Anda di halaman 1dari 6

BAB 2

KESAN NEGATIF ISU GLOBALISASI

2.1 Sosial

Perubahan yang berlaku dalam dunia moden telah memberi implikasi yang
sangat besar kepada kehidupan manusia. Kepentingan untuk menunaikan kehidupan
secara spiritual telah diketepikan kerana tahap moral dalam setiap diri manusia
semakin berkurangan. Manusia dalam dunia moden hanya mengejar kehidupan yang
berasaskan materialistik dan sekiranya gagal dalam mencapainya ianya dianggap
gagal dalam kehidupan padahal dunia materialistik bukan dunia yang kekal
selamanya. Mengejar dunia materialistik telah memberikan tekanan kepada manusia
untuk melakukan apa sahaja dalam memenuhi kehendak tersebut. Apabila manusia
sudah tamak untuk menikmati kehidupan materialistik, dari situ bermulalah segala
muslihat yang mendorong manusia untuk melakukan perkara negatif seperti
penipuan, pecah amanah, rasuah, pemalsuan dan sebagainya.

Dalam dunia moden, kerapuhan nilai agama dan moral dalam setiap diri
manusia adalah punca masalah sosial disebabkan kehidupan sosial secara sesuka hati.
Manusia kini mengamalkan kehidupan bebas dengan memilih jalan tersendiri, tidak
kisah sama ada sembahyang atau tidak, cara pakaian menutup aurat atau tidak dan
suka berhibur secara keterlaluan. Manusia yang mementingkan materialistik dan
keuntungan tidak menitikberatkan kehidupan yang mempunyai ikatan kepada agama
dan moral dan dari sini telah wujudnya gaya hidup bebas tanpa kawalan. Antara
golongon yang mudah terjerumus dengan masalah sosial adalah golongan remaja.
Golongan tersebut mudah terpengaruh dengan ransangan dan keadaan persekitaran
dan sedikit sebanyak akan menenggelamkan mereka kearah jalan yang sesat.

3
Rajah 2.1 : Kesan Negatif Terhadap Ketagihan Facebook Akan Merosotkan Prestasi
Pelajar

Disebabkan tekanan kehidupan yang dihadapi, manusia kini mudah


kehilangan kesabaran kerana tidak mengamalkan penghayatan agama. Disebabkan
itu, manusia mudah berselisih faham antara satu sama lain dan akhirnya berlaku
persengketaan. Persengketaan yang wujud disebabkan luahan kata kata yang tidak
sepatutnya kerana gagal mengawal emosi. Hasil persengketaan yang wujud, ada
diantara manusia yang menggunakan peluang tersebut untuk memanipulasi dan
menghuru harakan keadaan lebih teruk dan akhirnya gagal menyelesaikan konflik
secara harmoni.

Selain daripada itu, institusi keluarga tidak memainkan peranan penting


dalam membangunkan nilai nilai agama dan moral terhadap anak sejak kecil lagi.
Ibu Bapa kini sangat sibuk dengan kerjaya masing masing sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak mereka. Pembentukan pemikiran anak anak muda
perlu bermula dari Ibu Bapa sejak kecil lagi. Anak anak muda yang dibiarkan tanpa
ajaran yang betul sudah tentu akan mudah terpengaruh dengan ajaran lain dan
apabila sudah besar nanti dan menjadi pemimpin, anak anak muda tersebut akan
menjalani kehidupan berdasarkan kepada knowledge yang dipelajari dan akhirnya
penghayatan nilai nilai agama dan moral akan nipis.

4
Rajah 2.2 : Masalah Sosial Terhadap Penggunaan Facebook

2.2 Ekonomi

Ekonomi pada masa kini merupakan ekonomi tanpa sempadan dimana


kebanyakan ekonomi dikuasai oleh negara Barat. Syarikat syarikat gergasi dari
negara Barat telah menguasai ekonomi negara lain sehingga menjadikan ekonomi
sesebuah negara banyak bergantung kepada negara asing. Situasi sebegini telah
mendedahkan ekonomi sesebuah negara kepada manipulasi kuasa Barat yang boleh
menggugat negara.

Selain itu dasar ekonomi yang mengalakkan kemasukan modal asing tanpa
batas merupakan dasar monopoli untuk menekan negara membangun. Kuasa
kapitalis berlumba lumba meningkatkan hasil pengeluaran dengan menekan negara
kecil. Kemasukan modal sewajarnya perlu dicurigai kerana kemasukan secara
meluas akan mengukuhkan cengkaman ekonomi Barat yang akan membentuk kuasa
imperialis bentuk baru. Memandangkan kebanyakan manusia hanya berhasrat untuk
mengaut keuntungan, rakyak terpaksa memikul beban kerana terpaksa membayar
harga yang tinggi terhadap sesuatu barang.

Sebagai contoh, Tesco yang merupakan sebuah peruncit antarabangsa yang


berpangkalan di London telah dibuka di pelbagai lokasi di Malaysia. Ini telah

5
menyebabkan peniagaan runcit yang berhampiran dengan kawasan Tesco megalami
kerugian dan ini merupakan salah satu dominasi barat terhadap ekonomi di negara.

2.3 Politik

Dalam dunia moden kini, kita dapat melihat dengan jelas apa yang boleh
dibuat oleh seseorang manusia yang mempunyai kedudukan tinggi dan pengaruh
kuasa. Contoh dalam sesuatu organisasi, Pengurusan Tertinggi boleh mengarahkan
Kumpulan Bawahan untuk melaksanakan sesuatu perkara bagi mencapai sesuatu
matlamat. Ini kerana Pengurusan Tertinggi mempunyai kuasa besar dalam sesuatu
organisasi dan disebabkan kedudukan tersebut, sesuatu arahan yang diberikan
dipengaruhi oleh kuasa individu tersebut. Sekiranya individu dari Kumpulan
Bawahan ingkar terhadap arahan dari Pengurusan Tertinggi, individu yang ingkar
arahan akan menerima akibatnya seperti pemecatan dan sebagainya. Ini merupakan
satu kawalan oleh Pengurusan Tertinggi terhadap Kumpulan Bawahan.

Contoh yang diberikan adalah dalam lingkungan sesuatu organisasi sahaja, tetapi
bayangkan sekiranya seseorang manusia mempunyai kuasa yang besar yang boleh
mengawal sesebuah negara atau dunia, sudah tentu banyak perkara boleh dibuat.
Dalam dunia moden yang cenderung kearah pengumpulan kekayaan dan
mementingkan keuntungan, manusia sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan
kedudukan tinggi untuk mendominan sekumpulan manusia. Bagi mencapai
kedudukan tersebut banyak strategik difikirkan untuk menjatuhkan seseorang
individu yang mempunyai kuasa dengan pelbagai fitnah dan tohmahan palsu semata
mata untuk mendapatkan kuasa tersebut.

Perkembangan semasa dunia juga mendedahkan negara kepada pengaruh politik dan
campur tangan kuasa Barat. Kuasa kuasa Barat dengan mudah menyebarkan
pengaruh dan nilai nilai mereka melalui media cetak atau media elektronik yang
dikuasai mereka seperti akhbar, televisyen dan filem. Nilai nilai tradisional seperti
muafakat, kekejujuran serta saling menghormati menjadi semakin cair dan luntur.
Politik kadangkala memisahkan masyarakat kepada kelompok kelompok tertentu.

6
Antara isu isu yang boleh dilihat dengan jelas pada masa kini ialah intergriti dan
demokrasi.

Rajah 2.3 : Kesan Negatif Terhadap Buadaya & Sosial, Politik dan Ekonomi

2.4 Pendidikan

Dari segi pendidikan, negara Barat telah berjaya mendominasi penggunaan


menyeluruh Bahasa Inggeris yang dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia.
Penguasaan Barat bukan sahaja memberi kesan kepada pendidikan negara, tetapi
juga ke atas aspek pemikiran manusia, khusunya kepada mereka yang terdedah
secara langsung kepada sistem pedidikan Barat di International School.

Golongan anak didik Barat ini bukan sahaja menerima secara keseluruhan
nilai nilai Barat, malah memandang rendah terhadap nilai nilai budaya mereka
sendiri. Mereka turut memakai piawaian Barat dalam menilai semua bentuk
ketamadunan. Golongan inilah yang banyak menghakis nilai nilai budaya bangsa
dan menggantikan dengan nilai nilai Barat yang dianggap lebih tinggi.

7
Dominasi intelektual juga berlaku kepada golongan golongan intelektual
yang berada di universiti universiti Barat. Walaupun sesetengah daripada mereka
terdiri daripada golongan cerdik pandai, tetapi pemikiran mereka telah dipengaruhi
oleh nilai nilai Barat. Justeru, mereka ini bukan sahaja menjadikan Barat sebagai
kiblat, malah menjadikan orang Barat sebagai imam dalam pelbagai perkara.
Mereka ini setia kepada pemikiran Barat dan menyebarluaskan idea idea Barat
kepada khalayak.

Rajah 2.4 : Penggunaan Bahasa Rojak

Anda mungkin juga menyukai