, 2000).

Kajian ini juga akan meningkatkan kualiti seorang guru, yang merupakan satu faktor
penting. Sehubungan dengan itu, pendedahan perlu diberi kepada guru-guru, kerana pada masa ini
terdapat semakin banyak perisian online yang memberikan perkhidmatan telesidang secara percuma
(contoh skype). Ini boleh dimanfaat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta interaksi antara
guru-pelajar dan pelajar-pelajar. Sebahagian besar guru juga didapati telah mengikuti kursus serta
latihan berkaitan penggunaan ICT secara formal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri
dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri selain sekolah. Faktor latihan ini juga merupakan faktor
penyumbang kepada peningkatan kemahiran dalam kalangan guru (Rosnaini & Mohd Arif, 2010;
Norizan, 2003; Wong, 2002).