CONTOH KARANGAN 1.
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya
anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah
cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang
perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan
kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan
melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian,
anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar
dapat dibejat.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju perumahan
masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini
menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok
ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan.
Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh
manusia tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum.
Proses perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti
peristiwa lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi
indikator yang jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan
pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan
perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman
penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan
berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu,
asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara
yang izhar. Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan
pragmatis agar pencemaran tersebut dapat dikekang.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit
untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika
alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam
sekitar terhadap masyarakat di dunia.
CONTOH KARANGAN 2.
CONTOH 3.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri perlu mengadakan pelbagai
acara membabitkan orang ramai dan industri. Sokongan orang ramai dan swasta
adalah penting sekiranya kempen menyayangi sungai dikehendaki mendatangkan
kesan. Perasaan cintakan sungai yang mengalir melalui kediaman atau bandar
mereka diami adalah milik mereka juga perlu dipupuk. Hanya dengan cara begini,
baru akan timbul perasaan menyayangi sungai mereka sendiri dan dengan itu
mereka juga berusaha memuliharanya daripada dicemari. Apa pun kebanyakan
sungai dan kawasan lembahnya terus dilanda pencemaran. Malah tahap
pencemaran terhadap beberapa batang sungai semakin teruk hingga ada yang
terpaksa dikategorikan sebagai sudah mati.
Mengikut perangkaan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perairan dan
Saliran, Datuk Keizrul Abdullah, kedudukan sungai dalam negara kita sebenarnya
semakin meruncing. Daripada keseluruhan 120 kawasan lembah sungai yang
dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedudukan pencemarannya semakin buruk dari
tahun ke tahun. Pada tahun 2002, masih ada 63 sungai dikategorikan sebagai
bersih, tetapi setahun kemudian hanya tinggal 58 sungai yang masih bersih. Pada
2002, 43 sungai dianggap sudah tercemar manakala setahun kemudian jumlah
sungai yang tercemar meningkat kepada 53. Bagaimanapun, jumlah sungai yang
mengalami pencemaran teruk tinggal sembilan batang saja pada 2003 berbanding
dengan 14 sebelum itu. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan lima sungai
yang tercemar teruk pada 2002 bertambah baik setahun kemudian.
Jelasnya, segala usaha mungkin akan mengambil masa tetapi sekiranya ada
keazaman dan dengan perangan rapi dan dapat pula dilaksanakan dengan betul
tanpa pengecualian tentunya sungai-sungai yang terjejas dapat dipulihkan.
NOTA TAMBAHAN:-
Ramai orang kini sedar tentang kemerosotan alam sekitar. Bagi tempat-tempat
tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap
sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine
( dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat
diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam
sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam
sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan
tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi
perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan
lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan
tanah tanih.Selain itu, penebangan hutan tak terkawal dan kepupusan pelbagai
spesis flora dan fauna juga turut diberi perhatian.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh
kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan
bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini
disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-
langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal
pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara
penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.
MASALAH KETEGASAN DAN PELAKSANAAN
Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat
piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh
menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai
dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah
cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia
boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan
seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan
yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?
Masalah ini akan diulas lebih lanjut dalam kelemahan penguatkuasaan tetapi dari
segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang
telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh,
sistem pembekalan air di Malayisa telah memenuhi piawaian WHO ( sumber:
Majalah MASSA ) namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik
masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan. Tentang
denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu
membendung pencemaran di tahap yang dikehendali dan bukan semua program
yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan.
Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir
kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran
mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.
Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar ( sebarang peraturan alam
sekitar yang akan dibuat dirujukkan kepadanya) juga gagal untuk mencerminkan
penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada
satupun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan
berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan
kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih
memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala candangan
dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak
mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian
yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai
semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar
segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan
kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan
oleh perlanan sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama
iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.
Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak
berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke
laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau
kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda
tidak lebih RM 10 000, penjara tak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda
tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis
daripada Ketua Pengarah untuk menghentikanya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat
iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang
menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada
jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi
semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang
dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikitpun tidak
akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan
pencemaran dan membayar denda yang kecil.
Selain itu, berlaku penindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri
dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar
adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil
yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan
Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undang-undang yang tertinggi.
Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undang-undang yang
seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar
yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di
semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak
kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaaan yang boleh dibuat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal kedua buah negeri
seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan
adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau
Sarawak.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan
dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan,
sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah
bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan,
Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara
Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.
Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta
Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan
diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih
dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada
kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang
kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah
pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.
Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan
dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk
menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting
memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan
kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah
pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan
Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar
negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka.
Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka
haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan
pembangunan terancang ( substainable development) seperti yang diperuntukkan
dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).
Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam
Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan
alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi
kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).
Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program,
JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang
nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk
memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi
keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan
JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di
sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar
yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam
kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai
proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau
jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak
Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat
pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika
Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana
Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan
Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan
pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan
terancang dapat dicapai.
Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan
meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasa
khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan
sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan.
Yang ada cuma perbincangan perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut
sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah
wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat
menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.
Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar
sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di
bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin
timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri
kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh,
terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak
mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada
Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan
berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara
tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS
perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah
perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.
MASALAH KAKITANGAN
Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan
Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu
berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh
sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti
yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta
tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.
Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat
JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah
perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa
sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksana dan
dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk
menyelengarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini
dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai
Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga
tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius
dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan.
Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.
Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan
Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan
Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-
jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang
sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang
menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak
dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.
Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu.
Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak
mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan
dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai
penguatkuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada
pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini
juga berlaku pada agensi penguatkuasa yang lain.
Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974 mula berkuatkuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak
kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan
alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit
dalam melindungi alam sekitar dan melaksanakan pembangunan terancang seperti
yang telah dinyatakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang.
Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga
yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasa yang lain
agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat
dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan
alam sekitar yang lebih baik.
Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat
dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih
baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka
tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.
Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan
kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi
piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga
tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.
Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan
alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan
15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi?
Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam
sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah
ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan
kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan
pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.
Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak
swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastakan sesebuah agensi atau
jabatan yang cuma bertanggungan dalam hal-hal pembersihan pencemaran.
Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul
bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam
sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan
pula.
Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai
matapelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam matapelajaran lain seperti
sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali
matapelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh
itu, pendidkan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar
dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi
pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan
dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk
menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti
masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan
fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar
yang betul.
Namun kini terdapat harapan dalam pendidkan alam sekitar di mana kerajaan
mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh
(1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat
tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan
alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media
elektronik dan media massa.
Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak
diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang
pendidikan alam sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan
dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang
berkesan untuk pembangunan kelak.
Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana
bilangan anggota yang terhad, kebanyakkan daripada mereka tidak dilatih
berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di
antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang
penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di
Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal
penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan
berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.
Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi,
pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang
mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah
amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah
kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang
diketahui umum.
KESIMPULAN
Selain itu, pihak swasta dan orang ramai juga perlu memainkan lebih peranan
dalam meringankan beban kerajaan dan tidak mengharapkan kerajaan semata-
mata menangani isu-isu alam sekitar yang timbul. Penyelesaian masalah alam
sekitar secara bukan perundangan seperti melalui pendidikan formal dan tidak
formal perlu dipergiatkan lagi dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat agar
pembangunan terancang dapat dicapai dengan berkesan.
Adalah diharapkan mereka yang berpendidikan tinggi juga sedar akan kepentingan
alam sekitar dan menjadi penunjuk arah ke arah pengekalan alam sekitar dan
pembangunan terancang untuk semua.
Contoh Karangan SPM: Peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak
Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin
berleluasa dan merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial
terpampang di dada akhbar mala disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak
keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala
sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun
Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia,
beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap
secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita
semasa. Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus
mencari jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini.
Sungguh malang apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa seperti
membunag garam ke laut kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon
selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk
sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala
sosial?
Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah
memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman
merupakan satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini
kerana anak anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh
badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan kesihatan
fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna?
Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka
bersama-sama ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-
anak mereka untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya,
bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata
pepatah badan cergas minda cerdas. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar
anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan
persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk
menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala sosial.
Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi
perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian
berubah mengikut perkembangan diri masing masing. Perubahan emosi anak-anak
sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan.
Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka
sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak
akan biasa kerana alah bisa tegal biasa untuk meluahkan isi hati mereka kepada
ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka.
Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-
anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka.
Tambahan pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya
mengetahui cara mengenali emosi anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka
tidak akan melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial kerana
mempunyai ibu bapa yang memahami emosi mereka.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting
untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha
membentuk sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu
pengetahuan amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan
dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu
bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam
membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan
menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-
anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain
itu, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu,
ibu bapa haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk
pengetahuan lanjut. Cara yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan
membawa mereka ke pameran buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu
belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa
berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam
membentuk sahsiah anak-anak mereka.
Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada
telah membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg
berbilang kaum iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya.
Perpaduan kaum yang terbentuk pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu
pencapaian negara yang amat membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini
dapat hidup bersama secara aman damai kerana mereka mempunyai semangat
patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka. Walau bagaimanapun,
masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan dunia sehingga
mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas dapat
dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah
pembentukan negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato
Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang
bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh
itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan
semangat patriotik dalam jiwa masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak?
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak. Ibu bapa seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-
tempat yang bersejarah. Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke
Bandar Bersejarah, Melaka. Di situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan
tinggalan sejarah. Amalan ini dapat menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak
untuk mengetahui latar belakang dan asal-usul pembentukan negara dan
seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Tempat-tempat
bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di Perak dan
sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat
yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak
bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan
hubungan silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang
bersejarah boleh dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa
sebagai cara menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Jelaslah,
Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
utama dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan
sejarah atau buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta
akan negara kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan,
anak-anak dapat mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-
buku sejarah dan novel dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak kerana buku-buku tersebut mempunyai isi kandungan yang
berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas menunjukkan bahawa usaha ibu bapa
dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anak-anak adalah amat penting. Oleh
itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai ilmunya dan bukannya
buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca buku-buku berunsurkan
patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti,
mereka akan sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal
benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan
dicampak ke bumi menjadi penawar. Tegasnya, ibu bapa juga hendaklah membeli
buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau buku-buku novel bertemakan
semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada anak-anak.
Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan
kepada anak-anak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan,
amalan, pertuturan dan pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal
yang demikian, ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh mengibarkan bendera di
rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan sokongan terhadap negara.
Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara kerana perbuatan
sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul, tetapi
diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh yang
tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu
bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah
tentang Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah
melakukan usaha dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat
menjadi insan yang cinta akan negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu
bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bagi melahirkan generasi muda
yang berwawasan.
Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-
peristiwa atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi
melahirkan generasi muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak
masuk tidur, ibu bapa boleh membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa
kepada anak-anak seperti kisah perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela,
Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl
juga menceritakan sendiri pengalaman nenek moyang terdahulu,betapa mereka
menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan di negara kita. Anak-anak
yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan mereka sekarang
berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-
anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumat-
maklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai
maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah
itu, anak-anak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan
belajar sesuatu melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa
mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan
untuk menceritakan pengalaman diri atau berbincang dengan anak-anak mengenai
topik-topik berunsurkan negara bagi menerapkan semangat patriotik dalam jiwa
anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah dilaksanakan dengan berterusan kerana
alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba mengingati setiap cerita yang
pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa
perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa anak-anak
yang bersemangat patriotik.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-
sambutan negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16
September dan sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini,
semangat patriotik dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila
anak-anak dapat bersama-sama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi
sajak serta mendengar cerita-cerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air
untuk memerdekakan negara. Anak-anak dapat melihat sendiri kemeriahan
sambutan kemerdekaan sekali gus memahami objektif sebab-sebab sambutan
sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan kedamaian negara akan dapat
dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan dalam diri mereka
bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi melihat
Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita
akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan
berkenal-kenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara
kaum akan tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat
patriotik. Jelaslah bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut
hari Kemerdekaan setiap tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat
patriotik dapat dipupuk dengan mudah kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau
70an.Pelbagai pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi
sebegini.
Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada
lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini
telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini.
Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani
masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik
yang boleh dilakukan oleh semua pihak.
Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka
terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada
prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain
jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan
sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan
paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang
mengutamakan sukan di peringkat global.
Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan
yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik
semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih
baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda
terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima
ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita
menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan
negara.
Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti
pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan
padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh
masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu
asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap
sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan
kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang
berwibawa.
Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-
persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman
persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah
muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita
mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak
menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.
Contoh 2.
Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana
yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara.
Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak
jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia,
kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat
sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering
menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan
meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi,
menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianak tirikan oleh
mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami
perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita.
Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah
menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan
sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang
berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan
seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar
belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan
negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan
antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting
dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi
pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu
membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir
pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar
belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara
berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam
kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian
ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada
kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada
penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan
usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia
menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet,
pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.
Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan.
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak
seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral,
sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai
iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita
akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara
dalam bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak
mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang
berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket
badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat
dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya,
mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan
nama sekolah, daerah, negeri dan negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan
permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan
mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif
untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan
nama negara di persada dunia.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati
oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-
majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang
dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Hal ini
demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada
masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang
sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak
seperti ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral,
sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai
iaitu, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan cara itu, nama negara kita
akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara
dalam bidang sukan.
Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan
memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak
mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai
sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contohnya, ibu
bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut dan alat-alat yang
berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket
badminton, squash dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat
dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. Seterusnya,
mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan
nama sekolah, daerah, negeri dan negara.
Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam
bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan
permainan. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan akan menyihatkan dan
mencergaskan badan. Di samping itu, anak-anak yang berbakat dan berminat
dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif
untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Bakat dan minat tersebut perlulah
dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan
nama negara di persada dunia.
Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati
oleh mereka. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan lebih berminat untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Mereka juga akan mendapat
maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-
majalah sukan tersebut. Selain itu, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang
dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus
semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya.
Contoh 4
Pasukan bola sepak antara kontinjen yang akan pulang awal dari Sukan Asia di
Doha. Kenyataan tersebut adalah sebahagian daripada reaksi mudah terhadap
kelemahan pasukan bola sepak negara di persada antarabangsa. Berdasarkan
ranking FIFA, pasukan bola sepak Malaysia berada di tangga ke-159. Tangga corot
tersebut membuktikan bahawa ngauman bola sepak negara semakin tidak
bertaring dan tidak berkuku. Jika dalam dekad 70-an dan 80-an, Malaysia sering
digeruni sebagai pasukan terkuat di Asia, kini segala-galanya telah berlalu.
Sebenarnya, badi yang mula menimpa pasukan bola sepak kebangsaan itu mula
mererbak kepada beberapa pasukan sukan yang lain seperti, olahraga, renang, dan
badminton juga. Gergasi baru seperti Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi telah
mencuri kehebatan Malaysia. Kemerosotan pasukan negara itu hendaklah dilihat
dalam pelbagai perspektif di samping mewujudkan usaha-usaha tersusun
mengembalikan maruah sukan tanah air.
Secara rambang, banyak pihak berpendapat bahawa para pemain Malaysia kini
sudah tidak patriotik lagi. Mereka bermain untuk pasukan negara sekadar
melepaskan batuk di tangga . Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri
mengatsi kepentingan negara. Oleh itu, usaha mengembalikan semangat keramat
tersebut perlu dijalankan. Banyak pihak yang mencuba membanding-bandingkan
para pemain dalam dekad 70-an dan 80-an seperti Shukur Salleh, Datuk Soh Chin
Aun, Santokh Singh, dan Allahyarham Mokhtar Dahari dalam sukan bola sepak.
Begitu jugak kehebatan seperti Rabuan Pit, Marina Chin, Datuk Dr. M. Jegathesan,
dan Junaidah Aman dalam sukan olahraga. Jika hendak dikatakan kita tidak memiliki
kekuatan, barisan nama seperti yang disebutkan tadi sudah membuktikan bahawa
Malaysia tidak kurang hebatnya di persada antarabangsa. Namun demikian, sejak
akhir-akhir ini semangat melonjakkan nama negara melalui sukan semakin pudar
dalam kalangan atlet. Malu dengan hakikat yang terpaksa ditelan apabila pasukan
negara sentiasa menjadi pasukan belasahan, justeru Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) tidak seharusnya duduk diam dalam perkara ini. Pihak terbabit dan termasuk
juga persatuan-persatuan sukan hendaklah menerapkan unsur patriotik yang kukuh
agar keyakinan atlet dapat ditingkatkan dan mutu sukan negara dapat diletakkan
pada landasan yang sepatutnya.
Mengambil contoh pasukan bola sepak kebangsaan, krisis dalaman dalam badan
induk pasukan negara itu turut juga menyumbang masalah hingga menurunnya
reputasi pasukan negara. Para pengendali dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dikatakan terlalu kebal terhadap segala teguran dan komen yang
dilemparkan. Selain itu, insiden perebutan jawatan yang berlaku dalam organisasi
ini turut menggugat reputasi bola sepak tanah air. Sebagai akibatnya, tiada
perubahan ke arah mempertingkatkan mutu pasukan. Oleh hal yang demikian,
usaha perlu dilakukan oleh persatuan sukan dan pihak KBS dalam menyelesaikan
masalah dalaman yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan sukan yang banyak
mempengaruhi prestasi atlet di bawah naungannya.
Sebagai kementerian yang berkuasa penuh terhadap kemajuan sukan negara, KBS
wajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemerosotan tersebut. Jika
dibandingkan dengan jumlah ongkos yang dibelanjakan, prestasi yang ditunjukkan
amat mengecewakan sekali. Oleh itu, kementerian hendaklah lebih bertegas
dengan menggubal suatu dasar baru yang lebih komprehensif tentang matlamt dan
hala tuju sukan negara. Bukan sumber kewangan yang banyak sahaja disuntik ke
dalam organisasi sukan, sebaliknya prestasi pasukan dan pemain perlu diutamakan.
Keluhan banyak pihak tentang kebajikan pegawai dan orang kuat persatuan lebih
istimewa dan terjaga daripada pemain sendiri hendaklah dipandang serius. Sikap
melebihkan mangkuk daripada sudu seperti itu hanya boleh memudarkan semangat
juang para peserta sahaja. Seandainya parut dan kudis seperti ini berjaya dikesan
tidak mungkin tiada satu pun pasukan negara yang gagal menyerlah di peringkat
antarabangsa.
Selain itu, faktor stamina dan skil yang tidak seimbang dalam kalangan atlet
Malaysia turut menyumbang kelemahan pasukan. Berbanding dengan pasukan-
pasukan elit dunia, keyakinan atlet kita cepat luntur apabila percubaan demi
percubaan dapat dipatahkan dengan mudah oleh pasukan lawan. Dalam bidang
sukan tidak dinafikan lagi ketahanan fizikal dan skil merupakan modal besar jika
mahu berjaya. Oleh hal yang demikian, KBS dan persatuan-persatuan sukan
mestilah lebih dinamik dalam merancang pembangunan kemahiran dan stamina
atlet. Justeru, untuk menyelesaikannya maka pemilihan jurulatih hendaklah bersifat
jangka panjang dan pelbagai. Tidak mungkin seseorang jurulatih mampu melatih
semua aspek kemahiran dalam tempoh yang tertentu. Selain untuk meningkatkan
kemahiran atlet, pihak KBS hendaklah lebih banyak menubuhkan akademi sukan
yang dapat membentuk pelatih pelapis. Dalam menangani masalah ini, kita perlulah
berpegang pada peribahasa sediakan payung sebelu hujan.
Selain itu, usaha mencungkil bakat-bakat baru wajar dilaksanakan oleh KBS dan
persatuan sukan tanah air. Hakikatnya, sikap suka bergantung pada seorang dua
yang menyerlah tidak boleh dijadikan sandaran. Hal ini demikian kerana bidang
sukan sememangnya tidak dapat lari daripada diburu usia dan kudrat yang makin
terhad. Oleh itu langkah pasukan MyTeam yang berusaha mencari bakat baru dalam
pasukan bola sepak harus menjadi inspirasi kepada pasukan sukan yang lain untuk
melaksanakan pelbagai pendekatan bagi mencari bakat-bakat baru. Pelbagai usaha
boleh dilakukan jika kita sentiasa memikirkan usaha tersebut sebagai suatu amanah
dan tanggungjawab yang perlu dipikul. Daripada memikirkan perkara yang mewah-
mewah, pihak yang terbabit dalam bidang ini hendaklah turun padang untuk
mencungkil bakat sukan yang masih bertaburan di serata pelosok negara.
Selaras dengan era profesional, para atlet hendaklah mempunyai wawasan sendiri
untuk mencapai tahap tertinggi. Inspirasi yang ditunjukkan oleh jaguh-jaguh dunia
seperti Ronaldhinho, Tiger Wood, Michael Schumacher, Fernando Alonso, dan
sebagainya hendaklah menjadi cabaran besar kepada mereka. Di negara kita
sendiri, beberapa personaliti sukan seperti Shalin Zulkifli dan Nicol Ann David boleh
dijadikan ikon atlet yang berjaya. Kejayaan mereka yang banyak ditunjangi oleh
daya usaha sendiri dan sokongan keluarga mereka wajar dijadikan contoh. Dalam
hal ini, persatuan-persatuan sukan perlulah berusaha memberikan motivasi dan
sokongan kepada atlet untuk berjaya dalam bidang masing-masing. Walau sehebat
mana latihan yang diberikan, walau sebanyak mana dana yang diperuntukkan,
tetapi jika atlet tidak mempunyai wawasan untuk mencapai tahap yang tertinggi,
maka usaha untuk memulihkan mutu sukan negara tidak akan tercapai. Oleh itu,
segala-galanya terletak pada kesungguhan untuk mengharumkan nama negara bak
kata pepatah hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Sesungguhnya kita yakin, prestasi sukan negara tidaklah seburuk seperti yang
dipersembahkan sekarang. Masih ada ruang yang boleh diperbaik untuk
mengembalikan imej Malaysia di persada antarabangsa terutama dalam beberapa
acara sukan yang tertentu. Semuanya hendaklah bermula secara terancang seperti
mengaji daripada alif, membilang daripada esa, kata berpangkal, dan hujan
berpokok
Contoh 4.
Pada tahun 2011, kerajaan telah memperkenalkan program 1Murid 1Sukan untuk
memastikan semua murid terlibat dalam bidang sukan. Huraikan pendapat anda
tentang faedah-faedah melibatkan diri dalam aktiviti sukan dalam kalangan murid.
Sukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta
tenaga yang dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk
suka-suka bagi mengisi masa lapang atau untuk beriadah. Pada tahun yang lalu
kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari
kepentingan bersukan. Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti
olahraga, berenang, permainan bola sepak, tenis, badminton dan sebagainya.
Persoalannya apakah faedahnya jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam
aktiviti bersukan?
Antara faedah bersukan kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin
murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang
sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk
mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah
pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi
arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk
disiplin murid tersebut.
Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini
dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta
menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang
sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat
demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan
Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk
mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid
tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan
terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang
menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh
itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.
Di samping itu, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran
positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu
dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa.
Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih
pinggat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam
melahirkan murid yang berfikiran positif.
Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang
mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid
yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain computer game dan tidak
akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton
televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan
masa dengan lebih bermanfaat.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur.
Motivasi, semangat dan keyakinan hilang