Anda di halaman 1dari 12

1.

0 Pengenalan

Sekolah merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya seseorang guru. Para guru
pada masa kini, memegang pelbagai jenis tanggungjawab sebagai seorang pendidik,
fasilitator, pemudahcara, guru pembimbing, penasihat, penjaga dan sebagainya. Murid-
murid zaman sekarang ini juga tidak kurang hebat dan mereka juga serba berpengetahuan
mengenai semua perkara yang berlaku di sekitar dunia. Dunia tanpa sempadan pada era
globalisasi ini menjadi faktor utama kepada berlakunya transformasi dari segi pemikiran di
kalangan para murid sejak peringkat sekolah rendah. Perkara ini secara tidak langsung telah
mengundang pelbagai masalah di kalangan murid dan akibatnya pencapaian akademik
merosot, hilang keyakinan, masa depan yang tidak cerah dan sebagainya. Ini menjadi salah
satu cabaran kepada para guru untuk dihadapi dan mereka menjadi pandu arah kehidupan
yang baik kepada murid. Bimbingan yang diberikan oleh para guru dapat menjadi pedomen
kepada para murid.

Bimbingan menjadi salah satu tugas pendidikan. Bimbingan dapat diertikan sebagai
proses menolong individu-individu untuk memahami diri mereka dan dunia mereka (Tang
Chee Yee, 1996). Bimbingan merupakan pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar
biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial,
intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Secara umumnya, bimbingan juga
membawa makna sebagai satu proses pendidikan yang berterusan, tersusun,sistematik
serta dapat membantu individu melalui daya usaha sendiri untuk mengembangkan
kemampuannya, memperolehi kesejahteraan dalam hidupnya, dan dengan itu dapat
menyesuaikan dirinya dengan kehendak masyarakat (zulkifli Yusof, 1990). Bimbingan
meliputi semua aspek kehidupan individu dan ia lebih menitikberatkan aspek pencegahan
dari pembaikan.

Dengan mengambil kira perkara ini, di sekolah telah disediakan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling yang memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid. Proses
bimbingan dan kaunseling ini, menyediakan satu sistem bertanggungjawab dengan
menjalinkan kerjasama bersama guru bimbingan, guru kelas, pentadbir sekolah, ibu bapa,
rakan sebaya dan ahli-ahli dalam sistem sekolah. Perkhidmatan ini bersifat menyeluruh dan
terbuka kepada semua murid dan guru pakar dalam bidang ini dipertanggungjawabkan
untuk mengendalikannya. Namun, terdapat juga sekolah yang tidak mempunyai seorang
guru kaunselor yang terlatih dalam sistem persekolahan. Bagi membaiki kelemahan ini,
guru-guru biasa mengambil alih tugas ini dan menjalankan fungsi-fungsi seorang guru
bimbingan dan kaunseling di sekolah. Terdapat juga di sekolah, guru biasa yang memainkan

1
peranan dalam membantu kaunselor dalam memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.

2.0 Peranan Guru Biasa Dalam Memperkasakan Perkhidmatan Bimbingan Dan

Kaunseling

Proses bimbingan dan kaunseling bukan tanggungjawab guru kaunselor sahaja. Ini
disebabkan di sesetengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid dan ada yang
melebihi dua ribu orang. Sekiranya, semua tugas bimbingan diserahkan kepada guru
bimbingan sahaja, maka kes-kes murid yang memerlukan perkhidmatan bimbingan akan
berhimpun dan tidak dapat diselasaikan. Tambahan pula, bukan dalam semua sekolah
sistem perkhidmatan kaunseling disediakan bagi memberi bimbingan kepada murid. Jadi,
guru biasa memainkan peranan penting secara tidak langsung dalam membantu
meningkatkan kebajikan para murid.

Terdapat beberapa tugas yang dapat dilaksanakan oleh guru biasa dalam
memperkasakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pertamanya adalah guru boleh
membantu dengan memberi bimbingan kepada murid yang menghadapi masalah pelajaran,
sosioemosi, keluarga, kesihatan, sosioekonomi dan sebagainya. Guru adalah individu yang
selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan erat dan mesra dengan
para murid. Melalui penelitian dan pemerhatian seseorang guru dapat mengetahui sifat
murid, keperluannya, minat, kekuatan, kelemahan dan masalahnya.

Sekiranya, guru mendapatkan kepercayaan murid, jadi proses bimbingan juga dapat
dilaksanakan secara efisien. Jika didapati adanya perubahan dalam tingkah laku murid, guru
hendaklah mengambil langkah untuk mengenal pasti masalah tersebut dengan lebih
mendalam dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan bimbingan yang positif.
Contohnya, di dalam kelas terdapat murid yang bercapaian baik dalam akademik tiba-
tibanya merosot dan tidak dapat skor dengan baik dalam peperiksaan. Maka, guru
hendaklah mengenali masalahnya dan memberi bimbingan nasihat dan motivasi untuk terus
berusaha mendapatkan pencapaian yang baik. Sekiranya, masalah yang dihadapi oleh
murid agak serius, ianya perlu dirujuk kepada guru bimbingan.

Seterusnya,guru biasa juga dapat membantu dalam mengembangkan kebolehan


pelajar yang terselindung dalam diri mereka. Murid mempunyai potensi dan bakat yang
tersendiri dimana ada yang boleh menari, bercerita, main hoki, mendeklamasikan sajak
dengan baik, pencapaian akademik tinggi dan sebagainya. Terdapat beberapa aspek
perbezaan individu yang berlainan dari segi emosi, fizikal, kecerdasan, sosial, budaya,

2
personaliti, bakat, minat, latar belakang dan sebagainya. Maka, guru hendaklah peka dalam
mengenali kobolehan murid dan berusaha untuk mengasahkan diri mereka ke arah lebih
baik. Contohnya, dalam kelas guru mengenalpasti murid yang lemah dan membimbing
mereka dengan memberi peneguhan yang berterusan, memberi perhatian yang khusus,
memberi peluang kepada mereka untuk menjawab dan sebagainya. Bimbingan yang
diberikan kepada murid ke arah perkembangan yang baik hendaklah menitikberatkan aspek
keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Peranan yang ketiga guru biasa dapat membimbing murid untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran yang baru. Antara aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam
penyesuaian murid adalah seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran, ahkhlak, akademik
dan sebagainya. Murid-murid di sekolah terdiri daripada latar belakang yang berbeza sama
ada dari segi budaya, agama, kaum, prinsip keluarga dan sebagainya. Secara tidak
langsung perkara ini akan menjadi penghalang untuk berlakunya proses adaptasi di
kalangan murid di bilik darjah ataupun diluar bilik darjah. Perkara ini akan mengakibatkan di
dalam kelas wujudnya murid yang pendiam, pasif, murid disisihkan oleh rakan kelas dan
sebagainya. Maka, guru boleh membimbing murid tersebut dengan memberi nasihat dan
menyarankan cara- cara untuk memperbaiki gelombong sosial persekitaran mereka.

Guru biasa juga mempunyai tanggungjawab dalam memberi kesedaran kepada


pelajar di peringkat awal lagi mengenai kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka.
Murid perlu sedar akan kepentingan pendidikan kepada diri dan berusaha ke arah
pencapaian yang baik dalam aspek akademik. Pendedahan ini boleh diselitkan semasa
proses pengajaran melalui kaedah nasihat ataupun kata-kata motivasi oleh para guru biasa.
Perkara ini dapat memungkinkan murid tidak terpengaruh dengan perkara-perkara negatif
seperti ponteng kelas, merokok, cinta monyet, gansterisme dan sebagainya. Pendedehan ini
dapat memastikan murid mengutamakan pendidikan sahaja sebagai langkah untuk
mendapatkan kemajuan dalam kehidupan. Semua murid yang berlatarbelakangkan
persekitaran yang berbeza perlu diberikan pendedahan ini agar wujud motivasi intrinsik
untuk berusaha memajukan diri mereka. Guru hendaklah memotivasikan murid-murid dalam
pelajaran mereka dengan tujuan meningkatkan prestasi akademik.

Seterusnya, guru hendaklah mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran


mengikut tahap kognitif murid. Dalam sesebuah kelas murid terdiri daripada tiga kategori
iaitu pandai, sederhana dan lemah. Guru memerlukan satu rancangan strategi yang
memberi keutamaan kepada semua kategori murid dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan. Perkara ini dapat memastikan bimbingan diberikan kepada semua kategori
murid dan masalah akademik juga dapat dikurangkan. Perhatian khusus perlu diberikan

3
kepada murid yang masih tidak dapat menguasai isi pelajaran dan bimbingan berterusan
serta peneguhan hendaklah disalurkan sehingga murid dapat menyelesaikan masalah
pembelajaran ini.

Selain itu, seorang guru juga dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling
dengan membentuk tabiat kerja murid yang baik. Tabiat kerja yang baik dapat mendorong
murid menyiapkan segala tugasan dalam masa yang ditetapkan. Pembentukan tabiat positif
ini dapat memberi kesan yang baik dimana dapat meningkatkan prestasi murid dalam
pembelajaran. Berfikiran positif semasa menghadapi masalah, menepati masa, berani
mengambil risiko menjurus kebaikan, keyakinan terhadap diri sendiri adalah antara tabiat
kerja yang perlu dibentuk dalam diri murid melalui bimbingan yang berterusan oelh para
guru. Tabiat kerja ini perlu diterapkan dalam diri murid sejak dari sekolah rendah, agar murid
dapat menghadapi masalah dan dapat membendungnya secara wajar dalam mencapai
kejayaan.

Peranan yang seterusnya adalah guru boleh membimbing murid dalam membuat
sesuatu keputusan secara rasional dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kebiasaannya, murid akan berkongsikan masalah peribadinya dengan guru yang akrab
dengan mereka. Ketika seseorang guru mengalami situasi ini, aspek rasional perlu diberi
penekanan dalam membuat keputusan. Pengalaman yang dimiliki oleh guru berbanding
dengan murid yang menghadapi masalah membolehkan guru mencadangkan langkah-
langkah yang rasional dalam menanganinya. Guru hanya boleh memberi cadangan
penyelesaian sahaja dan murid mempunyai hak untuk membuat keputusan. Guru perlu
memastikan keputusan yang diambil oleh murid tidak bertentangan dengan nilai-nilai moral,
agama dan juga norma masyarakat.

Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling tidak dapat mengadakan hubungan baik
dengan kesemua ibu bapa murid yang menghadapi masalah di sekolah. Maka, guru kelas
atau guru biasa boleh membantu guru kaunseling dengan mengadakan hubungan baik
bersama ibu bapa dan boleh menghubungi mereka ketika diperlukan. Perhubungan ini
penting untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan murid yang menghadapi masalah
dan faktor yang mendorongnya. Kerjasama dengan warga ibu bapa dapat memudahkan
proses penyelesaian masalah murid.

Guru biasa juga dapat membantu guru kaunseling dengan mengisi semua maklumat
dalam kad 001 (rekod persekolahan) dan 002 (rekod peribadi) dan menyimpannya bagi
rujukan jika menghadapi sebarang masalah. Kad ini penting dalam memberi gambaran
mengenai latar belakang murid, keluarga, pencapaian akademik, cita-cita dan sebagainya.

4
Maka, guru hendaklah memastikan semua ruang dalam kad ini diisikan dan dapat menjadi
panduan ketika berlaku sebarang kecemasan. Mengelolakan program bersama unit
bimbingan dan kaunseling juga dapat memudahkan proses penyedaran murid dalam
pelbagai isu dan gejala yang tidak baik. Guru juga boleh mempopularkan perkhidmatan
kaunseling di kalangan murid agar lebih ramai muridrela mengunjungi untuk meluahkan
masalah mereka.

1.0 Inventori Minat Kerjaya

Negara Malaysia melalui satu proses ke arah mencapai status negara maju dengan
melahirkan pakar-pakar dan model insan yang berpengetahuan yang dapat mentadbir dan
memimpin negara ke arah kemajuan globalisasi. Proses melahirkan model insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran menjadi cabaran utama kepada negara pada masa kini.
Hal ini disebabkan ramai warganegara menghadapi cabaran dalam pemilihan kerjaya yang
serasi dengan diri mereka dan telah mengakibatkan ramai menjadi penganggur. Menurut
Sharp dan Marva (Aziz,1991), pemilihan pekerjaan atau kerjaya adalah merupakan salah
satu daripada permasalahan besar yang sering dikemukakan oleh seseorang individu dalam
kehidupannya. Pemilihan pekerjaan perlu dibuat secara bijak bagi menghindari masalah
penukaran pekerjaan sepanjang hidupnya.

Kerjaya merujuk kepada bagaimana seseorang individu melihat diri mereka dan
hubungannya dengan apa yang dilakukan. Pekerjaan menjadi sebahagian dalam kehidupan
manusia yang perlu ditempuhi sepanjang hayat mereka. Pekerjaan memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia dan seseorang individu akan berasa puas apabila
memiliki suatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Melalui perkerjaan dapat
memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan seseorang individu.
Pekerjaan dapat mempengaruhi konsep kendiri, perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti
keperibadian seseorang. Seseorang individu perlu mempunyai kesedaran kerjaya setelah
tamat alam persekolahan dan memilih kerjaya yang sepadan dengan diri mereka.

Pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan minat kerjaya seseorang individu tersebut
kerana pilihan yang dibuat adalah merupakan pilihan kerjaya untuk masa depan mereka.
Pemilihan kerjaya merujuk kepada individu yang akan cuba mengimplementasikan konsep
kendiri dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi kendiri. Pemilihan
kerjaya yang tidak serasi dengan minat dan personaliti kendiri akan mengakibatkan
permasalahan seperti mudah berasa bosan, kecewa dan gangguan emosi disebabkan
pekerjaan dan sebagainya. Perbandingan diri dengan tanggapan satu-satu pekerjaan dan
perasaan menerima menolaknya adalah satu penentuan utama di dalam pemilihan
pekerjaan. Sekiranya, terdapat keselerasaan antara ciri personaliti dengan keperluan dalam

5
sesuatu pekerjaan, makin besar kemungkinan seseorang individu akan berjaya dalam
kerjayanya.

Pemilihan kerjaya menjadi salah satu isu penting dimana mula dititikberatkan sejak
dari alam persekolahan. Terdapat beberapa ujian dijalankan terhadap murid bagi
mengenalpasti personaliti, ciri kendiri, sikap, intelek seseorang murid. Teori Holland yang
diperkenalkan pada tahun 1959 dipergunakan bagi identifikasi minat pekerjaan berdasarkan
kriteria personaliti yang dimiliki oleh para murid.Teori Holland ini, telah memberi sumbangan
dan telah digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kerjaya dan
lain-lain. Inventori minat kerjaya ini yang dikenali sebagai Self- Directed Search (SDS)
merupakan alat untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang individu.
Alat ukuran ini merangkumi 192 item yang mempunyai pilihan jawapan Ya atau Tidak dan
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kesukaan, kecekapan dan pekerjaan.

Teori pemilihan kerjaya Holland menekankan kepada aspek keselarasan personaliti


dengan persekitaran dan menjelaskan bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.
Teori Holland ini membentuk hasil daripada dua andaian iaitu individu dikategorikan kepada
enam jenis personaliti dan persekitaran. Enam jenis personaliti dan persekitaran tersebut
adalah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Conventional (C). Keselarasan dengan jenis personaliti individu dengan jenis persekitaran
bekerja dapat mewujudkan kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam
pemilihan kerjaya.

Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai


pertembungan kebudayaan dan persekitaran termasuk pengaruh rakan sebaya, pewarisan
biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Interaksi faktor ini dengan
seseorang individu akan memainkan peranan dalam mendorong seseorang membentuk
minat dan personaliti tertentu dan mendorong kepada pembentukan kecekapan dan minat
pekerjaan yang spesifik. Tingkah laku seseorang bergantung kepada interaksi di antara jenis
atau pola personaliti dengan ciri-ciri persekitarannya. Berdasarkan teori Holand, jika pola
personaliti dan model persekitaran dapat diketahui, maka pada dasarnya ramalan terhadap
hasil atau kesan dari kombinasi itu juga dapat ditentukan.

Oleh itu, inventori minat kerjaya menitikberatkan perkara ini dalam meramalkan
pekerjaan yang sesuai untuk seseorang individu atau murid. Berpandukan teori Holand,

6
domain seseorang individu ditentukan berasaskan skor yang tertinggi yang diperolehi
melalui inventori minat kerjaya. Dalam konsep sekunder teori kerjaya Holland aspek
keselarasan, ketekalan, pembezaan, kalkulus dan identiti dititikberatkan bagi memastikan
ramalan pekerjaan sesuai dengan personaliti seseorang individu. Berdasarkan enam
kategori personaliti individu iaitu realistik, Investigatif, Artistik Sosial, Enterprising dan
konventional Holland telah memadankannya dengan pekerjaan yang sesuai.

2.0 Kajian Inventori Minat Kerjaya Terhadap Murid Sekolah Rendah

Saya telah menjalankan satu kajian inventori minat kerjaya terhadap seorang murid sekolah
rendah untuk mengenalpasti perhubungan personaliti dan persekitaran dalam menentukan
pekerjaan yang sesuai di masa hadapan. Berdasarkan sumber rujukan teori Holland, saya
telah melaksanakan kajian ini untuk menentukan bidang kerjaya yang sesuai dengan ciri
personaliti yang dimiliki oleh seorang murid. Tujuan saya menjalankan kajian ini adalah
untuk membantu murid tersebut dalam mengenali kekuatan dan kelemahan dirinya dan
kerjaya yang bersesuaian berdasarkan personaliti kendirinya. Saya telah menggunakan soal
selidik minat pekerjaan yang diadaptasikan oleh Dr. Sidek Mohd Noah dalam mengkaji
perhubungan antara personaliti dan persekitaran dalam menentukan pekerjaan yang
sepadan dengannya di masa hadapan.

2.1 Latar Belakang Responden

Saya telah menjalankan inventori minat kerjaya terhadap seorang murid sekolah rendah
yang bernama Thanes a/l Mahendran. Responden saya berumur 12 tahun dimana akan
menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini (2017). Nama ayah responden saya adalah
Mahendran dan bekerja sebagai seorang pengunting rambut. Ibu bernama Lakshmi dan
bekerja di kilang yang mengeluarkan barangan perubatan. Ayah responden saya memiliki
kedai gunting rambut tersendiri iaitu pekerjaan persendirian. Responden saya anak bongsu
dari tiga adik beradik. Abang pertama yang bernama Amuthan bekerja di kilang Intel sebagai
technician. Abang kedua yang bernama Sharvin melanjutkan pelajaran di Universiti
Teknologi Malaysia dalam bidang jurusan jurutera Kimia. Responden saya meneruskan
pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Perai yang berdekatan dengan rumahnya.

Responden saya mendiami di Pulau Pinang iaitu di taman Chai Leng. Rumah
responden saya berlokasi di kawasan bandar yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat
kaum Cina. Sekolah yang dipelajari oleh responden saya juga berlokasi di bandar.
Responden saya bercita-cita untuk menjadi seorang saintis di masa hadapan. Sains
merupakan matapelajaran yang digemari oleh responden saya. Responden saya pernah
melibatkan diri dalam projek Sains. Responden saya telah mendapatkan tempat keempat
dalam ujian akhir tahun dan memperolehi gred A dalam matapelajaran Sains. Secara

7
keseluruhan responden saya telah skor sebanyak 5 A dalam ujian akhir tahun. Subjek
Bahasa Tamil juga antara matapelajaran yang disukai oleh responden saya. Hobi responden
saya adalah menonton rancangan National Geography dan juga melukis. Responden saya
juga menghadiri kelas tuisyen pada waktu petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dia juga
turut menyertakan diri dalam kelas agama iaitu seperti thevaram dan juga mempelajari kitab
klasik agama Hindu (Geetha). Dia juga mempunyai kemahiran melukis gambar dan bermain
bola.

2.2 Hasil dapatan Inventori Minat Kerjaya

Menurut Holland, dalam sesuatu pekerjaan tidak bermaksud seseorang individu memiliki
satu jenis persekitaran atau satu jenis personaliti sahaja. Malah, kebanyakan pekerjaan
merupakan kombinasi daripada beberapa personaliti dan juga persekitaran kerja. Merujuk
kepada teori Holland, dalam inventori minat kerjaya beliau telah menggunakan 3 kod huruf
kerja sebagai pengenalan kepada kod pekerjaan. Gambar rajah di bawah menunjukkan
hasil dapatan kajian saya dalam inventori minat kerjaya yang telah dijalankan keatas
responden saya.

SKOR INVENTORI MINAT KERJAYA

8%
23%
13%
Investigatif Artistik Realistik Enterprising Sosial Conventional

15%
21%

20%

G
ambar rajah 1 : Hasil Dapatan Inventori Minat Kerjaya terhadap responden

Berdasarkan gambar rajah diatas, 3 kod huruf yang hasil daripada inventori minat kerjaya
terhadap responden saya adalah IAR iaitu Investigatif+ Artistik+ Realistik. Aspek investigatif
menjadi domain kepada responden saya dengan nilai purata sebanyak 23 peratus. Menurut
teori Holland, personaliti investigatif memiliki ciri-ciri seperti mempunyai tanggapan diri

8
mereka sebagai seorang yang berpengetahuan atau berpendidikan tinggi, yakin dari segi
intelek, mempunyai kebolehan matematik dan saintifik tetapi lemah dalam kebolehan
memimpin. Ciri ini serasi dengan responden saya dimana melalui pemerhatian saya didapati
responden saya seorang yang berkeyakinan dan dapat menjawab dengan betul dan yakin
sebarang soalan yang ditujukan kepadanya. Dari segi pencapaian akademik, responden
saya mendapat keputusan pemarkahan yang cemerlang dalam ujian akhir tahun.

Perkara ini turut disokong dengan pewarisan Biologi dimana ibunya seorang yang
berpendidikan dan abang responden saya juga telah melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi
seperti Politeknik dan juga Universiti. Responden saya juga mempunyai kemahiran
mengingati yang baik dimana dapat menghafal sesuatu dan menyimpan dalam memori
jangka panjang. Contohnya, responden saya dapat mengingati kesemua 70 nama watak
kartun pokemon, Harry Potter dan juga rancangan kegemarannya. Selain itu, personaliti
investigatif turut memiliki ciri seperti memiliki kemahiran saintifik dan matematik serta
meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Pernyataan ini disokong
dengan cita-cita responden saya dimana berazam untuk menjadi seorang saintis di masa
hadapan.

Responden saya juga mengemari subjek Sains dan mendapatkan gred A setiap kali
dalam ujian yang dilaksanakan di sekolah. Responden saya juga suka menonton rancangan
yang berkaitan Sains seperti rancangan National Georaphy, Animal Planet dan suka
menonton filem yang berkait dengan ilmu Sains. Responden saya mula meminati ilmu Sains
disebabkan kaedah yang digunakan oleh gurunya yang bernama Komathi dalam mengajar
subjek ini. Dari segi keturunan abang kedua yang bernama Sharvin turut meminati bidang
Sains dimana meneruskan pengajiannya dalam jurusan Kimia. Melalui temubual dengan
abang pertamanya, didapati beliau juga turut mempunyai minat terhadap ilmu Sains.
Responden saya juga menyatakan dalam temubual, beliau mula meminati matapelajaran
Sains sejak dari darjah 2 iaitu semasa berusia 8 tahun.

Menurut Holland dalam teorinya menyatakan seseorang individu yang berpersonaliti


investigatif akan mempamerkan diri mereka sebagai analitikal, berwaspada, kritikal,
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, berdikari, intelektual, sentiasa menyelidk
perasaan dan pemikiran sendiri, lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan
perasaan sendiri(introvert), rasional, pemalu, mahukan pencapaian. Bagi membuktikan
pernyataan ini, saya telah menemubual ibunya yang bernama Lakshmi bagi mengetahui ciri
yang dimiliki oleh anaknya (responden). Puan Lakshmi telah menyatakan bahawa anaknya
seorang yang suka menyoal logik dalam setiap perkara, inginkan kejayaan dalam setiap
permainan, tidak mudah menerima kekalahan dan juga tidak mempunyai ramai kawan.

9
Melalui ini didapati responden saya seorang yang lebih mendomainkan personaliti
investigatif dalam kehidupan harian.

Personaliti yang seterusnya menjadi domain kedua bagi responden saya adalah
artistik. Individu yang bercirikan personaliti artistik sukakan aktiviti yang bercorak bebas ,
tidak bersistematik dan suka menghasilkan produk seni hasil dari penggunaan lisan, fizikal
dan manusia. Mereka mempunyai kecekapan dalam aspek artistik seperti bahasa, seni,
muzik, drama, penulisan dan aktiviti-aktiviti dalam bidang seni. Individu bercirikan artistik
mempunyai sifat feminine, imaginatif, bersifat keaslian, emosional, tidak terurus, sensitif dan
menyatakan sesuatu yang bermakna. Beberapa ciri personaliti ini dapat dihubungkaitkan
dengan ciri yang dimiliki oleh responden saya. Melalui pemerhatian saya, didapati
responden saya seorang yang lemah lembut dari segi perlakuan.

Perkara ini disebabkan responden saya lebih akrab dengan ibunya dan juga
kebanyakan kawannya terdiri dari jantina bersebelahan iaitu perempuan. Dalam temubual
responden saya menyatakan, dia hanya mempunyai seorang kawan lelaki bernama
Pavithran dan lainnya adalah perempuan. Responden saya juga seorang yang mempunyai
bakat dalam kemahiran melukis (disertakan lukisan dalam lampiran). Responden saya
menyatakan dalam temubual, melukis adalah menjadi tugas untuk mengisi masa lapangnya.
Maklumat tambahan adalah ibunya juga seorang yang mempunyai kemahiran keseniaan
dimana dapat melakar kolam (lukisan India) dengan cantik semasa perayaan (deepavali). Di
sekolah juga, responden saya telah memenangi tempat pertama dalam melakar kolam bagi
perayaan ponggal. Perkara ini membuktikan responden saya seorang yang mempunyai
personaliti artistik yang dimana disalurkan melalui tret keturunan.

Personaliti yang ketiga yang menjadi domain kepada responden saya adalah
realistik. Individu yang mempunyai kriteria realistik ini mempunyai kemahiran bersukan dan
mekanikal yang memerlukan manipulasi eksplisit, teratur atau sistematik terhadap objek,
alat, mesin, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Inidividu yang mempunyai personaliti ini lebih
suka bekerja di luar bangunan daripada dalam bangunan. Individu realistik mempunyai sifat
praktikal, berterus-terang, tekun dan juga jujur.

Ciri personaliti ini dapat dilihat dalam diri responden saya dimana mempunyai minat
terhadap membaiki objek dan menonton rancangan berkaitan binatang dan tumbuhan.
Responden saya juga lebih bergiat dalam menjalankan aktiviti di luar rumah seperti

10
menanam pokok, berjalan bersama haiwan peliharaannya. Semasa menjalankan temubual
saya mendapati responden saya seorang yang berterus-terus dimana tidak menyorokkan
sebarang perkara mengenai dirinya dan sanggup berkongsikan dengan saya. Melalui ini
saya dapat merumuskan responden saya seorang yang jujur terhadap diri sendirinya.

Gambar rajah 2 : Hasil dapatan Inventori Minat Kerjaya Responden Thanes

Melalui hasil dapatan kajian ini, saya telah mengolongkan personaliti responden saya
mengikut susunan model hexagon yang bersumberkan teori Holland iaitu
Investigatif+Artistik+Realistik. Berpandukan model Hexagon dapat menentukan darjah
ketekalan pola personaliti seseorang individu. Saya akan menentukan ketekalan dengan
menggunakan kaedah cara pengambilan dua skor skala yang tertinggi. Menurut Holland
tahap ketekalan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan juga rendah.
Tahap ketekalan tinggi ditentukan berdasarkan pola personaliti yang bersebelahan mengikut
susunan hexagon.

Dalam hasil dapatan kajian saya, pola ketekalan menunjukkan tahap tinggi
dimana I (investigatif) - A (artistik) personaliti bersebelahan dalam susunan hexagon. Kod
personaliti ini dikira sepadan dengan ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh responden saya.
Resonden saya berminat dala kerjaya saintis, dalam kerjaya tersebut investigatif menjadi
domain dimana perlu ada minat terhadap ilmu Sains, artistik juga penting dalam melukiskan
bahan Sains seperti bakteria, Realistik dapat membantu menjalankan kajian dengan teratur
dan jujur terhadap penyelidikannya.

11
Tahap ketekalan Pola-Pola Personaliti

Tinggi RI, RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES, EK, KE, KR

Sederhana RA, RE, IS, IK, AR, AE, SI, SK, EA, ER, KS, KI

Rendah RS, IE, AK, SR, EI, KA

Sumber: Holland, J.L. Making Of Vocational Choice: A Theory Of Vocational Personality


and Work Environment. (Edisi Kedua). Englewood Cliff. New Jersey: Pentice-Hall Inc.
1985

3.0 Kesimpulan

Negara Malaysia berazam dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi Jasmani,
Emosi, Rohani, Intelek dan juga Sosial yang agar dapat menjadi menjadi pemacu kemajuan
negara. Guru memainkan peranan penting dalam menjadi saluran utama dalam melahirkan
insan yang yang berguna kepada negara. pada zaman moden ini, murid menghadapi
pelbagai jenis masalah yang tidak dijangka dan mereka memerlukan seseorang untuk
berkongsikannya. Di sekolah disediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi
menjadi pendengar setia kepada masalah yang dihadapi oleh murid. Namun, bilangan murid
yang banyak melebihi keupayaan guru bimbingan menjadi satu fenomena masalah yang
baharu. Oleh itu, sebagai jalan penyelesaian guru biasa juga boleh menghulurkan bantuan
kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah ini. ). Bimbingan
merupakan pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang
mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan
dan kerohanian. Guru biasa dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling dengan
menjadi pemerhati murid, menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa murid, memberi
nasihat dan sebagainya. Inventori kerjaya minat juga boleh dilaksanakan terhadap murid
untuk membantu mereka mengenali perkerjaan yang sesuai berasaskan personaliti dan
cenderungan persekitaran mereka.

12

Anda mungkin juga menyukai