Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Behaviouris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
Perubahan Tingkah Laku. Kajian merek a kebanyakannya dihasilkan melalui ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di
dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan
gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Seseorang akan sentiasa
mengambil tindakan sengaja dan beroperasi dalam proses pembelajaran kerana tingkah
laku adalah perkara yang dipelajari dan operasi ini dipengaruhi oleh kesan positif ataupun
negatif.
Teori behaviorisme dikaitkan dengan rangsangan dan kelaziman iaitu perkara yang
dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakan tingkah laku berlaku secara spontan dan
dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran dan ianya dinamakan tingkah laku
operan.
B. F Skinner menyatakan sifat baik atau positif dan negatif berlaku dalam
peneguhan contohnya peneguhan positif adalah seperti kata-kata berunsur pujian dan
motivasi, memberi imbalan dan sebagainya. Memberi pujian akan memotivasi dan
mendorong seseorang pelajar itu memberikan hasil yang terbaik di hari muka. Peneguhan
negatif tidak boleh disamakan dengan unsur denda atau hukuman.
B. F Skinner menemukan teori operant conditioning, iaitu makhluk hidup iaitu manusia
dan haiwan selalu berada dalam proses operating (melakukan sesuatu) terhadap
lingkungannya. Skinner melakukan eksperimen terhadap tikus dan burung merpati
seterusnya menghasilkan hukum-hukum belajar iaitu:
- Law of operant conditioning, ertinya jika timbulnya perilaku diiringi dengan stimulus
penguat maka kekuatan perilaku tersebut akan meningkat
- Law of operant extinction, ertinya jika timbulnya perilaku operant telah diperkuat melalui
proses conditioning itu tidak diiringi stimulus penguat maka perilaku tersebut akan menurun
atau musnah.
1.1.2 Mengaplikasikan Teori Behavourisme ke dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Seni
Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan dan penghargaan seperti memberi pujian
ataupun hadiah kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni yang baik setiap kali
berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran akan membentuk tingkah laku positif
dalam kalangan pelajar.
Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas dilakukan dan pengukuhan
di sini bergantung pada kekerapan pelajar memberi tindak balas misalnya murid melukis
melalui peniruan atau proses imitasi contohnya murid akan melukis objek yang sama
secara kerap atau berulang-ulang sehingga ia terbiasa dan dapat melukis tanpa perlu lagi
melihat objek tersebut.
Kemahiran perlu dipelajari dan proses meningkatkan kemahiran perlu dilakukan secara
berulang-ulang contohnya, murid yang tidak pandai melukis dan mewarna perlu
mempelajari kemahiran secara berperingkat-peringkat dan secara kerap atau berulang-
ulang.
Apabila seseorang itu sering membuat latihan kemahiran seperti menconteng, melukis dan
mewarna maka kemahirannya akan meningkat . Pengulangan hasil seni yang sama
hanyalah dianggap sebagai kraf misalnya dalam seni kraf tradisional seperti batik,
anyaman, tekat, tembikar dan sebagainya masih menggunakan motif, bentuk dan bahan
yang sama walaupun sudah lama berkembang.